Adam

Daisypath Happy Birthday tickers

Adik

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Wednesday, November 30, 2011

Mommy's expperience ~ finale

Hadoiii...punya la lama nak ngabiskan cite ni...xpe2..arini abis..

Aritu berenti tang masuk labor room kan..

Pas dah masuk tu, dlm 5min, hubby masuk..Fuhhh lega...rasa nak menitik air mata tgk dia masuk. I knew at that time, he's the source of my strength.

Time tu kul 9am.. sakit dah x terkata dah... tp nurse2 ni sibuk nak amik bacaan jantung baby. Bukan la x kasi amik tp, mesin tu asyik2 x dpt bacaan. Tah hapa2.. pastu sakit dah makin kerap..Baby dah mula berpusing buat contraction nk keluar. Dilation masih bru 6cm..adoiii...

Yang klakarnya, ade sorg nurse pelatih ni sibuk duk suruh saya bace ayat yg diorg tampal kat tepi dinding. MAsa tu sy x pakai spectacles. Dia sibuk la kata, baca la kak..bla..bla..bla... Last2 saya sound, dik..akak x pakai spec la dik.. HADOIIII!!!! hahahaha. Tapi, hubby baca kan..and guess what, ayat tu sy hafal pon. Thanks to Pn. Dnazz, dia sms ayat tu the night before..

Around, 12.50pm, dilation 9cm, ok..boleh start proses itu..

Sy xleh lupa, ms duk push tu..byk la nurse2 pelatih duk hadap proses tu (mentang2 la hosp kjaan, ramai jek masuk ek...).. ada sorg pelatih ni sibuk duk hulur jugak tangan nak sambut baby. Sekali dia nyer head doc yang sambut aritu tepis tangan dia. terkejut sat!! hehe...

Xlama pun, 15 minit je, and guess what..i didn't feel the pain that much since the contraction was far worst than the pushing process itselt. Maybe Adam dah nak keluar sgt kutt.. 1.05pm. Alhamdulillah, Adam selamat dilahirkan. Leganya, Allah swt je la tau (mayb mommies yg lain pon tau kot..hehe).

Siap tu, baru tahu Adam kena bawa ke NICU since they said baby mayb kena jangkitan kuman. WHATTT!!!! and that is a different horror story.. sigh...

Well...sekarang Adam dah 3 bulan.. Sangat nakal n adorable.. Nanti mayb x update dah cite bersalin..cite pasal Adam jeee...hehehe

taken: 25th Oct 2011


Till then, daaaaa

Friday, October 7, 2011

Mommy experience PT.2

Ok..sambung cite...

Saya balik umah and get ready nak berbuka puasa la kan.. yang ada kat rumah time tu cuma saya, mak, Iera and hubby. Sedang berbuka tu, saya tetiba rasa cam sthg wrong sumwhere. Gi la masuk bilik, nak check if anything weird. Hati ni dah cuak la kan..mmg dah suspect lain dah..Dah sampai ke masanya?

Ye la pun..Ada sign darah and air. Hmmm...lepas gi toilet, saya pun bagitau hubby dengan secara x seriusnya, "Kena gi hospital la ni".. Mak saya pun agak2 x percaya sbb sy cakap sambil gelak2. Muka hubby dah cuak semacam. Saya xnak la dia lagi cuak,saya siap sambung makan and pergi mandi. Saya tau, kalau dah gi hospital ni harapan la nak gi mandi or makan dengan selesanya...

Kul 8 lebih, dekat2 kul 9.. sy pun ke hospital ngan hubby. Trus ke dewan bersalin. Bukan sebab nak bersalin dah, tp sumer kes check2 bersalin kena la wat kat situ. Lepas check itu dan ini, trus sy di tag dengan tag putih, warded trus. Cesss!! Dah agak dah...

Tinggal la saya di wad Kenanga 2 katil no.16. Huuhuuu.. 12.45 malam, air ketuban keluar. Kali ni, one shot trus. Basah kain n socks saya. Bila bagitau nurse, drg check and sah la air ketuban yang keluar. Doc tu cakap, if within 24 hours saya x deliver lg, drg akan induce untuk keluarkan baby. Mula dari time tu, sakit contraction dtg lg kerap. 10minit sekali. Sakitnya...MAK AIHHH!!! xleh la lawan mana-mana sakit dlm dunia ni (rasanya la). Bermula la saat menahan rasa contraction tu. Tapi, hati ni lagi rasa menyirap tengok nurse2 ada yang tido bila duty malam.

Saya ada gak panggil nurse bila rasa x tahan sangat.Tengok2, baru 1 cm. Boleh pulak nurse tu cakap sy sakit sbb minum air selusuh. Whatt daaa??? Memang la saya ada minum, tp bukan ke air selusuh tu cuma air kosong (air minuman) yang didoakan? Bukannya ada ubat dalam tu..haihhh..xpe la..

Kul 7 pagi, doc n nurse round. Time tu saya dah x larat. Nasi goreng, telur rebus, sarapan yang dihidang pihak hospital pagi tu saya jamah 2 suap je. Nurse2 yang datang mintak sy untuk wat check. Skali da bukak 4cm daaa..OK, labor room...here I come...

Thursday, September 22, 2011

Mommy experience..Pt. 1

Assalamualaikum...

Memang dah lama x update. Mula-mula sebab xde cerita nak share. Almaklumla, saya bercuti awal sebulan. Saje menghabiskan cuti yang memang sedia banyak lagi. Kedua, saya tetiba penyakit M (malas) tu datang. So, bila dah pegang keyboard, nak menaip cerita trus xde mood. Ketiga, saya dah x larat sangat memandangkan, saya dah sarat sangat time tu. Online sumer guna henfon je. Malas giler kan??? Hahaha...xkisahlah...

Mula-mula, saya amatlah bercadang nak bersalin kat Hospital bersalin Az-Zahra a.k.a Al-Farabi, tempat yang saya memang slalu check up. Tak kisahlah bayar sikit, yang penting saya xrasa terkilan. Bukan apa, tau sangat dah condition hospital kerajaan camne. Nak-nak lagi, saya nyer due time Raya. Memang best sangat laa kan...

Asalnya, saya and Hubby nak balik cuti raya hari Sabtu,27/9 tu. Tapi, tetiba la pulak, en.hubby kena kerja di Temerloh. So, alang-alang malam Khamis tu kitorg terus la balik ke rumah mak. Jumaat tu, en.Hubby terus gi kerja. Petang tu, sementara menunggu berbuka puasa, en.hubby call. "Jom kuar pasar ramadhan." Saya pun siap2 trus ikut kuar. Time tu dah pukul 6.00ptg. Disebabkan jalan jammed, so hubby xnak kuar ke Temerloh. Instead, we went to Mentakab. Tapi, food kat sana semuanya x sedap and x variety. Pusing balik, kitorg singgah ke bazaar kat simpang perumaha kami je (kalo tau, baik la dr awal kitorg ke situ..dekat je..hehe).

Masa dalam kereta, saya tetiba terdengar bunyi "POP", macam belon pecah. Ish...biar betul. Bunyi apa tu? Tetiba teringat kat perbualan sy and akak sulung sy. Dia kata, tu bunyi air ketuban pecah. Huhuuhuuu...

Tak pe la...sambung jalan lagi...

Ala..baby dah bangun..Nanti la saya sambung..hehehe

Saturday, September 17, 2011

A long overdue good news!

Assalamualaikum..

Wah!!!! Bersawang dah blog ni! Hahaha..bukan sengaja nak biarkan bersawang tp macam2 benda lak timbul.

Mula-mula...nak  gtau GOOD NEWS!!!! Muhammad Adam Fahmi is already in the hauz!!!



Name: Muhammad Adam Fahmi bin Mohd. Faiz
D.O.B: 27 Aug 2011
Time: 1.05pm
Place: Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh

Citer pasal delivery nanti la saya hapdet ye...Adam da merengek...
daaaaaa....

Friday, August 12, 2011

37 weeks updates

Assalam and hi!!!!!

It's been a while. I know..I know..hehe

Saya dah start bercuti sebenarnya. Fortunately, k.yune dah balik dr maternity leave and take over my whole classes. Yang best lagi, cuti saya masih banyak lagi bakinya. hehe... Y not, kan?

Aktivit kat rumah, xde pape sangat. Bangun sahur ngan hubby, terlelap lepas subuh and bangun hantar hubby gi keje ke muka pintu. Terlepas sahur? Dua kali..hehe. sebab penat sangat, dua-dua ignore je bunyi alarm and tutup sambil sambung tido.

Dugaan bulan puasa? Biasa aje. Cuma saya sangat risaukan si kecik dlm perut ni. Semalam, dia x capai 10 gerakkan after 6 hours. I was worried sick. Saya terus buka puasa, and he started making slow movements. Sian sayang mama ni! Starting from yesterday, saya dah x puasa. Kawan-kawan semua nasihat the same thing. Nak lagi, berat turun 5kg in 5 days! Nurse confirm membebel nanti! Huhuhuuuu....

Braxton hicks jangan cakap la. Almost everyday saya akan rasa sakit tu. Tapi biasa la. Cuma false alarm or baby is practising his way out. Hmmm.. Bag saya and baby baby dah ready. Bila-bila pun OK.

I am just hoping that lil one kuar cepat2 sikit. Sementara Tok Jah ade bercuti kat umah ni, boleh la dia jaga kita, ye sayang?

Well, saya akan update gamba preggy sy. Tp, kena tunggu la sbb xde yang sesuai...

Tu je...till then..bubyye....

Tuesday, July 12, 2011

Everyday I love u more and more...

Hye...
Saya tau entry akan berbunyi sedikit mengada (for some, mengada banyak) dan agak personal, tp saya tetap nk buat jugak entry ni... hehe

Semalam saya follow hubby saya balik ke Kuantan semula, walaupun pagi tu dia jugak yang menghantar ke Jengka. Saya memang mengada tergedik-gedik..hahaha

Sampai-sampai je kat umah, terkujat kitorang bila basikal belasahan hubby dah dicuri orang. Pagar dikunci tp basikal dalam rumah tu kena curi dengan daya usaha gigih pencuri tu memanjat dari rumah jiran kami yang sedia maklum tak pernah kunci pagar. Tambah2 lagi, jiran ni letak sebiji meja sandar pada dinding. Seronok la si pencuri kan??? Senang je lompat2 sikit da dapat basikal sebijik!!

Ok, saya bukan nak ceritakan betapa senangnya usaha mencuri sebijik basikal, tapi tentang hubby yang sangat saya sayang ni.

Semalam saya balik dengan hubby all the way from Jengka to Kuantan. Penat? Memang la. Hubby penat dengan kerja dia, saya penat dengan kelas yang saya kena hadap. Lepas saya mandi, saya terus je baring-baring atas katil. Rambut basah pun saya dah x kisah. Biarlaa..hehe

Dalam baring-baring tu, saya teringat, "Alamak, baju x iron lagi. Pastu, td jnji nak sidai baju yang tengah basuh dalam washing machine".... Tapi, dalam teringat tu, mata terus je mengecik, lelap...

Tetiba, terbangun dalam kul 12.30mlm. Terjaga sbb hubby masuk tido. Sibuk la saya tanya itu ini. Apsal tido lambat? xngantuk ke? Hubby pun tekun je melayan pertanyaan orang mamai ni.

Tetiba tekak perit sbb sejuk kut. Hubby bangun and bawak segelas air.

Tetiba saya teringat baju yang x bergosok lagi...

"Emm...nak g gosok baju la"...
"B dah gosokkan."
"La, yeke? Xpe la, tadi janji nak sidai baju, syg bangun la, nak sidai baju"
"B dah siap sidaikan jugak."

Terdiam saya jap... kesian dia. Dia pun sama penat. Dia jugak yang drive pagi and petang tadi.

I won't ask for anything and anyone else. He is the love of my life. If people would ask me, why him. This is why... Maybe ada hubby orang lain buat lagi romantik, lagi beria2 jaga wife dia. Tapi, i wont ask for anything more.

To En. Hubby.. my love for you growing more and more everyday.

Love, Sayang and Adam

12/6/2011

Wednesday, July 6, 2011

Mari sama-sama kita menjaga

Hyeee...

Arini ade soalan untuk sumer orang...

dalam banyak-banyak benda (benda ke?)...benda apa paling susah dijaga?

Anak kucing? Aah kan...kalo dia poo poo, kena cuci tpt dia, bagi makan, anta klinik...
tapi, tettttt!!! salah!!!

Anak manusia? Aaa...tu pun macam betul gak. Kalau la tersalah beri makn, ishhh..kes ngeri. Kalau nangis kena pujuk. Kena bayar tu ni, beli ni...
Bukan jugakkk..tettttt!!!!!

Ala..malas la nak teka2. Jawapan dia.... JAGA HATI DAN PERASAAN..


Kadang-kadang tu, aku ni penat nak menjaga hati and perasaan orang. Bila orang tu tak jaga perasaan kita, xpe. No hal laa..Small matter je. Tapi, bila tang aku terbuat orang kecik ati, alahaiiii...orang boleh lak kecik ati ngn aku berbulan2. Kekadang tu bukan hal besar pun. Nak kena aku pujuk jugak ke? Alololoooooo...shian dia. meh pujuk meh...
arkkk..dushum!

Aku ni kan, punya la menjaga hati dan perasaan orang, sampaikan kalo nak makan pun pikir. "Isk, kalo makan ni, orang lain x kecik ati ke kalo aku makan sorg?" or "Kalo aku x pelawa, kang dia kecik ati"

Tapi, kalo orang la kan, dah buat pun benda tu, tetiba baru aku dpt tau...sikit pun xde mention. Aku ni terkecik ati, telan sendiri je la. Buat je benda tu macam xde pape. Kicik punya hal la..

Haihhh...mayb sebab aku slalu sangat pikir pasal ape 'orang lain nak pikir' so, bila tiba sekali aku x pikir pon ape orang lain nak pikir, terus drg kecik ati. Susah..susah..xpe la..nak wat camne.

Tapi, mungkin lebih baik kalo kita sama-sama jaga ati orang lain, xde la kita je asyik kena. Kan? Kan???
Hehe...

He's in action...

Assalam...

Actually dah lama buat scan 4d ni, tp tu la..xde masa nk upload. BTW, here is Adam in action.


Still picture..the best shot..yg lain2 dia tutup muka..hehe
  Dia sbnrnya kekenyangan, I think.. sbb Dr. Sue from KMC tu dah gerak2kan dia..tp dia booo layan jugak. Ada la satu time, dia bukak mulut...



Doc Sue ukur kaki, tangan and everything.. Susah sikit dia nak cooperate arini, slalunya dia OK je. Bila last skali doc tu usik dia, dia gerak and terus tunduk.. Tunjuk protes. Well, he's in good condition..Alhamdulillah.

My hubby said he got my features, mouth n nose...Anak mama..kuikuikuiii....

Ok la...enjoy the clip.. daaaaa

Mohon bantuan bloggers and readers

Assalam,

Baru2 ni, saya dijemput olej Kak Mar, colleague and also ex-housemate, untuk join satu group kat FB. Nama group ni adalah, Kumpulan Ibu2 Menyusukan. Disebabkan saya plan nak fully BF baby nt, saya banyak tanya itu dan ini pada kak Mar. So, kak Mar pun add saya ke group ni.

Last week, saya ada terbaca satu post dr sorg ni. Bila saya baca, tersentuh sangat2 dan rasa terpanggil untuk membuat satu entry khas buat Norma. Walaupun saya x sue berapa ramai yang sudi singgah ke blog saya ni, tp xpe la. Kepada kawan-kawan yang nak baca kisah sedih Norma dan mahu hulurkan bantuan, sila klik  link ini. atau ke sini http://ainiqmy.blogspot.com/2011/07/ya-allah-berikan-keajaiban-kepada-dia.html


Saya jadi sayu bila tengok betapa tabahnya suami Norma, sedihnya anak kecil dia dan kuatnya azam Norma tu sendiri.

Saya selalu rasa betapa besarnya dugaan saya yang hidup berjauhan dengan suami, bakal ada anak seorang dan kerja belum tetap. Saya bandingkan nasib saya dengan kawan, saya cemburu dengan mereka yang bersenang-lenang tanpa sebarang dugaan daam kehidupan berkeluarga mereka. Tapi, apalah dugaan saya jika dibandingkan dengan Norma.

Wassalam..