Adam

Daisypath Happy Birthday tickers

Adik

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Friday, December 23, 2011

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus



Assalamualaikum,


Sebentar tadi terbaca status FB seorang yang dikenali ketika belajar dulu. Tak tahulah boleh dikira kawan atau sekadar kenalan, tapi kami pernah bertegur sapa dan berbalas senyuman.


Baru-baru ini dia telah bernikah dan sempat juga saya lihat gambar2 perkahwinan dia. Seronok juga melihat gambar dia. Cantik dan meriah. Alhamdulilah. 


Namun, tersentak hati saya bila membaca status FBnya hari ini. Dia terpaksa memakai tudung untuk gambar bagi kad nikahnya. Statusnya tu sendiri dah menimbulkan sangsi saya namun lagi terkejut bila saya membaca komen dibawah status tersebut. 


Ada yang mengatakan BODOH, SANGAT BODOH. Itu komen dari orang yang beragama Islam.Yang bukan Islam pula menyarankan memakai rambut palsu. Nauzubillah. Ada pula yang komen tentang memakai tudung ketika menguruskan proses kad tersebut. Astaghfirullahalazim.


Sebelum ini saya hanya dengar dari mulut orang tentang kejadian serupa ini. Belum pernah lihat secara terang-terangan. Hari ini, terbukalah mata saya. Saya faham, ada yang berkeras tidak mahu menutup aurat tersebut. Malah tidak saya katakan saya ini wanita yang bertudung litup. Namun, tidak saya tentang hukum ALLAH swt itu. Tidak saya pertikaikan hukum Allah swt itu.


Saya bukanlah sesiapa yang sangat arif tentang agama. Sekadar berkongsi sesuatu disini yang mana saya rasa sangat sedih bila saudara sesama Islam saya sanggup mempertikaikan dan mengatakan bodoh kepada hukum Allah hanya kerana terpaksa melakukannya. MasyaAllah.


Ya Allah, kau peliharakanlah hambamu ini. Peliharakanlah kaum keluargaku dan peliharakanlah saudara-saudara Islamku. Tunjukkanlah kami jalan yang benar. Amin..


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. 


Surah Al-Fatihah

2 comments:

Anonymous said...

takutnyeee. apa nak jadi org sekarang.

moga kita mendapat jalan yg lurus dari Allah. Amin

FaraFaiz said...

amin..

:( tu la..never expected yg i jumpa depan mata..