Adam

Daisypath Happy Birthday tickers

Adik

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Monday, March 14, 2011

Maternity dress blues...hehe

Weee...arini sy berjaya update 2 entry skali..hahaha..Gila kuasa sungguh, tp xde rasa guilty sangat sbb sy agak malas nk update. Skali update tu byk lak nk citer...

Ni ha...

Saya ni nama je preggy dah 4 bulan, tp org duk komplen.
"X nampak pon perut?"

Alalalaaaaa...saya dah start risau. Yela, mana la sy tau, dah perut sy x nak besar. Bila g klinik, xde lak nurse tu bising. Doktor pun rilekk je..Ada la skali tu, nurse poliklinik tu tulis dlm buku pink tu.."nasihat- memakai pakaian yang sesuai"

Aik? Baju kurung saya selesa je. Leh kancing hook tu lagi. Ada la 4,5 yang mmg xleh nak pakai langsung and ada jugak yang sy x hook separuh jalan je...hehehe... Tapi, xde la pulak rasa yang sy ni pakai baju ketat2.

So, disebabkan selalu compare ngn geng2 mummy yang sewaktu dengan saya ni, saya overly concern. Takut ni laaa...takut tu laaaa... haishh... Bukan korg xtau. Macam-macam pregnancy complication yang wujud dlm dunia ni.

Saya dah beli beberapa bju cute2 from online blogger. Danitamaternity.com. atas saranan Pn.Iza. Memang sumpah cuteeeeeeeeeeeeee sangat. Terbeli (bleh plak 'ter'..haha) 4 pasang korean style maternity dress and 2 pasang seluar. Satu tu suar jeans. Skali kauu....x muat. MUAHAHAHAHA... so, decided to jual kat Suzai. Yang seluar satu lg tu just-just nice. Tapi, kalo besar lagi perut ni, mintak mangap laaaaa....xde nya muat dahh...

Tapi geram la kan. Beria dah membeli, tapi xleh pakai lagi..Geram laaaaaa... nak pakai. Kang pakai suker2 kang orang kata poyo ahh. Perut ciput dah pakai maternity dress..Hikhik...

Tapi tu la, dah g check baby sihat je. so, sepattnya xde la masalah complication baby kecik ke, ape ke. Alhamdulillah, alive and kicking...Alalalala.. hehehe Tapi, napenya perut saya steady je? Muncet sket je. Tapi kalo pakai skirt ngn tshirt, or pants ngn t-shirt..memang xleh tipu la nak kata 'I bujang lagi'...hahaha..

Bila la ni nak pakai??? Ala...sedeynya....

But, looking on the bright side, I x gain banyak and xpayah la kena ujian diabetes yang sangat menakutkan tu. Kena minum satu mug air gula. Also, saya xyah bersusah payah nak reduce weight banyak after deliver. Maybe, who knows...ngehhhh

Tp xpe, ade 5 months to go. Mak sy cakap, tunggu la.Satg berat naik...trus naik byk baru taw! Ala.....yang tu pun x best jugak..Hahahaha...

Hmmm...ni ade few pictures of the maternity dress yang sy beli..Nanti bila da pakai, sy upload gamba. Kalo amik gamba skrg, nt korg lak tanya.."X nampak pun perut" ...hehehehe


Okie dokie... mau balik...bubyeee....

Wedding season has come....

Hahaha...memang pun dah sampai musimnya, sebab cuti sekolah...

This is the list wedding attended, to be attended or I couldn't attend:

12 Mac 11:

Yaya & Chuck- Weeeee!! congrats Yaya. Welcome to the club. Although pasni ko terpaksa gak masuk kelab PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh)...tapi, yang penting kita happy kan. Tak happy kita mintak tuka..hehe
Mr Chuck and lovely Pn. Yaya (curik dr FB)

Roey- Sorry sesangat Roey... aku pegi kenduri housemate. Dia dah chopp aku dulu..hehe

19 Mac 11- Azri: Hubby nyer officemate. Kat Raub. Menempek la..ape lg...kenal tp gitu2 je la.

mr. Azri n wifey ~ credits to Naf JBA

2 April - Ikhwan and Fiza kat Cheras. Yang ni da jnji nak pegi. Confirm pegi..

Ikwan a.k.a Pang5 with luvly Feaza
1 Mei- Hasana. Ni pun dah chopp awal2. Mmg dia suruh dtg. Ok2, skrg free lg. Insyaallah...ada la aku g sana.

Ha...ini setakat yang ada. Tengok la mana2 kad yang dtg pasni. Kena g la kalo xde yang bertindih..hehe
Hopefully, by bulan 4 ni perut dah besr, boleh la nak pakai baju maternity yang comei2 tu...weeeee...

Trip to KMC

Last week, me n hubby pegi Kuantan Medical Centre (KMC). Disebabkan selalu sakit2 and rasa x sure, kwn2 syorkan pegi wat check up kat KMC. 12 March tu jugak tarikh my housemate Siti Raihan a.k.a Yaya kawen.

Gerak dari Temerloh kul 8am. En. Faiz ni la. Konon nak gerak awal..cehhh... Tapi, xde la nk rushing sgt, nak lagi drive City. Hehe..

Sampai kul 9.30am. Trus ke lobi n register. Naik ke tingkat atas, perghhh...dah ramai rupanya. Xpe la, sape soh lambat. Tunggu la...

10.30....Orang no. 5 dah masuk..Ok la kut..sempat nk rush g kdri Yaya. Kak Seri pun baru nak siap2.


...


11.00...

...

12.00... Alamak....lambatnya. Turn aku no 10. Tapi akak no 5 tadi pon x siap2 lagi. Aku mula la buat perangai. Perut dah merengek lapar. Sian kat yang dlm perut ni jugak. Lapar la dia. Aku dah x duduk diam. Muka masam. En. Faiz dah sama tension and x senang duduk tengok aku yang meresah kat seat menunggu tu. Dia pun bangun and tanya kat nurse kat kaunter tu.

En.Faiz nak turun, nak scratch kad parking. Aku dah tau, dia mesti nak beli food bagi aku makan. Aku ni jenis kalo dah marah2 memang suka tunjuk protes. Tak nak makan konon...(padahal...pada sape lah aku nak marah ni.. seksa diri sendiri sbb salah org lain..haihhh)

12.15pm... 12.30pm... aku call kak seri. Risau pulak dia sampai b4 aku siap check. Ok, dia x sampai lagi.

1.00pm. Okey...my turn. Masuk2 dlm bilik doc, tengok doc pakai scrub (baju doctor masuk operation theater).. Owhhh, patut la lama. Mesti ada yang bersalin sat tadi. Takpe la..dah masuk jumpa doc pun. So, story lebih kurang (sebab dah tunggu lama punya pasal, malas nk ckp banyak.), cakap ngn dia nak scan sbb nak tengok my lil one ni ok ke, sihat ke... Ok, naik atas katil..

Hmm..puas ati kut, ade flat screen utk patient tengok. Kalau kat klinik kecik tu, stkt leh tengok kat monitor pc tu, kongsi ngn doc. Bila doc letak je scanner tu, klik2 dua tiga kali, nampak trus baby. Besarnya dah my cutie pie ni!! Dulu masa pegi time dia 10 weeks rasanya, kecik je lagi...Just nampak heart beats and sikit movement tangan dia..

Nampak baby tengah syok letak tangan atas kepala and menghadap kearah depan. Weeee...syok eh relax. Then, tiba2 dia pusing kebelakang. En. Faiz tanya position dia baring tu. Doc pun explain pada papa baby. Doc ukur saiz kepala, saiz tulang belakang, saiz kaki etc... So far, ok.
Then, aku yang curious ni tanya,

"Awal lagi kan nak tengok gender dia?"
"Jom tengok, kut2 boleh nampak dah", doc tu cakap.

Tengok2, ada tali pusat lalu between dia nyer legs. Hehehe...surprise ya mama and papa. Tunggu besar sikit lagi. doc xnak speculate, kang salah.

Ok, doc nak tengok kaki dia smula. Tiba-tiba dia tendang. Waaahhh...marah nampak. Doc tu alihkan ke tangan, skali lagi dia tunjuk action. Dia tumbuk pulak and terus alih meniarap. Haaaa...show dah abis ya... Marah betul dia kena kacau. Hahaha...ikut perangai sape yang suka cranky ni? Mama dia kut..hahahaha...


Then, siap2 kitorang rush to Shell near Indera Mahkota. Janji ngn Fiza and Kak Seri. Alhamdulillah. Dapat konvoi dengan drg sbb kitorg siap sebelum drg sampai. So, pegi la kenduri Yaya. Melepak dengan kawan2. Dapat jumpa Kak Mar and baby Haziq, baby Hana. Geram btul ngn baby Hana. Muka sebijik papa dia, Piee. Cuteeeeee sangat.
Cheeky Nurhana Adriana, Mr. Faiz and Aunty Fara..weee!
 

Kak Mar, Kak Seri, Fiza, MRS CHUCK, Kak Fizah and me!!


Till then...byeeee

Tuesday, March 8, 2011

Not quite a drinker...

Assalamualaikum...


Lately kaki tetiba bengkak. Bila duk bersila tu, kaki kan bertindih. So, kesan bertindih tu boleh sampai lekuk la.

Bila pegi test urine (normal for preggy mummy), ada trace keton. Conclusion: urine kotor (non medical term).

Sy duk mengadu kat officemate, Kak Su. She has 3 children and she reads a lot. Bila sy describe that situation, one thing she said to me,

"Tak cukup air."

This will lead to:
1. force labour sbb baby kecik
2. high blood pressure (which will lead to a lot more complication)

Erkk...I'm not quite a drinker. I mean, sy x minum air byk sgt. In a day, sebotol kecik mineral bottle tu pun susah nak abiskan.

Well, what should I do? Nampaknya, mmg terpaksa la paksa diri minum air 2 liter a day at least...

Sighh...

Monday, March 7, 2011

E.D.D



E.D.D: 2 SEPTEMBER  2011
Currently, 14 weeks 3 days

:D

Monday, February 21, 2011

Melintas tengok kiri dan kanan dahulu...



Assalamualaikum....

Masa kita kecik2 dulu, rasanya dah puas mak abah, papa mama bagitau. Kalau nak melintas tengok kiri-kanan dulu. Tapi, itu dulu la. Zaman kita budak2. So, zaman sekarang x tau la disebabkan mak bapak budak2 yang terlupa nak bagitau, atau, budak2 sekarang x mau amik pusing apa mak ayah drg ckp...

Semalam, me n my hubby spent a day at my MIL's house. Petang, around 6, 7 pm, dah nak magrib pun, there was this kid. Dia anak jiran dekat rumah tu. Tengah my hubby n I sibuk2 mengalihkan kereta, nampak la dia ni syok main basikal. Punya la laju dia kayuh sampaikan simpang 4 dekat rumah kitorg tu pun dia x tengok kanan kiri. Main hentam je kayuh.

My hubby ni kan seorang yg sgt concern. Dia pun jerit la kat budak tu,
"Dik, tengok jalan dulu. Ada kereta nanti."

Haih..kalau dah tengah syok main tu, mana la dia nak dgrnya. Dia buat pekak je.

Tah macam mana, kitorg stay kat luar lg. Borak2, walaupun time tu dah magrib.

Sekali lagi budak ni kayuh kat simpang tu, laju giler. Nak jadi cerita, ade kereta Wira dari hujung jalan.
My hubby jerit,

"DIK, KERETA TU!"

Lagi 2 inci dah nak kena, nasib baik kereta tu sempat brek emergency. MasyaAllah. Punya la kuat bunyi brek tu sampaikan my MIL dari dlm bilik air n FIL dlm umah, datang menjenguk kat luar. Diorg ingatkan kitorg yang kena pape, sebab tadi kitorg sibuk2 alih kereta.

Sebenarnya, masa my hubby jerit kat budak tu, I dah get ready tutup telinga. Why tutup telinga? Sebab, from experience, benda yang akan jadi mimpi ngeri is the sound. So, prepare siap2 dah tunggu bunyi je.

Tapi, tu la. My MIL cakap, budak2 ni sentiasa didampingi malaikat. Di alihkan dr bencana jika bukan takdir dia.

Yang kesian abang yang drive kereta Wira tu la. Terkejut dia. Dia perasan yang kitorg nampak kejadian tu. Sambil dia lalu depan kitorang, dia cakap,

"Nasib baik x kena. Kalau x, tak tahulah. Magrib-magrib macam ni." Well, I don't blame him. Dia atas jalan lurus, so xde la dia nak perasan sangat. Maybe, salah dia pun dia laju sikit. emm...laju mana pun, dlm taman je. Yang budak tu pulak, main lalu je. Laju pulak tu.

Yang nak marah lagi, ade brader kat umah budak ni tadi, dengan xde perasaan buat x tau je. At least dia tengok la sikit budak tu. Marah2 sikit mana yang patut. Next time xde la budak ni nak menerjah macam tu lagi. Alahaiiii....

Me? The shock was still there. Sumpah, rasa jantung nak berlari keluar.

I heard my FIL cakap suruh I mandi cepat n sembahyang. Dah magrib, so kejadian x elok camtu kurang baik untuk saya. Terkejut budak. Hehe..

Well people.. take care of the young ones. Let them know what is OK n not. Jangan nanti, menyesal x sudah. Preventing kan better dan cure.

Till then, bubbye...


Monday, February 14, 2011

Hampir putus asa...

Assalamualaikum...

Tajuk entry je dah sedih..hehe

Dah dua kali sy missed interview. Yang first tu, ralat terasa jugak tp, disebabkan sy check keputusan online, sy dah terlepas almost a month. So, xde la nak kata pape.

Yang ni, panggilan interview tu 7hb Feb. Sy cuma sedar hari Jumaat malam kul 10.45, 11hb feb. Sy try tanya kwn2 mana yg boleh tolong, tp nampaknya xleh nak buat pape jugak.

Esoknya, sy try (En. Hubby yg try actually) call department tu. Well, silly us. It was Saturday. Siapa yg ada kat pejabat? Dah agak pun, cuma trying our luck.

Kami call sana-sini. and I actually end up feeling down and hopeless.

Mungkin bukan rezeki kut. Tapi, saya memang hampir putus asa. Rasanya macam ada aje yg x bagi sy tukar career ni.

Mayb tu..mayb ni. Tunggu je lah rezeki anak kut nanti...

Friday, February 11, 2011

Softer?..


Hye..

I used to b a lecturer yg agak strict dgn students. I hate people coming late to classes. I hate people talking when I'm teaching. I used to get angry whenever people don't do work that i've asked them to do. Or even when they're doing things wrongly... Pernah je campak paper bila drg x siap kerja. Pernah je suruh drg keluar kelas. I think I've done all!

That was PAST..

Lately, I realized that i've become a lot softer..

When my students come late to clas : I'll nag but I still let them to come in.

When they take break more than I've given them: I'll just give them very-very painful or stupid punishments. Like sifir siput sedut...my dear students know bout this. For those who have tried it, they never dream to do it again...haha

I realized that I dont even get angry anymore. I just asked them not to do that and this... and they respond to it well.

I think, getting angry just eating my energy away. Instead of getting tired screaming and angry to these kids, I prefer to just cynically say things to them. Guess what?? I am good at it, actually..haha

Maybe, age is also a factor. I dont want wrinkles to grow faster. Hehe..

But...still... There are times when the temperature rises. I still have the ability to scream.. and will never loose it.. :D

Monday, February 7, 2011

Curfew...

Hye..

Hari ni, dah nearly 2 months I had my curfew. Curfew apa? Takkan la dah tua2 ni kena curfew kott?? Xde la..En. Faiz x kasi saya balik umah kat Kuantan. Hari Jumaat, dia amik sy kat Jengka, balik Temerloh. Hari Ahad, dia anta sy balik Jengka, dia balik Kuantan. Tiap-tiap minggu mcm tu.

Sy kesian kat dia. Saya kata x mau... Tapi, dia marah. Dia lagi kesian kat saya, dia kata. Tapi dia janji, bulan 3 nanti, dia kasi sy balik kuantan ngn Kak Nor n Gang Bas Sekolah (Actually, Kak Nor ni ulang-alik ke Jengka dr Kuantan hari-hari..iye...hari-hari)

Kadang-kadang balik umah mak ni bosan gak. Bukan saya bosan jumpa mak-mak saya. Saya suuuukaaa sangat. Tapi kekadang tu, ada masa nk bangun lambat. Lately ni, sy akan terjaga tgh2 malam. Eg: Bangun kul 3, lelap2.. kul 4 kang jaga smula.. sampai la kul 6. Bila dah pagi, baru sy terhegeh-hegeh nak tido. Malu la sy nak sambung tido kalo kat umah mak. (Kalo umah mak saya, saya belasah je. Umah mum in law, malu la...) .

Bila kat umah sendiri banyak benda boleh buat. Saya boleh buat laundry, masak, tengok tv, abiskan masa berborak ngn En. Faiz. Tapi, kalo kat umah mak, saya kena share En. Faiz ngn family. Kalo kat umah sy, sy nak kacau mak kat dapur, borak-borak ngn abg2 sy or adik2 bila drg balik umah mak. Ka kat umah MIL, En. Faiz ada keje dia sdri. Dia pun nak spend time ngn family dia. It is not that I'm not part of his family or he is not part of mine..(Mak sy lebihkan dia lagi. Asyik2 tanya Faiz dah makan, masak sbb dia nk makan, pendek kata, sy pulak macam menantu kat umah sendiri. Hahahaha). It just that, sy kadang2 nak time untuk sendiri or for both of us.

Kadang-kadang malu gak x tolong MIL masak. Bukan sy x reti masak. (tak reti sangat..yes..hehe). Tapi, kalo kat dapur tu rasa sy ni menyibuk je. Dah la sy x tau kat mana letaknya brg2 dapur.. (ala..alsan je tu, kann?? hehe) Tapi, kalo minum petang tu, sy buat jugak air n everything, which is I control the floor la. Tu, baru sy rs OK. Hmmm..tp macam sy bg alasan je kan? Tak kisah la. Sy ni kategori menantu antu (as what my kakak2 senior kat sini ckp)..hehe..

Sebab tu sy sgt2 value masa yg kami spend together. Bila dapat balik Kuantan, sy punya happy tu xleh nak compare la. Hari2 countdown sampai hari Jumaat.

Well..for the time being, sy suck everything up je la. Bila pas bulan 3 nt, sy balik Kuantan every weekend..

YAY!!