Adam

Daisypath Happy Birthday tickers

Adik

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Friday, July 31, 2009

Start counting now..

Assalamualaikum...
Hmmm....akhirnya dah sampai masa untuk aku countdown. Huhuuu...berdebarnya...
Ahad, (19 July), family Faiz datang merisik. Agak takut dan cuak la gak. But all went well. Xde gambar, tp kat jari aku dah ade sebentuk cincin belah rotan. Mula-mula aku x nak sarung cincin and all, but when his makcik and mother asked where was I hiding at that time(dapur, sambil curi2 dengar), terus drg sarung cincin. It was his mak andak yang sarungkan. Kelakar, series aku rasa hipokrit sungguh aku. berlakon ayu...Kuikuikui... Faiz ada tp dia masuk umah just 15 minit before yang lain2 berangkat balik. Kesian Faiz, nak tersedak dia makan cepat2. hehehe....

Sorry la...ini close up yang x jadi...hahahaha

Then, 25-26 July, aku n Faiz attended Kursus Pra- Perkahwinan. Yela, alang2 aku and dia pun free, kami pergilah. Lucky, Mirul (kwn Faiz) and tunangnya pun ada. x la bosan sgt. Macam-macam yang dicerita ustaz2 tu. Kelakar, serius, boring.... Lagi 'best' ada mamat mangkuk sorg tu. Korang baca la kat blog aku satu lagi..hehe. akhirnya, setelah 2 hari yang sangat penat, dapat la aku n Faiz, sekeping sijil Pra-perkahwinan. Kalo x dapat xleh kawen. Hahaha...

Sekeping sijil yang memaksa aku habiskan waktu rehat weekend aku...


Sekarang ni, kitorg dah decide tarikh majlis tunang. InsyaAllah, 29 November 2009. Kalau xde aral, jadilah. Aku dah hantar kain yang aku pesan pada Iza masa dia pegi Padang, Indonesia. Inilah hasilnya. Tapi, kain ni ada cacat sikit. Tukang jahit salah jahit lengan. Belahan hujung tangan tu terbalik ke atas. Xpe2, aku nk g bising esok kat kedai....hahahaha.


Hmm...aku dah tgk kalendar. So, duk pikir2..kami dapat tarikh kawin, 060610. Ok x? Tapi baru plan... Mana tahu sok2 tukar. Cuti skolah time tu, masak la aku ngn sibuk dtg kenduri org, dengan aku sibuk nk kenduri sendiri. Aku x berapa suka tarikh tu sbb cuti skolah ramai sgt org kawen. Bertembung ngn kenduri org la, mak andam demand la...mesti banyak problem...huhuhuuuu...

So, aku doa2 jangan la ada apa2 masalah nanti....Korang tolong doakan skali... Aminnn...

Tuesday, July 28, 2009

Ini macam punya orang pun ada ka?

Orang 1:

Aku pegi kursus last Sat n Sunday. Dlm kursus tu, ada sorg mamat ni, misai melintang, rambut bentuk M dan rebonding. Aku x kisah la appeaance dia. Sukati la ko pakai ape pon, asal jangan ko x pakai pape. Tapi yang buat aku kisah ialah bila dia mula annoying.

Pagi2 tu, masa menunggu majlis mula, mamat ni dengan berlagaknya buat call menggunakan handphone secara handsfree. HANDSFREE OK??? Dia ckp dlm bhs Kantonis, (kalo betullah!), dengan ASP tah mana2 tah. Pastu, dia buat call lagi. Dengan ASP lain plak. Euwww....aku dah pandang2 peserta lain. Ada yang gelak2, ada yang mengutuk perlahan. Peserta lelaki yang rasa sakit ati, drg check IC dia dlm list nama yang diedarkan utk ditandatangan. Bukan IC polis pun. Biasa je.
Takpe lagi. Then, ceramah mula. Setiap kali penceramah bagi ceramah, ade je yang dia mencelah. Kalo sikit2, aku leh tahan lagi. Tapi kalau dah setiap ayat, panas la hati wei. Biar aku stress kat sini. HAMPIR SETIAP AYAT, ye korg..

Peserta perempuan dah sakit ati. Muka derang cam nak bangun and bagi pelempang je kat mamat sengal ni. Peserta lelaki dah perasan, dan da 2,3 org yng sound mamat ni tapi slow2 je. Hormati majlis agaknya. Last2, before penceramah tu tamatkan ceramah dia, dia sound "Kita kekadang tu, ada masa kita kena jadi hipokrit sikt. X payah la nak tunjuk kejantanan sangat. Tengok muka saudari2 kat sini dah semacam." Tapi, dia buat x paham lagi. ingat orang cakap main2 agakya.

Sesi lepas tu, dia cuba nk repair LCD projector yang padam tiba2 dlm ceramah sebelum tu. Tunjuk pandai. Tah hapa2 dia buat, langsung x jalan. Sudahnya, dia merapu kat penceramah tu. "Nak saya tolong. Elok encik minum dulu, encik...bla..bla..bla..Encik nak saya tolong?"

"Boleh! Tolong keluar!" Sahut satu suara lelaki kat belakang. Dia x paham lagi (kesian, slow plak mental). Dia bleh plak cakap, "Tak baik suruh encik ni keluar."

"Ko la keluar. Tak paham2 lagi. Buat bising je...." dan macam2 lagi disambut oleh peserta lelaki lain.. Aku n peserta perempuan ape lagi..seronok ar gelak. Amik ko! Endingnya, 10 minit pastu, slow2 dia kuar gi tandas n lepak kat luar hisap rokok.

Orang 2:

Ade sorang ni. Dia keje kat tempat keje aku. Aku x tahu nak kategorikan dia ni kat mana. Blur? Beria2? Kurang daya berfikir dengan tenang? Xpe la..korg la bgtau aku.

Dia sibuk bertanyakan tentang aktiviti student sedangkan bukak sem pun belum. Camne aku nk bg jawapan. Setiap kali jumpa aku di akan tanya, "Farah..jika ada apa2, kita bincang ya. Bila mau bincang? Bila ya mahu buat aktiviti?" SETIAP KALI JUMPA AKU! Argghhhh!!! Stress aku!

Tu OK lagi. Sepatutnya ada event mlm ni. Tapi, disebabkan cuti sem tiba2, sudah semestinya cancel. Surat jemputan untuk dia dah dikeluarkan awal, tapi aku x sedar yang dia dah terima surat tu. Surat tu dihantar awal oleh AJK. Yang peliknya, dia boleh plak datang!!! Takkan la dia x tahu yang event tu x jadi sebab students xde. OK..OK... salah aku x inform dia yang event tu tunda. Tapi..ala...xkan laaa kan... Ko boleh pikir la beb. Surat tu pon diberi pada orang lain, tapi org lain tu xde plak dtg.

Haduiiii!!! tolong la....

Seriously, aku penat. Ada jugak orang camni disekeliling aku.... huhuuuu

Friday, July 24, 2009

Cuti seminggu...hadoiiii!!

Aku tau..aku tau...baru td aku duk buat entry pasal x nak kampus tutup, amik ko..UiTM cuti seminggu. Adei...Atas arahan VC cuti seminggu ganti cuti mid-sem. X sukanya aku...

Yela...cuti mid sem yang patutnya sama ngn cuti raya nt mayb akan dipendekkan..Tp, aku x tau la kata putus, either cuti masih lagi sama, mcm dlm kalendar akademik..or.. dipendekkan..

Pape pun.. Aku redha...

p/s:mggu depan aku x cuti pon..baik duk opis wat keje..

H1N1- Cuti free??


Uishhh....kemain lagi virus satu ni.. Disebabkan dia, brapa buah kampus UiTM dah kena tutup? Melaka, Perak, Penang...mak aihhh!! hebat penangan dia ni.

Aku dengar gak students cakap, "Bila la UiTM kita ni nak tutup? Dapat cuti free.."

Banyak la korg punya cuti free! Korang tak tau betapa seksanya kena ganti balik kelas sbb x sempat abis silibus..Nanti kena plak cuti Raya dipendekkan.. Korang best2 kat umah, lecturer tetap kerja. Bukan la aku nk dengki kat students. Sukati korg la nak cuti..x jeles ponnnn..hahaha

Tapi..tu la... Nak mengabiskan silibus, takut x terajar kang, termasuk lak dlm exam, korg marah lecturer.. Satg, ajar banyak2, suruh wat latihan..korg ngadu penat..Dah camne tu? Aku pon x sampai ati nak bagi lecture banyak2, kalo dah mata sorg2 lagi 2 inci kat meja..Kesian gak korg ni. Aku kan lecturer prihatin. Ngehhhh....

Tapi, korg jangan la doa2 kampus kita kena tutup. Yang terseksa, xde orang lain...korang jugak nanti. Hehe..aku cakap je...Tp, I pray for our campus, jangan la terima nasib yang serupe ngn kampus2 UiTM yang lain.. X moooooo........ Huhuhuuuuuu!

Saturday, July 18, 2009

Lagu pecinta psycho..haha


Ku… tak pernah merasa
Gundah di hatiku,
Ketika denganmu

Saat kau,
Kau belai rambutku
Kau temani aku,
Kau basuh lukaku
Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau kutahu kutak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau kutahu kau tak memilihku
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

Sadarkah kini ku tak rela
Iman ku telah sirna
Mimpiku tak nyata
Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Wali Band ni baru agaknya, and lagu 'Egokah Aku' is the only lagu dr band ni yang aku dengar. Aku terdengar lagu ni kat HotFM, pagi2 masa aku bersiap2 nak g keje. Dengar cam best je, aku pon dload la. Lepas dua-tiga kali dengar, aku rasa curious plak ngn lirik dia.

Dari pandangan aku yang x berapa nak best ni, aku rasa lagu ni antara lagu yang liriknya psycho abis. Yela, ada ke dia punya la x nak org yang dia minat tu jadi hak org lain, siap doa suruh mati...so that sume org pon x dapat. If I can't have it, you too. Gila dahsyat. Kalo aku la, aku x mintak org tu mati kut... kejam sangat. Huhuhuuu... Tapi, kalo dah gila bayang sangat.. mayb la aku doa suruh dia x bahagia ngan org yang dia choose tu. Hahaha....kurang kejam sikit..tapi masih la terbau busuk ati tu. hahahaha....

Tapi , nasib baik la dia sedar diri in the end. Hiii.... aku penah terpikir gak.. patut la wujudnya stalker, passionate killers..semua sbb terlalu passion kat org yang dia minat tu.. Wahh...tidakkk...

Hehhe...sekadar omong2 kosong ya..

Adeii...what if they find out..hehe

Hye...

Few things about me, yang aku agak takut family Faiz find out..malu dowhhh!!

1. Takut makan ubat pil.


Tak la aku xleh makan..tapi cam susah sangat nak telan. I think I've mentioned this in my other blog before. Mak aku slalu cakap, "ko bersalin nanti kena makan ubat.Camne tu?" Huhuuu...tak nakkkkkk!!!

2. Aku suka main gitar.

Camne ek reaction mak ayah Faiz kalo tau. Macam x sesuai je. Sebab parents dia ni cam agak baik2..nak compare ngan aku..huhh... Segan la plak kalo drg tau aku minat gitar...


3. Aku x suka ikan.

Aku x suka sgt makan ikan, nak2 lagi ikan sungai. Aku lagi x suka ikan kat pasar/ fresh. Hanyir. Aku lagi la x boleh nk siang ikan. Aku akan muntah tengok isi perut dia. Even bau je pon aku xleh tahan. Kalau nak suruh aku potong ayam, udang, sotong..bagi la. Small matter... Haduiiii...semak la perut aku pikir kalo mak dia suruh aku potong ikan...MUMMMMYYYYY!!!! huhuhuuuu

4. Aku suka baca 'manga' a.k.a komik Jepun.Naruto, Bleach... Aku ada collection anime n manga yang sgt banyak...Hmm..Faiz tau aku suka. tapi xde la dia penah tgk collection aku. Hehe...Ni xleh kasi mak dia tau ni...maluuuu...


5. Aku ada 5 piercing kat telinga. 2 kiri, 3 kanan. Faiz knows about this too. Tapi, dia OK. Dia just ckp, kalo da kawen..n aku nk simpan lagi piercing tu, kena sorok2 la. Kalau balik umah mak dia, hmmm...cabut la yang 3 tu. Tinggalkan sepasang je. Tapi...buatnya la aku lupa..or mak dia dtg umah aku, aku lupe nak cabut...hahaha..malu beb..mau kena perli.


So far, rasanya ni lah kut..Hmmm...Takutnyaaa.

Monday, July 13, 2009

Double standard

Hye....

Sebenarnya dah lama nak cite pasal ini, tapi tu la..slalu terlupa. xpe la. Dah ingat ni crite la.

Kalo kekwn kenal sape aku, mesti tau aku bukan jenis yg bergaya. Setakat kuar ke KL tu, cukupla ngn jeans (cap Ayam), dan t-shirt. Masih lagi ngn tudung bawal kerana rasa selesa. Make up? Erm...x juga. Setakat compact powder (Silkygirl lak tuh). Kekadang je kalo rasa nk melawa aku akan taruk gak sket2 apa yg patut..Conclusion. aku mmg sempoi jek. Tapi xde la huduh sgt kalo nk jenjalan. Mana yang patut je. Aku lagi pentingkan selesa. Watpe aku pakai dan rasa x selesa sepanjang hari...dan aku end up rasa malas nk jenjalan. Xpun.. aku rasa nak marah sumer org sebab aku berjlan dlm keadaan rimas.

Tapi, satu benda yang aku x suka. Kalau jenjalan kat KLCC, Midvalley, masuk plak butik Guess, Bonia... dia nyer salesgirls or salesperson sangat la membencikan. Yes, membencikan! Kalau aku masuk je (ini setelah berpuluh2 pemerhatian yer, layak wat research) butik tu.. salesperson tu bleh wat muka cam aku x mampu beli. Kalau aku belek2 dan tanya harga, siap ade yang buat muka. Ada sekali tu, kat butik Guess Midvalley kut or KLCC, aku tengok collection handbag dia. Aku cam berkenan kat satu hanbag ni. I was guessing the price was around RM300++. Aku toleh untuk bertanya color beg tu ada x selain kaler yang ade. Boleh si minah ni cakap kat aku, "Kat area ni semua new arrival. Yang belah sana ade discount."

SANGAT LA CILAKAKNYER!!!!!!

Aku pandang minah tu, mencari word yang paling sesuai nk jawab...x keluar jugak pape. Aku tersentap yang amat sangat. Aku just pandang dengan pandangan yang sangat clueless. Pastu aku keluar dan terus x masuk2 dah butik tu.

Terhinanya aku. Ape dia ingat, aku x mampu ke? Padahal berapa sen sangat la gaji dia as a salesgirl kat situ. Aku nyer gaji leh je beli sebulan sebiji handbag Guess tu.(pastu merana la gak..hahahaha).. tapi main pointnyer...ko x yah la berlagak ko bagus setakat keje kat butik Guess..

Maafla kalau Guess jadi mangsa kat sini. tapi aku mmg kena kat Guess..so rasa sangat sakit ati. Sebab, aku rasa, x perlu la untuk double standard. Aku tengok orang pakai short skirt, hot pants, ok je diorg layan. Kenapa org yang bertudung, x cukup lawa, pakai sempoi..ko wat cam org tu hina sangat... Padahal, setakat hotpants yang drg pakai tu, aku jumpe..brape sen la sangat. Apsal? Ko rasa kalau x masuk butik ko pakai Jeans yang tayang jenama Levi's, handbag yang buckle G besar2 and corak G sampai x cukup ruang..x mampu la nk beli brg2 kat butik ko keje tu? Eii...tolong la sket!

Sampai sekrang ni, aku x suka shopping kat Suria KLCC, MidValley, OU etc..Aku lebih suka jenjalan kat Kuantan, pegi East Coast Mall, Megamall, Kuantan Parade. Orang kat sana cam layan aku lebih skit. Or..susah2 aku suka masuk Parkson, JJ dan elakkan dari masuk Butik2 yang terkenal dengan harganya. Kalaupun aku masuk, aku akan guna English. Sebab drg ni pandang skit kut kalau kita cakap 'bahasa' drg.

Uishhh...marah betul aku ek?? hahahaha....

Friday, July 3, 2009

Membetulkan spekulasi kes pelajar histeria UiTM Jengka

Assalamualaikum...

Baru-baru ni ada kekecohan melanda UiTM. Masa minggu orientasi untuk mahasiswa/i baru, yang dikenali sebagai Minggu Mesra Siswa (MMS), kami warga UiTM Jengka dikejutkan dengan berita pelajar2 baru seramai 46 orang diserang histeria. Spekulasi di akhbar2, mengatakan bermacam2 cerita. Histeria beramai2. Untuk umat2 diluar sana, tolong jangan percaya dengan spekulasi yang hebat dilakukan oleh pihak2 diluar. Mereka hanya menyampaikan apa yang hanya mereka dengar, bukan mengalami apa yang sebenarnya terjadi.

Jadi, aku selaku salah seorang staff akademik, rasa terpanggil untuk menyampaikan apa yang terjadi. Rasanya tidak patut kalau pihak kami dipersalahkan, sedangkan apa yang terjadi tidaklah sebesar yang dinyatakan.

Pagi Rabu, sewaktu staff akademik menghadiri mesyuarat Kelab Akademik, kami dimaklumkan oleh Timbalan Hal Ehwal Pelajar, semalam ada kes yang tidak menyenangkan terjadi sewaktu taklimat/ ceramah oleh pihak CITU (Centre for Islamic Thoughts and Understanding). Lebih kurang jam 6 petang (Selasa), kejadian ni berlaku. Bermula dengan seorang pelajar terhidu diesel/gas/ entah apa tah yang berpunca dari pembaikan oleh pekerja fasiliti. Oleh sebab dengan keadaan pelajar yang kepenatan dari jadual minggu orientasi yang padat, seorang pelajar muntah2.

Bermula dengan keadaan tersebut, keadaan tadi (muntah2) berjangkit kepada teman2 yang lain. Al-maklum la, dalam dewan yang ber 'aircond, bau pun tersebar dengan cepat. Dalam situasi yang mula kecoh, mula la yang lain skali panik. Bukan apa pun. So, dalam kecoh2, seorang pelajar tumbang. Agaknya panik, penat, emosi x stabil, dia mula meracau. Yang lain tu (pelajar perempuan la....) mula la..join skali. Nasib baik, penceramah dan slot ceramah petang itu dikelolakan oleh staff CITU, yakni ustaz2 dan ustazah. So, bagi drg, small matter je nih. Hehehe...

Yang muntah2 tadi tu, separuh dikejarkan ke MEDEC (pusat kesihatan UiTM Jengka) dan disebabkan MEDEC kecik, separuh lagi hantar ke Hospital Jengka. TP HEP kami bercakap dengan doktor bertugas. Jawapan doktor tersebut, hanya SEORANG SAHAJA yang disahkan sakit. Yang lain disahkan, secara psikologinya terpengaruh dengan keadaan kawan yang sorg tu.
Yang seramai 46 org tu, hanya 1 sakit, yang 45 orang tu diberi IV drip (masuk air) sebab itu procedure. Yelah, dah muka sakit sorg2, doktor tu pun bagi la air. Itu aje sebenarnya. Xde la kes histeria beramai2 tu. Merepek je. Kalo drg tu tumbang, sumer tu sebab kepenatan dan pengaruh psikologi.

Aku paham. Students baru, jauh dari mak-bapak (selama ni xpenah berenggang), penat dengan aktiviti, emosi x stabil. Tapi, aku rasa drg ni x kena pun ragging, dera yang org slalu takut2 kan. TIADA! Sekarang pihak universiti dah amik langkah tegas menghapuskan ragging dll. So, xpayah la nk membesar-besarkan cerita. Xyah la nk takut2 nk masuk U. Xyah la nak kata UiTM Jengka berhantu. Students histeria. Nampak hantu sana-sini. Tolong la. Publisiti murahan sungguh!

Aku dah lama keje sini (lebey kurang la..hehe). So far, xde la boleh nampak antu berkeliaran. Memang ada cerita hantu, tapi mana2 tempat pon ade. Aku blaja UiTm Shah Alam, ada cite antu. Dungun pun, UKM pon..UM lagi la...tapi xde la sampai ko hari2 kena kacau antu. Ishhhh....

Buat students baru, MMS tu biasa la. Mana2 org akan lalui. Mmg la penat sikit. Tapi tu seminggu je. Bukan sepanjang hayat. Xperlu la korg jadi crybabies. Merengek2 dan mengada. Selama ni senior2 korg idup je sepanjang MMS. Seminggu je. Bukan kena pikul batu pon seminggu ni. Sabar je la. Eiii... geram la aku!!

So, pepullsss... xyah percaya sgt spekulasi dalam akhbar tu ye. Drg cari makan. Xleh gak nk salahkan. Cuma, kalau setakat tulis 'seorang pelajar lelaki yang enggan dikenali', sape2 leh jadi anonymous tu... Mau laku paper je ke...tolong la beb. Beretika la sikit.

Aku dah cakap ape aku nk cakap. Korg nilai sendiri. Aku cakap lebih2 pun, kalau x nak pecaya.. xleh wat pape gak beb...Ciao!!!