Adam

Daisypath Happy Birthday tickers

Adik

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Thursday, December 16, 2010

Celebrating my dear's birthday

Hi,

Previously, when my hubby gave me the earrings as my birthday present, he did surprise me. I thought that he didn't plan to do anything and just want to hand it to me as it is. But, he put it under my pillow.

It was a cute try to surprise my hubby on last 28 Nov. The box kinda big, so I'm thinking of not hiding it, instead i will sing, with candles and more... and ..... that's it. It was kinda funny, trying to find the time to wrap the present since he was with me all the time, 24-7. Luckily, my sis was with me that weekend. Making excuses that i wanted to lepak with my sis, I locked the door..and do the work.

That night, when he went to the bathroom, I locked the door. I didn't have enough time to light up the candle, and he knocked the door. Alaaaaaaaaaa.....i don't have any excuse to stall him. I threw the candles, somewhere... put the box under the comforter...HAHHAHAHA.....what a SURPRISE PLAN!

I opened the door, made a sleepy face, then..on the bed... He didn't say anything...but when he tried to lie on the bed....

Hubby: "Eh, ape .... HAHAHAHHAHA..." he laugh as loud as he could.
"Nak tiru orang eh...bg surprise bwh selimut....."
Me: "Huhuhuuuu...xla...sape suruh kuar toilet cepat sgt...Huhuhuuu...x sempat nk pasang lilin pon"
Hubby: "ALOLOLOOO...AHHAHAHAHAHA"

Silly me....hahahaha


the gift.. =D

Wednesday, October 13, 2010

Saya perlukan...

Saya perlukan ...

1. Spectacles baru - Sy pergi check kat opto baru2 ni sbb dah rasa pening2 tahap kronik. Hasilnya, mata kiri naik -0.75, kanan -0.50. Sebelum ni, kanan -2.75. Kiri -3.00. u do the calculation..~sigh~

2. Kamera baru- Kamera pink kesayangan dah x berapa nak ok. Gambar asyik gegar je. Mungkin juga sy sdri berangan nak pgg DSLR. muahahaha...

3. Mudguard kereta baru- Semalam balik dri Kuantan ngn Fiza. Tetiba ade bunyi kat tyr. Ingatkan plastik tersangkut kat tayar. After 2, 3 times berhenti baru la perasan, clip mudguard tu tercabut.Disebabkan bwk keta kat highway, so angin tolak mudgard tu terselit kat tayar. Ada la kesan2 hancur terseret kat tayar tu..Perghhh, bikin cuaksss!!! Nasib baik dah anta repair sikit before en.Faiz balik weekend ni hantar workshop.

p/s: Apsal benda2 ni slalu jadi bila sy berduit sikit..hahaha...dengki la tu! hehehehe

4. Last skali... REHAT- dah dekat 4 minggu saya asyik kehulu-hilir. Marking paper x abis-abis. Haihh...bila la sy dapat rehat and tido secukupnya??? ZZZzzzzz....

emmm.... 25 Oct ni my birthday..Can I get those as presents?? pweseeeeee..... *wink*

Tuesday, September 28, 2010

Smiling again..



Assalamualaikum...

Hampir sebulan lebih sy ignore blog ni. Totally ignore. x view, x pernah check if ada comment, x blog walking. Waktu tu sy mmg sgt2 depress. So, bila dah ok sikit ni, sy teringin nak share cerita sy. Kalau korg rasa sy x patut cerita benda ni kat sini, korg click la pada button x kat window ni ye..hehe. Bagi sy, writing using this blog help me to decrease and release all the things in my head n heart. So, sebelum korg salah paham, macam ANONYMOUS yang telah mengutuk saya tanpa baca blog sy habis2, sy nk bagitau..

SAYA TAK PERNAH BERNIAT NAK DOAKAN ATAU HARAPKAN YG BURUK2 TTG MEREKA SEMUA DLM CERITA INI. SY TAK PERNAH TERDETIK PUN MENYALAHKAN QADA' DAN QADAR ALLAH SWT.

Selepas peristiwa bulan 8, I've become somebody who is not me. Sy x boleh nk tgk muka kawan-kawan yang happy. Bila drg ketawa, sy rasa mcm drg ketawakan sy yg loser. Sy dikelilingi orang-orang yg berada at the top of their happiness. Having family, having boyfriend, getting married, getting baby, getting engage.

Saya menjadi seorang yg sgt sensitif. Kecik ati sikit, nangis. Hubby balik Kuantan, sy nangis. Dengar kwn2 citer pasal baby, masuk dlm bilik/bilik air..nangis. My housemates, ada 2 org yg preggy. One of them, due date cepat 2mgu je b4 me, supposedly... Each time I look at her, I felt the pain aching in my heart. Terfikir, "aku pun patutnya lebih kurg cam dia"...

I went to my mum in law's house...
NEWS 1: Maksu kami, she's pregnant 8 weeks (at that time). Sama la patutnya due ngn aku.
NEWS 2: My bro in law's wife, pregnant 6 weeks (at that time). 2 weeks later than mine.

Rasa nak pecah jantung aku tahan sebak masa tahu berita tu. Pura-pura senyum. Happy for them. Tapi aku? Nak lagi bila tgk anak my in law, main-main kat depan tv. Comel je. Lagi parah bila jiran rumah asyik2 tanya, "Dah ada 'isi' ke belum?" sibuk betul, si kepochi ni! Rasa macam nak jerit balik, "saya bukan fulltime housewife cam akak!!! xde keje lain nak buat!!!"
Sy ambil masa sebulan nk recover from the experience. I even scared thinking of getting pregnant again, but I want it sooooo bad! Takut if my 2nd pun mcm tu. Ada je org yang dah 4 kali miscarriage. Ada jugak yang preggy tapi 5bln doc sahkan the baby is incapable to live anymore. That happen to close friends and people that I know. Macam-macam dah pikir. Boleh ke pregnant semula? Ada org kata, susah nk pregnant. Ada pulak kata, cepat. Nak percaya mana satu pun x tau.

Alhamdulillah, masa minggu2 paling getir tu, bukan semuanya dugaan. Sy bersyukur sgt2 sy ada hubby, family dan kawan yang sgt support sy. Thanks Shila, because of u, I have the courage to move forward. Me n Shila had a heart to heart conversation. Shila bg advise yg sgt bagus. Kami share cerita and the stories and advise that she gave had really made me strong again. Thanks again..

Saya tahu..bila orang kata, bukan kita saja yg Allah swt duga. Ada yang lebih teruk. Saya TAHU dan FAHAM. Cuma, masa tu, otak sy x boleh nk comprehend perkataan SABAR. Sekali pun sy tak pernah terdetik dlm hati, persoalkan kuasa Allah swt. Sy cuma terfikir, mungkin sy ada dosa yang Allah swt balas dengan dugaan ni.

Seminggu selepas sy buat DnC, bulan Ramadan pun tiba. Dalam keadaan sy masih berpantang (mak sy old skool eh..pantang kena jaga), sy lalui bulan Ramadan. Tp, tulah! Sy ni jenis 'cengeng' skit. Tau x cengeng tu ape? Kuat nangis or merengek. Bayangkanlah, hari makan lauk sama je. Sy ni jenis rela x makan dr makan tah hapa2. Minggu pertama tu seksa la. sbb mak kerja lagi. dia x dapat melayan. 2nd week, mak ada kat umah. Dia masakkan food saya. Tp, terliur pulak bila tgk murtabak. Mana bleh makan, weiiii...Telur kan? Sy pun just termenung tgk org makan, buat muka sedih. Sampaikan abg ipar sy suruh sy menjamah sikit. Huhuhuuuu...xpe la... *tau plak takut* hehehe....

2nd week Ramadan, sy demam kuat. Hubby la menjaga dr pg sampai ptg. Tergendala agenda nk mengemas rumah dia. Temperature sgt tggi sampaikan hubby kata panas mcm periuk nasi (hahahaha, ape punya perbandingan la).. G klinik, doc suspect denggi, tp dia monitor 2hari lagi. dia kata, kalo x ok admit hospital la. xmauuuu!!!

3rd week Ramadan. Badan sy gatal2. naik ruam2 merah. muka pun ada kesan. pergi jumpa doc dia kata, alergic. HUH? Hari Jumaat saya xbleh tahan dah..This time dah ada kesan ruam byk kat tgn...Sy g punch card, cancel kelas, trus gi klinik.  Hasil- test denggi, amik darah. Adeiii....part amik darah tu yg x berkenan skit. Bukan takut jarum, tapi urat sy ni kecik. Aritu masa DnC, bengkak masuk drip pun x surut2. Biru tangan sy lebam sbb amik darah. tu pun lepas dua kali try. Huhuhuhuuuu. Result - viral rashes. Cakap je la demam campak..viral plak!

So, tu je la... sekarang sy dah OK. and eager of getting pregnant again. Till then...bubye..XOXO

Thursday, September 23, 2010

i'm BACKKKK!!!!

Salam..
Hye everyone..i've been missing for a month, rasanya. Rasa dah rindu plak kat blog ni..hehe..Sebelum terlupa.. SELAMAT HARI RAYA!!! and MAAF ZAHIR DAN BATIN

So, updates..

Raya baru2 ni sangat la bestnya. First, saya raya bersama my hubby. First time raya jadi bini orang..haha. Dulu, raya tahun lepas, bukan bini orang, bukan tunang org and x sempat merisik pun..hehe. So, tahun ni status sgt la berbeza. Saya dah kena bagi duit raya ke?? Haha...

@ kampung

Raya pertama, rumah mak saya. Rumah emak-emak kitorg dekat je. 5km je. Takde la isu nak gaduh sangat balik raya kat mana sbb kalo rasa nak balik, kitorg balik je la. Just that, nak la merasa kemeriahan raya pertama tu kan. Tp xpe, raya ni turn mak saya ye, en. Faiz. Pagi raya tu pegi tangkap gamba kat kedai gambar. Family Kak G je xde. drg beraya kat Pekan. After that, balik kampung kat Kuala Tekal.

Raya kedua, balik raya ke kampung belah mak hubby saya. Nama kampung tu sedikit kelakar. LENGKONG. kat Karak. Memandangkan saya adalah ahli keluarga terbaru, time ni la nk kenal2 sedara. walaupun ada masanya rasa nak cekik2 hubby sbb tgl saya sorg2..geram tolll!! 
Raya ke-3. Mak mentua saya buat umah terbuka. Pergh...rasa kembang tangan basuh pinggan. Haha. Not bad la.

Raya ke-4 & 5, kami dah balik ke Kuantan. Hubby kerja. Saya? Saya cuti seminggu. Sedaplah melepak. Tapi x jugak. Sibuk mengemas umah n basuh baju. Biasa la...umah kena tinggal lama.

@ Muzium Samudera, Malacca
Cuti 1M'sia - Saya ngn hubby pergi Jalan-jalan Cari Pasal. Kami jenjalan ke Melaka. Merasa ikan bakar, naik Menara Taming Sari, pergi Taman Buaya...Hahaha.. Xde kerja btol kan? Jumpa la kwn2. Cahaya and Har (kwn TESL) and Nirul (x-skoolmate).

Har and Cahaya

Kami g Melaka 3 hari, pastu g Muar jap umah makcik n terus ke S.Alam jumpa my BFFs. Lynn, Lilee and Rynn bersama hubbies and babies. hahaha
BFFs..


Saya dah start kerja sekarang. Punyalah malasnya...seriously!! Tapi xpe, sem dah nak abis lagi 3 mgu. So, sabar je la. Pastu leh rileks....

owh..lupa... my wedding album da siap.. hehe


outdoor @ Kuantan

Wedding day

me n roomie- kak seri.
Akad nikah



Till then..daaaa

Thursday, August 19, 2010

offline for a while....

I think i need to take some time off. I couldn't carry the mountains on my shoulder anymore. The only things I wrote right now are about sad and depression.

I'll be back with new entry which I hope that I can be myself again..

Till then... tata

Tuesday, August 17, 2010

Tak mampu...

Tak mampu rasanya nak berdepan dengan orang yang sedang gembira sedangkan aku patut salah seorang dr orang-orang tu...
Tak mampu nak senyum dan kata "saya dah ok...tak ada apa-apa"
Tak mampu nk duduk diam dan tak berfikir tentang kenapa dugaan tu datang pada diri sendiri
Tak mampu nak baca tulisan orang lain di blog drg dan juga status di FB

saya tahu...

Bukan salah mereka pun..
bukan niat saya nk menyalahkan mereka
tak terlintas pun nak menyalahkan takdir Allah swt

cuma...

terlintas di dlm hati...
saya cemburu dengan org lain...

saya belum kuat nak hadapi semua ni...

Tuesday, August 10, 2010

Sunday, 080810

9.30 am.
went to see the doctor
the baby's heartbeat was no longer there
suggested to do DnC ASAP

12.30 noon
took the medicine

2.30pm
had the DnC to remove it

Monday
Aug 9-13
on sick leave

Friday, August 6, 2010

Baby's blues

Heyo.. hee

Few days ago, things that happened was a really scary moments for me and hubby. but before I start sharing the story, I may as well declare that I am currently (at the moment of me typing this), 7 weeks pregnant. YAY!! hehe

Yes, that is a very happy news for me, hubby, families, and my friends.

Ok..let us proceed to the story..

Semuanya start masa aku kat kuantan, rumah kitorg. Malam Sabtu tu my big sis dtg tido.. Kitor dah lama x jumpa, so kitorg seronok la bercerita.. catching up each others story.

Then, at 12, sy masuk tido. Feeling uncomfortable, i went to the toilet. Terkejut... biru dah muka.. My eyes caught the stain of blood. For pregnant mum, this is not a good sign. I was scared like hell.

Pelan2 kejutkan hubby and told him bout what happened. Time tu, Allah je la tahu betapa takutnya aku. But, hubby kept me calm from crying. He told me to sleep first and worries about it tomorrow since it is just spots of blood.

Esoknya, aku n hubby pegi ke Klinik Al-Farabi first. Tapi, umat kt dlm tu..... Ya Rabbi. Ramaiii!!! so, we decided to go to Temerloh since nk pergi kenduri Jasmin jugak. Kitorg pun balik. After kenduri, kitorg trus g klinik.

First skali.. scan. The doc dah buat muka cuak. X nampak pape.. HAH???? Dia tanya, dah buat pregnancy test? What taaaa???? Mesti lah dah wei! huhuuu... aku dah takut...

Pergi buat skali lagi. Still, it is POSITIVE...

Then, doc nyer conclusion
1. Early pregnancy
or
2. Ectopik pregnancy (hamil luar rahim)

and because x nampak dlm scan dia kata ada possibility yang tggi untuk choice no 2. Dia suruh aku balik, monitor for 2 weeks. and if bleeding lagi mlm ni and esok..I need to go to hospital.

I went home, and started crying all the way back to Kuantan. I had the feeling that I could not save the baby. I had all the symptoms of the ectopic pregnancy. Masa tu, rasa cam x tertanggung dh perasaan ni. I almost blame everythig that happened to me. Still, Hubby was there and trying to comfort me.

Next day, the bleeding is still there. Hubby x kerja and decided to send me to hospital. Dah dekat ngn hospital, kitorg diskas lagi. Then, kitorg decided not to go to the hospital yet. Kitorg gi private clinic.

Kat klinik tu lagi la ngeri... huhu.. Scan, still x nampak. Dia kata scan through.... erkkkk!!! mummmyyyyy!!!! But then, redha je la. Time tu, me n hubby dah tinggal tggu doc say the words " Sorry, the pregancy is ectopic. You need to go to the hospital to remove it" BUT!!!! instead he said,

"Ada ni. Tapi still kecil n weak."

Hubby n me cam tergamam kejap. Eh??? biar betul???

"Dalam rahim ke doc?" tanya hubby.

"Aah. Dalam rahim." tetiba doc tu turn on dia nyer volume.. and there were the most cute heartbeats i've ever heard. My baby's heartbeats. I was speechless.

It's discovered that yang rahim di bawah. so, couldnt see through usual ultrasound. Selepas dengar pesan doc, for what so..what so not... and i even got an injection (Please, don't ask me where... huhu). ubat 3 bungkus. Perghhh..Penat la den! Pastu dapat MC seminggu. Best? Ok la, sbb dah lama x dapat rest camni.

We decided that I will stay at Kuantan since hubby kerja dekat je ngn umah. anything emergency, dia ada dekat.

First day- amik ubat. satu ubat tu sgt la kuatnya. Muntah dari pagi.
Second day- less dose. ok la. tapi I tried to drink milk. Result: sakit perut dr tengahari sampai malam. Benci dah tengok toilet tu rasanya..
Third day- No more milk, higher dose. Ok..nothing bad happen. Just few times feeling nausea.
Fourth day- Ok..Mummy in good condition.

But, bleeding masih lagi sama. Atas pandangan mum n mum in law, jangan stress sgt. Maybe it is nothing. Ada je kekwn and sedara-mara yang had worse than my case. So, key point nya... No stress!

Today, almost a week dah kat kuantan. Feeling better. Thanks kawan2 yang sangat concern. My housemates yang sgt ambil berat, Lynn yang terpaksa dengar sedu2 kat telefon..hehe. Mummy n mummy in law. I know how hard the tried not to show their worries.

Paling banyak skali...MR. MOHD FAIZ. My superhero. Thanks for being a man for me. Hantar nasi, beli breakfast, gosok baju sendiri, bawak tengok movie. Punya la nak memujuk supaya aku x boring..hahahaha...

Anyway...I'll try to be a good mommy for my precious baby Humaira. (It is just a guess, cuz we like the name so much)..

Till then..daaaa

Tuesday, July 27, 2010

Blessed..

Alhamdulillah...

I've been blessed

..with a happy life
..loving husband
..great families

and future precious little sunshine...
what more could i wish for...

Thursday, July 8, 2010

Assessment 1...ahaks

Yoohaaa!!

Minggu ni da mula test. Yang ni first. hikhik...

Mak mentua nak dtg.

Aku duk pening nak masak ape. Yela. selama ni masak pakai campak2. Mana la ade plak aku ikut resipi memana. Nak masak cincai boncai, aci la. Ni, masak untuk orang yg expert. Yang tau kurang gula, lebih garam ni... Haduiii....

Mummmmmyyyyyy!!!!!!

Cerita kerja

Hi!

Kalau cerita pasal kerja, saya mmg depressed. Saya adalah seorang manusia yang sangat suka duit tp malas kerja. Hahahaha.

Minggu ni, dah start sem baru July-Nov 2010. So, dengan jayanya saya mulakan sem ni dengan menjadi fasi utk satu modul. Untuk students baru. Malang nasib saya, students yang saya dapat adalah sangat pasif. Ada seorg tu over plak time2 explain presentation tp, kira bagus la... mampu explain ape yang dia nk. Yang lain2 pikir nak balik je... Bila drg ni malas, sy pun malas la. Lagi la xde mood. Sumpah, rasa menyesal terima pelawaan tu. kalo x, saya tgh bersenang-lenang kat umah mak.

Isnin tu, saya dah masuk kelas. Sebulan x cakap bahasa mat saleh ni, lidah saya ade tergeliat siit. sampaikan konpius ejaan assessment tu satu 's' or dua 's'. Hmmm...x kiasah la. Sem ni, hours saya masih lagi 22 jam. No complaint la, sumer staff department saya pun camtu. Fair n square. Tapi yang x tahan, students sem ni. Ade yang hyper active, fun, ade plak tuh...adei..... bakal dapat migrain la nk ajar. Nak suruh jawab 'yes' and 'no' pun, x kuar suara. Dei...yennadei solamma???? Adeh!

Nak lagi klaka, sy rasa pelik bila nk suruh students panggil saya puan or mdm... Rasa x cool. Rasa bila tuka status, sy dah x cantik.. walaupun masa sy masih 'miss' dulu xde la cantik mana, hikhik

Kelas-kelas saya merata-rata. Memula kat blok ni, japg kena g blok satu lg. Pastu ade kelas malam. Tapi saya redha je. Jangan banyak songeh!

Kelas kat UPM x start ag ni. Minggu depan first class. Sem ni amik paper research ngn SLA. Dah tu, partner in crime x amik paper research. Sedey...nanti sangap ar...

Sem ni, sy mmg xde rasa nak start kerja. ~sigh~ Mood nak kerja tu xde lagi la. Saya malas sungguh.

Hari ni dah masuk 3 hari saya puasa. Geng2 kitorg pun ramai puasa. puasa ganti, puasa sunat, diet... skali la tuh.Sampaikan Fiza pun praktis puasa. Nak tengok larat ke x dia pose. Hehe, mummy to b la katakan...  Alhamdulillah.

Ok la....sy ni actually tgh break. Kelas kul 2 kang. Malasnya!  Jom balik, tido sat. Yipeee!!!

Friday, July 2, 2010

Life after that..


Weet Weett....

i've unprivate this blog. welcome new readers. Satu pesanan penulis, jangan lak rasa mual n pening2 kepala rasa nk muntah ijau. hikhik...

Dah hampir 3 minggu me n hubby become official. 12 June 2010 Life so far? Not bad la..hehe

Pas kawen, soalan semua orang adalah sama.

"Best x kawen?"

Hmmm... to answer that question, honestly, i don't know. Rasa cam normal je. Xde la pelik sangat pun. hmmmm....

Setiap orang ada reaction drg sendiri. Ada yang cakap,

"Kalau aku tau la kawen camni best, aku dah kawen awal2 lagi"

"Best kawen.. Orang kawen je tau rasa camne."

"Kawen la cepat. Baru lengkap hidup ko"

Hahahaha.. macam2 la orang ni. Kalau aku? My answer, biasa je. Both of us still dalam proses biasakan diri kehulu dan ke hilir... Ok x gitu? Hehe.

Nak kata life BEST GILERRR, xde la. Ok la kut sebab ade orang ko nk share cerita(cerita yang kadang2 xde orang nk dengar.. hehe), ade org ko nk mengadu (benda yang orang lain x ambil peduli), and ada jugak orang yang ko nk risaukan (other than family sendiri).

Kalau family pulak, sekarang dah kena pikir, dah ada dua rumah. Mak dia, mak kita jugak. xkan nk selfish sepanjang masa kan?He will do the same.

Aku bukan apa. Life pasni ada la berubah sedikit. Tapi xde la aku nk obses, sepanjang masa nk ckp pasal kawen je. Kawen2 jugak, tapi aku still nk enjoy life aku. Bukan la kata aku ni xde feel ngn life kawen ni. Aku suka je. And lucky me, Faiz is superb in understanding who the real I am. Dia relax je. Kitorg duk jauh2 ni pun, so far aku xde nk komen byk. Sbb aku dah biasa ulang-alik gi kelas master kutttt...

Sekarang ni,aku da duduk kat Kuantan, Indera Mahkota. Orang slalu tanya, kenapa aku yang berulang alik?Bukan Faiz ke? Sian Faiz kena jawab soklan2 tu... Bukannya dia x nak, tp aku prefer duk Kuantan. Nape Kuantan?

Jawapan aku: aku da bosan duk Jengka n Temerloh. Lagipun, mak kami kat Tloh. Bebila pun boleh balik.

Rumah yang kami duduk sekarang ni,aku sgt suka. Tak besar sangat, tak kecik. Just nice. I love my sweet little home.

Sekarang ni, aku tgh cuti. dua hari duk kat umah, merasa ar jadi fulltime housewife. Nak tau ape aku rasa??? BORING!!!!

Hahahaha. It's so not me la, nak tinggal kat umah, spend masa hours without actively doing something. Ok, aku ade la masak simple2, kemas umah, basuh baju.. etc. Tapi en Faiz tu x balik lunch. Bz memanjang. Tengok tv, sinetron, drama cina, abis sumer aku hentam (umah xde astro ag..huhu). Sudahnya, aku yang detest drama melayu ni bleh plak tgh citer ILUSI (ala...yang Diana Rafar blakon tu). SERIOUSLY! aku tgk cite melayu. Hahahhaha

Oho... that's so not me..hahahaha. Aku bukan homey type and also fulltime wifey..Kalau ari2 camni, boley mati bosan dowhhh..hahahaha

Tapi komen ni, bukan la utk selama-lamanya. Sok2 mana tau, aku nk plak duduk umah. Kut2 dah ber3 or ber4 sok..memang x menang tangan la kan. sekarang bleh la ngadu bosan. Hehe.

ok la, dah panjang plak sy tulis ni. Saya belum mandi lagi. Buhbyeeee.....

Tuesday, June 29, 2010

Wedding updates....*wink*

Heyooooo!!! hehe...

I am officially Pn. Fara on 12 June 2010. so, here are some pictures that i would like to share with all of u. Nak tengok lebih2, g tgk kat facebook. hehe
Pagi, 10.00 a.m, Majlis akad nikah




Majlis di rumah pihak perempuan.

12 June 2010 , 1.00 pm

Theme color: Red



Majlis di rumah pihak lelaki.

13 June 2010, 1.00 pm

theme color: White n blue


Kawan- kawan yg datang...thank you sooooo muchhhhh....

Teslian: Lynn n hubby n Hani, Rynn n Ridz + Aisya n Sofea, Lilee n Wab, Ayu n Nad, Kak Kay n hubby, Dana n Ihan + Nawal

My dearest housemate: Kak Seri, Yaya , Fiza n IZa pluss hubbies.. Thanks datang masa akad nikah skali!!!!

Partner in crime: Suzai n bf , Shila plus hubby ...suka ko nyanyi ari tu la shilaaaa....weeet weeettt!!!

ex ABS skoolmates...

wei...kalo nk list down..sampai pg sok pon x abis..hehe...THANK YOUUU SOOOOO MUCHHHH.

thanks for the gifts. really like them. Rumah baru kitorg pun penuh dah ngn barang2 yg korg bg. Ada yang dah guna pun. Thankssss

Gambar, ada byk. tapi, yg lebih2 ada pada photographer. so, hold n dulu ya!!

Last but not least...my dearie Pengapit..Cik Khadijah Yahaya. Luv u. u've been soooooo wonderful that day. bukan ari tu je tauuuu!!!! u r such a wonderful friend..

if, tertinggal dlm list...so sorry.. But, again...I really appreciate korg dtg. thanksss mucho mucho...

till then...daaaa

Monday, June 28, 2010

Kena tendang macam bola

Hye...

Actually, I nak tulis pasal my wedding updates. but, tengah2 rasa marah ni, terpaksa tulis pasal benda lain.

Korang tau kan, sekarang ni demam World Cup. Agaknya, bank pun dah terkena demam ni jugak. Last month, i buat cancellation transfer kat Ambank. Salah masuk account number. It's a longggg story. So, dah ke hulu dan ke hilir.... penat ke sana kemari, I managed to stop the transfer (as I recalled, that's what the bank staff said). The reason i beria2 nk stop transfer tu sbb the amount is a lot!!!!

I've already talked to the Customer Service Centre people. they said it's going to take quite A FEW days jugak la, because its involved other bank. Ok...i hold for 4 weeks.

Today, when I call the bank, they kicked me like a ball. Mula2, i call Customer Service, then... hantar ke Branch. then, branch kata patutnya CS yang handle. APE JADAHHHHHH!!!

Sumpah, rasa nak mencarut!

Tuesday, May 18, 2010

Makin hampir..

Assalamualaikum..

Detik-detik tu dah makin hampir. Pergh..tuhan je la yang tahu, betapa aku tak terbut kerja2 yang ada ni. Nasib baik keje kat opis dah banyak yang setel.

Mostly, kerja-kerja yang besar tu dah setel. Book sana-sini pun dah setel. Bayaran pun dah ada yang setel. tinggal benda-benda remeh. Kemas umah, cat bilik, kemas brg dlm bilik.

Rasa takut tu ade sikit, neves pun sedikit. Yang lebih-lebih, risau if ada yang x terhandle. Thanks to kawan2...Suzai, Shila, Kak Seri, Iza, Yaya n Fiza. Slalu korg tlg2 buat itu ini..
Lynn n Lilee yang slalu je tny update...
Huhuhuuu...

Kad pun dah hantar. Walaupun ramai yang x berkesempatan nak hadir, ramai jugak yang sudi luangkan masa. Drg dah ckp b4 hand nk dtg ke x...

Mayb akan lama offline, sbb banyak benda kena setel.

Owh!!

Tengah berkira2 nak unprivatekan blog ni. Ermmm...still thinking. Takut nanti ade yang loya plak tgk blog ni..hahahaha

Nanti la..pas kawen bru update...ngehhhhh

JJ and Ean jokes...



I always travel from my mum's house to workplace every Monday morning. My fav radio is hitz.fm. Listening these two djs lighten up my day. I remember their jokes that always makes me smile and wondering how can they be as funny as they are....


Here are some (edited because i couldn't remember words by words that they said)...

1. What is the name of Transformers parents and sister?
Answer.... Transparent and transistor

2. What are the three things that you shouldn't do while driving?

a) Don't sms using two handphones because u might got mixed up and can't text properly.

b) Don't shave- because you might cut yourself and miss spots.

c) Don't tebar(cook) roti canai- because it will make your hand sticky with all the oil and you can't concentrate with the driving.

Do u get the jokes? Hahahaha....
Dude..
u guys make my stomach cramps..

Jangan mainkan hati dan perasaan orang..


image


Salam,
keadaan bosan di opis membuatkan aku rasa gatal nk hapdet blog..ngehhh

Bila ckp pasal hati dan perasaan, kita kadang-kadang x sedar yang secara tak sengaja tersakitkan hati orang. (aku termasuk skali..)

Bila ckp pasal hati n perasaan, benda paling significant skali adalah - CINTA

Dulu, aku ada ex..yang mana aku sgt menyesal dengan cara kitorg break up. I did a terrible thing. kita namakan dia En. A.

Cut the story short... One day, aku ter realize, aku bukan CINTA kan dia. Aku cuma SUKA. and, after had a long discussion with my friends, I decided to come clean. I told him the truth. He was really..really..really upset. I broke his heart..and it took him months to recover. As for me, aku xde rasa bersalah sangat-sangat. Sedikit sunyi (sbb dah xde org nak call n gayut lama2), tp that's it.

Lama pastu, baru aku rasa bersalah. Kejam giler aku buat dia camtu. Rasa macam, bila dah rasa x suka, aku bleh ckp...TAK NAK.. Masa suka aritu, dia segalanya..

Tapi, itu cerita masa aku sangat budak2. Umur belas2 lagi..baru masuk u. So, impactnya xde la sangat. Setakat broken hearted je. But, no worries. A sudah pun kawen n bahagia.

Kepada En. A..saya mintak ampun. Bukan jodoh kita.. time tu kita sama-sama adalah budak bodoh.. hahahaha....

Itu cerita aku masa budak-budak...
Sekarang, bila dah meningkat tua..aku dengar cerita kawan-kawan. Ada kawan-kawan putus tunang, putus cinta. Pada tahap umur cam aku ni, cinta, tunang and kawen adalah cerita SERIUS. tahap umur aku ni dah ready nk settle down. Nak ada family, dah ade career.

Mungkin, cerita putus cinta masa budak-budak dulu adalah cerita lawak, tp sekarang dah tak rasa lawak.
Rasa cam nk pukul je org yang ketawa, meskipun org tu kat meja sebelah, and ketawa pada cerita lawak dia sendiri.
Rasa cam nak terbalikkan meja makan kalo mamak kat kedai tu lambat.
Rasa cam nak maki setiap kereta yang slow cam semut dlm jam.

Bagi aku, kalau rasa nak putus, biarlah masa belum lagi ko ikat diri ko pada komitmen yang mmg dah jelas dan nyata, iaitu TUNANG.
Kenapa mesti cakap nak putus masa ko dah janjikan yang ko yakin dialah yang terbaik buat ko time tu?

Sebelum keluarga duduk sepakat, bebincang tarikh, kenapa tak cakap dengan BF/GF
"sy x sure la awak adalah pilihan terbaik sy"


Aku rasa, putus cinta tu kurang sakitnya bila putus tunang. Bila putus cinta, ko xde pape lagi ikatan. setakat BF, GF...itu antara korg ber2.

Kalo dah putus tunang, itu dah diantara korg and famili dua-dua pihak. Nak anta cincin, nak minta maaf. Pihak yang putuskan tu pulak malu sbb anak berkelakuan camtu.

Nak-nak lagi, kad dah siap, kawan dah diberitahu..


SEDIH TAUUUUU!!!!!
Kepada kawan-kawan aku yang menghadapi saat pahit getir sekarang ni, aku cuma boleh cakap..

...Sabar ye. Ada hikmah disebalik semua ni (walaupun aku tahu, ayat ni dah lapok n korg rasa cam nk pukul je kepala org yang ckp tu)..itu je mampu aku cakap. Memang aku x rasa, tp tempias kesedihan korg tu ada terkena kat aku gak... Be strong buddy!


Kepada orang-orang yang dengan rasa x bersalahnya melukakan hati kawan-kawan aku ni, aku nak pesan..
Kalau ape yang korang buat ni, korg x de rasa bersalah.. Ingat la...
What goes around comes around. Allah tu Maha Adil.
Mintak maaf setulus hati nya dekat orang-orang yang dah korang lukakan. memang orang-orang tu x paham..tp at least, ko dah mintak maaf.


Pada kawan-kawan yang lain..
Buat keputusan dr hati yang tenang, otak yang waras..bukan ikut perasaan yang belum tentu betul. Buat keputusan yang sebaik mungkin sbb... NO TURNING BACK...hehe (mmg la ko boleh give up..tp bukan tanpa sacrifice yang sgt besarrrr)

KERJA KAWEN NI BUKAN SENANG TIPAH OIIIII....

Thursday, May 6, 2010

Mengreformasi Malaysia ke budaya BARAT..


image from here n here


Salam,

Kerja kat opis dah berkurang, so aku adalah masa nak mengarut kejap, sebelum keja yang berlambat kat atas meja ni memanggil-manggil aku si pemalas ni...

Akhir2 ni, aku dgr kat radio, penyanyi yg bergelar Pitbull, nak datang Malaysia.

Ehhhhhh????? Seriously????

Aku bukan la nk mencerca penyanyi 'kesukaan' ramai ni. Bukannya aku nak kata aku benci dia ni. Dia x buat salah pape kut ngn aku sampai aku nk kena memaki dia dengan hebatnya. Dia duk nunnnnn jauh kat oversea, bukan jiran aku kuttt yang aku nk sakit ati sangat (jiran aku baik2 sumer ye...).


Tapi, satu la... nak tanya, korang penah dengar lagu dia?
Aku penah. Yang paling aku familiar, lagu Hotel Room Service. (betul ke x...)


Biasa la, aku suka dengar Hitz.fm. Masa lagu ni top chart aritu, aku slalu ar dgr. Nak lagi aku slalu ke hulu-hilir dlm keta.. Mula-mula layan gak. Hangguk-hangguk kepala, buat gaya2 groove sket...nak ilangkan ngantuk.

Lama-lama, baru sedar...lirik dia...mak aih!!! Contohnya:

Let me tell u what we gon' do
2 + 2, i'm gonna undress u
then we gonna go 3 and 3, you gonna undress me

Kalau dulu2, rapper mmg ada lagu pervert n lirik2 yang x sesuai..tp berselindung kut..maknanya, ko kena read between the lines la...baru paham..

Yang ni..terus je, xyah berlapik!
Bayangkan bebudak kecik yang skolah-skolah rendah nyanyi tang chorus tu. Bila dah nyanyi mesti la nk tau maksud, kannnn?? Kalo x tanya kwn-kwn, tanya abg2 and kakak2. Tak pun tanya mak bapak.

Ala.. xyah tanya org la. Budak2 sekarang ni da advance. Mana2 yang guna English kat umah tu, confirm paham.

Tapi, aku nak tanya lagi. Sesuai ke, jenis2 lagu camni kita nk support? Nak pulak, kita pergi konsert dia, n nyanyi ramai2 lagu lucah ni.

Ok...korang nak kata aku x cool? xpe..x kisah..aku x kisah diklasifsikasi as x cool, kalau salah satu criteria untuk jadi cool, nyanyi lagu lucah.
Itu dah satu hal, skrg ni pulak, dah ada local artist sendiri dah nak jadi COOL cam Pitbull. Kalo korang nak tau, gi tgk lirik ni


Antara sikit2 lirik tu...

"Ku thu kau rinduku, dah lama x ketemuku
Jangan buang masa ayuh langsung ke kamarku..

...Ku ingin melewati malamku
Nikmati rasa mesra bercinta bersamamu

..Temanmu habiskan malamku.."

Aku yang salah paham ke...ataupun, aku salah tafsir? Takkan la otak aku pervert sgt sampai salah paham kuttt.....

Haih.....mula2 bagi la lirik double meaning camni. Tak lama nanti, lirik xberlapik ala2 Pitbull tu.

Aku x nak idea2 x senonoh macam ni masuk dlm kepala budak2. Sekarang ni, aku tgk budak2 kemain dah.. Dulu aku nk phm pasal sex pun masa aku form 3. Masa tu blaja sistem pembiakan manusia, kelas Sains. Budak sekarang, korg ckp je ape...Semua drg tau.

Aku x nak jadi antara parents yang perlu explain camne nk guna kondom n how to have safe sex pada anak-anak aku. NAUZUBILLAH! Jauhkannn... tapi, kalau tengok situasi sekarang ni, possibility itu ada.

Yang dapat anak lelaki, risau anak tu menjahanamkan anak orang. Yang dapat anak perempuan, risau anak dijahanamkan anak jantan org. Perlu ke kita jadi macam Barat?

Kalau nak sgt jadi cam org BARAT, jom kita gi beli tiket konsert PITTBULLLLLL!!!!!!!

Monday, May 3, 2010

WALIMATUL URUS ~FARA & FAIZ


Good news friends...



I'M GETTING MARRIED!!!


hehehehe
12 june 2010
Do send me your address so that i can send u the wedding invitation..
and
if I can't get in touch with some of our friends, can u invite them on my behalf, pleaseeee??


can't wait to see all of you on my wedding day..


Thanks...

Wednesday, April 14, 2010

OBSESI menukar Status untuk tatapan ramai...GUILTY TOO!!! hehe




Hi u ollsss....(sengaja nk try guna perkataan ni..hehe)

Sekarang ni kalau sebut Facebook, mmg almost every1 ada account sendiri (bukan akaun bank ye kwn2)... So, aku rasa x perlu la aku explain camne penggunaan Facebook ni, or ppl call FB. Aku bukan nak mengata orang2 yang ade FB ni, sbb aku pon ade..ngehhhhh...

Bila students aku tanya aku ade facebook x,

Aku jawab- "ada la"..

Jawapan derang..- "Perghhhh... Miss ade FB..."

Aku jwb: "FYI, Facebook tu bukan ade baru tahun lepas tau. Masa zaman saya blaja lagi. Korang ni je baru nak menggedik-gedik, addict ngn FB."

Students: *sengih malu-malu* " Nakk add miss bleh?"

Aku: "Euwww... xnak saya.. Korg nanti bersepah kat page sy bagi komen bukan2"

Students: "Alaaaaaaaaaaaaaaaa.........


tapi kannnn.... ade benda yang menunjal-nunjal jari aku nk citer pasal menukar status di FB ni...
bukan aku nk salahkan sesape, aku pun kekdg buat benda ygn sama.. SYOKK OOOOO...hahaha

Aku suke je tuka-tuka status kat FB, and main2 komen kat kengkawan..Pas kawan komen, kita reply...pastu panjang berjela cam YM plak..haha..but, that was fun... Kadang-kadang tu sampai berpuluh komen je. Ngarut-ngarut lak tu..

OK... xpe la kott


Tapi, aku kekadang terbaca status-status berbau private..

Cam status...
"Miss my hubby..hug..k***...x sabar tggu hubby balik..."


x pon... mencarut..
*F***K, &**^^$#!!!! ( kena censored)


pastu... status jiwang karat
~ "diri ini merindu..walau ku tahu kita bukan lagi ditakdirkan bersama...blah..blah..blahhh....."

xpun... setiap 5 minit tuka status... seriously! dlm sehari, korg kira la brape byk daaa status org ni ada


~~ OK..aku tau, lepas bace entry ni, akan ade kutuk aku...~~


1. KALO KO X NAK BACE....BUAT X TAU JE LA...

2. NASIB LA KOTT...AKU NYER STATUS, PEDULI APA AKU..SAPE SOH KO BACE

3. AKU X RASA BENDA TU PRIVACY PON, KO KESAH PEHAL...


hehehe... jangan la marah beb...


It just that, mungkin kita (maksudnya, aku pun termasuk skali la....) kena pikir kut, ape perasaan pembaca or kwn-kwn. Sebabnya, status tu appear kat pages sumer org. Sumer orang akan baca... itu je point nya....

Ak bukan nk mengata FB addicts sumer. Kekadang aku pon guilty of doing the same thing. cuma, mau berigt supaya hati-hati dlm menukar atau membuat status FB.. (aku refer FB sbb aku xde twitter etc..)

pape pun..aku suka je share whatever in my mind with frens out there...

Ok la.. to olllssss... HAPPY FACEBOOK ing.....


daaaaa.......

Monday, April 12, 2010

ACHE...huhu


I got sunburn for playing too much under the sun yesterday. TLC family day @ Balok. It was fun!!!! Watching Aie screaming for help was priceless!!

Screaming and laughing way too much... = sore throat

Last nite.. some misunderstanding because of sthg = heartache

Also, because of that I finally slept at 1.15am. Need to get up early and gosok baju...
Got headache...

~~SIGH~~

Well....entirely my fault actually..saje cr pasal..hahaha

Wednesday, March 31, 2010

Pesan orang tua-tua..darah manis



Orang tua2 cakap, kalau dah dekat2 nak kawen ni...hati2..darah manis...

Aku ketawa je..

Dalam fikiran aku,
"Uish..drakula suka ke kat aku nanti?"
"Kalo camtu, nanti semut and nyamuk suka la kat aku.."

HAHA!

Sekarang aku dah x mo gelakkan pesan orang tua-tua.

Pesanan tu actually ade sebabnya. Mungkin sounds a bit KOLOT...MEREPEK.. Tapi, jangan la pecaya benda-benda tahyul yang certain kepercayaan tu ada. Instead, find the true reason behind the belief.

If korang baca entry aku pasal accident kat blog satu lagi, korg tau kereta aku kena langgar ngan lori. This happened recently.

Memandangkan aku akan bergelar isteri orang lagi 2 bulan, aku berada dalam kategori berdarah manis ni. So, org tua-tua x berapa setuju kalau bakal2 pengantin ni keluar n kesana-kemari.

Aku dah dibebelkan dengan larangan ni dah lama. Paling baru, bila aku ckp ngn mak nak gi Yaya nyer engagement kat Kuantan.

Jawapan mak aku- "Jangan nak mengada-ngada. Awak tu dah dekat nk kawen. Banyak benda nk buat. X elok dah nak jenjalan"

Jawap aku plak,- "Ala...telepas ckp..Kalo tau mak x bg, x nak gtau. Gi je senyap-senyap. Tak syok la kalau orang sorg je x pegi"

Mak aku- "Gi la senyap-senyap. Berdosa x gtau mak.."
Aku- "Hehehe"

Tak lama pastu...aku accident. Pastu, dalam berborak-borak kat umah pasal keta tu, mak aku mula la menyampaikan tazkirahnya. Termasuklah pasal larangan berdarah manis tu. Mak aku sampaikan pesan pekerja dia (yang aku kenal). Makcik ni pesan.."jaga diri..awak u darah manis".

Aku pun berborak la ngn kwn2 pasal benda ni. Aku xde la nak percaya tp setelah memikirkan the reason behind it, ada juga betulnya.


Masa kita dah nak kawen tu, banyak benda nak fikir. So, maybe la x concentrate sgt dengan sekeliling. Mayb time-time tu la cuai..so, byk benda2 malang boleh berlaku.

Tapi, aku percaya x la to the extreme, yang x nak kuar umah, x nak drive, x nak pegang pisau, etc, sampai nk menyusahkan orang lain.

Maybe, aku akan extra careful. Kalau x perlu berjalan jauh, x pergi la kut. (Kang mak aku marah..hehe. Lawan cakap mak, x elok. Nanti lagi teruk jadinya kalau mak x restu..hehe)

Well, it is depends on yourself actually. Dan juga, kalau dah macam tu takdirnya, x boleh buat apa.. REDHA...

Papepun...

Saya, FARAHIYAH, akan berhati-hati mulai sekarang supaya tidak berlaku apa-apa yang kurang menyenangkan dan menyusahklan semua orang selepas ini....

Till then...daaaaaa

Friday, March 26, 2010

Untuk kesekian kalinya, aku hampir pasrah...WHY MEEEE!!!!!!

Khamis, 25 Mac 2010

MyVi CCK **** accident lagi. Aku dah xtau nak kata apa. Kali ni bukan SALAH aku.

Masa kat trafik light dr USJ ke Shah Alam, aku berada kat lane tengah. Common sense la wei...lane kiri, terus. Lane tengah, terus or kanan. Lane hujung kanan, kanan.

Masa aku baru je tekan minyak sebab lampu dah hijau, lori dr lane KIRI membelok nak ke kanan. Aku yang nak terus, pun terus la brek dengan harapan lori tu sedar n berhenti. But, TIDAKKKKK... dia ters langgar n geser bahagian kiri MyVi (serupa mcm first accident).



Aku berhenti kat tepi jalan, and pemandu lori BEN 1254 (kalo korg nampak lori ni,tolong la sumpah dan maki berkati-kati) berhenti. Dia MENGAKU SALAH, depan kami.

Tak lama kemudian, dalam 10 minit, ada kereta peronda datang. Tuan Zaidi yang baik hati ni dan rakannya telah meng'escort' kami ke balai polis seksyen 11, memandangkan kitorg x tahu kat mana tempatnya. Polis ber2 ni dah amik no i/c aku n pemandu lori tu. Pemandu lori tu x nak buat report lagi sbb ada kerja (report boleh buat dlm masa 24 jam)

Tuan Zaidi ni mmg sangat 'baik hati'(dija, ko jgn gelak!!). Dia suruh aku mengaku ADIK dia sbb x mahu org2 workshop kat balai tu ambil kesempatan n suruh kitorg hantar kereta ke bengkel dia. Siap berlakon lagi. Antara dialog2nya,

"Abang dah kata, kalau turun ke KL ko beritau abg. Kan dah susah jadi camni.'
"Abg ngah buat apa?" (tah bila masa aku ade abg ngah)

Dalam bersedih macam ni, aku akan teringat time2 kitorg berlakon ni. Ada la sikit benda aku nk tersenyum.

Dah sampai dirumah, aku plan nak gunakan insurans aku je. Memandangkan, kalau tunggu insurans driver lori tu, lambat la jawabnya. SOOOO NICE OF ME.... tapi...

Semalam, Sarjan yangbertugas as pegawai penyiasat call aku. Masa tu aku dah kat Tloh. Dia kata driver lori tu buat report kata

1. Aku tukar driver.
~ kepala hot** dia! Dija kuar ikut pintu belah pemandu sbb pintu kiri dah stuck. dia ingat aku tuk driver sbb kwn aku xde lesen ke? kwn aku tu lesen FULL la, bongok!!!!!

2. Aku n dia sama2 dari lane tengah. So, sama2 salah.
~ kalau nk menipu, biar cerdik sikit mangk**. Mana lah boleh ko langar kalau ko sama2 dr lane tengah.

UNTUK PENGETAHUAN ENCIK PEMANDU LORI YANG BODOH!!!!

Ko pape pun tetap salah, sebab ko dari LORONG PALING KIRI. Kalau aku nak terus ke, aku nak ke kanan ke, KO TETAP SALAH. Mana ada org dari lorong paling kiri nak masuk kanan.

Haih...aku risau...

Takut nt panjang ceritanya..
Ahad ni, aku kena ke Shah Alam. Nak kena pegi crime scene. Macam takut aje...
Korang doakan lah xde pape yang menyusahkan aku terjadi ya, kawan2...

Huhu...

Sunday, March 21, 2010

Lagi 4 minggu! Yay!



Lagi 4 minggu mau abis semester!!


Ada satu presentation, satu paper final, mggu depan ada open book test.... cepat laaaaaa....

Lalalaala...

Can't wait...

Hahahaha...

Rasa cam budak2 tggu cuti skolah...kannnn?????


Mmg ponnn....

x kira ar ape korg kata

Pas ni mau rileks kepala!!!!

Friday, March 19, 2010

Help me choose....

Choosing a perfume is a pain for me..cuz i dont exactly know the smell i love...

Not so long ago, i had this

Elizabeth Arden, Provocative Interlude

This one suggested by a promoter at Shins, Seremban. I love it, but sadly dah xde kat mana2. and if ada pun susah nk order... This one, mr. fiance sgt kenal n he said it's synonym wif me...*blush*


Giorgio Armani, Diamond.
This, suggested by my officemate Ah Kak Su. She bought it at a warehouse sale (cant remember the place). I hesitated at first, but then after dah pakai, really fall in love with it. Tapi.. ade 1 thing yg x best. Bila pakai, rasa mcm x bau pape. Others said they can smell it, but not me. so, rasa conscious plak. and rasa bau dia x long lasting though it is EDP. my frens said, itu perasaan sdri je. truth is, i smelled ok...ye ke????

Fanstasy by Britney

Lastly, i've turned to this. Suggested by kak seri. Her lil sis pakai this. Ok la.. but it's from Britney line. So, rasa a bit budak2....kekekekkeke...

Idole d'armani, Giorgio Armani

Skrg ni, I am excited with this. But, review from people yg pakai ckp x best.. biasa2 je... Dah suruh suzai usha...n tgk la....kalo best, mau laaa...

Thursday, March 11, 2010

Makin dekat, rs macam x sempat daaaa...


Tarikh majlis: 12/06/10


Rasanya byk lagi x siap.. Nak kemas umah, nk siapkan brg2 preparation, goody bags..


Tapi, yang major dah siap. Hantaran, thanks to kak ika, dia yg buat. Brg2 hantaran dah siap beli. Baju n pelamin, dah book. Cameraman, check. Food, dah book. Hehe...


Basicly, yg besar2 dah setel. Tgl yg remeh2 tu je....


Iza n Fiza da selamat...


Hope mine as well...


:D

MIMPI NGERI



Saya balik lewat malam sbb ada event,
Mandi sebab panas sangat.

2AM, sy baring n cuba utk tido. Pusing ke kiri, ke kanan, susah juga nk tido..

Entah bila, sy terlelap sendiri...

Saya mimpi,
mimpi ngeri ... tapi.. bukan mimpi hantu..

sy mimpi tentang keluarga sy
bukan sesiapa mati..tp jatuh sakit...

Sy terjaga

3.56am

Sy msg mr.fiance, hoping he'll wake up
tp mmg tahu, dia xkan terjaga
berdebar-debar..
cuba nk tido semula, tp sampai pukul 6 pg..sy masih berjaga


esoknya, sy ponteng kelas MA sbb x mampu nk drive kereta (wlaupun cuba berdegil, kena marah ngn suzai, shila, n kak seri)

Saturday, March 6, 2010

Tak sabar...


Lagi 6 minggu nak abis kelas


Cepat la...saya x sabar n habiskan sem ni...


Penat...


Nak cuti...


Nak duk opis tanpa membuat apa2 kerja selain berchatting kat YM n tgk cd2 yg dibeli..


Nak melepak ujung minggu tanpa risau ari isnin kena kerja..


Nak abiskan weekends ngn my lady friends..Lynn, Lilee, Rynn,.....lepak ngn drg puas2, borak puas2...


Tak sabarnya!!!!!

Wednesday, February 10, 2010

Feeling down.... T_T


Have u ever heard of negative comments?



I got one yesterday..


Feels like everything i did seems useless..


Me too... I'm the useless one...


Sad..huhuhuuu

Tuesday, February 9, 2010

Bila stress datang, mula la meracau....

Lately life xde la se'best' mana..Biasa la, x kan la nak happy memanjang kan?

Disebabkan hidup asyik ke hulu dan kehilir, baru sy sedar, lamanya saya x spend masa dengan budak2 umah. Nak-nak lagi dengan Yaya. Dia ade ari Rabu- Jumaat. Sy ade kat umah Isnin- Rabu n Jumaat. Hari yang boleh kitaorg duduk berborak kejap2 ialah masa ari Jumaat tu. Either kitorg gi lunch ber2 or lepak2 kat umah tggu kain siap dibasuh. Huhu... I really miss my time with all my friends. I hate my life right now. Kadang2 dengar drg berborak about things that I don't know, rasa cam pathetic giler. Rasa cam clueless. Kekadang rasa cam lost n sangat sedih bila dah xtau apa my roomie (k.Seri) nyer cite, ape Iza dah beli utk wedding dia...huhuuu...Fiza pun kekadang je kitorg berborak...

Sem ni walaupun pegi kelas tiap2 mgu, tp beban kerja kurang kot. Just 1 assignment, 1 Test and 1 Presentation je for one subject (total=2x). Tapi, tu laaaa....Bila tgh tension2 wat keje, datang la sengsara baru. My lappie plak buat hal. Sekejap2 off.. Last sem dah jadi camtu..Sem ni jadi lagi.. Argggghhh...sakitnya hati. Sy da tanya technician keje kat sini, jawapan dia "Beli baru la..." .... Gilo! mana ade duittt.... Dia suggest new lappie yang ade processor I3 (ye kut..x sure)..Ada sale CNY so, RM2400..perghh...x mampoooo hehehe...So, bertabah la sy dengan lappie kesayangan ni...Sebab lappie ni jugak pencetus krisis..me n...

Lately ni jugak sy rasa sy da buat salah dengan seseorg. Sy xde rasa ape sy buat tu salah besar(kadang2 rasa x salah pon) which I think that person doesnt have to react like that. N what makes it worse, dah terbabit dengan org lain skali. But what that person did actually scratches my heart. I laugh at the things happened but I couldnt help to think I'm so hated by that person until that person reacted like that. Maybe I am.

Rasa macam sgt benci dengan diri sendiri yang kena face all these troubles... Terasa macam nakkkkkkk sangat2...nak sangatttttt quit MA. Rasa xde hati nak buat kerja2 yang menyakitkan hati camni..Rasa cam nak quit and change profession sbb sumer tu la punca why i end up prssuring myself and doing all these troublesome works.

Tapi, tahan je la kot...hmmmmmm....

Friday, January 15, 2010

What u do when u r not paying attention?

Haha...

I was in my master class. Two men were sitting in front of me. I've noticed them since the sem started. There r 3 of them, but yesterday 1 didnt show up. I noticed them since there r the only Malay men in the class n they're (i sincerely admit) quite an eye candy.

The lecturer started talking..
I tried to focus, but I was too eager to get home
While I was playing wif the pen (this is what i did when i'm not paying attention), sthg caught my eyes..

I couldnt take off my eyes from watching this 1 guy.
He was sitting next to the person in front of me (so, i can clearly see what he did)
He kept rubbing (can i say rubbing?) and touching his hair's end. Like, using his fingers as a comb..
Feeling satisfied,
Then, he moves to his sideburns and touching (like making it curls to his ears.

I couldnt help myself from giggling over his actions. Though, my giggles is not that obvious...

he noticed (but did not turn to see who makes that noise)..and stop..

Funny, that sometimes u dont notice what u did (absent mindedly)
That's what he did when he's not paying attention

myself.. i think I will add another 1 ... watching other people doing when they're not paying attention...hehe...


So, how about u?

Friday, January 8, 2010

My horrible life this semester...

Salam,

Rasanya tiap2 kali bukak sem pun akan membebel. Tapi, nak buat camne... blog ni je the only way i can reduce my stress, apart from telling it to closest frens..

Kelas Master da start. Xde kawan sangat. tp manage to get few good ones(mintak2 la).. Penatnya, tuhan je la tau. Dari UiTM-KL (Rabu).. KL- UiTM (Jumaat kul 5 pagi)..Horror kan my life? I try not to complain bec there are those who suffer more than I do..

Sem ni kelas biasa2 je. Yang luar biasanya, students.

Ada satu kelas ni semua perempuan. I'm not saying, yang mengajar ppuan ni x best bec I perempuan. No.... ini sebab ppuan udah semulajadinya mudah terasa, n x banyak kerenah. I had the same experience 1 year back. Penatnya Ya Rabbi. I need to make jokes, I need to be tolerate more than usual, I need to 'jgn ckp lepas je', I need to be extra baik hati. If not they will hate my class, n u can't imagine how worse the climate can be.

Sem ni students come from variety of edu background. Ada yang x abis matrix, UiTM dropouts, STPM, SPM. Ni sumer sbb this sem is 2nd intake. I did few test, n the result? I really need to b patient this sem... Almost half of my students need extra effort to pass the BEL codes.

Yang paling bengang, arini. I came all the way from KL, kul 5 pagi. Sampai2 dgn penatnya, masuk kelas kol 8, boleh plak satu umat pon x muncul. I wait like 15 min, then i called person in charge of the timetable for my department..ask her about if there's any changes. xde pulak....Sakitnya hatiiii.... then, after i left a message to my fren next door (in case any1 come), I took my bag n left.. *&(^%^ Penat je dtg pagi2...

Huhu....imagine me..angry...

Sabar je la....

Friday, January 1, 2010

GOODBYE 2009, WELCOME 2010

HAPPY NEW YEAR!

Uish..sekejap je kan da 2010..rasa cam x abis lagi 2009.

Alhamdulillah, azam tahun lepas sy hampir semua tercapai (walaupun ade sipi2)..May as well make new ones for this 2010.

1. Save duit dengan jayanya. (ni azam tahun lepas, tapi diteruskan lagi)

2. Take everything slow and easy. Jangan paksa2 diri. Buat setakat mana yang mampu.

3. Selalu bertolak ansur dengan En. F. (sy rasa sy sgt selfish kadang2, n garang jugak)

Itu je kut... dah tua2 ni xde sgt azam.

Highlights for me this year will be my BIG day, me n Suzai holiday plan and my STUDY.

So everyone...wish me luck n I wish all of u a good 2010 year!!