Adam

Daisypath Happy Birthday tickers

Adik

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Monday, September 30, 2013

Rezeki

Assalamualaikum...

Mood nak merepek datang lagi (baca dengan nada iklan, "Tora Datang Lagi!!).. hahaha..ok2. Sebenarnya, ni sekarang kat office. Kenapa x buat kerja? Malas la jawapnya... Ihhhh, tak la. Sebenarnya baru abis Majlis Konvokesyen ke-12 KIPSAS. Bapak penat!!!! Tapi arini xleh punch out awal. Kena stay sampai kul 5, baru balik. Esok? Cuti!!!!! Yeah!

Ok..sementara nak tunggu pukul 5, meh kita mengarut.

Tengah duk layan FB tadi, tertengok gambar kawan yg duk kat Jepun, dapat peluang kerja kat London, sambung blaja kat oversea. Sedehhh kot. Aku apo yang ado? Nak jalan gi East Coast Mall kat Kuantan tu pon berkira. Yela, nak kira bawak anak lagi. Kalau bawak bukan anak sorang dah. Ni dah masuk dua. Teringat first time outing ber4. Kalau ikut rasa, memang tobat la nak kuar ngan budak2 ni selagi x besar. Dengan Adam nak berlari dalam mall, dengan adik nangis nak susu. Perghhhh!!! Sungguh mencabar. Nak gi oversea? Jangan mimpi!

Itu kalau kira nak keadaan. Kalau kira kewangan? Hahahaha... mimpi lah nak ada duit bayar tiket flight, duk hotel best-best. Tak mampu. Baik la pegi beli susu Adam, beli baju anak2-anak. Ada lebih sikit, belikan apa yang budak-budak ni nak. Kehendak papa dan mama? Kalau lebih lagi duit tu. Dengan hutang rumah loan rumah, loan kereta..Semua nak kena fikir banyak-banyak sebelum ter'over spend.

Hati ni kemain la jeles dengan kawan-kawan yang ada kemampuan macam tu. Sekali post gambar kat FB, ha!! Pakai Fareeda giteww.. Kereta dah tukar Civic, Merz.. Den?? Hahahaha.. MyVi tu lah . Merasa la lebih sikit bila pakai incik somi nyer City. Tu pon kira kete import murah je. Tak ke mampunya nak pakai lebih dari tu.

Tapi, itu rezeki orang muda, anak sikit.  Banyak yang boleh dilaburkan ke situ. Eh!! Bukan nak kata rezeki korang takat tu la. Tapi, tu korang dapat extra. Allah swt kan Maha Adil. Rezeki kami? Permata hati dua orang tu. Kena ada give and take la kan. Aku dapat tang tu lebih, korang dapat lebih tang lain.

Tapi tu la, rezki anak-anak ni memang ada Allah swt ready'kan untuk diorang. Masa Adam dulu, aku dapat tukar ke Kuantan. Walau sedikit pedih sebab perbezaan gaji, Alhamdulillah.. aku dapat bawak anak duk dengan papa dia. Rezki Humaira pulak, aku dapat naik gaji dan tetap perkhidmatan. Ha!! Sungguh, Allah swt dah tetapkan rezki anak-anak aku tu. Tak payah aku soalkan semua tu.

In Shaa Allah, kalau ada rezeki kami bercuti ke oversea, aku sambung PhD nanti. Semua tu ketetapan Allah swt.  Aminnn....

Aku ni duk mengomel nak pegi oversea la ape la. Nu, orang Syria, orang Mesir duk berperang semua tu, x bising pulak depa. Syukur aku masih dalam negara aman. Cuma xpuas ati minyak naik aje. Aku bukan dapat BRIM pon. Cukai pon kena bayar. Hahaha... 

Baiklah, mari mengundur diri. Cukuplah omelan petang ni.. Mari pulang jumpa insan tersayang.

XOXO..
Mama Adam & Humaira, bini encik Faiz

Monday, September 23, 2013

Update setelah dua bulan

Assalamualaikum wbth..

Diingatkan disini, entry ni panjanggggg berjela dengan perkataan. Kalau rasa bukan dalam mood membaca, sila skip. Hehehe.

Alhamdulillah. Dah 2 bulan lebih dah anak dara aku. Bermakna dah habis pantang dan start kerja dah pon. Bukan tak nak menulis. Tapi jari ni malasnya lah! Naklagi, nak meng'update dengan Ipad. Memang leceh la kan. Tapi ada jugak cubaan nak menaip tu, tapi sudahnya pandang je screen tu. Ok,kita start ngan cite lama dulu.

Cerita deliver baby

Last entry blog ni masa 38 minggu. Time tu dah sakit2, tapi tanda xde pon. Braxton Hicks tu slalu sangat dah. So, masa 39 + weeks jumpa doctor buat weekly check up, kena check 'jalan'. Dah ada 1cm tp. Buat check tu pulak dengan doctor pakar kat Hospital Az-zahra, (link dengan Klinik al-Farabi). Buat check up dgn doctor pakar sebab itu dia punya standard kalau nak bersalin kat situ.

Disebabkan dah bukak 1 cm, doc tu bukakan jalan. Sakitnya, Masya Allah! Sempat lagi dia cakap,"mesti awak rasa nak sepak saya je kan?" (ape ke sengal, OF KOS LAH!! Sakit kot!). Selesai segala proses tu, dia ingatkan saya, nanti ada 'sign' sebab dia dah buka jalan tu. So, balik la aku ke rumah dengan MC untuk seminggu. Tunggu... punya tunguuu... sudahnya dah lebih 40wks. Sakit takdak. Perasaan mula la bercampur. Baby Ok ke? Sign tu memang dah ada. So, pegi lagi klinik. Buat CTG n check jalan lagi. Still 1cm. Pergh!! Lambat benar kali ni. Adam dulu 38 weeks dah sibuk nak kuar. Maybe sebab baby girl kut.

Sudahnya, next check up is dua hari sebelum minggu ke 41. Time tu dah bulan Ramadan. Alhamdulillah. Aku masih mampu dengan bertenaganya berpuasa. Dapat la 6 hari. Bila pegi check up tu trus kena admit. Jalan dah bukak 3 cm. Lagi pun, kalau x bukak2 jugak still kena induce jugak kan. Dah overdue. Duduk la aku dalam wad. Nasib baik sangat beg emergency memang bawak dalam kereta. Baju encik suami je xde.  Duduk kat dalam ward tu,dia bagi baju pink ngan kain. Ok,duduk la lepak. Encik suami still tunggu. Takut gak dia, kalau dia balik kang trus sakit, dah camne kan? Tapi, xde jugak. Boleh lepak, makan, enjoy tengok tv. Nurse datang berkali-kali check BP, check jantung baby. Progress? Nan ado... Zero..Yilek... Aku dengan confidentnya suruh encik suami balik, ambil few things tak cukup and tengokkan Adam. Pergi keluar rumah tadi just gitu2 je ngan Adam sebab dia bising nak ikut. Malas la nak bawak, leceh! Kang dia berlari satu klinik ni, dah pening pulak nak mengejar and control budak masham tu. Ok, malam berlalu dengan happynya saya tido atas katil hospital. Sakit langsung tak ada.

 Pagi-pagi nurse datang panggil. Kata doktor nak check. Pegi sana, skali lagi doktor check jalan.Kali ni dia kata, "Kita pecahkan ketuban la ye." ... Ok, time ni aku dah start cuak. Dulu air ketuban pecah sendiri. Skali 'snip' bunyi gunting dia tu. Then dia kata, baby dah berak sikit kat dalam. Tapi jangan risau sebab baru stage 1. So, tak payah c-sect pon. Trus pastu, nurse suruh siap2. Nak tolak ke labour room. Encik suami pon get ready je la. Tapi satu la kan, bersalin kat Al-Farabi ni, dia bagi bawak apa yang patut ke labour room. Aku pon dah rasa nak gi piknik je.. Hahahaha.(piknik la sangat kan?! time tak sakit ni boleh la aku rasa mcm gi piknik.Ko tunggu jap lagi..haha). Aku bawak la air zamzam and pesan kat encik suami bawak kurma.

Kat labour room,kul 8.30 pagi. Masuk air kat tangan. Sakit woi! hahaha. Biasa la aku.. urat tecik sangat! Ok, dari 8.30 sampai la kul 10.30pagi. xde sakit pape. Nurse masuk and dia cakap nak masuk ubat sikit through drip. Tak boleh masuk ubat (induce) through tuttt-tutttt sebab baby dah berak. Masuk ubat tu pon sikit je. Yang pastinya, dia pesan xleh bagi pain killer pun. Bagi yang pernah deliver normal, korang mesti pernah guna yang dia suruh sedut through mask tu kan? Ha, yang tu pun aku xleh guna. Adussss... Start kul 11 dia masuk ubat, contraction mula kerap. Encik suami duk tengok kat jam, less than 5 minutes sekali contraction. Tu dia.. aku ni yang duk menahan ni memang tak hengat dah. Baju encik suami la jadi bahannya. Aku tarik je la. Pedulik dah time tu.

Dalam duk panggil nurse check jalan, doctor check jalan, kul 2 lebih fully dilated. 10cm. Ok, boleh push. Kali ni banyak kali push jugak sebab baby besar. Masa Adam ritu, 3 kali je.Ni lebih dari 5 kali kut. Pastu, Alhamdulillah. 2.30pm, baby pon kuar. Doktor Nurrita tunjuk baby apa, and dia letakkan baby. dia panggil encik suami and bagi opportunity untuk potong tali pusat. Dah lega, jahit (alhamdulillah, 3 je), baby diorang lap dan bersihkan. Encik suami kena naik ke bilik sebab request bilik single, so dah dapat. Sebelum tu memang dia duk tengok me and baby je la. Hehe.. I saw him crying actually. Hikhik..bukan la meraung, OK?, tapi ada titisan airmata kesyukuran semuanya selamat.

Lepas sehari, discharge. Ini dia, Humaira Faihanah binti Mohd Faiz.
Adeq a.k.a Humaira
Sekarang ni Humaira dijaga oleh Tok Jah and Pokde. sebabnya, taska yang kitorang hantar tu buat hal. First day hantar, bagi air kosong and susu 8oz boleh habis dlm 5-6 jam. Pergh! xkan la baby minum byk sgt gitu? So, setelah discuss ngan semua orang, kitorg stop hantar both Adam n Humaira ke taska. xpe la, kecik sgt nk hantar ke taska.

Breastfeeding journey

Alhamdulillah. Saya memang berhajat nak fully breastfeed anak kedua ni. Bukan apa, teringat betapa terkilannya saya bila saya x dapat menyusukan Adam lama. Tak apalah, bukan rezeki dia. Mama minta maaf ya, Adam..

So, kali ni, saya berniat dari awal pregnancy lagi. Saya mantapkan diri dengan ilmu breastfeed. Ada masa terluang saya google tentang masalah-masalah yang bakal timbul dalam breastfeed. Dulu saya ingat semua ibu boleh breastfeed baby NATURALLY. Breastfeed itu adalah mudah. Sangkaan saya salah sama sekali. Mungkin itu juga penyebab saya gagal menyusukan Adam lebih lama. Nak-nak lagi bila tak pernah menyangka betapa menyusukan anak itu memerlukan 100% komitmen dan tabah. Yelah, nak mintak tolong suami bilanya? Kalau susu botol, boleh jugak dia bangun dan bancuhkan. Ini, ko sendiri la bangun. Nak lagi, susu ibu mudah hadam. Tak sampai 2 jam, baby akan mula lapar semula.

Mulanya di hospital, kaunselor laktasi datang melawat. Dia la yang tunjukkan posisi yang sebenar yang betul dan tanyakan masalah-masalah breastfeeding. Alhamdulillah, dengan bantuan dia dan juga berkat kesabaran Humaira, saya berjaya breastfeed si comel ni. Humaira sabar je bila mama dia terkial-kial membetulkan posisi.

Saya lambat mula mengepam susu untuk stok susu EBM Humaira. Yelah, mula kerja nanti kena la tinggalkan susu untuk Humaira. Tu pun salah saya sebab cepat sangat putus asa,  (plus malas jugak.. haha). Asal tengok susu sikit je berjaya kena pam, saya mula la depressed. Walhal, dah tahu kalau sedih2 susu kurang. Kemudian, saya kumpul semangat semula. Baca post2 di group FB. Tanya soalan pada success mothers yang berjaya pump beratus-ratus oz susu. Minum air banyak dan amalkan supplement. Akhirnya, saya ada stok untuk seminggu, dalam 50+ oz. Alhamdulillah. Walaupun susu hanya dapat dipam sebanyak mana saya keluarkan untuk Humaira guna. Tapi, saya masih positive. Semoga saya boleh bekalkan at least sehingga dia berumur setahun. Aminnnn...


Ok... tu je la kot. Nanti update lg.. daaaa