Adam

Daisypath Happy Birthday tickers

Adik

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Thursday, April 30, 2009

Entry khas untuk TLC's MT

Tadi g lepak kat bilik Suzai...bosan dowh lepak sensorg, sangap kat bilik sementara tggu nk balik. Slalu gak borak ngn Suzai, cuz she's a good listener. n I can tell her lots of things. Among the things we talk about is The Language Club (TLC), since both of us are advisors for TLC (including Shila). Suzai n Shila agak rapat dgn MT (Majlis Tertinggi aka AJK, correct me if I'm wrong). Me...on the other hand, kurang rapat disebabkan mslh2 sdri. Tp masih lagi join drg bebila ada masa2 terluang. Entry ni khas utk mereka sbb bebudak ni suka menyibuk kat blog ni since they happened to stumble on my blog aritu..


From left(guys): Kabe, Kei, Jon, Topek, Pojie, Aie, Farid, Mere, Haiqal, Fik
From left (girls): Ika, Shila, Suzai, me, Lee, Fatimah, Hidayah, Fadilah, Faikah.



Bebudak TLC ni, sangat la nakalnya. Each one of them ada je perangai pelik.

Let start with The President.. Aie..Bebila rasa nk marah ngn Aie ni, I would refer him as Fakri, which no one called him that as I recall. tp xde la panggil depan2 si Aie ni. He's a good guy, tp suka sgt argue dgn ape kitorg ckp...ade aje...tp, I hv my own missile to launch...Bila dia merepek je, just sebut nama Miss Raihan sure dia kalah...hahaha..

Khabir aka Kabe . Rupe dia ni pelik skit..nk kata cam Melayu bukan...tp kekwn dia kata dia cam N*P*L..hahaha...Dulu, aku geram sket ngn Kabe ni. Kalo SMS or call x penah nk jawab. Rasa cam nk ckp, "Kabe, awak campak je la handphone tu dlm lombong, bukan ade guna pun." Hehehe...tp lately ni dia dah baik...siap call lg. Dia ni sama je ngn Aie, sebut Pn Tengku Intan...confirm surrender.

Atikah or Ika. S/u yang sgt berdedikasi. BF dia Jon. Also one of the MTs. Drg ni a very cute couple. Just Jon kena QC ngn Ika slalu (jgn mara...gurau jek)....sthg about Jon is that, he resembles my lil bro, Apit. Jon terer main gitar, x byk ckp and baik. I think, these qualities makes Ika love him more. Mayb...hehehe

Ian...nice guy..made from Sabah (rasanya). Treasurer yg suka campurkan duit kelab time beli brg.Hahaha..One thing about Ian, dia cam childish sket...(from observation ye)..Lebih2 no komen, sbb Ian ni reserve sket with me. Dia close ngn Suzai. Kekwn dia suke usik Ian dengan sebutan2 bahasa melayu baku dia yg kelakar. Eg: Putih. Kita sebut "puteh", Ian sebut "putiih".

Faikah: Mula2 aku igt bdk ni pendiam. amik ko, garang rupanya. Hehehe... Treasurer yg boleh dipercayai..So,sape x byr duit club...kena marah ngn Faikah..hehe

Mere..Ni sorg lagi yg agak reserve ngn aku. N aku pun x wat keje sgt ngn Mere. Dia ok..x byk sgt ckp (dengan aku la kottt). Tp, Mere...sy masih lagi igt masa awak usha adik Miss Suzai tu...scary dowh...hahaha...Mere..Mere...

Isma' : Dia ni...MasyaAllah...bisingnya...banyak ckp...(poning palo den). Ada dia ni sure meeting abis lambat..tp kekadang emo sket...gurau2...jgn marah Isma'. Drg ckp Isma' ni Indon..yeke???hehe

Topek : Budak pandai yg rajin study, jrg bising. Hmmm...Tp sian Topek..drg amik kesempatan kat awak ek..slalu perabih kedit awak kan??? Ada skali tu, sumpah aku igt Topek yang SMS, rupe2 si Kabe. Aku tau pun bila Topek msg, "sila hubungi Kabe di no 019.... dia xde kat bilik" Cehhhh...malu aku..Topek ni pon ala2 PA si Kabe. Kalo x dpat call Kabe, baik call dia. Hehehe

Pojie: aku x borak sgt ngn dia ni, but he reads my blog. Jahat!!! Siap quote lagi ape aku dah ckp. Cehhh......but he's the Mastermind with all the multimedia things.

Haiqal: jiwa lembut, ati baik...hehehe..Rasa cam x sampai ati je nk marah2 kat dia ni.

Fatimah, Fadilah n Khadijah: Girls yang senyap2 tp buat kerja boleh thn la. Kalo beborak...xde la rasa drg ni malu2. Ok je...hehe

Farid: Dia ni, muka ade iras2 kwn aku masa study (Along Anizan). Serius! Perangai, cara ckp. That makes me feel comfortable ckp ngn dia. ckp cam kwn lama je.

Kei: Unofficial MT. Dia yg buat sushi...aku ngn Suzai slalu "borak pasal Kei".hehehe

Fik...hehe, ok la kut. hehehe

Hidayah: X MT...dia ni rajin..mayb sbb byk sgt keje, she quit.

huhu...rasa dah cukup kot...yang tertinggal tu...ampun la...hehehe...

Bukan ape...drg ni, buat kerja boleh tahan la..agak bagus tp perlu diingatkan slalu. Slalunya suzai n shila la yg pening kepala. But then, I salute them for making all the programs happened. Rasa cam susah tp, drg ni bagus. Jadi jugak. Kesian gak slalu kena marah2 ngn advisors...xpe la...bila lagi. :P

Next semester, new MTs will be elected. Hope, they can cope with all the things TLC need to focus on. And, TLC still need these guys to help.
I've had fun all this while. Drg ni mmg best..melawak..fun to be with..senang nk mintak tolong...ade aje drg nyer peel yang menyakitkan ati..hehe
One more thing, InsyaAllah, if aku pindah dr UiTM Jengka, xleh da jumpe drg ni (kalau jadi pindah, ye..)..

Pesanan buat korg..TLC MTs:

Blaja rajin2..ni x.. main game je
Jangan repeat paper...
Jangan slalu lambat...punctual skit
Jangan quote "dia" dlm perbualan kita
Jangan jadikan blog ni topic dlm game "smbg ayat"
Jangan bersepah kat blog ni slalu...nyibuk jek...

That's all...daaaaaaa

Tuesday, April 21, 2009

Hati tiada disini lagi...

Tajuk cam buku je..hehehe

Rasanya dah sampai masa kut utk buat decision tu. Mula-mula agak berat tapi atas apa yang terjadi, utk masa depan, untuk adik2 dan family, dah tiba rasanya kena buat decision tu.

Hati sebenarnya dah xde kat sini. Bila masalah bertambah-tambah, kena tukar angin jugak kut. Kalau semua orang tanya kenapa cepat sangat buat keputusan ni, rasanya dah lama kut pikirkan dan jugak mempertimbangkan baik buruk dan pilihan yang ada. Lebih dari setahun dah fikir. Dari mula sampai sekarang. Dan juga, dah minta pendapat semua org. Dah pertimbangkan segala option yang ada, segala pro and cons.

Sekarang tengah tunggu jawapan. Kalau ada rezeki, InsyaAllah. Kalau betul hati dah xde kat sini, yang lain cuma jadi alasan untuk kuatkan pilihan tu. Kalau kata keputusan ni ikut hati dan perasaan, kita x kongsi hati dan perasaan yang sama. Apa yang orang lain boleh buat mungkin org ni x boleh buat.

Rasanya dah penat. Cuma kena berdoa jangan yang ini jadi kesilapan kedua. InsyaAllah. Tapi kalau rezeki xde, agaknya masih di sini, walaupun terpaksa. Walaupun hati xde kat sini lagi. Hmmmmm..... :(

Tuesday, April 14, 2009

Students aku..ceh, malu aku nk ngaku..

Fuhh...aku mmg bengang dengan hal ni. Dari mula aku start mengajar, ada aje students yang berlagak terlebih baik dengan aku sampai dah x respect aku. Mayb salah aku sbb aku bukan jenis marah2, denda students, maki students, emo dlm kelas. That gives them the impression, 'MISS X KISAH'

SMS: Miss, on going marks da kuar?

aku reply: Not yet.

SMS: Nt da kuar miss g tau eh

aku reply: Eh eh, sy pulak kena SMS awk eh? (dah panas ni)

SMS: Yalah, nt nk g bilik miss.

aku reply: Sy reply sms awk ni pon da cukup baik....
end....

Selamba dia sms aku camtu. Dah la tu, bukan ke kerja students pg tengok on going sendiri. Dia plak leh arah-arahkan aku sms dia.
Aku igt lagi, dulu masa aku study, kalo aku nk sms/ call/ jumpe lecturer siap susun ayat lagi. Kalo nk masuk bilik lecturer siap rehearse ayat kat luar pintu. Kalo SMS tu, xde dah short form. Full sentence. Siap tengok grammatical error ada x. Student skrg? dengan x bagi salamnya, short form yang aku sdri x paham, pastu siap suruh aku plak reply. BANYAK LEMAK KORG!!!!!

Itu kalau SMS.Satu lagi, sorg student dlm kelas aku. It happened that she's among the slowest in class that she couldn't finish up the essay in class. Plus, she was menggedik dengan student lelaki aku ni. Aku tegur la dlm kelas. Aku paksa dia siapkan, tp dia x siap jugak. dia anta kat pidgeon hole aku. Esoknya, dia dtg bilik. Pastu dia tanya pasal esei dia, aku dah mark blom.

Aku jawab la. "Belum" sbb aku tggu paper kwn2 dia yg lambat skali tu. Boleh dia kata, "La, miss. Kenapa x tanda lagi. Penat saya buat. aritu beria suruh siapkan."

Aku geram giler. aku just balas, "Sukati saya la nk mark ke x nak mark". Tapi, aku cam geram gak nk balas lebih2 kang jadi makian plak. Aku suruh dia balik n tutup pintu. Officemate aku dah la ada slm bilik. Malu siot! Macam aku ni x ajar drg betul2 je. Surprisingly, dlm kelas drg xde la plak nk kurang ajar camni. Itu cuma dua insiden. Belum campur lagi yang question kenapa kwn dia dapat marks lebih, dia dapat sikit. Nak je aku ckp, " Dah ko tu X BERAPA PANDAI, nk compare dengan yang PANDAI buat ape. Aduhhhh...TENSION!!!!

Aku x suka marah2, tp kalo dah macam ni punya perangai, korg mmg deserve makian aku. Aku bukan jenis yang suka buat muka tegang dlm kelas. Aku suka students enjoy bila aku mengajar. Tapi drg ni suka salah faham. drg ingat aku ni baik, xpayah la nk hormat sgt. Erghhh... Menyampah aku.

Monday, April 13, 2009

APB's trip to GanU

Uwargggghhhh...ZZzzzz... I bet all those in APB who went to the trip had this feeling. We are so tired and damn sleepy since we arrived yesterday at 1.30 a.m in the morning. Penatnyaaaa!!!

It was an OK trip. I brought my lil sis, Iera along. though I had to bare with her "muncung" bila dia dah x larat. (Iera, that is one thing I hate about u. Duhhh...). All of us had fun there, it just that there were too, I said again...too many stops. Pit-stops, plus makan stops, emergency stops, decide nk pegi mana stops, keropok lekor stops...Arghhh... The supposed to be 4 hours journey on bus became 6 hours..Giler penat!

We stayed at Primula Beach Resort. The trip included visiting Pasar Payang, Masjid Kristal and Muzium. Other than these places, we went for food-Hunting trip. Aziz Satar Sata, A&W, makan kat benteng, makan keropok lekor. (Staff APB mmg suka makan)...

And now, with my eye baggage under my eyes (which makes me look almost like a panda), I am counting the hours to go home and sleep...ZZzzzzz

Wednesday, April 1, 2009

1 April

Berjalan
Muka serius
Sakit perut
Masuk kelas
Tengok movie sbb bosan dan silibus dah abis,
tp masih kena masuk kelas sbb org kat sini skema...
Habis tengok cite

jalan kaki lagi
Telefon berbunyi
"Jom keluar, breakfast"
"Ok aje"
Pegi makan, pegi kedai kain, pegi kedai optic
Balik office

Dalam bilik
Ngadap pc
Sakit perut
"OIIII abang2 JBA...
cepat ar betulkan paip2 yang korg tengah buat tu
aku sakit perut dowh!!!!!
Korang wat April Fool ker!!
Kesian la kat bebudak nk g kelas tadah air
angkut air, x mandi pagi,
CEPAT LAAAAAAA!!!!!

Monday, March 23, 2009

My BestFriend's Wedding..

March 20 2009,

Majlis Akad Nikah...

Keadaan agak huru-hara sebab aku, Lilee, Bayne and Yana hampir terlepas majlis akad nikah. Kitorg terlepas simpang ke Putrajaya. Alhamdulillah. Setelah selesai aksi membawa kereta 120km/sejam, kitorg sampai gak kat Surau Alam Shah. Lucky us, majlis dah mula, tp belum akad nikah lagi..Fuhhh..

Syahdu gak ar..Seb baik aku bukan jenis melalak.kalo x mesti dah x cukup tisu2..haha..
Sedih and rasa x percaya..Laily Fazlin and Hairul Azmer, dulu teman melepak, merewang, merayap..hang out sampai pagi..tengok muvee...sekarang dah jadi suami dan isteri...Aku seronok, happy, suka, gembira...hehe

21 Mac 2009,
Majlis Persandingan,
Dewan Sek Alam Shah, Putrajaya

Giler lawa Lynn...aku cam terpegun jap..wei, make up trick eh?!!hahaha...Seri pengantin ar beb..Mirul, control ensem lak..habis sumer perangai gila2 ko eh...

The bride n bridegroom...
Ramai plak kekwn masa study dulu datang. For others yang x dapat dtg, ini antara guest list yang aku kenal and ingat. Yang memang datang, of course aku + bf, Lilee + Wab, Ashu, Ayu, Anis +Izaham, Dana n Ihan, Kak Kay n hubby, Irda n Shah, Hana, Yana, Bayne, Ice, Kama, Shad, Moon, Sha n bf, Ugie, Zurie n fiance, Elia n bf, Rynn, Ridz + baby Aisya, kak Fauziah, abg Ud, Hanis, C-kin, Black n Nelly, Nad (yang dtg lambat)..(Rasanya sumer dah ada kut..kalo aku lupe, add sdri yer)..hehe.. Kekawan yang datang...reunion ke??

Mlm tu, aku ngn Lilee da x tido hotel...hotel da fully booked, so tido umah Rynn n Ridz. Seronok. Main2 ngan Aisya..Malam tu..tgh layan penat ..tup2, si Lynn n Mirul ni dtg anta lauk..ape ke sengal...hahaha..so sementara tu sempat la melawak ngn pengantin...xpe la...rezeki Nad sbb x sempat mkn kat kdri..hahaha




















Sekarang ni dah start wedding invitation dr kwn2. The latest will be Hanis, then Ashu, Zurie.... Itu baru kwn2 TESL...yg lain?? Coming soon..Hmmm..penat gak. tp, xpe...kenduri aku nt korg kena datang.Haha...

Wednesday, March 18, 2009

Kejadian di dlm kelas

Gambar hiasan semata-mata..haha

Jam hampir pukul 9
Aku baru selesai bagi exercises pada students
Aku round kelas nak check if they were facing problems with the exercises
Aku tiba di meja hujung

Pelajar 1: Miss, dia sakit. (sambil tunjuk pada kwnnya)
Aku : La,apsal lak ni?
Pelajar 1: Dia gastrik tp x makan ubat.
Aku : Dah tu. Gi balik. Awak temankan dia (dlm hati..nape la x makan ubat..dah tu dtg kelas gak)
Pelajar 2: (geleng kepala)..xpe miss..ok japgi..
Aku : Balik la...kang lagi teruk...

Setelah puas memujuk aku give up..suka ati ko la...
15 minit kemudian,

Pelajar 1: Miss, dia da x tahan sakit. Da nangis.
Aku : Ha, pulak! Tadi kan dah suruh balik, x nak....laaaaa...
Aku dah agak...memang saje cari sakit kan? Aku dah suruh balik td..xmo. dah aku plak kena call sana sini..Situasi cemas bermula.

Aku : Hello, pos pengawal ye? Ada student saya sakit. Boleh x call ambulans medec? dia da x leh jalan dah ni.
Pengawal: Kelas cik kat mana? Nanti saya tolong call.
Aku : Kelas saya dekat.....

Dalam 5 minit yang mencemaskan...xde gak bayang ambulans. Aku call lagi pos pengawal.

Aku : Encik...ni saya yang call tadi. Macam mana ye...dah anta ambulans?
Pengawal: Owh...dah cik...Ada pemandu dah pegi sana.
Aku :(Berpaling dan nampak pemandu kat belakang)..Owh..Ok...dah sampai. Terima kasih.
Aku pun mengarahkan students tolong papah si pesakit..Kelakar la pulak..yang tolong papah xde la tinggi sangat compare dengan yang sakit tu. Korang bayangkan la...(x baik la korg)

Semasa kejadian papah-memapah tu, aku pon keluar sekali untuk iring derang sampai kat ambulans. Ada sorg pak guard ni yang memang aku familiar dan selalu tegur aku. Tengah students aku wat lawak pasal ketinggian diorg tu, guard tu pon terdengar.

Pengawal : La, org panik2 dia bleh gelak....(sambil senyum)

Aku pon tumpang senyum la...Aku tggu sampai drg naik ambulans.Dua2 skali students aku yang papah tu pegi hospital skali. Aku tanya guard tu, aku kena ikut ke? Dia kata x payah..so, x kisah la..aku pon ade 1/2 jam lagi nak abis kelas. Aku pon bergerak menuju ke ke kelas smula. Sambung balik discuss exercise yang td aku soh drg buat.

Sebenarnya xde la cemas sangat. Kelakar pon ade sebenarnya...dlm panik2 camtu sempat lagi drg ni wat lawak. Ada plak yang risau x pakai baju colar, x pakai id card. Hahahahaha..Aku at least ada da pengalaman nk handle situation camni. hai...macam2 la bebudak ni....

Tuesday, March 17, 2009

TAg: PuRse

Lately ni byk sungguh kena tag...xpe la..memandangkan kepala otak tengah biol ni...layan la tag ni...lagipun cik Iza ni Birthday Gurl...layan la kehendak dia...hahaha...



1. Snap the picture of both inner and outer of your purse.




Outside





Inside


2. Introduce your purse brand, price & where you buy.



My BFF, cik Lilee gave it as a souvenir from Bali. No idea about the price.

3. Take out whatever its inside your purse.


Duit....ade la sket2...tgh2 bulan ni..mesti la da kopak..
Ada cards-

1. Credit card, ATM cards (Maybank, CIMB, Affin, Bank Islam, BSN)..bukan sumer ada duit pon

2. Priviledge card- JJ, The Store, KFC (ni special edition tau..LOTR n Graffiti design), Leno (kak G's), Courts Mammoth (mak aku punya la)

3. AIA medical card, AmBank car insurance, Celcom simcard, Maybank account ref.card

Ic, lesen (P n L), gambar pasport, gamba dia

Barang2 mak nenek yang penting...sbb ade benda2 yg kena simpan tp x guna sgt...






4. Tagged other 7 persons.

D-Ja- rajin buat la ek..thesis ko da siap...
Suzai- kalo dah setel TLC nyer keje..buat ar..haha
Akak G- akak reti ke tag?? hahaha
Izuan - wanna see the things in ur wallet
Azam- ko kena gak..walaupon aku tau ko x kan buat..
Hana- again...sorry..but don't have to do it unless u feel like doing it
Bayne- ko ade purse ke...hahahha...gurau2...

5. Comment on your friend’s (who tagged you) purse.

Iza-
aku tau purse ko baru dibeli oleh en. Hafiz..
aku tau purse kau berjenama Guy Laroche
tp kenapa kaler itam..sama kaler yang lama
aku xpenah tgh purse baru ko...ade bau kedai x...hahahahaha

Wednesday, March 4, 2009

Saya buntu dan piss off dengan DIRI SENDIRI

Saya tidak pasti apa yang tidak kena dengan saya bermula semester ni..saya sendiri tidak paham (sambil menyumpah perlahan)..

Kerja-kerja saya untuk sem ini sangat *^#S&!!$
..kenapa!!!...dengan tahap malas saya yang meningkat sehingga x boleh diukur dengan pembaris berukuran 8 inci diatas meja sekarang ni..SAYA BUNTU!! kerap kali apa yang saya rancangkan x menjadi.
contohnya, saya merancang untuk membuat assignments saya dengan cepat kerana saya banyak kerja-kerja pejabat yang lain termasuk tugas2 ATA saya (Amanah Tugas Akademik). Tapi itulah,sebaliknya saya akan menyiapkan assignments saya hanya pada malam sebelum saya ke S.Alam...

Saya cuba untuk 'please'kan semua umat didalam hidup saya..bos saya, kawan2 saya, adik beradik saya, students saya, yang teristimewa saya. tapi rasanya, saya selalu berakhir dengan kekecewaan..(sumpah seranah lagi !@^&***K$). Saya sangat penat sekarang ini..saya x nak bos saya kurang percaya dan kurang yakin dengan saya, saya xnak hubungan dengan kwn2 renggang, saya xnak adik2 saya merungut saya mengungkit dan x beri perhatian lagi pada mereka, saya penat nak marah2 dengan students saya dan saya kesiankan my other half yang selalu menahan sabar tatkala saya hilang sabar...

Tp, saya tahu, saya tidak seperti sem lepas..kenapa?? Saya juga tahu, saya bukan lah yang terbaik untuk semua org diatas, tp sem ni sungguh mencabar bagi saya. T_T SUNGGUH! saya rasa saya dah hilang passion dalam diri saya untuk buat segala kerja..saya rasa penat dengan semua benda..saya rasa semua orang sangat tidak berpuas hati dengan saya.. saya sendiri x puas hati..puas sudah saya MUHASABAH dan MUHASARAWAK kan diri..saya mahu please kan semua org dan yakinkan mereka..tp saya tidak tahu. Saya buntu..

Saya sering rasa orang fikir saya ni TAK BOLEH DIHARAP, PEMALAS, SUKA LEWAT2KAN KERJA..mungkin itu realitinya..tp...sebab2 barriers yang wujud buat saya jadi macam tu..

arghhh..penat la....KENAPA DENGAN SAYA NI????

sekarang saya teringin makan ais krim, duduk tepi pantai dan x pikir apa2..