Assalamualaikum,
Kekadang, rasa nak tutup telinga dan tidur saja
Tak pun buka novel yang entah zaman bila belinya,
Baru hari ini nak baca
Kat dunia luar tu,
semua tipu belaka
orang bermuka-muka
depan, muka ada gula
belakang, cuka tu lagi manis rasanya
Bukan nak kata
aku ni tak pernah buat benda tu
kadang2 terpaksa..kadang2 memang sengaja
tapi kalau dah melampau
aku yang tak terbabit naik risau
sebab kau boleh nampak sendiri
apa dia boleh buat pada kau
aku simpati
pada diri sendiri
Bila orang simpati pada kau
kau patut ada rasa yang sama pada orang
itu namanya give and take
Bila kena pada sorang
mungkin tu salah orang
Bila ramai yang kena
Bukan ke salah dia?
aku malas nk sambung
nanti xde bezanya aku dengan mereka
kutuk, mengata
paste hadis atau kata-kata
trend zaman kita...
Sudah lah hati
ikut hati mati
ikut rasa binasa
kata banyak2 pun x guna
siapa kau, SIAPA???
Wednesday, May 29, 2013
Thursday, May 23, 2013
Cerita mak buyung busy
Assalamualaikum wbth,
Hoh Heh Hoh Heh... penat mak bawak perut ni. Tapi x sedar dah masuk 8 bulan 1/2. Orang duk kata perut I kecik. Takpolah...memang gitu la I ni. Dari zaman mengandungkan Adam, ni nak beranakkan adik Adam pulak. Orang duk kata kecik je perut ni, tapi si pembawakperut ni xlarat dah nak mengangkut. (adik baby dlm perut, jangan terasa lak. Duk je dlm perut sampai cukup 9 bulan tau).
Sekarang ni tinggal 2 minggu je lagi nak abiskan sem 1 kelas MA. Dengan assignment yang melambak-lambak, presentation nak cover, final exam 2 minggu lagi..memang x terkejar la yeop. Kekadang tu mengharapkan satu hari tu ada lebih dari 24 jam. Tapi jangan dilayankan rungutan manusia ni. Rasanya takkan buat jugak kalau dapat lebih masa. Lebih baik tidur je kan?
Itu part MA. Yang kat office ni, dengan panel MQA visit la, dengan marking final exam paper, dengan buat statistik, nak buat modul lagi, nak buat camp pulak, nak buat bengkel lagi... haihhhh... Pendek kata, banyak la benda nak kena buat. Tapi, masih lagi terkawal. Haha.
Tapi, risaunya...bila barang adik dlm perut ni x siap2 lagi kemas. Selalunya beg emegency ada dlm kereta start 7 bulan lagi. Ni satu ape pon x buat. Just basuh je barang2 abang Adam pakai masa baby, yang mana boleh reusable, basuh n letak dlm bakul. Hadoi la... teruk mama ni kali ni. Just jangan adik kuar mengejut dah la. Kuar la dlm cukup 36 weeks ke..bernafas sikit mama ni bila kelas MA dah setel. Hehehe...
Ok la...tetiba ngantuks... muaahahaha.. kes makan banyak sgt la ni. Jyaaaa!!!

Labels:
counting days,
personal,
pregnancy
Thursday, May 16, 2013
Cikgu yang paling saya ingati
Assalam,
Wow, dah masuk 8 bulan. Sebulan lebih je tinggal. Hehe.
Hari ni nak ngomel pasal lain dr cite peknen. Nak cite pasal CIKGU. sebab ari ni Hari Guru.
Cikgu...
walaupun cikgu ni bukan la mak bapak kita (walaupun mak abah kita ada yg keje cikgu), tp selalu orang cakap, cikgu adalah ibu bapa kita yang kedua. Huhuhuuu... besar tanggungjawab tu.
Saya keje sebagai pensyarah..tapi profesyen sy ni setaraf je ngan cikgu. Mengajar ialah tugas hakiki saya. Kadang-kadang tu budak2 ada je panggil saya cikgu (walaupun dah banyak kali remind, panggil madam..hikhik).
Tapi, arini aku nak cite bukan pasal cikgu paling baik pernah ajar aku. Tapi, cikgu paling meninggalkan impak kat aku.
Mula-mula, cikgu kat skolah rendah. SKTL. Aku ni, masa skolah dulu comot. Tak comey. Maklumla, anak orang miskin. Abah dah xde. Mak lak keje, so xde orang nak make sure baju aku bersih hari2. Kalau kat lengan tu, hitam je kesan pensel ke..kesan terlanggar papan hitam ke...macam2 la. So, compare dengan kawan2 aku yang lain, aku ni macam Dayang Senandung. Tak pun macam Intan Terpilih. (korang ggogle sdri cite tu kalau xtau. aku siap tanya kwn2 lagi) Hahahaha...
Ada sorang cikgu ni. Lelaki. Dia nak setup koir punya group. Boleh x dia xtulis pon nama aku, masa budak lain duk hegeh2 duk bagi nama nak join. Aku ni pon satu,confirm2 je dia tulih nama aku. Skali ha!! Baru aku taw nama aku xde dlm list. Tp agaknya dia kesian kat budak buruk ni, dia biarkan je. Lagipun, dah 2,3 mgu praktis. Pastu, dia jugak cikgu pancaragam. Aku ni xpernah dapat attention dia. Dia suka borak2 ngan budak2 comei je...tersisih la aku...
Tu masa dah darjah 5,6.
Masa aku gi kelas fardhu ain lagi la... Ada sorang ustazah ni. Dia pernah tegur tulisan jawi aku. Masa tu aku darjah 3 x silap. Aku mengaku la, burukkkk je tulisan aku ni. Aku tengok tulisan kawan aku ni. Tak ingat la tulisan sape. Kalau x silap, kawan aku nama Malisa, xpun Roey... Aku cakap, "Cantiknya tulisan awak. Saya punya senget je. x cantik.."
Korang tau, ustazah tu menyampuk ape? "Tulisan orang beriman memang cantik"... Haiyarkkkk!!!! Dushum..dushum... bayangkan apa perasaan budak darjah 3 dengar camtu. Terus sampai skrg, tulisan jawi aku memang hampess... and kata2 ustazah tu masih aku igt sampai sekarang.
Ok, tu skolah rendah.
Skolah menengah?
Ada cikgu sorang ni. Dia ajar aku Akaun. Comel, petite je. Skali, kau tau, BAPAK GARANG!. pernah skali tu, aku x ingat la pasal ape. salah jawab ke, ape ke, yang pasti BUKAN sebab aku x buat kerja...dia baling aku ngan kapur. Seb baik aku dapat elak. Perghhhh!!
Ada cikgu BI plak. Time tu form 5. Cina. Dia ni, peel dia, kalau buat keje dia, kena perfect. Kena garis, kena tulis hari, haribulan. Kalau tak, dia campak buku luar kelas. Tapi, dia xpernah marah. Dia ketawa je. Bayangkan lah, kalau kelas lain yang bawah2 tu, kira ok la. Setakat kena lempar buku je kan. Kalau kelas aku yang duk 3 tingkat ni???? Ada skali tu, dia round...aku ok je. sebab BI among favorite subjects aku. Memang aku score sokmo. Hahahaha... Pastu, dalam dia round tu, dia kutip la buku kawan2 aku yang kantoi.. x siap ke, x garis ke..Dia pon teruskan aktivti dia la. Dia gi terus je kat corridor, pegang buku, and lepas...."weee!!! Flying without wings!!!" hahahahaha... nak pulak, elok2 je bawah kelas kitorang tu,ade kolam ikan. Hahahaha...ijau gitew air dia. Hahahaha
Masa form 2, ada sorang cikgu Sains ni. Lelaki. Aku serius x ingat nama dia. Tapi, aku tak tau la kenapa..nak ketawa x baik tau, nak kata pelik..x de la sangat. Dia slalu buat unpredictable nyer action. Ada skali tu, aku nyer kelas 2C, kelas kawan aku 2B. Kitorang ni punya la tunggu..tunggu..tunggu...mana cikgu ni? Slalu cepat je.. Skali, si monitor kelas kitorg ni, Abu masuk kelas gelak2. Pastu cikgu tu masuk sengih2. Bakpe pulak... Bila time balik, kawan aku tanya, "weh, kelas korang ngan cikgu W td kan? Cikgu salah masuk kelas kitorang. Dah la waktu sebelum tu, kitorg blaja ngan dia. Siap dia dah bukak buku, mengajar lagi skali!" Berderai la gelak kitorg. Tu satu, ade skali tu, dia pakai name tag terbalik.... alaaa.....sian cikgu. Tapi, xde sorg pun yang gi tegur. Hampeh x kitorg!?
Masa Form 5, kitorang paling nakal! Cikgu Kimia kitorang la yang paling bersabar. Lab Kimia slalunya kena amik extra hours. 2.30ptg baru balik. Aku ni x suka duk kena naik bas awam (slalu panggil bas merah). Kena jalan kaki dr simpang ke rumah, adala dalam 1km. Optionnya, ponteng je Lab Kimia. Hahahaha...kekadang tu sian kat dia. ada 2,3 orang je dlm kelas. Padahal, kelas sebelum tu penuh je. Pastu, ada satu time tu, dia duk tunjuk experiment kat meja dia. Ada kawan aku yang sengal-sengal (Balaguru, Meme, Nurul.,ada lagi 2,3 org), duk usik barang atas meja cikgu tu. Drg campak sthg dlm sinki n benda tu react dengan air. Habis satu lab kena lari keluar sbb bau busuk n takut terbakar or terbau plak. Bahaya sungguh. Sian cikgu tu....dia sabar je... Tapi, benda paling aku ingat, masa tu kawan aku ni gi tanya soalan kat cikgu ni satu hari.Cikgu ni pon keluar la reading glass dia. Skali, reading glass dia tu patah tangkai. Dia ikat semula dengan masking tape (selotape kaler putih). Kawan aku lak jahat! Dia leh sengih2 sambil tengok spec cikgu tu. Dah siap tu, dia sampaikan kat kitorang. Mau tak semuanya duk pakat sengih2.
Last skali, aku nk cite pasal lecturer, masa aku dah blaja kat uni. Dia ni memang kurus. Suka pakai skirt paras lutut. Melayu, of kos. Boys memang suka sangat dia ni. Tapi, dia slalu aim aku. x suka betul aku. Ada skali tu,aku borak-borak ngan kawan aku. Guna BM la kan...pehal lak aku nak meraban speaking mat saleh ngan kawan. Skali aku x sedar, dia lalu kat belakang. Dia siap sound kitorang, "Speak in English, both of u"... kitorang sengih2 je la. Pastu, ada lagi kes dia ngan aku ni. Ada skali tu, dia tulis something kat whiteboard. Dia explain la, ni ada 2,3 orang yang buat grave mistake in grammatical error. Dia soh satu kelas betulkan. Salah satu ayat tu aku punya. Ada satu boy ni, sgt snobbish and rude. Tapi, xleh kata pape la, sebab dia top student pon. Tapi, aku time tu baru sem 1 rasanya. That boy sedap je sound, "Why don't you ask that person to correct it herself/himself. This is rubbish." Kena lak kat ayat aku. Korang rasa ape perasaan aku bila kena point out macam tu (walaupon lecturer tu x reveal sape punya ayat). Muka aku dah merah and aku tahan je rasa nak nangis tu. Aku x suka sangat dia sampai la sekarang. Terkesan kat ati aku ni, walaupon kalau time tu niat dia baik.
Hahahaha..tu la dia. Cerite cikgu2 aku yang aku ingat. Ada x cite aku pasal cikgu baik...jaga hati students. Bagi students hadiah? Mano? Nan ado!
Aku sekarang ni mengamalkan prinsip, it doesn't matter kalau Hari Guru aku lah orang yang paling tak dapat hadiah. Aku lagi tak heran kalau students x sms aku ajak borak-borak. Aku nak ilmu yang aku sampaikan ni dapat diorg praktikkan, bukan sebab suka aku drg nak dtg kelas. Aku nk drg tau, ilmu ni perlu ketekunan dan usaha untuk dapatkannya. Maaf, aku tak perlukan students untuk bertebeng kat bilik aku melainkan minta ajarkan mereka ilmu2 yang saya boleh ajarkan.
Untuk semua guru2..SELAMAT HARI GURU...

reflection
Subscribe to:
Posts (Atom)