Assalamualaikum...
Baru-baru ni ada kekecohan melanda UiTM. Masa minggu orientasi untuk mahasiswa/i baru, yang dikenali sebagai Minggu Mesra Siswa (MMS), kami warga UiTM Jengka dikejutkan dengan berita pelajar2 baru seramai 46 orang diserang histeria. Spekulasi di akhbar2, mengatakan bermacam2 cerita. Histeria beramai2. Untuk umat2 diluar sana, tolong jangan percaya dengan spekulasi yang hebat dilakukan oleh pihak2 diluar. Mereka hanya menyampaikan apa yang hanya mereka dengar, bukan mengalami apa yang sebenarnya terjadi.
Jadi, aku selaku salah seorang staff akademik, rasa terpanggil untuk menyampaikan apa yang terjadi. Rasanya tidak patut kalau pihak kami dipersalahkan, sedangkan apa yang terjadi tidaklah sebesar yang dinyatakan.
Pagi Rabu, sewaktu staff akademik menghadiri mesyuarat Kelab Akademik, kami dimaklumkan oleh Timbalan Hal Ehwal Pelajar, semalam ada kes yang tidak menyenangkan terjadi sewaktu taklimat/ ceramah oleh pihak CITU (Centre for Islamic Thoughts and Understanding). Lebih kurang jam 6 petang (Selasa), kejadian ni berlaku. Bermula dengan seorang pelajar terhidu diesel/gas/ entah apa tah yang berpunca dari pembaikan oleh pekerja fasiliti. Oleh sebab dengan keadaan pelajar yang kepenatan dari jadual minggu orientasi yang padat, seorang pelajar muntah2.
Bermula dengan keadaan tersebut, keadaan tadi (muntah2) berjangkit kepada teman2 yang lain. Al-maklum la, dalam dewan yang ber 'aircond, bau pun tersebar dengan cepat. Dalam situasi yang mula kecoh, mula la yang lain skali panik. Bukan apa pun. So, dalam kecoh2, seorang pelajar tumbang. Agaknya panik, penat, emosi x stabil, dia mula meracau. Yang lain tu (pelajar perempuan la....) mula la..join skali. Nasib baik, penceramah dan slot ceramah petang itu dikelolakan oleh staff CITU, yakni ustaz2 dan ustazah. So, bagi drg, small matter je nih. Hehehe...
Yang muntah2 tadi tu, separuh dikejarkan ke MEDEC (pusat kesihatan UiTM Jengka) dan disebabkan MEDEC kecik, separuh lagi hantar ke Hospital Jengka. TP HEP kami bercakap dengan doktor bertugas. Jawapan doktor tersebut, hanya SEORANG SAHAJA yang disahkan sakit. Yang lain disahkan, secara psikologinya terpengaruh dengan keadaan kawan yang sorg tu.
Yang seramai 46 org tu, hanya 1 sakit, yang 45 orang tu diberi IV drip (masuk air) sebab itu procedure. Yelah, dah muka sakit sorg2, doktor tu pun bagi la air. Itu aje sebenarnya. Xde la kes histeria beramai2 tu. Merepek je. Kalo drg tu tumbang, sumer tu sebab kepenatan dan pengaruh psikologi.
Aku paham. Students baru, jauh dari mak-bapak (selama ni xpenah berenggang), penat dengan aktiviti, emosi x stabil. Tapi, aku rasa drg ni x kena pun ragging, dera yang org slalu takut2 kan. TIADA! Sekarang pihak universiti dah amik langkah tegas menghapuskan ragging dll. So, xpayah la nk membesar-besarkan cerita. Xyah la nk takut2 nk masuk U. Xyah la nak kata UiTM Jengka berhantu. Students histeria. Nampak hantu sana-sini. Tolong la. Publisiti murahan sungguh!
Aku dah lama keje sini (lebey kurang la..hehe). So far, xde la boleh nampak antu berkeliaran. Memang ada cerita hantu, tapi mana2 tempat pon ade. Aku blaja UiTm Shah Alam, ada cite antu. Dungun pun, UKM pon..UM lagi la...tapi xde la sampai ko hari2 kena kacau antu. Ishhhh....
Buat students baru, MMS tu biasa la. Mana2 org akan lalui. Mmg la penat sikit. Tapi tu seminggu je. Bukan sepanjang hayat. Xperlu la korg jadi crybabies. Merengek2 dan mengada. Selama ni senior2 korg idup je sepanjang MMS. Seminggu je. Bukan kena pikul batu pon seminggu ni. Sabar je la. Eiii... geram la aku!!
So, pepullsss... xyah percaya sgt spekulasi dalam akhbar tu ye. Drg cari makan. Xleh gak nk salahkan. Cuma, kalau setakat tulis 'seorang pelajar lelaki yang enggan dikenali', sape2 leh jadi anonymous tu... Mau laku paper je ke...tolong la beb. Beretika la sikit.
Aku dah cakap ape aku nk cakap. Korg nilai sendiri. Aku cakap lebih2 pun, kalau x nak pecaya.. xleh wat pape gak beb...Ciao!!!
13 comments:
terhidu gas sampai mcm tu sekali. wow ramai drama queens this sem. hehehe
hehe...biasala...kids...:P
hahaha...bgsnye staff ni...ko wat blog sbb nak btlkan spekulasi tu...hehehe...prihatinnye ko...tp tu la...syg je dpt bos yg x dpt menilai betape bgsnye ade staff cam ko ni...huhuhuhu
-polin-
aku bukan ape...aku tensen ngn org2 yg tanya aku.."wei..histeria eh...berantu jengka eh.." dah la tu...macam la teruk sgt jgka just sbb dlm ldg sawit..pastu hangin la aku.walaupun xde la best sgt keje sini..tapi UiTM di hatiku gak...boss je x tau betapa baiknya aku!!! wahahaha
fuh!cayalah fara!penuh integriti.yes!inilah hakikatnya yer readers..jgn percaya apa yg paper tulih!
haih...integriri...muahahaha...penat aku ckp ngn org balik induksi.
x abis2 integriti...nasib adik akak x histeria...klu die pon kene,aku g je melaka n cubit je die...xde keje lain ke nk histeria2 ni...hei bebudak ni...baru stress sket dh mcm2...lom lg dpt assignment yg melambak2 nnt...baru la ngan histeria korg nnt...muahahahahah
Oh macam tu rupanya... eloklah ko dah jelaskan perkara yang sebenar.. taklah masyarakat Malaysia ni salah anggap kan..
haah kan? aku pun x rasa minggu orentasi aku teruk @ homesick atau kena ragging pun.. sape laa penyebar cite utk menakutkan budak2 baru ni? atau, freshies skrg ni yg terlalu mengada/manja?? huhu
izuan: hehe..aku penat nak xplain..tu yg tulis kat blog
dija: part manja mengada2 tu aku sokong..haha..
bau gas tu berpunca drpd kenderaan model perodua kelisa warna putih tp x igt no pendaftarannye...gas itu dapat dihidu kerana tangki minyak yg bocor pada kenderaan tersebut...tambahan pula kenderaan tersebut sudah lama x diservis dan dibasuh...maka pelajar2 yg malang muntah2...jln penyelesaiannye ialah hapuskan kereta kelisa itu...sekian terima kasih...
en M: maaf ye..kelisa putih siapa?(bertanya sambil buat muka pelik)..xde org rsanya pakai kelisa putih...en M ni..mesti terbayang keta awek sendiri..ngehhhhh
Haha.. Memang junior baru ni mengade lebey pon. Maklum la.. Tgk kete mak ayah yang datang pon, besar2 jugak. para OC yang bertugas ni pulak yang terasa kene raging dengan diorng. Dah la puan HAJAH bESAR HEP tu mcm Queen yang Gila kuasa. Kalah cik Mokhtar. Sume nak blame kami. padahal jadual MMS tu HEP yang bt. OC hanya menjalankan tugas melaksana. Cadangan kami, MMS di swastakan. Xpahah susahkan student untuk Jadi OC kalo kami xboleh bt tugas kami. Bazir masa, Berapalah sangat RM150 tu. Kami datang dengan ikhlas. Seminggu kami keje leh dapat lagi byk la dari RM150 tu.
OC yang xpuas hati.
Post a Comment