Assalamualaikum...
Memang dah lama x update. Mula-mula sebab xde cerita nak share. Almaklumla, saya bercuti awal sebulan. Saje menghabiskan cuti yang memang sedia banyak lagi. Kedua, saya tetiba penyakit M (malas) tu datang. So, bila dah pegang keyboard, nak menaip cerita trus xde mood. Ketiga, saya dah x larat sangat memandangkan, saya dah sarat sangat time tu. Online sumer guna henfon je. Malas giler kan??? Hahaha...xkisahlah...
Mula-mula, saya amatlah bercadang nak bersalin kat Hospital bersalin Az-Zahra a.k.a Al-Farabi, tempat yang saya memang slalu check up. Tak kisahlah bayar sikit, yang penting saya xrasa terkilan. Bukan apa, tau sangat dah condition hospital kerajaan camne. Nak-nak lagi, saya nyer due time Raya. Memang best sangat laa kan...
Asalnya, saya and Hubby nak balik cuti raya hari Sabtu,27/9 tu. Tapi, tetiba la pulak, en.hubby kena kerja di Temerloh. So, alang-alang malam Khamis tu kitorg terus la balik ke rumah mak. Jumaat tu, en.Hubby terus gi kerja. Petang tu, sementara menunggu berbuka puasa, en.hubby call. "Jom kuar pasar ramadhan." Saya pun siap2 trus ikut kuar. Time tu dah pukul 6.00ptg. Disebabkan jalan jammed, so hubby xnak kuar ke Temerloh. Instead, we went to Mentakab. Tapi, food kat sana semuanya x sedap and x variety. Pusing balik, kitorg singgah ke bazaar kat simpang perumaha kami je (kalo tau, baik la dr awal kitorg ke situ..dekat je..hehe).
Masa dalam kereta, saya tetiba terdengar bunyi "POP", macam belon pecah. Ish...biar betul. Bunyi apa tu? Tetiba teringat kat perbualan sy and akak sulung sy. Dia kata, tu bunyi air ketuban pecah. Huhuuhuuu...
Tak pe la...sambung jalan lagi...
Ala..baby dah bangun..Nanti la saya sambung..hehehe
0 comments:
Post a Comment