Assalam,
Esok dah nak masuk 9 bulan dah. Kejapnya masa berlalu. Adamdah besar. Ni dah nak bersalin no. 2. Kelas MA plak dah nak abis minggu ni. Tapi assignment melambak lagi x buat ni....
Semalam amik mak from Temerloh and suruh mak duduk sampai la anak dia ni abis pantang. Bukan ape, last week (Monday) kena Braxton Hicks yang sangat la sakit. Tetiba terpikir, kalau aku nak bersalin time2 ni, sape nak tengokkan Adam? Alhamdulillah, adik belum nak keluar. Dia tau, mama dia nak amik exam dulu. Sabar ye shayang?
Adam memang la suka. Tok ngan Pokde jaga dia. Tak payah pegi school(taska). Mak pun memang nak jaga dia. Eventho I insisted nak anta Adam gi taska, sebab dah bayar kan? Xpe la, biarlah dia nak manja ngan cucu dia.
Last weeken jugak, ada Mama & Baby Expo at Zenith Hotel, SASICC. Memang meriah la weh. Tapi sayangnya, x dapat nak spend lama-lama kat situ sebabnya datang dah kul 9mlm. Kelas MA abis lambat sangat. Sedey (T_T). So, just spend 1 jam je. Nasib baik jugak, kalau x ranapla poket weh. Itu pon, dah overspend. Ingat nak cari baju adik baby, last2 baju Adam jugak yang banyak. Hahaha. Adam dapat kasut, busha, t-shirt. Adik? Dapat legging ngan dress je. Hahhahaa.
Tapi, mama dapat extra sikit. Masa duk pusing-pusing tu nampak la Lunatots nyer booth. Memang meriah. Mula-mula duk usha je. Cam segan2. Tapi, tetiba pusing kali kedua, ada saleperson ni tegur. Ok, siap offer choc Milk Story dia. It was a nice bite though. Adam pon sibuk nak.jugak. Dah dpt a bite, I suruh la papa dia bwk juh2. Kang x mau berenti budak tu, dia buat aksi guling-guling plak. Bila papa n Adam dah blah, I pon dgr la si salesgirl ni punya explanation. Bukannya 1st time dgr Milk Story ni. Byk kali dah, but never interested. So, tersangkut la I dgn Milk story ni. Terbeli...OK...TERBELI! la produk promotion dia. Berapa? Malas nak mention... hahahaha... And, kebetulan juga jumpa Pn. Suraya yg femes itu. Hahahaha. Sy kenal and perasan, tp malu nak buat beria-ia. Hikhik....
Sebenarnya, bila dah beli baru cuak sendiri. Bukan ape, produk ni milk boost. Tetiba la kan terigt betapa tragisnya bila kurang susu, kurangnya semangat dan daya nak berjuang bg susu kat Adam. Buatnya kali ni benda yg sama jadi? Ya Allah, takutnya. Betapa membazirnya segala benda yang dah beli tu. Dengan pump, milk storage, dan paling sedih, terpaksa menghabiskan beratus-ratus membeli formula milk. Ya Allah, cekalkanlah semangat hambamu yang satu ni.
Ok, itu pasal itu. Sekarang pasal ini. Keserabutan dah makin kurang.Kerja memang la menimbun, tp Alhamdulillah, MA untuk sem ni dah kurang serabut. Tinggal 3 assignment nak submit, and final exam hujung minggu ni. Kebetulan juga, ada bengkel minggu ni.,HARI AHAD. Wooohhhh! xde relax ke? Hadoi....no comment.
Rasa cam nak amik cuti la Isnin tu. Bukan ape,melepek la aku nt kalau xde time nak relax. Tapi, dapat ke? SENDRI MAU INGAT LA DEI..wakakakaka. Ok2...GTG,
Doakan saya mudah bersalin. Aminnnn...
0 comments:
Post a Comment