Adam

Daisypath Happy Birthday tickers

Adik

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Monday, July 9, 2012

Emo sikit entry ini

Assalam,

Kali ini,entry mungkin akan berbunyi sedikit emotional. Bukan nak merungut, membebel, tapi ade benda yg sy agak makan hati.

Mengajar di Kolej Islam mmg sedikit berbeza dengan tpt kerja lama saya. Bukan dr segi pandai ke tidak studentsnya, baik ke tidak mereka ni (kat tpt lama ade je lg...lagiiii teruk). Tapi dari segi menghadapi dugaan kemahuan belajar bahasa orang 'kafir' (as what they might see).

Sekarang ni sy ada 2 akaun FB. Ada sebab sy ada 2 acc ni. Satu, sebab sy mungkin perlukan privacy dr students. Dua, kadang2 nak mengarut kat status, x elok rasanya students tengok lecturer drg ni perangai camtu. Hahahaha...

Bila saya dah add students ni kat FB satu lg tu, mula la timbul sedikit rasa terkilan. Kenapanya? Bila ada students yg memberikan komen-komen negatif tentang belajar bahasa Inggeris. Gambar ini tidak berunsur negatif sedikit pun! jangan salah faham. Cuma yang saya kesali komen-komen mereka selepas meletakkan gambar ni.



 

Yes, I am totally aware and know the importance of learning to recite the Al-Quran and being a Muslim, we should completely agree that Al-Quran is our guidance.

Jangan pulak sesiapa yang baca blog ni kata saya menentang cara Islam, mengagungkan Bahasa Inggeris dari Al-Quran. MasyaAllah. Jauh sekali.

Yang saya terkilan adalah bila students memberikan berbagai komen pada gambar tersebut. Sedih bila membacanya. Bayangkan bila students yang saya ajar sendiri didalam kelas, memberikan komen2 negative tentang mempelajari bahasa Inggeris. Apa perasaan sy yang megajar mereka ni? Nampak sangat rasa terpaksanya belajar subjek tersebut.

Ini bukanlah satu-satunya gambar yg mereka post tentang Bahasa Inggeris di FB mereka. Pernah sekali saya komen. Dan saya rasa, komen yang manjawab kepada komen saya itu hanya nak menjaga hati saya. 

 Ini pandangan saya:

Tak ada salahnya belajar English. Tak akan murtadnya kamu, jika kamu pandai bahasa kafir ni. 

Saya bukanlah seorang yang latar-belakang pendidikannya bermula dengan pendidikan Islamik. Sejujurnya, sy juga bukanlah seorang yg bertudung labuh dan sangat terjaga tingkahlakunya.
Tapi, rasanya saya juga bukanlah seorang yang hidupnya lari langsung dari landas Islam.
Jadi, saya rasa selama 5 tahun belajar bahasa Inggeris ni x menjadikan saya seorang yg hidup terumbang-ambing, tanpa mengikut cara Islam.

Untuk mereka yang sangat menolak mempelajari bahasa Inggeris ni, cuba anda fikirkan sebentar:

1. Bayangkan satu ketika nanti, seorang lelaki/wanita yang bukan beragama Islam dan bukan juga rakyat Malaysia datang memohon pertolongan anda mendalami Islam. Dia tidak tahu berbahasa melayu. Bahasa yang digunakan hanya Bahasa Inggeris. Andalah satu-satunya orang yang boleh membantu dia.
Bukankah berguna bahasa Inggeris di saat itu. (xtau la pulak kalau ade yang akan menghantar orang ni ke PERKIM and tinggalkan je dia.. hehe)

2. Anda diberikan peluang berdakwah ke negara-negara tidak menggunakan bahasa Arab dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraannya. Bagaimana hendak berdakwah begitu? Masih menggunakan bahasa kita?

3. Kenal tak Imam Suhaib Webb? Dia berbahasa Melayu ke?

Mungkin, ada yang akan memberi pelbagai pandangan sendiri. Seperti yang orang kata, "NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH"

Tak apalah bagi yang memberi seribu dalih tu. Biarkanlah..
Cuma, kita bukannya duduk didalam dunia ni dengan hanya satu bangsa je. Kenapa ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, "bacalah".
Kenapa tidak specific kepada, "Bacalah Al-Quran"?

Mempelajari ilmu bukan senang. Mempelajari ilmu dan memahaminya lagi susah.

 “To spend more time in learning is better than spending more time praying; the support of religion is abstinence. It is better to teach knowledge one hour in the night than to pray all night”. the prophet Muhammad (pbuh) sayings (Hadith)
 http://www.en.inshaallah.com/what-is-islam/knowledge-in-islam.html

Wallahualam...

2 comments:

Nai Roszalina ARahim said...

Biasalah Fara...bila dah rasa pandai sgt, macamtulah jadiknya...sabar ok *grin*

FaraFaiz said...

xpe2...sy akan berusaha bg drg suka English! hahaha