Assalam...
Hari ni dah masuk hari ke3 sy drive Tloh-UiTM, hari2..penat tu jangan kire la dekkkk... Adeh. Sampai je rumah, terus nak peluk si kecik nonet2 tu. Tapi, kaki, tangan lutut sumernya rasa nak rhelai(tercabut). Nak lagi semalam kelas akak abis kul 6 ptg dekk,penat uihhh..sampai kat umah dah kul 7lebih. Seb baik la Adam nonet2 tu tinggal ngan super Tok Jah n Super PokDe nye. Malam-malam, pas makan malam keje akak ape lg, tido la (mana nak kurus camni..adehh *tarik rambut*) Mak ngn abg Sham jugak yang melayan Adam. Sok2, Adam lg suka tok Jah ngan PokDe dia kutt..uwaaaaa
Sekarang akak xde geng dah kat Jengka ni. Kak Seri dah selamat pindah ke K.Pilah. Adoiii.. sangat rindu sama itu ahkakkk.. Kalau x, ade gak org yang leh melepak n lunch sesama. Leh gossiping-gossiping...hehe. Penyudahnya, akak kekadang x lunch pon. *buleh kurus le giteww! pfffttt...jangan harap!* Tapi, mak ade bg bekal. Air Nescafe ngan sausages goreng. Kenyang la jugakks..
Adam lately ni selesema. Ari Isnin ritu bawak ke klinik Rajesh kat umah MIL, siap kena pakai nebulizer lg. Dia relax je, sbb dah lega kut. Tapi semalam, selesema smula. Nak salahkan sape? takde sape2. Cuma cuaca ujan n sejuk kebelakangan ni, punca la kott.. ala, bese la tu. Orang tua pon leh demam. Tapi akak la kalut dekk, anak ni la yang pertama. Mana reti sangat dekk... Adam pon sepatutnya cucuk 3bln dah xleh cucuk, sbb dia ada selesema. ~sigh~
Sekarang ni, duk jauh pulak ngan hubby semula. Weekend je la akak jumpa encekk suami terchenta. *sob..sob..* Sangat sedih sebab masa akhir2 pregnant ritu dah duduk berkepit je dengan hubby, masa berpantang, duk jugak ngan hubby (walaupun kat umah MIL, hubby ttp ade.). Ade la seminggu dua, masa duk umah mak yang kitorg duk PJJ lagi. Lain2 tu, mmg berkepitttt je ngan hubby. Adam sangat sayangkan papa dia. Asalkan papa dia balik, sibuk nak suruh papa dia dokong. *dokong ngan mama x best sbb mama xlarat dokong lama2* Papa dia pun sama, suka je melayan si nonet2 tu. Arini bru ari Khamis, sok Jumaat, Ptg sok ade la encekk suami terchenta dirumah.. YAY!!
Sekarang ni, Adam dah kemain nakal and manja. Dia slalu mendera Tok Jah and PokDe dia. Dokong, jalan-jalan. Malam, merengek x nak duduk ats bouncer. Nak dokongggggg jugak. Eiii..dak nonet2 ni! Mama penat drive x ilang lg, Tok Jah and PokDe dah x larat nak layan. Tapi, layannn kan jugak. Kang x layan diamuk pulak satu rumah dengan jeritan high pitch dia tu.. Adesss!
Akak ni berangan la dekk. Akak teringin nak duk skali ngan encekkk suami terchenta and budak Adam nonet2 tu. Malangnya rejeki belum ada. Terpkasa la, hadap la apa yang ada depan mata dulu. Doogaan semua tu kan?
Ha, tu satu berangan. Ni, akak berangan lak nak membeli menatang ni.
Ni namanya Little BeansSupertrio Food Processor. Regenya, RM299. Sebabnya, Adam dah nak masuk 3bln. Lagi 3 bulan dia akan start makan solid food. Tetiba rajin nak memasak laks..wow!! So, kena la kumpoi duettt...hikhik. 3bln lagi..ermm..seratus sebulan. Okeh..okeh!
Dah la ye dekk, akak ni ngarut dr tadi. Membebelll je.. akak ni sebenarnya ade kelas jap gi. Okeh la dekk.. akak mintak diri dolu.. muah muah... kelasss ko Fara!! hahaha
0 comments:
Post a Comment