Adam

Daisypath Happy Birthday tickers

Adik

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Tuesday, July 27, 2010

Blessed..

Alhamdulillah...

I've been blessed

..with a happy life
..loving husband
..great families

and future precious little sunshine...
what more could i wish for...

Thursday, July 8, 2010

Assessment 1...ahaks

Yoohaaa!!

Minggu ni da mula test. Yang ni first. hikhik...

Mak mentua nak dtg.

Aku duk pening nak masak ape. Yela. selama ni masak pakai campak2. Mana la ade plak aku ikut resipi memana. Nak masak cincai boncai, aci la. Ni, masak untuk orang yg expert. Yang tau kurang gula, lebih garam ni... Haduiii....

Mummmmmyyyyyy!!!!!!

Cerita kerja

Hi!

Kalau cerita pasal kerja, saya mmg depressed. Saya adalah seorang manusia yang sangat suka duit tp malas kerja. Hahahaha.

Minggu ni, dah start sem baru July-Nov 2010. So, dengan jayanya saya mulakan sem ni dengan menjadi fasi utk satu modul. Untuk students baru. Malang nasib saya, students yang saya dapat adalah sangat pasif. Ada seorg tu over plak time2 explain presentation tp, kira bagus la... mampu explain ape yang dia nk. Yang lain2 pikir nak balik je... Bila drg ni malas, sy pun malas la. Lagi la xde mood. Sumpah, rasa menyesal terima pelawaan tu. kalo x, saya tgh bersenang-lenang kat umah mak.

Isnin tu, saya dah masuk kelas. Sebulan x cakap bahasa mat saleh ni, lidah saya ade tergeliat siit. sampaikan konpius ejaan assessment tu satu 's' or dua 's'. Hmmm...x kiasah la. Sem ni, hours saya masih lagi 22 jam. No complaint la, sumer staff department saya pun camtu. Fair n square. Tapi yang x tahan, students sem ni. Ade yang hyper active, fun, ade plak tuh...adei..... bakal dapat migrain la nk ajar. Nak suruh jawab 'yes' and 'no' pun, x kuar suara. Dei...yennadei solamma???? Adeh!

Nak lagi klaka, sy rasa pelik bila nk suruh students panggil saya puan or mdm... Rasa x cool. Rasa bila tuka status, sy dah x cantik.. walaupun masa sy masih 'miss' dulu xde la cantik mana, hikhik

Kelas-kelas saya merata-rata. Memula kat blok ni, japg kena g blok satu lg. Pastu ade kelas malam. Tapi saya redha je. Jangan banyak songeh!

Kelas kat UPM x start ag ni. Minggu depan first class. Sem ni amik paper research ngn SLA. Dah tu, partner in crime x amik paper research. Sedey...nanti sangap ar...

Sem ni, sy mmg xde rasa nak start kerja. ~sigh~ Mood nak kerja tu xde lagi la. Saya malas sungguh.

Hari ni dah masuk 3 hari saya puasa. Geng2 kitorg pun ramai puasa. puasa ganti, puasa sunat, diet... skali la tuh.Sampaikan Fiza pun praktis puasa. Nak tengok larat ke x dia pose. Hehe, mummy to b la katakan...  Alhamdulillah.

Ok la....sy ni actually tgh break. Kelas kul 2 kang. Malasnya!  Jom balik, tido sat. Yipeee!!!

Friday, July 2, 2010

Life after that..


Weet Weett....

i've unprivate this blog. welcome new readers. Satu pesanan penulis, jangan lak rasa mual n pening2 kepala rasa nk muntah ijau. hikhik...

Dah hampir 3 minggu me n hubby become official. 12 June 2010 Life so far? Not bad la..hehe

Pas kawen, soalan semua orang adalah sama.

"Best x kawen?"

Hmmm... to answer that question, honestly, i don't know. Rasa cam normal je. Xde la pelik sangat pun. hmmmm....

Setiap orang ada reaction drg sendiri. Ada yang cakap,

"Kalau aku tau la kawen camni best, aku dah kawen awal2 lagi"

"Best kawen.. Orang kawen je tau rasa camne."

"Kawen la cepat. Baru lengkap hidup ko"

Hahahaha.. macam2 la orang ni. Kalau aku? My answer, biasa je. Both of us still dalam proses biasakan diri kehulu dan ke hilir... Ok x gitu? Hehe.

Nak kata life BEST GILERRR, xde la. Ok la kut sebab ade orang ko nk share cerita(cerita yang kadang2 xde orang nk dengar.. hehe), ade org ko nk mengadu (benda yang orang lain x ambil peduli), and ada jugak orang yang ko nk risaukan (other than family sendiri).

Kalau family pulak, sekarang dah kena pikir, dah ada dua rumah. Mak dia, mak kita jugak. xkan nk selfish sepanjang masa kan?He will do the same.

Aku bukan apa. Life pasni ada la berubah sedikit. Tapi xde la aku nk obses, sepanjang masa nk ckp pasal kawen je. Kawen2 jugak, tapi aku still nk enjoy life aku. Bukan la kata aku ni xde feel ngn life kawen ni. Aku suka je. And lucky me, Faiz is superb in understanding who the real I am. Dia relax je. Kitorg duk jauh2 ni pun, so far aku xde nk komen byk. Sbb aku dah biasa ulang-alik gi kelas master kutttt...

Sekarang ni,aku da duduk kat Kuantan, Indera Mahkota. Orang slalu tanya, kenapa aku yang berulang alik?Bukan Faiz ke? Sian Faiz kena jawab soklan2 tu... Bukannya dia x nak, tp aku prefer duk Kuantan. Nape Kuantan?

Jawapan aku: aku da bosan duk Jengka n Temerloh. Lagipun, mak kami kat Tloh. Bebila pun boleh balik.

Rumah yang kami duduk sekarang ni,aku sgt suka. Tak besar sangat, tak kecik. Just nice. I love my sweet little home.

Sekarang ni, aku tgh cuti. dua hari duk kat umah, merasa ar jadi fulltime housewife. Nak tau ape aku rasa??? BORING!!!!

Hahahaha. It's so not me la, nak tinggal kat umah, spend masa hours without actively doing something. Ok, aku ade la masak simple2, kemas umah, basuh baju.. etc. Tapi en Faiz tu x balik lunch. Bz memanjang. Tengok tv, sinetron, drama cina, abis sumer aku hentam (umah xde astro ag..huhu). Sudahnya, aku yang detest drama melayu ni bleh plak tgh citer ILUSI (ala...yang Diana Rafar blakon tu). SERIOUSLY! aku tgk cite melayu. Hahahhaha

Oho... that's so not me..hahahaha. Aku bukan homey type and also fulltime wifey..Kalau ari2 camni, boley mati bosan dowhhh..hahahaha

Tapi komen ni, bukan la utk selama-lamanya. Sok2 mana tau, aku nk plak duduk umah. Kut2 dah ber3 or ber4 sok..memang x menang tangan la kan. sekarang bleh la ngadu bosan. Hehe.

ok la, dah panjang plak sy tulis ni. Saya belum mandi lagi. Buhbyeeee.....