Adam

Daisypath Happy Birthday tickers

Adik

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Showing posts with label students. Show all posts
Showing posts with label students. Show all posts

Wednesday, August 19, 2009

surat cinta buat students class P

Buat students kelas P,

Saya amat berbesar hati dengan tingkah laku awak semua. First of all, saya ingin katakan, KEEP IT UP!. Teruskan usaha-usaha dan tingkahlaku awak semua yang amat menjengkelkan tu. Seriously! Tolong lah buat banyak2 kali lagi. Saya x sabar nak tengok korang buat lagi.

Minggu lepas, saya sangat gembira bila menerima panggilan korang yang menganggu hari cuti saya. Tolonglah call lagi. tengah malam pun xpe. Saya xkisah. Nak2 lagi kalo korg call just nk tanya 'siapa VC UiTM' atau.. 'betul ke birthday lecturer ni semlm?' sebabnya, kalo korg x call saya, sape lagi yg tau pasal benda ni? lecturer mmg tau semua. lagipon, kita ni rapat. Dah macam adik beradik. Call la selalu.. saya bosan kalau xde orang call saya.

Pagi tadi, saya suka sangat bila korg dtg lambat. Kalo korg dtg lambat, sy pun boleh start lambat. Win-win situation. Giler pandai la korg. Pandai la pikir camtu...sy pon x terpikir. Lagi satu.. sy sgt suka bila korg dah lambat tu, korg masuk kelas tanpa say sorry. Bila saya perli, korg buat x tahu macam xde pape. Xpe...saya suka sgt. Sbb sy saje je wat lawak camtu. Sy mmg gurau je..x pernah terniat pape pun. Sy gurau2 manja je.

Pastu, korg x payah beli buku. Xpe, sy x guna pun buku dlm kelas. Korg boleh kongsi2 je buku kwn korg yg bersusah payah beli tu. Xde hal la. Not a big deal pon. Sebab buku tu harga dia mahal, lagi bagus kalo kog beli topup. Ada jugak gunanya. Saya suruh amik n beli buku kat bilik saya, korg x dtg. Owhhh...lupe pulak. Korg ni sumer x boleh naik tangga, berpeluh pulak nanti. Bilik sy kan tingkat 3. Xpe la.. maafla kalau saya susahkan korg. Maaf ya?

Saya juga sgt gembira bila korg bercakap masa sy mengajar. Tolong la bercakap banyak2. Sampai suara awak kuat dr sy pon xpe. Nanti kalau awak ckp slow, kwn awak x dgr. Lagi pun, bila awak x paham, sy dengan senang hatinya leh explain kat awak. banyak kali pun xpe. Sbb tu mmg kerja sy. Selain dr explain kat awak banyak2 kali, sy xde dah kerja lain. Itu je tugas sy as a lecturer. xpe, sy paham. Awak banyakkkk sgt benda nk cerita pada kwn awak. Bukan senang nk jumpa kwn awak tu. Dlm kelas sy je awak boleh jumpe. Nanti, banyak pulak benda awak lupa nk bgtau.

Sebelum saya mengundur diri, sy nk mintak maaf sgt2 sebb sy x pandai nk ajar budak2 bodoh sebenarnya. Selalunya, students sy walaupun kurang pandai dlm BI, drg masih lagi hormat lecturer. Sy pun xkisah nk ajar drg. Tapi, kali ni sy rasa bersalah pulak. Maaf ya, sbb sy mmg x reti nk ajar students yang lembab, x sedar diri x pandai dan x hormat lecturer. Salah sy semua ni, sbb sy x pernah nk terfikir yang selain dr ajar BI, sy kena ajar pelajaran Sivik dan adab dengan guru pada korg. Maaf ya? Sy tahu, keputusan SPM awak sgt bagus, sbb tu awak beria nak amik course P kat sini. Universiti lain x sanggup nak terima students sepandai awak kat U drg. Yela, mana ada U yang nk terima students dengan SPM E8, G9. Lagipun, mak ayah awak yang guna kabel2 tu memng sengaja x nak anak drg masuk U yang bagus2. Risau nt org lain x leh compete dngan kepandaian awak.

OK la, rasanya..Penat dah sy nk beritahu betapa awak sgt bagus ehh tak..terlalu bagus untuk jadi students sy. Akhir kata, awak xperlu tukar perangai awak semua ni. Malahan, teruskan usaha korg.

Yours,

Lecturer yg gagal mendidik budak2 bodoh sombong.


ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, July 24, 2009

H1N1- Cuti free??


Uishhh....kemain lagi virus satu ni.. Disebabkan dia, brapa buah kampus UiTM dah kena tutup? Melaka, Perak, Penang...mak aihhh!! hebat penangan dia ni.

Aku dengar gak students cakap, "Bila la UiTM kita ni nak tutup? Dapat cuti free.."

Banyak la korg punya cuti free! Korang tak tau betapa seksanya kena ganti balik kelas sbb x sempat abis silibus..Nanti kena plak cuti Raya dipendekkan.. Korang best2 kat umah, lecturer tetap kerja. Bukan la aku nk dengki kat students. Sukati korg la nak cuti..x jeles ponnnn..hahaha

Tapi..tu la... Nak mengabiskan silibus, takut x terajar kang, termasuk lak dlm exam, korg marah lecturer.. Satg, ajar banyak2, suruh wat latihan..korg ngadu penat..Dah camne tu? Aku pon x sampai ati nak bagi lecture banyak2, kalo dah mata sorg2 lagi 2 inci kat meja..Kesian gak korg ni. Aku kan lecturer prihatin. Ngehhhh....

Tapi, korg jangan la doa2 kampus kita kena tutup. Yang terseksa, xde orang lain...korang jugak nanti. Hehe..aku cakap je...Tp, I pray for our campus, jangan la terima nasib yang serupe ngn kampus2 UiTM yang lain.. X moooooo........ Huhuhuuuuuu!

Friday, July 3, 2009

Membetulkan spekulasi kes pelajar histeria UiTM Jengka

Assalamualaikum...

Baru-baru ni ada kekecohan melanda UiTM. Masa minggu orientasi untuk mahasiswa/i baru, yang dikenali sebagai Minggu Mesra Siswa (MMS), kami warga UiTM Jengka dikejutkan dengan berita pelajar2 baru seramai 46 orang diserang histeria. Spekulasi di akhbar2, mengatakan bermacam2 cerita. Histeria beramai2. Untuk umat2 diluar sana, tolong jangan percaya dengan spekulasi yang hebat dilakukan oleh pihak2 diluar. Mereka hanya menyampaikan apa yang hanya mereka dengar, bukan mengalami apa yang sebenarnya terjadi.

Jadi, aku selaku salah seorang staff akademik, rasa terpanggil untuk menyampaikan apa yang terjadi. Rasanya tidak patut kalau pihak kami dipersalahkan, sedangkan apa yang terjadi tidaklah sebesar yang dinyatakan.

Pagi Rabu, sewaktu staff akademik menghadiri mesyuarat Kelab Akademik, kami dimaklumkan oleh Timbalan Hal Ehwal Pelajar, semalam ada kes yang tidak menyenangkan terjadi sewaktu taklimat/ ceramah oleh pihak CITU (Centre for Islamic Thoughts and Understanding). Lebih kurang jam 6 petang (Selasa), kejadian ni berlaku. Bermula dengan seorang pelajar terhidu diesel/gas/ entah apa tah yang berpunca dari pembaikan oleh pekerja fasiliti. Oleh sebab dengan keadaan pelajar yang kepenatan dari jadual minggu orientasi yang padat, seorang pelajar muntah2.

Bermula dengan keadaan tersebut, keadaan tadi (muntah2) berjangkit kepada teman2 yang lain. Al-maklum la, dalam dewan yang ber 'aircond, bau pun tersebar dengan cepat. Dalam situasi yang mula kecoh, mula la yang lain skali panik. Bukan apa pun. So, dalam kecoh2, seorang pelajar tumbang. Agaknya panik, penat, emosi x stabil, dia mula meracau. Yang lain tu (pelajar perempuan la....) mula la..join skali. Nasib baik, penceramah dan slot ceramah petang itu dikelolakan oleh staff CITU, yakni ustaz2 dan ustazah. So, bagi drg, small matter je nih. Hehehe...

Yang muntah2 tadi tu, separuh dikejarkan ke MEDEC (pusat kesihatan UiTM Jengka) dan disebabkan MEDEC kecik, separuh lagi hantar ke Hospital Jengka. TP HEP kami bercakap dengan doktor bertugas. Jawapan doktor tersebut, hanya SEORANG SAHAJA yang disahkan sakit. Yang lain disahkan, secara psikologinya terpengaruh dengan keadaan kawan yang sorg tu.
Yang seramai 46 org tu, hanya 1 sakit, yang 45 orang tu diberi IV drip (masuk air) sebab itu procedure. Yelah, dah muka sakit sorg2, doktor tu pun bagi la air. Itu aje sebenarnya. Xde la kes histeria beramai2 tu. Merepek je. Kalo drg tu tumbang, sumer tu sebab kepenatan dan pengaruh psikologi.

Aku paham. Students baru, jauh dari mak-bapak (selama ni xpenah berenggang), penat dengan aktiviti, emosi x stabil. Tapi, aku rasa drg ni x kena pun ragging, dera yang org slalu takut2 kan. TIADA! Sekarang pihak universiti dah amik langkah tegas menghapuskan ragging dll. So, xpayah la nk membesar-besarkan cerita. Xyah la nk takut2 nk masuk U. Xyah la nak kata UiTM Jengka berhantu. Students histeria. Nampak hantu sana-sini. Tolong la. Publisiti murahan sungguh!

Aku dah lama keje sini (lebey kurang la..hehe). So far, xde la boleh nampak antu berkeliaran. Memang ada cerita hantu, tapi mana2 tempat pon ade. Aku blaja UiTm Shah Alam, ada cite antu. Dungun pun, UKM pon..UM lagi la...tapi xde la sampai ko hari2 kena kacau antu. Ishhhh....

Buat students baru, MMS tu biasa la. Mana2 org akan lalui. Mmg la penat sikit. Tapi tu seminggu je. Bukan sepanjang hayat. Xperlu la korg jadi crybabies. Merengek2 dan mengada. Selama ni senior2 korg idup je sepanjang MMS. Seminggu je. Bukan kena pikul batu pon seminggu ni. Sabar je la. Eiii... geram la aku!!

So, pepullsss... xyah percaya sgt spekulasi dalam akhbar tu ye. Drg cari makan. Xleh gak nk salahkan. Cuma, kalau setakat tulis 'seorang pelajar lelaki yang enggan dikenali', sape2 leh jadi anonymous tu... Mau laku paper je ke...tolong la beb. Beretika la sikit.

Aku dah cakap ape aku nk cakap. Korg nilai sendiri. Aku cakap lebih2 pun, kalau x nak pecaya.. xleh wat pape gak beb...Ciao!!!

Thursday, April 30, 2009

Entry khas untuk TLC's MT

Tadi g lepak kat bilik Suzai...bosan dowh lepak sensorg, sangap kat bilik sementara tggu nk balik. Slalu gak borak ngn Suzai, cuz she's a good listener. n I can tell her lots of things. Among the things we talk about is The Language Club (TLC), since both of us are advisors for TLC (including Shila). Suzai n Shila agak rapat dgn MT (Majlis Tertinggi aka AJK, correct me if I'm wrong). Me...on the other hand, kurang rapat disebabkan mslh2 sdri. Tp masih lagi join drg bebila ada masa2 terluang. Entry ni khas utk mereka sbb bebudak ni suka menyibuk kat blog ni since they happened to stumble on my blog aritu..


From left(guys): Kabe, Kei, Jon, Topek, Pojie, Aie, Farid, Mere, Haiqal, Fik
From left (girls): Ika, Shila, Suzai, me, Lee, Fatimah, Hidayah, Fadilah, Faikah.



Bebudak TLC ni, sangat la nakalnya. Each one of them ada je perangai pelik.

Let start with The President.. Aie..Bebila rasa nk marah ngn Aie ni, I would refer him as Fakri, which no one called him that as I recall. tp xde la panggil depan2 si Aie ni. He's a good guy, tp suka sgt argue dgn ape kitorg ckp...ade aje...tp, I hv my own missile to launch...Bila dia merepek je, just sebut nama Miss Raihan sure dia kalah...hahaha..

Khabir aka Kabe . Rupe dia ni pelik skit..nk kata cam Melayu bukan...tp kekwn dia kata dia cam N*P*L..hahaha...Dulu, aku geram sket ngn Kabe ni. Kalo SMS or call x penah nk jawab. Rasa cam nk ckp, "Kabe, awak campak je la handphone tu dlm lombong, bukan ade guna pun." Hehehe...tp lately ni dia dah baik...siap call lg. Dia ni sama je ngn Aie, sebut Pn Tengku Intan...confirm surrender.

Atikah or Ika. S/u yang sgt berdedikasi. BF dia Jon. Also one of the MTs. Drg ni a very cute couple. Just Jon kena QC ngn Ika slalu (jgn mara...gurau jek)....sthg about Jon is that, he resembles my lil bro, Apit. Jon terer main gitar, x byk ckp and baik. I think, these qualities makes Ika love him more. Mayb...hehehe

Ian...nice guy..made from Sabah (rasanya). Treasurer yg suka campurkan duit kelab time beli brg.Hahaha..One thing about Ian, dia cam childish sket...(from observation ye)..Lebih2 no komen, sbb Ian ni reserve sket with me. Dia close ngn Suzai. Kekwn dia suke usik Ian dengan sebutan2 bahasa melayu baku dia yg kelakar. Eg: Putih. Kita sebut "puteh", Ian sebut "putiih".

Faikah: Mula2 aku igt bdk ni pendiam. amik ko, garang rupanya. Hehehe... Treasurer yg boleh dipercayai..So,sape x byr duit club...kena marah ngn Faikah..hehe

Mere..Ni sorg lagi yg agak reserve ngn aku. N aku pun x wat keje sgt ngn Mere. Dia ok..x byk sgt ckp (dengan aku la kottt). Tp, Mere...sy masih lagi igt masa awak usha adik Miss Suzai tu...scary dowh...hahaha...Mere..Mere...

Isma' : Dia ni...MasyaAllah...bisingnya...banyak ckp...(poning palo den). Ada dia ni sure meeting abis lambat..tp kekadang emo sket...gurau2...jgn marah Isma'. Drg ckp Isma' ni Indon..yeke???hehe

Topek : Budak pandai yg rajin study, jrg bising. Hmmm...Tp sian Topek..drg amik kesempatan kat awak ek..slalu perabih kedit awak kan??? Ada skali tu, sumpah aku igt Topek yang SMS, rupe2 si Kabe. Aku tau pun bila Topek msg, "sila hubungi Kabe di no 019.... dia xde kat bilik" Cehhhh...malu aku..Topek ni pon ala2 PA si Kabe. Kalo x dpat call Kabe, baik call dia. Hehehe

Pojie: aku x borak sgt ngn dia ni, but he reads my blog. Jahat!!! Siap quote lagi ape aku dah ckp. Cehhh......but he's the Mastermind with all the multimedia things.

Haiqal: jiwa lembut, ati baik...hehehe..Rasa cam x sampai ati je nk marah2 kat dia ni.

Fatimah, Fadilah n Khadijah: Girls yang senyap2 tp buat kerja boleh thn la. Kalo beborak...xde la rasa drg ni malu2. Ok je...hehe

Farid: Dia ni, muka ade iras2 kwn aku masa study (Along Anizan). Serius! Perangai, cara ckp. That makes me feel comfortable ckp ngn dia. ckp cam kwn lama je.

Kei: Unofficial MT. Dia yg buat sushi...aku ngn Suzai slalu "borak pasal Kei".hehehe

Fik...hehe, ok la kut. hehehe

Hidayah: X MT...dia ni rajin..mayb sbb byk sgt keje, she quit.

huhu...rasa dah cukup kot...yang tertinggal tu...ampun la...hehehe...

Bukan ape...drg ni, buat kerja boleh tahan la..agak bagus tp perlu diingatkan slalu. Slalunya suzai n shila la yg pening kepala. But then, I salute them for making all the programs happened. Rasa cam susah tp, drg ni bagus. Jadi jugak. Kesian gak slalu kena marah2 ngn advisors...xpe la...bila lagi. :P

Next semester, new MTs will be elected. Hope, they can cope with all the things TLC need to focus on. And, TLC still need these guys to help.
I've had fun all this while. Drg ni mmg best..melawak..fun to be with..senang nk mintak tolong...ade aje drg nyer peel yang menyakitkan ati..hehe
One more thing, InsyaAllah, if aku pindah dr UiTM Jengka, xleh da jumpe drg ni (kalau jadi pindah, ye..)..

Pesanan buat korg..TLC MTs:

Blaja rajin2..ni x.. main game je
Jangan repeat paper...
Jangan slalu lambat...punctual skit
Jangan quote "dia" dlm perbualan kita
Jangan jadikan blog ni topic dlm game "smbg ayat"
Jangan bersepah kat blog ni slalu...nyibuk jek...

That's all...daaaaaaa

Wednesday, March 18, 2009

Kejadian di dlm kelas

Gambar hiasan semata-mata..haha

Jam hampir pukul 9
Aku baru selesai bagi exercises pada students
Aku round kelas nak check if they were facing problems with the exercises
Aku tiba di meja hujung

Pelajar 1: Miss, dia sakit. (sambil tunjuk pada kwnnya)
Aku : La,apsal lak ni?
Pelajar 1: Dia gastrik tp x makan ubat.
Aku : Dah tu. Gi balik. Awak temankan dia (dlm hati..nape la x makan ubat..dah tu dtg kelas gak)
Pelajar 2: (geleng kepala)..xpe miss..ok japgi..
Aku : Balik la...kang lagi teruk...

Setelah puas memujuk aku give up..suka ati ko la...
15 minit kemudian,

Pelajar 1: Miss, dia da x tahan sakit. Da nangis.
Aku : Ha, pulak! Tadi kan dah suruh balik, x nak....laaaaa...
Aku dah agak...memang saje cari sakit kan? Aku dah suruh balik td..xmo. dah aku plak kena call sana sini..Situasi cemas bermula.

Aku : Hello, pos pengawal ye? Ada student saya sakit. Boleh x call ambulans medec? dia da x leh jalan dah ni.
Pengawal: Kelas cik kat mana? Nanti saya tolong call.
Aku : Kelas saya dekat.....

Dalam 5 minit yang mencemaskan...xde gak bayang ambulans. Aku call lagi pos pengawal.

Aku : Encik...ni saya yang call tadi. Macam mana ye...dah anta ambulans?
Pengawal: Owh...dah cik...Ada pemandu dah pegi sana.
Aku :(Berpaling dan nampak pemandu kat belakang)..Owh..Ok...dah sampai. Terima kasih.
Aku pun mengarahkan students tolong papah si pesakit..Kelakar la pulak..yang tolong papah xde la tinggi sangat compare dengan yang sakit tu. Korang bayangkan la...(x baik la korg)

Semasa kejadian papah-memapah tu, aku pon keluar sekali untuk iring derang sampai kat ambulans. Ada sorg pak guard ni yang memang aku familiar dan selalu tegur aku. Tengah students aku wat lawak pasal ketinggian diorg tu, guard tu pon terdengar.

Pengawal : La, org panik2 dia bleh gelak....(sambil senyum)

Aku pon tumpang senyum la...Aku tggu sampai drg naik ambulans.Dua2 skali students aku yang papah tu pegi hospital skali. Aku tanya guard tu, aku kena ikut ke? Dia kata x payah..so, x kisah la..aku pon ade 1/2 jam lagi nak abis kelas. Aku pon bergerak menuju ke ke kelas smula. Sambung balik discuss exercise yang td aku soh drg buat.

Sebenarnya xde la cemas sangat. Kelakar pon ade sebenarnya...dlm panik2 camtu sempat lagi drg ni wat lawak. Ada plak yang risau x pakai baju colar, x pakai id card. Hahahahaha..Aku at least ada da pengalaman nk handle situation camni. hai...macam2 la bebudak ni....

Tuesday, February 3, 2009

different pronunciation..alahai budak2...

Hari semalam saya masuk kelas..
Saya bosan..Jadi saya nampak dictionary Longman yang seberat 1 kg diatas meja students saya
Saya pikir...kesiannya students saya..beria mereka usung dictionary yang berat itu
alangkah jahatnya saya jika tidak mengaplikasi kegunaan dictionary itu..
Lalu saya bertanya..."You have been taught to read the phonetic symbol right?"
(bagi yang tidak mengetahui apa itu phonetic symbol, mari masuk kelas saya..haha)
Jawapan mereka, "Yes Miss."
Lalu saya suruh mereka mencari satu perkataan yang sebutannya berbeza dengan ejaannya..
Saya bagi mereka 5 minit untuk mendapatkan satu perkataan bagi setiap seorang..
5 minit berlalu...
Ok, who wants to start first....adalah 2,3 orang yang agak bersemangat memulakan sesi sharing kami..
ok...
saya juga belajar banyak perkataan baru...
tiba-tiba..satu student lelaki yang nakal mengangkat tangan dengan malu2
Yes?...dia mula mengeja..
L...I..N..G...E
??? saya dah dapat agak huruf2 seterusnya
tanpa menunggu..saya tulis sahaja LINGERIE..
saya pun cakap (setelah dialih bahasa..untuk mengekalkan authenticity cerita ini)
"Ha...sebut la? Saya x tahu..." saya pura2
dia senyum malu-malu
Students perempuan saya sudah menunduk hampir 2 inci rapat ke muka meja
Saya dengan berlagak cool, saya sebut perkataan itu...
walaupun ejaannya lingerie, sebutannya adalah /launjerei/ ye tuan2 dan puan2 (lebih kurang la..sbb pc ini tiada font untuk phonetic transcription..)..bukannya ling ge ri..seperti ejaanya..
dalam diam2..saya terdengar suara..lingerie tu apa?(yang bertanya adalah student lelaki)
saya pun jawab...awak x payah susah hati...awak x pakai...
hahaha....students saya gelak pecah perut..
pastu saya pesan...
kalau ade yang nk beli...atau nk hadiahkan pada orang..jangan malukan saya..
sebut betul2...
nt malu kompeni je..hahahahaha
Saya balik rumah...
Saya senyum sendiri..
alahai budak-budak...
p/s: kalau anda x tahu apa itu lingerie, click kat sini...(xleh taruk gamba nt kena banned..hahaha)