Korang igt x dengan cik Makaroni? Ala...Makaroni, yang aku penah cite dulu tu.. X ingat? Hah, bace smula kat
sini . x pun korang bace
entry ni .
Cik Makaroni duduk dalam kejiranan Melayu. Nak lagi best, dekat area tempat keje dia. So, memang ramai la yang Makaroni ni kenal. Dalam kenal-kenal tu, kak Q tu pun duduk area tu. Memang la malang nasib Makaroni ni.
Masalah 1: Nak jadi cerita, rumah Makaroni ni, geng2 nya sumer la bwk keta. Pastu, bukan housemate Makaroni je, ada la 2,3 rumah lagi yang lebih kurang macam tu jugak. Dah satu rumah tu ada 5 kereta, imagine je la. Ade pulak tu, parking ikut suka ati dia je. Parking even depan umah si Makaroni. Dah tu, mana Makaroni nk parking? Tumpang la parking atas tanah, seberang rumah jiran dia.
Masalah 2: Lagi best, kawasan rumah cik Makaroni ni, ade haiwan2 penyelongkar yang sangat sukakan sampah. Pantang letak sampah dlm tong sampah, tergolek la jawabnya tong tu. Lagi haru, terkeluar la isi2 sampah tu diseret dek cik B dan Cik Kuc.
Masalah 3: Cik Makaroni ni ade jugak upah org potong rumput. Tapi kadang-kadang tu tak terpotong sebab lupa nak bayar encik ni. Tapi, xde la lalang tu tinggi sangat. Cecah lutut je kadang-kadang. Hahahaha. Tapi, memang akan potong jugak pun. Cuma lambat or cepat je. Pastu, belakang rumah Makaroni tu xpernah la berusik. Macam ngeri sangat nak keluar ke belakang tu. Takde tujuan pun nak kebelakang. Ape cite belakang dapur tu, sumer xtau.
Masalah 4: Cik Makaroni and housemates memang duk jauh-jauh ngn husband masing-masing. Dah tu, weekend memang la sumer nak balk kan? Dah duk jauh. Ape ke halnya nak duduk rumah bujang kot. Ade laki. So, memang x campur la sangat aktiviti kejiranan rumah drg tu.
MASALAH TERBESAR ADALAH bilak Kak Q dah start bising. Dia kata umah drg ni kotor! Sampah merata-rata sampai jiran mengadu. Siap kata ade sanitary pad bersepah atas jalan sebab terseret dek binatang yang menyelongkar. Lalang tinggi. Belakang rumah semak ngn lalang. Rumah buruk (x berhias la kot). Marah pulak kt drg ni sebab parking merata-rata. Tak bergaul dengan orang langsung, duk je terperuk dalam rumah. Dah tu jiran marah sebab prking kereta kat atas jalan.
Tapi, cuba korang pikir. Nak kata salah drg memang la. Sampah tu x sempat la nak kutip, dah asyik kena sepah je. Tapi, macam la rumah drg je sampah kena selongkar. Dah tau binatang tu jenis menyelongkat, pergi ar buang ke, tembak ke..hehe
Nak kata salah drg parking merata, dah orang lain parking merata jugak. Terpaksalah amik inisiatif parking depan rumah lain.
Tak bergaul? Hmmm... perlu ke? Kalo kak Q tu xpe la. Laki duk sekali. Cuba dia yang duk jauh ngn laki dia.
Rumah tumbuh lalang panjang. Ala...dah memang terlambat sikit, nak buat camne. Bukannya leh paksa-paksa kut orang nak potong rumput. Nak potong sendiri pakai ape? Pisau potong bawang?
Rumah x berhias? Hmmm...nak hias camne, kalo nak menjaga pun susah. Kang tanam pokok jadi hutan lak. Lalang tinggi sikit pun dah bising. Bukannya budak-budak ni duk umah weekend. Mak bapak, laki sumer jauh.
Yang drg menaku bersalah tu jelah, tak amik tahu pasal belakang rumah. Yelah, sape nk g kemas pun. Bayar bibik la kut pasni. Yang parking keta tu guilty la jugak, tp dah nak buat camne. Bukan budak-budak umah si Makaroni je, jiran sebelah pun buat. Sama je la..nape marah drg je?
Pastu, Makaroni terpikir, umah kitorang je ke buruk camtu? Sian Makaroni.....
OWHHH!! UPDATES.....UPDATES!!!Sebenarnya, si Makaroni n housemates dah nak mengaku salah la sebab ade sampah depan rumah,
TAPI sampah yang terbuang depan rumah tu
BUKAN SAMPAH MILIK MEREKA!!! Rumah drg ni dah 4 bulan xde peti ais. So, mustahil la ade benda2 sejuk kan (contohnya ais krim, yougurt) sebab nanti cair or basi. Masa kemas2 sampah sebab pakcik potong rumput tu dah buat keje, Pasta terjumpa
KALSIYUM, TERUNG dan PAMPERS BABY. Aikkkkk????? Mana pernah drg masak kat umah sekarang ni. Mana pernah ada baby dlm umah ni. Nak kata ada sanitary pad jauh sekali!!!
Woooo...ini sudah lebih. Kena marah atas org lain punya pasal. Sape yang buat hal lak ni??? Apsal korg hot sangat dengan drg ni? Menyampah kat drg ke sebab vogue sangat? Comel? Jeles la tu....