Adam

Daisypath Happy Birthday tickers

Adik

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Thursday, June 30, 2011

Financially secured? Are you?


Assalam,

Nak membesarkan anak zaman sekarang mmg susah. Bukan mengadu yang kita menidakkan rezeki zuriat dari Allah tu, tp besarnya dugaan zaman sekarang untuk menyediakan yang terbaik buat anak.

Kira ajelah..

Masa baby baru lahir:
Keperluan asas. Baju, barang2 toileteries, tilam, bantal...
Nak jenjalan nanti xkan nak kendong je? Stroller, baby car seat.
Sekarang ni, nak yang terbaik kan? So, susu mama. ehh...kena la beli pump pulak...Satu set dekat 1k.
Aih...nak moden lagi, pakai lak Clothes Diapers...mak aih..satu RM30+..
Aiii...xkan x bawak anak tu g klinik? Duit medical lak..
Emmm...saving utk future dia? Join la insurance memana and also bukak akaun si kecik tu...

Baby lepas pantang:
Mama dah nak start keje, baby nak anta mana ya, papa?
Kita duk dekat ngan mak. Mintak tolong la mak jagakan.
Tapi, xkan la anta free kot. Bagi la kat mak duit bulan2.

Ermm.. tapi kalo mama yang x duk dekat tok n nenek baby? Anta nursery la. Uihhhh..sekarang ni kalo x RM200-300 xtau la. Kalo amik lambat baby, nursery charge pulak. RM5 sejam.

Baby masuk tadika + baby ade adik:
Aduiii... mama kena bayar duit nursery ngn tadika along nya... Baju uniform, yuran, beg kolah, kasut skolah...

Alamak...Along masuk skolah, adik masuk tadika! Hihihiii...

Haaaa...camne tu? Ade sedikit ngeri x? Saya pikir-pikir ngeri gak.. Ngan nak bayar duit keta, rumah..medical..tu x campur masa drg dah besar nanti..uihhhh...besarnya dugaan...

Tapi, itulah...memang ade orang yang siap buat financial report untuk setiap anak2 dia. Dari baby kecik sampai la bby tu masuk U and terus papanya siap sedia ngn bajet kawen(kalau anak ppuan la)

Namun, rezeki setiap anak tu ada diperuntukkan oleh Allah s.w.t. Insyaallah...

Saya berdoa agar rezeki anak tu sentisa ada buat dia...

Just my 10cent opinion..Wassalam...

Kasi la saya keje kat Kuantann...pleaseee....

Saya tengah melepek kat opis.

...

.......

..................

Sebab...ade orang nak kasi keje. tp nak saya duk KL. Ala...tu menambahkan masalah. Bukannya membantu kurangkan masalah....


Sian baby sy nanti. Papa dia jumpa seminggu sekali je...

Sian saya nanti..kena ulang-alik..Adei...Tolong la saya...saya nak keje kat Kuantan...

(T_T) huhuhuuhuuuuu

Thursday, June 16, 2011

Promote bisnes!!! Watermarks(RM5) and header design (RM10)!!! Grab it!!!


Saya memang malas nak wat watermark etc. Memandangkan adik saya, Iera buat bisnes design watermark ngn blog header.. sy soh la dia buat.. sebagai upah..saya promote blog dia..

Ni blog dia.

http://anakdenesor.blogspot.com/2011/06/open-for-business.html

Ape lagi...suruh dia design. Bukan mahal pon. Tapi, kalo rasa korg design lagi bagus, buat la sdri. Orang malas cam saya memang suka je order..hahahahaha

A year and counting. Happy Anniversary Fara Faiz!

Assalam..
Hehe...12 June baru-baru ni, me and hubby celebrated our 1st anny. Sedar x sedar dah setahun rupanya kitorg kawen. Hikhik...

It's all started when si dia n saya mula sms2 pasal job seeking. I have already found mine, though it is not permanent. Dia baru nak grad. Memandangkan kitorg je kawan yang bermastautin kat Temerloh, jadi slalu la bertukar-tukar cerita.

6 months or so, after that dia dan sy sama-sama dapat kerja permanent. Well, Alhamdulillah. Saya happy untuk dia jugak. Sengsara tol dia time tu. Keje macam-macam. Dia keje kat Jerantut. Wahh!! Dekat tu ngan office saya. Less than an hour. Bermula dari situ, kitorg rajin sms.. =)

Bila dah slalu sms, tetiba jadi cam tersuka lak kat dia ni. Entah kenapa. Hahaha..Nape eh en.hubby??Sshhhhh.. itu TST..(tau sama tau)..Hehehe. We went out a few times and 28 June 2008, we went official. It took him a while to get the courage to ask me, actually.
I like this one...

Masuk 2009..aih..dah lama dah menggatal ni. Asyik berdating je. Tua pun, mmg dah tua. Tah camne, hubby dah start plan nak kawen. Aik??? Takde roses, cincin, melutut ajak kawen ke mcm dlm movie? Hahahaha! Takde maknanya. Kita orang Melayu cik kak oiiiii... Sy pun berani-berani ayam la tanya abang n emak saya.."Mak, Faiz ni nk datang masuk merisik, boleh ke?" Ha!!! tu dia! soklan cepuemas dah keluar. Mak pun memang dah agak. Lama mana la nak berdating je kan. So, 19 Julai 2009, saya dirisik oleh family dia. xde gambaq nooo.. risik atara family je. xyah la beria!
Risik n enggagement rings

Masa risik tu, bercadang terus la nak masuk meminang. So, pada 29 November 2009, saya officially tunangan orang. Raya Haji ke 3, x silap aritu. Cadangnya nak buat kecik je. Xde la pelamin what so, what so not. Tai, hamik ko...10 buah keta datang.. tihtih.. Mak saya masak sendiri je. xpakai katerer. Mak Jah kan makcik kantin. Hehe.


Cadangnya, nak kawen bulan 3. tapi awal sangat. Kawen bulan 6 la, senang. Cuti skolah. Susah lak mak Jah sbb kantin dia sape nak handle. so, 12 June 2010, KAMI KAWEN!!! Sekejap je amsa berlalu. bertunang dlm 6 bulan je, dah kawen. Jodoh, kak..mana leh tahan-tahan..hehe. Honeymoon? Hahaha...3 ari pas kawen saya dah masuk keje. Minggu depannya tu, saya g outstation ke Bukit Tinggi. Gila ahh..ngan inai penuh lg kat jari sy dah keje. Bukat setakat inai kat kuku, inai lukis tu pun merah lagi. Tapi, xpe, honeymoon la pastu. Kitorang g Tioman je.

akad

Our leftovers..hehe


Tak sangka, saya terus preggy. Hikhik...tapi, tak lama jugak good news tu. Xde rezeki. Lama jugak untuk overcome, but alhamdulillah. Akhirnya..rezeki tu ada untuk saya juga. 4 months later, saya preggy smula. Up until now, saya dah 7 months carrying a baby boy.

Minggu lepas, saya ke Cameron Highland. Bukan plan nak celebrate pon. Tapi, saje jenjalan.. And..he bought me this...
Roses are red
So, sekarang hanya menanti cinta hati kami tengok dunia..skali lagi la kami tukar status nampaknya, dari couple, Fiance-fiancee, Husband-wife last skali..Papa and mama...Insyaallah..mahu sampai ke Grandpa and GrandMama..Weeee....Aminnnn...

Thursday, June 9, 2011

Bila lappie buat hal..haihh~~

Heyooo...

Xde mood je nak buat keje. Ni sumer gara-gara lappie kesayangan buat hal semula.

HP Compaq CQ40

Lappie ni dah berusia 2 tahun. Tapi, sejak sayabeli sampai la sekarang, rasanya dah 3 kali rosak. Mula-mula saya ingat saya la penyebab cik Lappie ni rosak. Masa tu saya sambungkan pada LCD projector kat dewan kuliah. Elok je. Xde la dia kapoosh! camtu je. OK je. Tapi bila switch on kat rumah, lampu warning pun berkelip-kelip. Satu apa pun xkuar kat monitor. Ok, hantar pada adik saya sbb dia yang tlg belikan. Hantar kat kedai, still ada warranty. Tak kisah sangat la kan. Cuma time tu terpaksa tunggu 2 minggu jugak la. Motherboard hangus, katanya. Geram la jugak kan, time tu tengah wat assignment. #^%**!!

2nd time, benda yang sama jadi. Masa tu saya tengah syok tengok cite Korea back-to-back. Alahaiiiii...jadi lagi ke? Skali lagi anta ke kilang. Pon sama problemnya.

Ha...sekarang ni, warranty dah habis. Amik ko, skali dia jadi lagi. Kali ni saya tengah syok download dua episode Glee S.2. Bila saya try bukak, kuarla sign berkelip2 tu. Rasa macam nak hempas je. Bagi pecah. Tapi, duit tu kak oiiii! Kalo boleh dapat kat pokok je xpe la. So, nak tak nak...tersadai la cik Lappie ni kat rumah Kuantan. Mahal kottt nak betulkan motherboard!

Tak tau la kalo mmg nasib saya yang malang tapi rasanya nak je beritau semua orang JANGAN BELI LAPPIE JENIS NI!!! Dulu saya pakai Acer je, skrg ni dah pass down kat adik saya pun, idup je lappie tu. Just, sound dia x la seberapa. Selama saya dah pakai Acer tu, 2 kali je rosak. Tu pun, pegi reformat ngan betulkan sikit2 je. Haihhh...susah betol!

Bila dah sakit ati ni, sy mula la jenguk2 kat gadget lain. Nak yang ni la. Hahahaha...

Samsung Galaxy Tab.

Tuesday, June 7, 2011

Bersiap sediaaaa!!! hehe

Assalam,

Uihhh..sedar x sedar, nak masuk 7bln..Berapa ari je lagi. Barang-barang baby hampir 70% dah siap di beli. Seperti dalam entry sebelum ni, saya dah start busy semula. Semester dah start. Nanti bila dah masuk 9 bln, masa tu dah bulan Ramadhan. Adakah saya rajin nak gi shopping? Jawapannya: TIDAK!!!! hahaha

Thanks to mama Dnazz, dia bagi saya advance baby gifts. A bag. Saya dah beli sebijik, so total ada dua. Minggu lepas, saya pun mengisi la barang2 emergency, sbb kwn2 and family dah warning. Mana tau...at least, dah ade satu bag dlm keta. Xde la nak tergopoh2 packing. Kang ada tertinggal itu and ini. Lagipun, 7 bulan baby dah boleh lahir, which is what we call as pre-term delivery.
Papa's bag yang dah di isi ngn brg emergency..weee!


Ok, itu part barang2. Sekarang, timbul la soalan, mau deliver kat mana? Hmmm... saya ni penakut orangnya. I do not have any experience staying a night at hospital. I know, most of people said, masa sakit-sakit tu, xde rasa nak suruh orang teman. Lagi sakit hati ada lah bila tengok si peneman tu tido dengkur siap2. Well, bagi saya, saya nak en. Faiz teman saya kat hospital. Not sharing the pain ( I know, he can't do anything bout that). Tapi, bila nak itu and ini, ade ke orang nak tolong ambilkan? Bila tido sensorang, tetiba terjaga malam-malam...alamakkk...ni yang x best ni.

So, the option is either Private Hospital or hospital Kerajaan.

Hospital Kerajaan: Pros: 1. If anything wrong happen, they will straight away handle it.
                                      2. Kos: Lebih murah memandangkan both Faiz n me are government servants.
                             Cons: Hubby xleh teman dalam wad. Hanya time deliver saja. Itupun, bila betul2 dah   sampai time tu.

Private: Pro: 1. Hubby leh stay and teman kat wad. Boleh tido kat wad skali. Boleh teman sampai la labour room.
            Cons: 1. Uihhhh...ongkosnya mahal bukkk!!!
                      2. Kalo gi kat yang Klinik kecik je, kalau ade complication, drg antar ke hospital kerajaan jugak...Haihhhhh

Saya masih lagi menimbang which one I shud go. Hmmm...