Assalam,
Hari ni dah masuk minggu ke 18 dlm journey towards having another love of our life. Yang kedua ye, yang pertama dah pass! hehe... So, kerap jugak la duk browse website pasal parenting and motherhood. Join group kat Facebook, bace blog orang, bace komen2 mommies kat group tu. Tapi, ada benda yang terbuku dari dulu sampai la sekarang dalam hati ni berkenaan breast feeding. Bila terbaca luahan hati sorang mommy ni baru la rasa nk blog pasal tu datang semula.
Kerap kali kita baca, ibu-ibu kuat memperjuangkan untuk menyusukan anak-anak selama 2 tahun.Alhamdulillah. Banyak yang dah terbuka mata dan hati untuk menyahut seruan ni. Tapi, terkilan juga saya bila dalam perjuangan tu, ada yang timbul rasa bongkak dan memperkecilkan ibu-ibu yang x mampu menyusukan anaknya seperti mereka.
Saya pernah terbaca komen di group FB. Ada yang bergdauh pasal susukan anak BF (breastfeed) or gunakan susu FM (formula milk). Sampai si ibu yang BF ni cakap anak2 yang minum FM tu anak lembu. MasyaAllah. Janganlah kerana pertahankan isu BF ni, sampaikan kita lembukan anak manusia. Siapa dan apa hak kita nak label orang tu camtu? Kita bukan tahu cerita orang tu. Kita bukan pakai kasut dia nak bising-bising camtu.
Saya mengaku la...saya ibu yang patut dipersalahkan kerana tak mampu menyusukan anak BF selama 2 tahun. Namun, Alhamdulillah...selama 2 minggu Adam merasa BF yang sempurna. Selepas dua minggu tu, saya terpaksa campurkan dengan FM and seterusnya dia dah refuse BF. Saya tak ingat selama mana. Masalah saya adalah sebab susu kurang and ketidaksempurnaan Allah berikan pada saya.(x payah la saya nak hebahkan kat sini).
Saya kagum dengan ibu2 yang dapat BF anak masing2. Cuma, ketabahan dan kesempurnaan kita semua ni berbeza. Sebab tu saya katakan jangan samakan diri kita dengan orang lain. Yang sempurna keadaannya, baguslah. Alhamdulillah. Tapi mommies tahu tak, kat luar sana Allah jadikan kita semua ni berbeza.ada wanita yang dilahirkan tidak sempurna breastnya. Korang patut tahu, ada yang nipple buta, nipple tenggelam dan macam2 lagi. Bila ada yang masalah mcm ni, tambahan lagi anak pertama, pegalaman pertama nak menyusukan anak, anak menangis kelaparan tak cukup susu... ibu mana yang sanggup dengar teriakan tu? *faham sangatlah kalau nenek2 yang sibuk suakan susu FM tu soh baby senyap. tu lain cerita*
Saya faham, memang ada JALAN LAIN. Memang patut JANGAN PUTUS ASA. TABAHKAN DAN KUATKAN HATI. Tapi, ibu2, jangan mencemuh kalau ada antara kita yang gagal menyusukan anaknya. *kalau sengaja suap botol tu sbb malas, saya x nak komen* Waktu didalam usaha menyusukan anak tu, igtlah, wanita2 ini sedang didalam pantang. Baru melahirkan anak. Tak ingatkah terms "meroyan"?. Atau nak lagi bunyi scientific "post partum depression"? Dengan keadaan badan yang masih sakit dan lemah selepas melahirkan, mestilah mental x mampu nak handle semua ni. Maka, dengan berat hati, disuapkan juga susu FM, walaupun berat hati.
Memang bonda Rasulullah saw sanggup menghantarkan baginda kepada ibu susuan kerana kekeringan susu dan baginda disusukan
selama 3 thun oleh Halimatus Saadiah. Tapi ingatlah.Sekarang nak mencari ibu susuan susah. Nak lagi hati budi umat Rasulullah saw zaman kita ni lain. Nanti ada masalah jatuh cinta dengan adik susuan la.. lupa nak bagitahu anak2 susuan tidak boleh kahwin..susah nak cari saudara yang menyusukan la.. Berbeza dengan umat ketika zaman Rasulullah saw.
Takpela, kalau ikutkan ape yang saya katakan ni cuma alasan-alasan je. Nak seribu dya, x nak banyak la dalih.
Takpe la... cuma yang saya terkilan bila cemuhan-cemuhan tu datangnya dari orang yang tidak mahu ambil tahu keadaan ibu yang tak berdaya nak BF ni. Tahu tak yang ibu2 ni berhabis daya nak usaha. Apa perasaan ibu ni dengar perbualan yang dia tak mampu nak mencelah? Bila yang si ibu A cakap simpan susu dalam fridge camni camni, ibu B cakap anak dia xnak berenggang nak BF je. Apa perasaan ibu yang sorang ni. Kelu lidah nak jawab.." saya x BF anak, saya bg FM".
Saya yang berada dalam situasi ni kerap kali hanya menelan air liur. Nak menitik air mata membandingkan dia dan anak ibu2 lain. Saya kerap memikirkan dosanya saya pada anak saya. Saya x mampu berikan susu terbaik dalam hidup dia. Malunya saya kerana sayalah ibu paling selfish kerana memberikan susu FM pada anak.
Tapi, takkan lah saya bodoh sangat sampaikan memang berniat nak berikan FM. Takkanlah saya malas sangat nk berikan susu kepada anak sedang lagi malas saya nak basuh botol, panaskan air dan buatkan susu.
Buat ibu-ibu yang berjaya dan sedang BF. Tahniah! Tapi mohon, jagalah hati dan perasaan orang lain. jangan mencemuh selagi belum tahu cerita sebenar. Jangan label anak orang itu anak lembu. Belum tentu anak yang dilabel anak lembu ni kurang dari anak kamu.
Namun, saya berdoa agar saya bakal mengikut jejak ibu2 lain yang mampu menyusukan anaknya selama dua tahun. Doakan saya untuk anak kedua ni.
Kalau post ni bakal dicemuh...terpulanglah. Allah swt yang tahu niat saya.
0 comments:
Post a Comment