Adam

Daisypath Happy Birthday tickers

Adik

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Monday, April 23, 2012

First time main air laut

Assalam,

Punya la lama plan nk pegi piknik, x pegi2 jugak. So, last weekend, terus je ajak sume orang gi Pantai Sepat. Nak piknik!

Plannya nak bwk Adam try main air laut la.si kecik tu mana penah main air selain dr tap water. Hahaha...sian dia.So, tercapai la hasrat nak merendam dia.

Mula-mula, tukar seluar dia dengan CD! hahaha...selamat la cloth diaper aku sebijik. swimming trunk mama x beli, okeh? Siap pakai CD kaler merah menyala!

Dah siap tu, mama terus bwk Adam ke gigi air.(wah, gigi air gitu!)..hehe. Muka Adam memang cuak la kan.xpernah2 dengar bunyi ombak, tengok kwsn laut tu punya la luas.


 Lepas 5 minit, dia main2 sikit je. Memang sangat2 cuak. So,kitorang pujuk dengan duduk atas pasir. Still x OK sbb mmg dia takut.Just, dia x nangis meraung la. Dia merengek sikit2. Sebab x puas ati jugak, mama n papa bawak ke tengah sikit (x dalam mana pun, just paras betis je).

Dalam dia cuak2 tu, skali... swoosh! ombak terpa kitorg. Adam pun kena air sampai atas kepala. Hahaha.. kejap je, sebab mama cepat2 angkat. Tapi, terkebil2 la dia jap. Pastu, skali lagi. Hahahaha... dia tak nangis tapi merengek tu la.

Ok, pastu kesian tengok dia. Lagipun dia dah basah satu badan. So, kitorang pun naik la darat. Keringkan dia, and kasi susu. Well, that was the first try. Nanti la, bawak mandi kat pool je la. Senang!

Rilek2, mak long pon sampai. Ape lagi. Makan time!!!!!


That was what happened last weekend, 22nd April 2012. Nanti, ape lagi aktiviti hujung minggu ek? Hehehe...daaaa




Tuesday, April 17, 2012

Terkesima

Assalam,

Terkesima? Ha, bagi yang mmg jarang menggunakan perkataan ni, hari ni saya nak guna sebagai tajuk entry. Semua bermula sebab satu kejadian petang Ahad.

Weekend baru-baru ni, turn kami balik ke Temerloh. As usual, petang Ahad, berangkat semula ke Kuantan. On the way balik tu, hubby tetiba mengantuk. Yela, tadi dia x tido. Ok. Elok aje lepas exit tol Gambang, hubby n saya switch.

Pakai seatbelt (saya n hubby mmg pakai seatbelt kalau drive), and sambung drive. Nak kuar kat exit Kuantan. Saya pun drive je la. Dalam range 120-110km/j. Ada la skali sy terdrive laju (130km/j) sebab nak memotong sebijik lori bwk minyak. Tetiba je masa saya nk potong lori tu, dia speed.

Tetiba, sy nampak lampu biru polis tu berkelip-kelip dalam 1km ke depan. So, slowkan la kereta kut-kut dia soh berenti kan? Skali, ha..encik polis tu kuarkan dia punya lampu kaler merah berkelip-kelip, signal soh ketepi. Saya kan penakut, cuak la pe lagi.  Saya bagi signal and berhentikan kereta kat tepi.

Saya buka seatbelt (cadangnya nak turun la sbb org kata kalau kita turun, polis tu x saman..hmmm). Tapi en.hubby kata x payah. Ok, saya pun tunggu je la.

Bila en.polis tu jenguk je kami, nampak la saya= driver, hubby = co-driver, mak n Adam = passenger kat seat belakang. Nak tau ape perkataan pertama dia?

"Lah!"

Saya pun terfikir, ape yg buat dia sampai cakap "lah" tu?
Then, dia mintak lesen. Of kos la saya confident kan, lesen saya baru je diperbaharui n akan expired bulan 10, 2013, OKEH?

Then, dengan muka x puas atinya, dia pulangkan lesen saya, dan berkata "tunggu je la surat nanti"
Saya agak terkesima, tp mulut tu tak la menanya macam-macam. Saya drive semula.

Pastu mula la macam-macam terpikir,

Kenapa dia cakap 'lah'? Kenapa dia x saman je guna kertas?
Kenapa dia tahan camtu je, xde cone merah tu?
Kalau speed trap, patutnya dia ade walkie talkie and specific kereta mana yg dia nak saman.

Macam-macam la. Tapi, hasil konklusinya

Dia maybe nak cari 'duit poket' tp x jadi sebab drivernya perempuan.

OR

Dia just randomly picked any car,then kalau kantoi lesen or road tax, dia saman la.

Maybe....sape tau.

Dan, sampai hari ni,surat tu x sampai2. check online pun xde jugak samannya.

Tapi, yg paling bernasib baiknya adalah, rupa-rupanya Lesen Hubby saya dah EXPIRED THAT DAY.. hehehehe... Nasib baik!

Thursday, April 12, 2012

Adam The Photogediks baby

Assalam,

lama x hapdate!! hehe. Nak kata busy, xde la sangat (x bz ko kata, tu 5 bundles exam paper x tanda tu??).. Tai, bila type sthg je, mesti stuck. Ayat tunggang -langgang (walaupun entry sebelum2 ni, xde la ayat betul sgt pun), cerita x related. Memang semuanya tah hapa-hapa la..

Tapi arini ade sedikit rajin. Nak cerita benda lama pun. Pasal si kecik tu la, sape lagi. Budak bushuk masham, intan payung pengarang jantung saya laaaa... Muhammad Adam Fahmi.

Sebenarnya si kecik tu admitted kat wad Kuantan Medical Center (KMC) on 1st and 2nd April bru2 ni. Viral fever. Mulanya, demam sikit je. Skali panas sangat-sangat kul 2 pagi. Disebabkan dia baby, so terus rush pegi emergency KMC. Masuk ubat ikut buntut. hehe. Doc try nak cucuk drip. Haaa.... jerit dia jangan cakap la. Itu x masuk lagi tu. Memang terbaek la jeritan dia.

Duk kat KMC, kena la buat nebulizer. Bukan sakit pun, tapi cam biasa la..dia jerit jugak. Takut kot sbb bunyi mesin tu. Dia bosan duk dalam bilik tu, so kena la bwk dia jenjalan. Memang jual muka la  kan. Habis sumer nurse-nurse kat situ kenal. Sikit-sikit, "Adam...buat pe tu Adam? X nak duk dalam bilik ke?"... Malu mama eh...

Pas dua hari, kitorg discharged. Fuhh..lega! Tapi, Ok la sket kan, dr experience duk kat Hospital kerajaan.(maaf la ye, sy mmg anti hosp kjaan sbb experience ms Adam lahir n MIL baru2 ni). Walaupon single room dah penuh, bilik masih lagi selesa. Katil sebelah cuma masuk malam esoknya je.

Ok2..itu hapdate Adam yg aritu. Arini nak citer pasal Adam yang pantang nampak camera. Adam ni, kalau npk camera, mmg akan mengejar la. Maybe sbb dia npk flash camera tu kot. Asal saya buka je pouch camera tu, punya la laju dia dtg. Tak caya tengok gamba ni.
mama switch on camera..cepat..cepat!

Mama..Adam nak!

ok..dah dekat...

kasi la..kasi la

tak kasi? Adam panjat mama

Geget!!!!
Haa!!! punya la cepat. sedar-sedar dah depan muka. Eii.. si kecik sorg ni. kalau setakat merangkak tu dah expert, OK?

But, he loves camera very much. Almost become a photogediks! hahaha.. Ni la dia. Adam,the photogediks!!!! But I do love this one picture. He looks so natural n adorable.


till then...bubye!