Adam

Daisypath Happy Birthday tickers

Adik

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Saturday, August 29, 2009

Lagu Raya..mana sensitiviti masyarakat Malaysia?

Salam Ramadan,

Hye kawan-kawan....hehehe
Pose x? Xpose, jangan raya.

Cakap psl raya, aku teringat pasal cerita housemate aku. Dia g jenjalan Jusco Seremban. Aritu baru je puasa kedua. Boleh la plak, pasaraya ni pasang lagu Raya. Siap berkumandang takbir raya.

Bagi aku, sangat x patut la pasaraya tu buat camtu. Tak hormat langsung perasaan umat Islam. xtau la, kalau ade umat Islam yang suka dengan situasi ni. Yela, baru hari puasa kedua, korg dah pikir nk raya. Sedangkan, Ramadhan hanya datang sekali setahun. Masa untuk kita beribadat dan beramal. Tapi, baru je nak mula bulan suci ni, dah sibuk nak raya.

Aku pernah jugak dengar, dalam bulan Ramadan ni, roh2 dibenarkan berada di atas bumi. Jadi, bila berakhirnya bulan Ramadan, sedih la roh2 ni kerana akan kembali ke tempa asal mereka. Bila terdengar takbir raya, n all, betapa sedihnya roh2 ni, apabila sedar yang mereka x punya masa yang lama lagi. (Ini apa orang2 beitahu aku).

Tapi, itu sekadar side story. Apa yang aku nak sampaikan, x payah la sibuk2 nak berhari raya sedangkan baru sangat Ramadan bermula. Aku x tahu apa yang manusia ni kejar. Amalan puasa ni atau nak berhari raya?

Aku sangat harap, jangan la pakai ringtone lagu raya pda awal2 puasa ni. Lagi semingu before raya nanti, ikut suka korg la. Pakai la baju raya sekalipon, org da x kisah..
Jangan la mainkan lagu raya sebelum hampir tiba Syawal. Tolong la sensitif skit. Bukan korg sorg je hidup atas muka bumi ni.

Tuesday, August 25, 2009

i just love these names..*wink*

Sejak sekolah menengah lagi, aku dah start suka nama-nama ni. Aku mmg cadang nk guna nama ni utk my "family members". Hehhehe... tapi x pe la..mana yg ada je la. Punya la aku suka nama2 ni, ada satu hari tu, masa aku study degree, aku suruh my closest friends guna nama2 ni utk anak drg, kalo ditakdirkan aku mati...Huhu...

Girl's names:

Aisya- Hidup bahagia. Nama isteri Rasulullah s.a.w. Lembut je bunyinya..hehe. Ramai dah kawan-kawan aku guna nama ni utk baby drg.
Maisara- Maksudnya, kekayaan/ kesenangan. Nama anak jiran aku dulu. Cute.
Humaira- Putih kemerah-merahan. Nickname Rasulullah s.a.w panggil Aisyah. Aku suka nama ni sbb nanti orangnya mesti lembut cam kaler putih+merah (pink?)
Qalish- Yang khusus. paling baru aku suka. Terjumpa masa aku cr2 nama anak sdra faiz. Suka dgr je. Not sure apa yang khususnya.

Boy's names:

Adam- Nama nabi. Rasa cam very manly nama ni. Mula2 suka sbb nama ni ada bunyi2 mat saleh skit, tp Melayu bleh pakai. Nama universal la katakan.
Alif- Kawan rapat. Suka sbb huruf jawi pertama. sign, nombor 1.
Luqman- bijaksana. I wish him to be one.
Imran- Budi bahasa. :) Tapi, lately ni jumpa org yg nama Imran sume hampeh..hehhe
Rifqi- Lemah lembut. Ni pun baru2 ni jumpa. Tapi, takut gak kalo besar2 kang terlebih 'lembut'.Hahahha...
.
Few names in my head for mine. Xpe la kalo org dah amik.

At first: Fariz (combination of mine n Faiz) xleh...sbb abg Yin dah amik utk anak dia.

So,

Humaira Qalish
Luqman Adam
Imran Rifqi

:D

Sunday, August 23, 2009

he's back

CCK is BACK...HAPPY....
:D
tp masih lg kuarantin, x leh jalan malam..mak bising..

x kisah la...yg penting my baby is safe n sound..hehehe

Friday, August 21, 2009

apa yang penting...KERJASAMA..:D

Date: 19 OGOS 2009
Time: 6.30pm
Location: Taman Universiti UiTM


Fiza dengan bulu ayam plastik..(kalo dah xde bulu ayam, kita pggl ape eh..bulu plastic?)


Yaya, lawa tudung??hahaha...xpe..OK la tu! kak Seri, aih..Crocs serbaguna..


Ko bebel apa sambil menyapu tu Iza oihhh... hahaha


Hasil setelah berpenat lelah..banyaknyeeeee... Dah..dah..jom masak..Kak seri dah marah! Hahhaaha..


Aku yang sangat berpuas ati sbb umah dah xde lalang setinggi pinggang..

Hehe..well, somehow we gurls spent our moments cleaning our yard after the grass had been cut by En Razak. Seronok n sedikit penat but berbaloi.. aku rasa cm nk guling2 lak atas tanah yg seciput tu.. Ngehhhhh......

Apa yang penting...KERJASAMA...

Wednesday, August 19, 2009

surat cinta buat students class P

Buat students kelas P,

Saya amat berbesar hati dengan tingkah laku awak semua. First of all, saya ingin katakan, KEEP IT UP!. Teruskan usaha-usaha dan tingkahlaku awak semua yang amat menjengkelkan tu. Seriously! Tolong lah buat banyak2 kali lagi. Saya x sabar nak tengok korang buat lagi.

Minggu lepas, saya sangat gembira bila menerima panggilan korang yang menganggu hari cuti saya. Tolonglah call lagi. tengah malam pun xpe. Saya xkisah. Nak2 lagi kalo korg call just nk tanya 'siapa VC UiTM' atau.. 'betul ke birthday lecturer ni semlm?' sebabnya, kalo korg x call saya, sape lagi yg tau pasal benda ni? lecturer mmg tau semua. lagipon, kita ni rapat. Dah macam adik beradik. Call la selalu.. saya bosan kalau xde orang call saya.

Pagi tadi, saya suka sangat bila korg dtg lambat. Kalo korg dtg lambat, sy pun boleh start lambat. Win-win situation. Giler pandai la korg. Pandai la pikir camtu...sy pon x terpikir. Lagi satu.. sy sgt suka bila korg dah lambat tu, korg masuk kelas tanpa say sorry. Bila saya perli, korg buat x tahu macam xde pape. Xpe...saya suka sgt. Sbb sy saje je wat lawak camtu. Sy mmg gurau je..x pernah terniat pape pun. Sy gurau2 manja je.

Pastu, korg x payah beli buku. Xpe, sy x guna pun buku dlm kelas. Korg boleh kongsi2 je buku kwn korg yg bersusah payah beli tu. Xde hal la. Not a big deal pon. Sebab buku tu harga dia mahal, lagi bagus kalo kog beli topup. Ada jugak gunanya. Saya suruh amik n beli buku kat bilik saya, korg x dtg. Owhhh...lupe pulak. Korg ni sumer x boleh naik tangga, berpeluh pulak nanti. Bilik sy kan tingkat 3. Xpe la.. maafla kalau saya susahkan korg. Maaf ya?

Saya juga sgt gembira bila korg bercakap masa sy mengajar. Tolong la bercakap banyak2. Sampai suara awak kuat dr sy pon xpe. Nanti kalau awak ckp slow, kwn awak x dgr. Lagi pun, bila awak x paham, sy dengan senang hatinya leh explain kat awak. banyak kali pun xpe. Sbb tu mmg kerja sy. Selain dr explain kat awak banyak2 kali, sy xde dah kerja lain. Itu je tugas sy as a lecturer. xpe, sy paham. Awak banyakkkk sgt benda nk cerita pada kwn awak. Bukan senang nk jumpa kwn awak tu. Dlm kelas sy je awak boleh jumpe. Nanti, banyak pulak benda awak lupa nk bgtau.

Sebelum saya mengundur diri, sy nk mintak maaf sgt2 sebb sy x pandai nk ajar budak2 bodoh sebenarnya. Selalunya, students sy walaupun kurang pandai dlm BI, drg masih lagi hormat lecturer. Sy pun xkisah nk ajar drg. Tapi, kali ni sy rasa bersalah pulak. Maaf ya, sbb sy mmg x reti nk ajar students yang lembab, x sedar diri x pandai dan x hormat lecturer. Salah sy semua ni, sbb sy x pernah nk terfikir yang selain dr ajar BI, sy kena ajar pelajaran Sivik dan adab dengan guru pada korg. Maaf ya? Sy tahu, keputusan SPM awak sgt bagus, sbb tu awak beria nak amik course P kat sini. Universiti lain x sanggup nak terima students sepandai awak kat U drg. Yela, mana ada U yang nk terima students dengan SPM E8, G9. Lagipun, mak ayah awak yang guna kabel2 tu memng sengaja x nak anak drg masuk U yang bagus2. Risau nt org lain x leh compete dngan kepandaian awak.

OK la, rasanya..Penat dah sy nk beritahu betapa awak sgt bagus ehh tak..terlalu bagus untuk jadi students sy. Akhir kata, awak xperlu tukar perangai awak semua ni. Malahan, teruskan usaha korg.

Yours,

Lecturer yg gagal mendidik budak2 bodoh sombong.


ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, August 13, 2009

Alahai CCK...huhuuuuu

Status Facebook:
10/8/09 8.25pm

"Something is bothering me..but i don't know what..ape eh??

12/8/09

Me n Suzai, together with students (Aie, Topek n Isma) went to Hospital Temerloh. Pojie was admitted, suspected H1N1. Topek pegi saringan demam. Xleh masuk n jumpa Pojie. Went to Mentakab, tempah hadiah BOTB TLC. Pegi McD, bought food. Pusing ke hospital.

Amik Isma n Topek. Gerak ke Jengka.

Topek demam. Dia tido. Aie, aku, Isma, Suzai borak2. Bese2 je. Aku bawak keta dlm 80km/j.
Jengka 16,

Kiri ade ambulans lalu dari arah bertentangan.. Slow keta..
Ambulans lalu terus ke Temerloh..

tgk keta depan.. Slow lagi....
tekan brek slow-slow..
eh!!! keta tu x gerak...keta tu berenti...
Brek emergency....
Aie "Miss, stereng..stereng..."

Aku dah x dgr..panik...

Bam!!!

Aku langgar belakang keta Iswara tu..
Bg signal, park keta kiri jalan.
Keluar keta, tgk kesan langgar....

Tanya Suzai, "Ko OK x?"

Dalam diam rupanya aku yang x berapa nak OK..
Ketar beb.. masa aku tanya Suzai, aku baru perasan bunyi gigi aku berlaga atas bawah,
xpe la.. benda kecik.


Tanya pakcik tu..OK ke x..
drg tgh "in shock" lagi..
pakcik tu panggil kawan dia
xpe la..discuss..

drg mintak RM250 untuk lampu pecah, bumper pecah sikit
keta aku?? tgk la gambar ni ha..adeiiii


Bumper, lampu..
Alhamdulillah..enjin x de prob..

Aku call abang Sham, bgtau everythg..

At first, xnak bawak balai..takut aku nyer P kena merit
pastu..pikir2..baik buat report
memandangkan keta aku teruk..

pakcik tu td dah nak tukar pikiran lak..dr RM 250, mintak RM150
dah..dah...bawak balai...malas aku dah...pikir2 pon aku yg teruk kena baiki keta

Suzai balik ngn Topek. Mere tggu skali.
Tggu kawan Aie, then gerak g Balai Polis Kg. Awah (aku x paham nape la bwk sampai situ padahal nk ke Bdr Jengka lagi dekat..drg kata ade la yg dia plan tu)
Buat report...mula2 ngn Polis..then ngan JPJ..Lama siott..Dr kol 9.30mlm sampai kol 12.00. Faiz datang... Abg Sham n Abg Yin dtg. Keta pass kat abg Sham utk settle. Mintak Faiz anta balik UiTM.
Jumpa Guard UiTM, explain 2 students yang dtg tolong td. Guard cakap OK, bleh masuk.
Gi makan ngn Aie, Mere, Isma n Faiz..
Aie wat lawak x sesuai...(X GUNA KO, AIE!!!!)
Anta drg balik umah sewa a.k.a BANGLO IMPIAN drg

Faiz anta aku balik...

2.30am
Faiz dah sampai Jerantut
Aku siap solat, etc..
Xleh tido
Call Faiz n had a longggggg talk....

5am
Tried to sleep...

7am
wake up...can't sleep anymore.
Huhuhuuuuu...

Sorry to Suzai, Aie, Isma', Topek sebab babitkan korg skali..

Sorry Topek..demam2 pon terkejut.

Thanks Suzai, sbb ade ko, aku x nangis...

Thanks Isma, sbb tolong diskas ngn orang2 tu..

Thanks Mere, sbb dtg temankan sy sampai ke balai polis
Thanks Aie...4 being there. Teman bagi statement kat polis (walaupun sy x puas ati ngn pujian polis tu..euwww)..thanks for being a very reliable person...(boleh rekemen jadi adik ipar nih..haha.. 2nd thought.. xnak la..euwww)

Thanks to kwn2 Aie yg dtg walaupon sy x kenal sumer

Thanks Lilee,Lynn, sbb korg layan je smbil dgr suara aku yang cuak time tu

Thanks housemates (Kak Seri, Yaya, Fiza, Iza)..korg susah ati sbb aku n ready to come n fetch me in case I need it

Thanks to my beloved one..dtg jugak walaupun sy x bg...(ckp je, dlm ati nak jugak dia dtg)

Thanks to everyone who concern...

Ini adalah pengalaman pertama aku langgar sesuatu/kereta. Aku x pernah langgar ape2, walaupun geser pada apa2 pun. Sangat terkejut.. dan x tau nk react camne dlm situation camni.
Papepun aku tetap rasa pakcik tu salah sebb berenti kat jalan lurus, without any signal. Memang la ade ambulan dr depan, tp perlu la nk berenti, SENGALLL...cukupla stkt ketepi.. Adeiii..Orang jengka mmg camni.... Sakit ati tul la. Tapi disebabkan aku langgar belakang keta dia, aku la salah. Redha je la.

Tapi, aku mmg dah rasa x sedap ati dr Isnin malam lagi. Rasa cam pelik je, tapi aku x pedulik sgt. Macam dah ada sense yg gtau, sthg wrong somewhere. That's y aku letak status Facebook camtu... but, I don't even bother.

Dlm keta masa nk kena blkg keta Iswara tu, aku sempat berfikir, "Alamak, nak accident ni..Alamak..alamak..nak kena ni.." Sempat juga dalam split second tu otak aku terpikir camtu. Haha..

Before ni, aku slalu fikir, Yaya pernah langgar tiang pendek, Fiza penah geser keta org..aku je blum.. Ha! Amik ko...bukan lagi geser keta org...aku siap langgar keta orang lagi. Skrg ni kalo wat chart, aku la atas skali...hahaha..

Aku penah gk terpikir, camne ek, dlm keta eksiden? Ha..sekarang terjawab la. Xde rasa pape..sumer benda terjadi dlm 2-3 second je. X sempat rasa pape...

Apa-apa pun, I'll take it as ketentuanNya. Benda dah nak jadi, x leh elak. Camne pun jadi gak. Macam Aie, Isma n Suzai cakap, "This will make you a better driver in the future." Hehe...

InsyaAllah... :D