Mood nak merepek datang lagi (baca dengan nada iklan, "Tora Datang Lagi!!).. hahaha..ok2. Sebenarnya, ni sekarang kat office. Kenapa x buat kerja? Malas la jawapnya... Ihhhh, tak la. Sebenarnya baru abis Majlis Konvokesyen ke-12 KIPSAS. Bapak penat!!!! Tapi arini xleh punch out awal. Kena stay sampai kul 5, baru balik. Esok? Cuti!!!!! Yeah!
Ok..sementara nak tunggu pukul 5, meh kita mengarut.
Tengah duk layan FB tadi, tertengok gambar kawan yg duk kat Jepun, dapat peluang kerja kat London, sambung blaja kat oversea. Sedehhh kot. Aku apo yang ado? Nak jalan gi East Coast Mall kat Kuantan tu pon berkira. Yela, nak kira bawak anak lagi. Kalau bawak bukan anak sorang dah. Ni dah masuk dua. Teringat first time outing ber4. Kalau ikut rasa, memang tobat la nak kuar ngan budak2 ni selagi x besar. Dengan Adam nak berlari dalam mall, dengan adik nangis nak susu. Perghhhh!!! Sungguh mencabar. Nak gi oversea? Jangan mimpi!
Itu kalau kira nak keadaan. Kalau kira kewangan? Hahahaha... mimpi lah nak ada duit bayar tiket flight, duk hotel best-best. Tak mampu. Baik la pegi beli susu Adam, beli baju anak2-anak. Ada lebih sikit, belikan apa yang budak-budak ni nak. Kehendak papa dan mama? Kalau lebih lagi duit tu. Dengan hutang rumah loan rumah, loan kereta..Semua nak kena fikir banyak-banyak sebelum ter'over spend.
Hati ni kemain la jeles dengan kawan-kawan yang ada kemampuan macam tu. Sekali post gambar kat FB, ha!! Pakai Fareeda giteww.. Kereta dah tukar Civic, Merz.. Den?? Hahahaha.. MyVi tu lah . Merasa la lebih sikit bila pakai incik somi nyer City. Tu pon kira kete import murah je. Tak ke mampunya nak pakai lebih dari tu.
Tapi, itu rezeki orang muda, anak sikit. Banyak yang boleh dilaburkan ke situ. Eh!! Bukan nak kata rezeki korang takat tu la. Tapi, tu korang dapat extra. Allah swt kan Maha Adil. Rezeki kami? Permata hati dua orang tu. Kena ada give and take la kan. Aku dapat tang tu lebih, korang dapat lebih tang lain.
Tapi tu la, rezki anak-anak ni memang ada Allah swt ready'kan untuk diorang. Masa Adam dulu, aku dapat tukar ke Kuantan. Walau sedikit pedih sebab perbezaan gaji, Alhamdulillah.. aku dapat bawak anak duk dengan papa dia. Rezki Humaira pulak, aku dapat naik gaji dan tetap perkhidmatan. Ha!! Sungguh, Allah swt dah tetapkan rezki anak-anak aku tu. Tak payah aku soalkan semua tu.
In Shaa Allah, kalau ada rezeki kami bercuti ke oversea, aku sambung PhD nanti. Semua tu ketetapan Allah swt. Aminnn....
Aku ni duk mengomel nak pegi oversea la ape la. Nu, orang Syria, orang Mesir duk berperang semua tu, x bising pulak depa. Syukur aku masih dalam negara aman.
Baiklah, mari mengundur diri. Cukuplah omelan petang ni.. Mari pulang jumpa insan tersayang.
XOXO..
Mama Adam & Humaira, bini encik Faiz
0 comments:
Post a Comment