Saturday, August 29, 2009
Lagu Raya..mana sensitiviti masyarakat Malaysia?
Hye kawan-kawan....hehehe
Pose x? Xpose, jangan raya.
Cakap psl raya, aku teringat pasal cerita housemate aku. Dia g jenjalan Jusco Seremban. Aritu baru je puasa kedua. Boleh la plak, pasaraya ni pasang lagu Raya. Siap berkumandang takbir raya.
Bagi aku, sangat x patut la pasaraya tu buat camtu. Tak hormat langsung perasaan umat Islam. xtau la, kalau ade umat Islam yang suka dengan situasi ni. Yela, baru hari puasa kedua, korg dah pikir nk raya. Sedangkan, Ramadhan hanya datang sekali setahun. Masa untuk kita beribadat dan beramal. Tapi, baru je nak mula bulan suci ni, dah sibuk nak raya.
Aku pernah jugak dengar, dalam bulan Ramadan ni, roh2 dibenarkan berada di atas bumi. Jadi, bila berakhirnya bulan Ramadan, sedih la roh2 ni kerana akan kembali ke tempa asal mereka. Bila terdengar takbir raya, n all, betapa sedihnya roh2 ni, apabila sedar yang mereka x punya masa yang lama lagi. (Ini apa orang2 beitahu aku).
Tapi, itu sekadar side story. Apa yang aku nak sampaikan, x payah la sibuk2 nak berhari raya sedangkan baru sangat Ramadan bermula. Aku x tahu apa yang manusia ni kejar. Amalan puasa ni atau nak berhari raya?
Aku sangat harap, jangan la pakai ringtone lagu raya pda awal2 puasa ni. Lagi semingu before raya nanti, ikut suka korg la. Pakai la baju raya sekalipon, org da x kisah..
Jangan la mainkan lagu raya sebelum hampir tiba Syawal. Tolong la sensitif skit. Bukan korg sorg je hidup atas muka bumi ni.
Tuesday, August 25, 2009
i just love these names..*wink*
Girl's names:
Aisya- Hidup bahagia. Nama isteri Rasulullah s.a.w. Lembut je bunyinya..hehe. Ramai dah kawan-kawan aku guna nama ni utk baby drg.
Maisara- Maksudnya, kekayaan/ kesenangan. Nama anak jiran aku dulu. Cute.
Humaira- Putih kemerah-merahan. Nickname Rasulullah s.a.w panggil Aisyah. Aku suka nama ni sbb nanti orangnya mesti lembut cam kaler putih+merah (pink?)
Qalish- Yang khusus. paling baru aku suka. Terjumpa masa aku cr2 nama anak sdra faiz. Suka dgr je. Not sure apa yang khususnya.
Boy's names:
Adam- Nama nabi. Rasa cam very manly nama ni. Mula2 suka sbb nama ni ada bunyi2 mat saleh skit, tp Melayu bleh pakai. Nama universal la katakan.
Alif- Kawan rapat. Suka sbb huruf jawi pertama. sign, nombor 1.
Luqman- bijaksana. I wish him to be one.
Imran- Budi bahasa. :) Tapi, lately ni jumpa org yg nama Imran sume hampeh..hehhe
Rifqi- Lemah lembut. Ni pun baru2 ni jumpa. Tapi, takut gak kalo besar2 kang terlebih 'lembut'.Hahahha...
.
Few names in my head for mine. Xpe la kalo org dah amik.
At first: Fariz (combination of mine n Faiz) xleh...sbb abg Yin dah amik utk anak dia.
So,
Humaira Qalish
Luqman Adam
Imran Rifqi
:D
Sunday, August 23, 2009
he's back
:D
tp masih lg kuarantin, x leh jalan malam..mak bising..
x kisah la...yg penting my baby is safe n sound..hehehe
Friday, August 21, 2009
apa yang penting...KERJASAMA..:D
Yaya, lawa tudung??hahaha...xpe..OK la tu! kak Seri, aih..Crocs serbaguna..
Ko bebel apa sambil menyapu tu Iza oihhh... hahaha
Hasil setelah berpenat lelah..banyaknyeeeee... Dah..dah..jom masak..Kak seri dah marah! Hahhaaha..
Aku yang sangat berpuas ati sbb umah dah xde lalang setinggi pinggang..
Hehe..well, somehow we gurls spent our moments cleaning our yard after the grass had been cut by En Razak. Seronok n sedikit penat but berbaloi.. aku rasa cm nk guling2 lak atas tanah yg seciput tu.. Ngehhhhh......
Apa yang penting...KERJASAMA...
Wednesday, August 19, 2009
surat cinta buat students class P
Saya amat berbesar hati dengan tingkah laku awak semua. First of all, saya ingin katakan, KEEP IT UP!. Teruskan usaha-usaha dan tingkahlaku awak semua yang amat menjengkelkan tu. Seriously! Tolong lah buat banyak2 kali lagi. Saya x sabar nak tengok korang buat lagi.
Minggu lepas, saya sangat gembira bila menerima panggilan korang yang menganggu hari cuti saya. Tolonglah call lagi. tengah malam pun xpe. Saya xkisah. Nak2 lagi kalo korg call just nk tanya 'siapa VC UiTM' atau.. 'betul ke birthday lecturer ni semlm?' sebabnya, kalo korg x call saya, sape lagi yg tau pasal benda ni? lecturer mmg tau semua. lagipon, kita ni rapat. Dah macam adik beradik. Call la selalu.. saya bosan kalau xde orang call saya.
Pagi tadi, saya suka sangat bila korg dtg lambat. Kalo korg dtg lambat, sy pun boleh start lambat. Win-win situation. Giler pandai la korg. Pandai la pikir camtu...sy pon x terpikir. Lagi satu.. sy sgt suka bila korg dah lambat tu, korg masuk kelas tanpa say sorry. Bila saya perli, korg buat x tahu macam xde pape. Xpe...saya suka sgt. Sbb sy saje je wat lawak camtu. Sy mmg gurau je..x pernah terniat pape pun. Sy gurau2 manja je.
Pastu, korg x payah beli buku. Xpe, sy x guna pun buku dlm kelas. Korg boleh kongsi2 je buku kwn korg yg bersusah payah beli tu. Xde hal la. Not a big deal pon. Sebab buku tu harga dia mahal, lagi bagus kalo kog beli topup. Ada jugak gunanya. Saya suruh amik n beli buku kat bilik saya, korg x dtg. Owhhh...lupe pulak. Korg ni sumer x boleh naik tangga, berpeluh pulak nanti. Bilik sy kan tingkat 3. Xpe la.. maafla kalau saya susahkan korg. Maaf ya?
Saya juga sgt gembira bila korg bercakap masa sy mengajar. Tolong la bercakap banyak2. Sampai suara awak kuat dr sy pon xpe. Nanti kalau awak ckp slow, kwn awak x dgr. Lagi pun, bila awak x paham, sy dengan senang hatinya leh explain kat awak. banyak kali pun xpe. Sbb tu mmg kerja sy. Selain dr explain kat awak banyak2 kali, sy xde dah kerja lain. Itu je tugas sy as a lecturer. xpe, sy paham. Awak banyakkkk sgt benda nk cerita pada kwn awak. Bukan senang nk jumpa kwn awak tu. Dlm kelas sy je awak boleh jumpe. Nanti, banyak pulak benda awak lupa nk bgtau.
Sebelum saya mengundur diri, sy nk mintak maaf sgt2 sebb sy x pandai nk ajar budak2 bodoh sebenarnya. Selalunya, students sy walaupun kurang pandai dlm BI, drg masih lagi hormat lecturer. Sy pun xkisah nk ajar drg. Tapi, kali ni sy rasa bersalah pulak. Maaf ya, sbb sy mmg x reti nk ajar students yang lembab, x sedar diri x pandai dan x hormat lecturer. Salah sy semua ni, sbb sy x pernah nk terfikir yang selain dr ajar BI, sy kena ajar pelajaran Sivik dan adab dengan guru pada korg. Maaf ya? Sy tahu, keputusan SPM awak sgt bagus, sbb tu awak beria nak amik course P kat sini. Universiti lain x sanggup nak terima students sepandai awak kat U drg. Yela, mana ada U yang nk terima students dengan SPM E8, G9. Lagipun, mak ayah awak yang guna kabel2 tu memng sengaja x nak anak drg masuk U yang bagus2. Risau nt org lain x leh compete dngan kepandaian awak.
OK la, rasanya..Penat dah sy nk beritahu betapa awak sgt bagus ehh tak..terlalu bagus untuk jadi students sy. Akhir kata, awak xperlu tukar perangai awak semua ni. Malahan, teruskan usaha korg.
Yours,
Lecturer yg gagal mendidik budak2 bodoh sombong.
ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!
Thursday, August 13, 2009
Alahai CCK...huhuuuuu
10/8/09 8.25pm
12/8/09
Jengka 16,
Kiri ade ambulans lalu dari arah bertentangan.. Slow keta..
Aie "Miss, stereng..stereng..."
Tanya Suzai, "Ko OK x?"
Ketar beb.. masa aku tanya Suzai, aku baru perasan bunyi gigi aku berlaga atas bawah,

Bumper, lampu..
pastu..pikir2..baik buat report
Friday, July 31, 2009
Start counting now..
Sorry la...ini close up yang x jadi...hahahaha
Sekeping sijil yang memaksa aku habiskan waktu rehat weekend aku...
Sekarang ni, kitorg dah decide tarikh majlis tunang. InsyaAllah, 29 November 2009. Kalau xde aral, jadilah. Aku dah hantar kain yang aku pesan pada Iza masa dia pegi Padang, Indonesia. Inilah hasilnya. Tapi, kain ni ada cacat sikit. Tukang jahit salah jahit lengan. Belahan hujung tangan tu terbalik ke atas. Xpe2, aku nk g bising esok kat kedai....hahahaha.
Hmm...aku dah tgk kalendar. So, duk pikir2..kami dapat tarikh kawin, 060610. Ok x? Tapi baru plan... Mana tahu sok2 tukar. Cuti skolah time tu, masak la aku ngn sibuk dtg kenduri org, dengan aku sibuk nk kenduri sendiri. Aku x berapa suka tarikh tu sbb cuti skolah ramai sgt org kawen. Bertembung ngn kenduri org la, mak andam demand la...mesti banyak problem...huhuhuuuu...
So, aku doa2 jangan la ada apa2 masalah nanti....Korang tolong doakan skali... Aminnn...
Tuesday, July 28, 2009
Ini macam punya orang pun ada ka?
Aku pegi kursus last Sat n Sunday. Dlm kursus tu, ada sorg mamat ni, misai melintang, rambut bentuk M dan rebonding. Aku x kisah la appeaance dia. Sukati la ko pakai ape pon, asal jangan ko x pakai pape. Tapi yang buat aku kisah ialah bila dia mula annoying.
Peserta perempuan dah sakit ati. Muka derang cam nak bangun and bagi pelempang je kat mamat sengal ni. Peserta lelaki dah perasan, dan da 2,3 org yng sound mamat ni tapi slow2 je. Hormati majlis agaknya. Last2, before penceramah tu tamatkan ceramah dia, dia sound "Kita kekadang tu, ada masa kita kena jadi hipokrit sikt. X payah la nak tunjuk kejantanan sangat. Tengok muka saudari2 kat sini dah semacam." Tapi, dia buat x paham lagi. ingat orang cakap main2 agakya.
Sesi lepas tu, dia cuba nk repair LCD projector yang padam tiba2 dlm ceramah sebelum tu. Tunjuk pandai. Tah hapa2 dia buat, langsung x jalan. Sudahnya, dia merapu kat penceramah tu. "Nak saya tolong. Elok encik minum dulu, encik...bla..bla..bla..Encik nak saya tolong?"
"Boleh! Tolong keluar!" Sahut satu suara lelaki kat belakang. Dia x paham lagi (kesian, slow plak mental). Dia bleh plak cakap, "Tak baik suruh encik ni keluar."
"Ko la keluar. Tak paham2 lagi. Buat bising je...." dan macam2 lagi disambut oleh peserta lelaki lain.. Aku n peserta perempuan ape lagi..seronok ar gelak. Amik ko! Endingnya, 10 minit pastu, slow2 dia kuar gi tandas n lepak kat luar hisap rokok.
Orang 2:
Ade sorang ni. Dia keje kat tempat keje aku. Aku x tahu nak kategorikan dia ni kat mana. Blur? Beria2? Kurang daya berfikir dengan tenang? Xpe la..korg la bgtau aku.
Dia sibuk bertanyakan tentang aktiviti student sedangkan bukak sem pun belum. Camne aku nk bg jawapan. Setiap kali jumpa aku di akan tanya, "Farah..jika ada apa2, kita bincang ya. Bila mau bincang? Bila ya mahu buat aktiviti?" SETIAP KALI JUMPA AKU! Argghhhh!!! Stress aku!
Tu OK lagi. Sepatutnya ada event mlm ni. Tapi, disebabkan cuti sem tiba2, sudah semestinya cancel. Surat jemputan untuk dia dah dikeluarkan awal, tapi aku x sedar yang dia dah terima surat tu. Surat tu dihantar awal oleh AJK. Yang peliknya, dia boleh plak datang!!! Takkan la dia x tahu yang event tu x jadi sebab students xde. OK..OK... salah aku x inform dia yang event tu tunda. Tapi..ala...xkan laaa kan... Ko boleh pikir la beb. Surat tu pon diberi pada orang lain, tapi org lain tu xde plak dtg.
Haduiiii!!! tolong la....
Seriously, aku penat. Ada jugak orang camni disekeliling aku.... huhuuuu
Friday, July 24, 2009
Cuti seminggu...hadoiiii!!
Yela...cuti mid sem yang patutnya sama ngn cuti raya nt mayb akan dipendekkan..Tp, aku x tau la kata putus, either cuti masih lagi sama, mcm dlm kalendar akademik..or.. dipendekkan..
Pape pun.. Aku redha...
p/s:mggu depan aku x cuti pon..baik duk opis wat keje..