Adam

Daisypath Happy Birthday tickers

Adik

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Monday, September 23, 2013

Update setelah dua bulan

Assalamualaikum wbth..

Diingatkan disini, entry ni panjanggggg berjela dengan perkataan. Kalau rasa bukan dalam mood membaca, sila skip. Hehehe.

Alhamdulillah. Dah 2 bulan lebih dah anak dara aku. Bermakna dah habis pantang dan start kerja dah pon. Bukan tak nak menulis. Tapi jari ni malasnya lah! Naklagi, nak meng'update dengan Ipad. Memang leceh la kan. Tapi ada jugak cubaan nak menaip tu, tapi sudahnya pandang je screen tu. Ok,kita start ngan cite lama dulu.

Cerita deliver baby

Last entry blog ni masa 38 minggu. Time tu dah sakit2, tapi tanda xde pon. Braxton Hicks tu slalu sangat dah. So, masa 39 + weeks jumpa doctor buat weekly check up, kena check 'jalan'. Dah ada 1cm tp. Buat check tu pulak dengan doctor pakar kat Hospital Az-zahra, (link dengan Klinik al-Farabi). Buat check up dgn doctor pakar sebab itu dia punya standard kalau nak bersalin kat situ.

Disebabkan dah bukak 1 cm, doc tu bukakan jalan. Sakitnya, Masya Allah! Sempat lagi dia cakap,"mesti awak rasa nak sepak saya je kan?" (ape ke sengal, OF KOS LAH!! Sakit kot!). Selesai segala proses tu, dia ingatkan saya, nanti ada 'sign' sebab dia dah buka jalan tu. So, balik la aku ke rumah dengan MC untuk seminggu. Tunggu... punya tunguuu... sudahnya dah lebih 40wks. Sakit takdak. Perasaan mula la bercampur. Baby Ok ke? Sign tu memang dah ada. So, pegi lagi klinik. Buat CTG n check jalan lagi. Still 1cm. Pergh!! Lambat benar kali ni. Adam dulu 38 weeks dah sibuk nak kuar. Maybe sebab baby girl kut.

Sudahnya, next check up is dua hari sebelum minggu ke 41. Time tu dah bulan Ramadan. Alhamdulillah. Aku masih mampu dengan bertenaganya berpuasa. Dapat la 6 hari. Bila pegi check up tu trus kena admit. Jalan dah bukak 3 cm. Lagi pun, kalau x bukak2 jugak still kena induce jugak kan. Dah overdue. Duduk la aku dalam wad. Nasib baik sangat beg emergency memang bawak dalam kereta. Baju encik suami je xde.  Duduk kat dalam ward tu,dia bagi baju pink ngan kain. Ok,duduk la lepak. Encik suami still tunggu. Takut gak dia, kalau dia balik kang trus sakit, dah camne kan? Tapi, xde jugak. Boleh lepak, makan, enjoy tengok tv. Nurse datang berkali-kali check BP, check jantung baby. Progress? Nan ado... Zero..Yilek... Aku dengan confidentnya suruh encik suami balik, ambil few things tak cukup and tengokkan Adam. Pergi keluar rumah tadi just gitu2 je ngan Adam sebab dia bising nak ikut. Malas la nak bawak, leceh! Kang dia berlari satu klinik ni, dah pening pulak nak mengejar and control budak masham tu. Ok, malam berlalu dengan happynya saya tido atas katil hospital. Sakit langsung tak ada.

 Pagi-pagi nurse datang panggil. Kata doktor nak check. Pegi sana, skali lagi doktor check jalan.Kali ni dia kata, "Kita pecahkan ketuban la ye." ... Ok, time ni aku dah start cuak. Dulu air ketuban pecah sendiri. Skali 'snip' bunyi gunting dia tu. Then dia kata, baby dah berak sikit kat dalam. Tapi jangan risau sebab baru stage 1. So, tak payah c-sect pon. Trus pastu, nurse suruh siap2. Nak tolak ke labour room. Encik suami pon get ready je la. Tapi satu la kan, bersalin kat Al-Farabi ni, dia bagi bawak apa yang patut ke labour room. Aku pon dah rasa nak gi piknik je.. Hahahaha.(piknik la sangat kan?! time tak sakit ni boleh la aku rasa mcm gi piknik.Ko tunggu jap lagi..haha). Aku bawak la air zamzam and pesan kat encik suami bawak kurma.

Kat labour room,kul 8.30 pagi. Masuk air kat tangan. Sakit woi! hahaha. Biasa la aku.. urat tecik sangat! Ok, dari 8.30 sampai la kul 10.30pagi. xde sakit pape. Nurse masuk and dia cakap nak masuk ubat sikit through drip. Tak boleh masuk ubat (induce) through tuttt-tutttt sebab baby dah berak. Masuk ubat tu pon sikit je. Yang pastinya, dia pesan xleh bagi pain killer pun. Bagi yang pernah deliver normal, korang mesti pernah guna yang dia suruh sedut through mask tu kan? Ha, yang tu pun aku xleh guna. Adussss... Start kul 11 dia masuk ubat, contraction mula kerap. Encik suami duk tengok kat jam, less than 5 minutes sekali contraction. Tu dia.. aku ni yang duk menahan ni memang tak hengat dah. Baju encik suami la jadi bahannya. Aku tarik je la. Pedulik dah time tu.

Dalam duk panggil nurse check jalan, doctor check jalan, kul 2 lebih fully dilated. 10cm. Ok, boleh push. Kali ni banyak kali push jugak sebab baby besar. Masa Adam ritu, 3 kali je.Ni lebih dari 5 kali kut. Pastu, Alhamdulillah. 2.30pm, baby pon kuar. Doktor Nurrita tunjuk baby apa, and dia letakkan baby. dia panggil encik suami and bagi opportunity untuk potong tali pusat. Dah lega, jahit (alhamdulillah, 3 je), baby diorang lap dan bersihkan. Encik suami kena naik ke bilik sebab request bilik single, so dah dapat. Sebelum tu memang dia duk tengok me and baby je la. Hehe.. I saw him crying actually. Hikhik..bukan la meraung, OK?, tapi ada titisan airmata kesyukuran semuanya selamat.

Lepas sehari, discharge. Ini dia, Humaira Faihanah binti Mohd Faiz.
Adeq a.k.a Humaira
Sekarang ni Humaira dijaga oleh Tok Jah and Pokde. sebabnya, taska yang kitorang hantar tu buat hal. First day hantar, bagi air kosong and susu 8oz boleh habis dlm 5-6 jam. Pergh! xkan la baby minum byk sgt gitu? So, setelah discuss ngan semua orang, kitorg stop hantar both Adam n Humaira ke taska. xpe la, kecik sgt nk hantar ke taska.

Breastfeeding journey

Alhamdulillah. Saya memang berhajat nak fully breastfeed anak kedua ni. Bukan apa, teringat betapa terkilannya saya bila saya x dapat menyusukan Adam lama. Tak apalah, bukan rezeki dia. Mama minta maaf ya, Adam..

So, kali ni, saya berniat dari awal pregnancy lagi. Saya mantapkan diri dengan ilmu breastfeed. Ada masa terluang saya google tentang masalah-masalah yang bakal timbul dalam breastfeed. Dulu saya ingat semua ibu boleh breastfeed baby NATURALLY. Breastfeed itu adalah mudah. Sangkaan saya salah sama sekali. Mungkin itu juga penyebab saya gagal menyusukan Adam lebih lama. Nak-nak lagi bila tak pernah menyangka betapa menyusukan anak itu memerlukan 100% komitmen dan tabah. Yelah, nak mintak tolong suami bilanya? Kalau susu botol, boleh jugak dia bangun dan bancuhkan. Ini, ko sendiri la bangun. Nak lagi, susu ibu mudah hadam. Tak sampai 2 jam, baby akan mula lapar semula.

Mulanya di hospital, kaunselor laktasi datang melawat. Dia la yang tunjukkan posisi yang sebenar yang betul dan tanyakan masalah-masalah breastfeeding. Alhamdulillah, dengan bantuan dia dan juga berkat kesabaran Humaira, saya berjaya breastfeed si comel ni. Humaira sabar je bila mama dia terkial-kial membetulkan posisi.

Saya lambat mula mengepam susu untuk stok susu EBM Humaira. Yelah, mula kerja nanti kena la tinggalkan susu untuk Humaira. Tu pun salah saya sebab cepat sangat putus asa,  (plus malas jugak.. haha). Asal tengok susu sikit je berjaya kena pam, saya mula la depressed. Walhal, dah tahu kalau sedih2 susu kurang. Kemudian, saya kumpul semangat semula. Baca post2 di group FB. Tanya soalan pada success mothers yang berjaya pump beratus-ratus oz susu. Minum air banyak dan amalkan supplement. Akhirnya, saya ada stok untuk seminggu, dalam 50+ oz. Alhamdulillah. Walaupun susu hanya dapat dipam sebanyak mana saya keluarkan untuk Humaira guna. Tapi, saya masih positive. Semoga saya boleh bekalkan at least sehingga dia berumur setahun. Aminnnn...


Ok... tu je la kot. Nanti update lg.. daaaa


Sunday, June 30, 2013

Week 38

Assalam,
Not in the mood of writing a beautiful story right now. I am stressed out. I am currently at my 38+ weeks now. On wednesday, it'll be 39. Owh, well! It is God's willing. Not mine. But, few things came after another.

Alhamdulillah, i was waiting to get the confirmation letter as a permanent staff. It is here already. But, the thing is, the Dato' pengarah won't sign it as everyone is not sure whether am i gonna give birth this 1st July or earlier. If earlier, then it is going to be postponed until i end my maternity leave. Haishhhh... So, i have to go to work this Monday (1st july).

My M.ed class will start a new semester next weekend. If i don't give birth yet, i have to go to the class. Truth is, i don't feel that i can endure the 9 hour class. Though there will be break, but sitting n listen to the lecture is killing me! I am gonna reach 40wks that weekend.

N adding to my misery, my in laws are coming next weekend. Planning to stay at my house for a night where my mum n brother are also staying currently. With a small house like mine, I DONT FEEL COMFORTABLE AT ALL!! Two families plus mine is too crowded! But, do i have the choice? My mum is currently staying with me because she will help me with the post-delivery matters. She's here in case i am gonna deliver during night time as somebody has to take care of my son.

Feeling stress? Absolutely!!
- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, June 18, 2013

Entry bosan

Assalam,


Bosan... Hari ni dah masuk 37 mgu. Sebab ada byk benda nak setel, pegi punch card dulu ngan encik suami pagi2 td. Hasilnya sedikit lewat sampai ke KKIA (klinik kesihatan ibu dan anak). Sampai2, kerumunan manusia jgn la nak bila g. Buku2 pink dlm bakul nurse tu dah bertimbun. Dlm hati "padan muka, dtg lewat lg".



Tengok kat bakul nurse tu, tetiba terperasan. Td susunan buku tu menegak, skrg dr belakang pulak. Meaning, kalau siapa letak lambat td dpt turn awal. Ala... Xkan la kan?? Aku xlarat tggu. Tgk jam dah pukul 8.45am. Jangankan jumpa nurse, nombor pun x gerak lg. sabarrrrrrr....



Ha, panggil pun nombor aku. Langkah cepat sikit. Cpt sikit siap. La, nurse tu bru perasan buku tu dah penuh. Kena lak berdiri sambil tggu dia gam salinan bru. Haih.. Ok, dpt nombor. 2028. Erkkk.. Byk dah nombor ni. Xpe la.



Cepat..cepat.. Nanti kena tgu turn lg kat lab. Sampai kat lab, masuk trus kawasan toiletnya. Huwaaahhhh!!!! Bertimbun buku pink tu menanti giliran utk lab tech amik. Botol urin jgn kira. Nasib baik dah siap berlabel. Kalau x, sape punya pon xtau.



Ok, tggu lagi. Tetiba.. Nama aku kena pgil. Nape pulak? Dah siap ke? Wah! Awal!


Perasan, lab tech tu pgil sbb lain. Dia kata kena anta specimen kalau ikut notes dr nurse ni. Ehh!! Saya dah buat bulan bila dulu. Nurse sblum ni pon x mention pape! Hmm...aku lak kena ulang alik tnyakan kes aku. Nurse kaunter tu beria confirm aku kena buat test tu. Lab tech lak kata kena isi form itu ini. Haih.. Berjalan lg pegi ke kaunter nurse. Tanya lagi.. La, nurse tu salah tgk. Xyah anta2 specimen. Test biasa je. Tunggu lagi..



Ok.. Siap kat lab. Jalan lg pegi check ngan nurse kat bilik 8. Borak2..alahai. Test urin x bagus, berat statik. Lain2 ok. Ok.. Jom hantar buku kat bilik last. Ok..tggu lg.



Jumpe nurse. Eh, awk x amik hb?


X, xde plak. Laa.. G amik hb plak. Adeh..seb baik kali ni xyah beratur. Adik lab tech tu pon da kesian kat akak ni. Result? Hb plak turun. Adui, hari ni sumer nak ada pape.



Xpe la..pape la. Akak dah penat. Skrg ni nk g anta assignment by pos laju. Nak g bayar duit kete. Pastu nak mamam!!









- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, June 10, 2013

Sekejapnya la masa berlalu

Assalam,

Esok dah nak masuk 9 bulan dah. Kejapnya masa berlalu. Adamdah besar. Ni dah nak bersalin no. 2. Kelas MA plak dah nak abis minggu ni. Tapi assignment melambak lagi x buat ni....

Semalam amik mak from Temerloh and suruh mak duduk sampai la anak dia ni abis pantang. Bukan ape, last week (Monday) kena Braxton Hicks yang sangat la sakit. Tetiba terpikir, kalau aku nak bersalin time2 ni, sape nak tengokkan Adam? Alhamdulillah, adik belum nak keluar. Dia tau, mama dia nak amik exam dulu. Sabar ye shayang?

Adam memang la suka. Tok ngan Pokde jaga dia. Tak payah pegi school(taska). Mak pun memang nak jaga dia. Eventho I insisted nak anta Adam gi taska, sebab dah bayar kan? Xpe la, biarlah dia nak manja ngan cucu dia.


Last weeken jugak, ada Mama & Baby Expo at Zenith Hotel, SASICC. Memang meriah la weh. Tapi sayangnya, x dapat nak spend lama-lama kat situ sebabnya datang dah kul 9mlm. Kelas MA abis lambat sangat. Sedey (T_T). So, just spend 1 jam je. Nasib baik jugak, kalau x ranapla poket weh. Itu pon, dah overspend. Ingat nak cari baju adik baby, last2 baju Adam jugak yang banyak. Hahaha. Adam dapat kasut, busha, t-shirt. Adik? Dapat legging ngan dress je. Hahhahaa.

Tapi, mama dapat extra sikit. Masa duk pusing-pusing tu nampak la Lunatots nyer booth. Memang meriah. Mula-mula duk usha je. Cam segan2. Tapi, tetiba pusing kali kedua, ada saleperson ni tegur. Ok, siap offer choc Milk Story dia. It was a nice bite though. Adam pon sibuk nak.jugak. Dah dpt a bite, I suruh la papa dia bwk juh2. Kang x mau berenti budak tu, dia buat aksi guling-guling plak. Bila papa n Adam dah blah, I pon dgr la si salesgirl ni punya explanation. Bukannya 1st time dgr Milk Story ni. Byk kali dah, but never interested. So, tersangkut la I dgn Milk story ni. Terbeli...OK...TERBELI! la produk promotion dia. Berapa? Malas nak mention... hahahaha... And, kebetulan juga jumpa Pn. Suraya yg femes itu. Hahahaha. Sy kenal and perasan, tp malu nak buat beria-ia. Hikhik....

Sebenarnya, bila dah beli baru cuak sendiri. Bukan ape, produk ni milk boost. Tetiba la kan terigt betapa tragisnya bila kurang susu, kurangnya semangat dan daya nak berjuang bg susu kat Adam. Buatnya kali ni benda yg sama jadi? Ya Allah, takutnya. Betapa membazirnya segala benda yang dah beli tu. Dengan pump, milk storage, dan paling sedih, terpaksa menghabiskan beratus-ratus membeli formula milk. Ya Allah, cekalkanlah semangat hambamu yang satu ni.

Ok, itu pasal itu. Sekarang pasal ini. Keserabutan dah makin kurang.Kerja memang la menimbun, tp Alhamdulillah, MA untuk sem ni dah kurang serabut. Tinggal 3 assignment nak submit, and final exam hujung minggu ni. Kebetulan juga, ada bengkel minggu ni.,HARI AHAD. Wooohhhh! xde relax ke? Hadoi....no comment.

Rasa cam nak amik cuti la Isnin tu. Bukan ape,melepek la aku nt kalau xde time nak relax. Tapi, dapat ke? SENDRI MAU INGAT LA DEI..wakakakaka. Ok2...GTG,

Doakan saya mudah bersalin. Aminnnn...

Wednesday, May 29, 2013

Kotak dalam kepala

Assalamualaikum,

Kekadang, rasa nak tutup telinga dan tidur saja
Tak pun buka novel yang entah zaman bila belinya,
Baru hari ini nak baca

Kat dunia luar tu,
semua tipu belaka
orang bermuka-muka
depan, muka ada gula
belakang, cuka tu lagi manis rasanya

Bukan nak kata
aku ni tak pernah buat benda tu
kadang2 terpaksa..kadang2 memang sengaja
tapi kalau dah melampau
aku yang tak terbabit naik risau
sebab kau boleh nampak sendiri
apa dia boleh buat pada kau

aku simpati
pada diri sendiri

Bila orang simpati pada kau
kau patut ada rasa yang sama pada orang
itu namanya give and take

Bila kena pada sorang
mungkin tu salah orang
Bila ramai yang kena
Bukan ke salah dia?

aku malas nk sambung
nanti xde bezanya aku dengan mereka
kutuk, mengata
paste hadis atau kata-kata
trend zaman kita...

Sudah lah hati
ikut hati mati
ikut rasa binasa

kata banyak2 pun x guna
siapa kau, SIAPA???

Thursday, May 23, 2013

Cerita mak buyung busy

Assalamualaikum wbth,

Hoh Heh Hoh Heh... penat mak bawak perut ni. Tapi x sedar dah masuk 8 bulan 1/2. Orang duk kata perut I kecik. Takpolah...memang gitu la I ni. Dari zaman mengandungkan Adam, ni nak beranakkan adik Adam pulak. Orang duk kata kecik je perut ni, tapi si pembawakperut ni xlarat dah nak mengangkut. (adik baby dlm perut, jangan terasa lak. Duk je dlm perut sampai cukup 9 bulan tau).


Sekarang ni tinggal 2 minggu je lagi nak abiskan sem 1 kelas MA. Dengan assignment yang melambak-lambak, presentation nak cover, final exam 2 minggu lagi..memang x terkejar la yeop. Kekadang tu mengharapkan satu hari tu ada lebih dari 24 jam. Tapi jangan dilayankan rungutan manusia ni. Rasanya takkan buat jugak kalau dapat lebih masa. Lebih baik tidur je kan?

Itu part MA. Yang kat office ni, dengan panel MQA visit la, dengan marking final exam paper, dengan buat statistik, nak buat modul lagi, nak buat camp pulak, nak buat bengkel lagi... haihhhh... Pendek kata, banyak la benda nak kena buat. Tapi, masih lagi terkawal. Haha.

Tapi, risaunya...bila barang adik dlm perut ni x siap2 lagi kemas. Selalunya beg emegency ada dlm kereta start 7 bulan lagi. Ni satu ape pon x buat. Just basuh je barang2 abang Adam pakai masa baby, yang mana boleh reusable, basuh n letak dlm bakul. Hadoi la... teruk mama ni kali ni. Just jangan adik kuar mengejut dah la. Kuar la dlm cukup 36 weeks ke..bernafas sikit mama ni bila kelas MA dah setel. Hehehe...

Ok la...tetiba ngantuks... muaahahaha.. kes makan banyak sgt la ni. Jyaaaa!!!

Thursday, May 16, 2013

Cikgu yang paling saya ingati

Assalam,

Wow, dah masuk 8 bulan. Sebulan lebih je tinggal. Hehe.

Hari ni nak ngomel pasal lain dr cite peknen. Nak cite pasal CIKGU. sebab ari ni Hari Guru.

Cikgu...
walaupun cikgu ni bukan la mak bapak kita (walaupun mak abah kita ada yg keje cikgu), tp selalu orang cakap, cikgu adalah ibu bapa kita yang kedua. Huhuhuuu... besar tanggungjawab tu.

Saya keje sebagai pensyarah..tapi profesyen sy ni setaraf je ngan cikgu. Mengajar ialah tugas hakiki saya. Kadang-kadang tu budak2 ada je panggil saya cikgu (walaupun dah banyak kali remind, panggil madam..hikhik).

Tapi, arini aku nak cite bukan pasal cikgu paling baik pernah ajar aku. Tapi, cikgu paling meninggalkan impak kat aku.

Mula-mula, cikgu kat skolah rendah. SKTL. Aku ni, masa skolah dulu comot. Tak comey. Maklumla, anak orang miskin. Abah dah xde. Mak lak keje, so xde orang nak make sure baju aku bersih hari2. Kalau kat lengan tu, hitam je kesan pensel ke..kesan terlanggar papan hitam ke...macam2 la. So, compare dengan kawan2 aku yang lain, aku ni macam Dayang Senandung. Tak pun macam Intan Terpilih. (korang ggogle sdri cite tu kalau xtau. aku siap tanya kwn2 lagi) Hahahaha...

Ada sorang cikgu ni. Lelaki. Dia nak setup koir punya group. Boleh x dia xtulis pon nama aku, masa budak lain duk hegeh2 duk bagi nama nak join. Aku ni pon satu,confirm2 je dia tulih nama aku. Skali  ha!! Baru aku taw nama aku xde dlm list. Tp agaknya dia kesian kat budak buruk ni, dia biarkan je. Lagipun, dah 2,3 mgu praktis. Pastu, dia jugak cikgu pancaragam. Aku ni xpernah dapat attention dia. Dia suka borak2 ngan budak2 comei je...tersisih la aku...

Tu masa dah darjah 5,6.

Masa aku gi kelas fardhu ain lagi la... Ada sorang ustazah ni. Dia pernah tegur tulisan jawi aku. Masa tu aku darjah 3 x silap. Aku mengaku la, burukkkk je tulisan aku ni. Aku tengok tulisan kawan aku ni. Tak ingat la tulisan sape. Kalau x silap, kawan aku nama Malisa, xpun Roey... Aku cakap, "Cantiknya tulisan awak. Saya punya senget je. x cantik.."
Korang tau, ustazah tu menyampuk ape? "Tulisan orang beriman memang cantik"... Haiyarkkkk!!!! Dushum..dushum... bayangkan apa perasaan budak darjah 3 dengar camtu. Terus sampai skrg, tulisan jawi aku memang hampess... and kata2 ustazah tu masih aku igt sampai sekarang.  

Ok, tu skolah rendah.

Skolah menengah?

Ada cikgu sorang ni. Dia ajar aku Akaun. Comel, petite je. Skali, kau tau, BAPAK GARANG!. pernah skali tu, aku x ingat la pasal ape. salah jawab ke, ape ke, yang pasti BUKAN sebab aku x buat kerja...dia baling aku ngan kapur. Seb baik aku dapat elak. Perghhhh!!

Ada cikgu BI plak. Time tu form 5. Cina. Dia ni, peel dia, kalau buat keje dia, kena perfect. Kena garis, kena tulis hari, haribulan. Kalau tak, dia campak buku luar kelas. Tapi, dia xpernah marah. Dia ketawa je. Bayangkan lah, kalau kelas lain yang bawah2 tu, kira ok la. Setakat kena lempar buku je kan. Kalau kelas aku yang duk 3 tingkat ni???? Ada skali tu, dia round...aku ok je. sebab BI among favorite subjects aku. Memang aku score sokmo. Hahahaha... Pastu, dalam dia round tu, dia kutip la buku kawan2 aku yang kantoi.. x siap ke, x garis ke..Dia pon teruskan aktivti dia la. Dia gi terus je kat corridor, pegang buku, and lepas...."weee!!! Flying without wings!!!" hahahahaha... nak pulak, elok2 je bawah kelas kitorang tu,ade kolam ikan. Hahahaha...ijau gitew air dia. Hahahaha

Masa form 2, ada sorang cikgu Sains ni. Lelaki. Aku serius x ingat nama dia.  Tapi, aku tak tau la kenapa..nak ketawa x baik tau, nak kata pelik..x de la sangat. Dia slalu buat unpredictable nyer action. Ada skali tu, aku nyer kelas 2C, kelas kawan aku 2B. Kitorang ni punya la tunggu..tunggu..tunggu...mana cikgu ni? Slalu cepat je.. Skali, si monitor kelas kitorg ni, Abu masuk kelas gelak2. Pastu cikgu tu masuk sengih2. Bakpe pulak... Bila time balik, kawan aku tanya, "weh, kelas korang ngan cikgu W td kan? Cikgu salah masuk kelas kitorang. Dah la waktu sebelum tu, kitorg blaja ngan dia. Siap dia dah bukak buku, mengajar lagi skali!" Berderai la gelak kitorg. Tu satu, ade skali tu, dia pakai name tag terbalik.... alaaa.....sian cikgu. Tapi, xde sorg pun yang gi tegur. Hampeh x kitorg!?

Masa Form 5, kitorang paling nakal! Cikgu Kimia kitorang la yang paling bersabar. Lab Kimia slalunya kena amik extra hours. 2.30ptg baru balik. Aku ni x suka duk kena naik bas awam (slalu panggil bas merah). Kena jalan kaki dr simpang ke rumah, adala dalam 1km. Optionnya, ponteng je Lab Kimia. Hahahaha...kekadang tu sian kat dia. ada 2,3 orang je dlm kelas. Padahal, kelas sebelum tu penuh je. Pastu, ada satu time tu, dia duk tunjuk experiment kat meja dia. Ada kawan aku yang sengal-sengal (Balaguru, Meme, Nurul.,ada lagi 2,3 org), duk usik barang atas meja cikgu tu. Drg campak sthg dlm sinki n benda tu react dengan air. Habis satu lab kena lari keluar sbb bau busuk n takut terbakar or terbau plak. Bahaya sungguh. Sian cikgu tu....dia sabar je... Tapi, benda paling aku ingat, masa tu kawan aku ni gi tanya soalan kat cikgu ni satu hari.Cikgu ni pon keluar la reading glass dia. Skali, reading glass dia tu patah tangkai. Dia ikat semula dengan masking tape (selotape kaler putih). Kawan aku lak jahat! Dia leh sengih2 sambil tengok spec cikgu tu. Dah siap tu, dia sampaikan kat kitorang. Mau tak semuanya duk pakat sengih2.

Last skali, aku nk cite pasal lecturer, masa aku dah blaja kat uni. Dia ni memang kurus. Suka pakai skirt paras lutut. Melayu, of kos. Boys memang suka sangat dia ni. Tapi, dia slalu aim aku. x suka betul aku. Ada skali tu,aku borak-borak ngan kawan aku. Guna BM la kan...pehal lak aku nak meraban speaking mat saleh ngan kawan. Skali aku x sedar, dia lalu kat belakang.  Dia siap sound kitorang, "Speak in English, both of u"... kitorang sengih2 je la. Pastu, ada lagi kes dia ngan aku ni. Ada skali tu, dia tulis something kat whiteboard. Dia explain la, ni ada 2,3 orang yang buat grave mistake in grammatical error. Dia soh satu kelas betulkan. Salah satu ayat tu aku punya. Ada satu boy ni, sgt snobbish and rude. Tapi, xleh kata pape la, sebab dia top student pon. Tapi, aku time tu baru sem 1 rasanya. That boy sedap je sound, "Why don't you ask that person to correct it herself/himself. This is rubbish." Kena lak kat ayat aku. Korang rasa ape perasaan aku bila kena point out macam tu (walaupon lecturer tu x reveal sape punya ayat). Muka aku dah merah and aku tahan je rasa nak nangis tu. Aku x suka sangat dia sampai la sekarang. Terkesan kat ati aku ni, walaupon kalau time tu niat dia baik.

Hahahaha..tu la dia. Cerite cikgu2 aku yang aku ingat. Ada x cite aku pasal cikgu baik...jaga hati students. Bagi students hadiah? Mano? Nan ado!

Aku sekarang ni mengamalkan prinsip, it doesn't matter kalau Hari Guru aku lah orang yang paling tak dapat hadiah. Aku lagi tak heran kalau students x sms aku ajak borak-borak. Aku nak ilmu yang aku sampaikan ni dapat diorg praktikkan, bukan sebab suka aku drg nak dtg kelas. Aku nk drg tau, ilmu ni perlu ketekunan dan usaha untuk dapatkannya. Maaf, aku tak perlukan students untuk bertebeng kat bilik aku melainkan minta ajarkan mereka ilmu2 yang saya boleh ajarkan.

Untuk semua guru2..SELAMAT HARI GURU...

Tuesday, March 19, 2013

Excited lebey plak..hehe

Assalam...

Wooh! Hari ni tetiba nak berbelog. Puncanya? Hampir 70% current work siap. Rajin x ahkakkk??? Weeeee...

Akak rini dah menyambut bulan ke 6 utk adik baby dalam pewot. Baju dah semakin sendat, baju kurung ada 2 pasang je yang reliable (kira boley masuk punggung la, kalau x sangkuttt). Maternity blouse option yg sgt sikit. Nak beli baru? Mcm x berkemampuan sgt skrg ni. Melawa dah jatuh no 16.

Baru2 ni akak sibuk mencari kain pasang kaler pink. Bakpenya? Adik baby maybe girl kan? Aritu akak ckp ngn incik suami, if she/he is a girl...papa, mama n abang long Adam skali kena paksa pakai pink masa Raya tahun ni! Muahahaha..veto power x ahkakkk? So, mencari sana-sini...jumpe la kat kedai kat Tloh ni. Nama dia Deen Maju Textiles (aishhhh, terpromote pulaks). Memula tu sibuk ah masuk Kamdar, masuk kedai ni..kedai tu.. Akak xkisah sgt kain utk akak. Kita pompuan senang je. Pilihan banyaks. Ni kain papa n Adam la. susah rupenya nak beli kain baju Melayu. Kena x beli yang siap? Papa = big size. Adam = nak sedondon ngan papa.

Punya la terik panas matahari aritu, seb baik x bawak budak shomel bombom Adam tu. kalau x, haru laaaa...

Okey...banyak lak membebel. So, dah masuk kedai tu..pusing2...x tau la nak pilih ape. Memula si salesgirl ni x membantu. Duk tercongok n tengok je kitorg leher panjang2 tengok kain. Tetiba dia tunjuk kain kat bahagian depan tu. Nama kain tu Koshibou. Cantik, berat n not so bad la harganya. Semeter x sampai RM10. Murah kannn??

Sekali, akak duk pikir2, nak la kaler mcm drg jugak! Akak pon tanya, "Dik, kain ni orang buat baju lain tak selain Baju Melayu?"
"Baju kurung pun boleh kak."

Hah, akak pon mintak tambah lagi 4 meter. Hikhik... hamik ko! Ni kaler kain tu.
Ok...pastu akak nk jahit lace ngan beads. Koya x???? Hahahaha...

Owkeh..mau pigi makan...chow cinciiiii



Wednesday, March 13, 2013

Current me

Assalamualaikum wbth,

Wow, never imagine I am gonna start this cycle all over again. I AM A MASTER DEGREE STUDENT AGAIN!  yeah..yeah... before this I was a quitter. I stopped UiTM, I HAD TO stop UPM. and now, enrolled in UPSI exec course. Can I make it? *Ya Allah, tetapkanlah hatiku, kuatkan semangatku untuk jihadku menuntut ilmu*

I had to grab this one. Why? Because it solves all the problems that caused me to quit before. Though, it requires a huge amount of sacrifices too.

1. It is here. At Kuantan. I don't have to travel like I did when I was in UPM. 4 hours travelling. Now, all I have to do is 15 minutes from my house to KIPSAS. I can drive there myself. No biggie.

2. I don't have to find a roomate or housemate or even a house or room to rent. My house is here. Thus, this make up for the huge amount I have to pay for this course.

3. This gonna take about 1 or 2 years only. Not more than that. *based on my calculation, early Jan I am going to grad! Weehuuu!!* Back then, UPM requires me 3 years. UiTM need 3 years.

But, I do have a wee bit problem.
1. I am going to have my baby in July. The class is on. If I am gonna miss the classes, I am gonna miss 14 hours per week. (T_T)

2. My lil brother is gonna get married. October. Again, the class is on.

But, I'll try to negotiate with the lecturers, In shaa Allah. Whether I have to do extra assignments or I don't know... let see la... My lil bro's wedding..Since I am going to be in charge, let me have a say on the date they choose. hehehe. *very dictator la ini kakak*

Ok... that's what happen to current me. Now, let's pray that I am able to stand straight and get to the finishing line.

owh..owh.. a good news to be shared, In shaa Allah. It is going to be a girl. But, who knows, if Allah decide otherwise. So far, no birdie sighted. LOL

gtg...daaaa