Adam

Daisypath Happy Birthday tickers

Adik

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Tuesday, September 29, 2009

Post Raya

kuih raya atas meja opis


Salam Aidilfitri,

Aku dah kat opis. Serabut kembali ngn kertas2 exam listening, grammar, writing yang berbundle-bundle x bertanda. Meja bersepah dengan buku2 yang kena bawak ke kelas. 2 balang kuih raya almond london dan cornflakes mengusik2 perut yang kian lapar tiap kali terpandang balang tu. Cehhh.... aku pun bukak dan cuit sebiji sambil mengimbas ape aku buat mggu lepas.

Raya kali ni rumah agak senyap. Kak G balik Kedah, selepas Nisa n Kimi merobek kocek aku dengan memintak duit raya. Adui..seb baik ade 2 org je yg besar.. Adi belum lagi.. Abg Yin kali ni balik Johor. Dia mmg dah siap balik awal2 lagi berpuasa trus kat sana. Tau2 pg Isnin ni, baru nak balik sini ngn alasan xde tiket..mmg alasan sungguh... Raya dengan kawan2 pun dah kurang meriahnya. Yang dah kawen mmg x join la. Makin lama makin kurang je kwn2 kaki beraya sampai lewat malam. Cite2 kat tv langsung x best..dah xde feel langsung raya.

Family Faiz ade dtg beraya, mak aku buat nasi ayam. Kebetulan cousin dtg dr Kuantan. Raya ke5, aku plak ke Kuatan. Mlm tu au ade janji ngn kwn2 nk melepak, so aku dah warn awl2 aku nk balik cepat. Sudahnya, aku plak kena bebel ngn makcik2 sbb x spend masa lama2 umah drg..Siap suruh tido lagi.(eleh, korg tu, kalo beraya umah aku, x penah la plak dtg lama2. Aku je kena paksa2.) Dalam malu2 jemput family yg jauh2 ni dtg bulan 11 ni ke Tloh.

Aku jeling plak beg yang slalunya berisi laptop. Sedih, seb baik x menitik air mata. Laptop rosak lagi. Asalkan aku cucuk je wayar kat Dewan Kuliah (DK) nk projectkan Powerpoint, pastu sah rosak. Dua kali dah kena. Sakit ati..... Aku pas laptop kat Apit. Soh dia anta repair. Tah bila la nk siap. Kalo aku bising2 Apit merajuk lak ngn aku. Malas la...

Semalam, handphone lak rosak. Bila aku slide, trus padam. Aku balik Tloh semata-mata nk betulkan handphone n kalo boleh nk trade in trus. Siap baiki, kena plak RM100. Sangat la *&^$%$#. Aku call abg sham, ajak teman aku beli handphone. Dia janji mlm. Sudahnya, mlm dia kuar ngn kwn dia, tgl aku terkontang-kanting kat umah.

Sekarang, aku tgk jam...dah 1.45pm. Jap lagi aku nk g kelas. Mood xde langsung.

Raya kali ni cam x best pon...

Sedih..

Saturday, August 29, 2009

Lagu Raya..mana sensitiviti masyarakat Malaysia?

Salam Ramadan,

Hye kawan-kawan....hehehe
Pose x? Xpose, jangan raya.

Cakap psl raya, aku teringat pasal cerita housemate aku. Dia g jenjalan Jusco Seremban. Aritu baru je puasa kedua. Boleh la plak, pasaraya ni pasang lagu Raya. Siap berkumandang takbir raya.

Bagi aku, sangat x patut la pasaraya tu buat camtu. Tak hormat langsung perasaan umat Islam. xtau la, kalau ade umat Islam yang suka dengan situasi ni. Yela, baru hari puasa kedua, korg dah pikir nk raya. Sedangkan, Ramadhan hanya datang sekali setahun. Masa untuk kita beribadat dan beramal. Tapi, baru je nak mula bulan suci ni, dah sibuk nak raya.

Aku pernah jugak dengar, dalam bulan Ramadan ni, roh2 dibenarkan berada di atas bumi. Jadi, bila berakhirnya bulan Ramadan, sedih la roh2 ni kerana akan kembali ke tempa asal mereka. Bila terdengar takbir raya, n all, betapa sedihnya roh2 ni, apabila sedar yang mereka x punya masa yang lama lagi. (Ini apa orang2 beitahu aku).

Tapi, itu sekadar side story. Apa yang aku nak sampaikan, x payah la sibuk2 nak berhari raya sedangkan baru sangat Ramadan bermula. Aku x tahu apa yang manusia ni kejar. Amalan puasa ni atau nak berhari raya?

Aku sangat harap, jangan la pakai ringtone lagu raya pda awal2 puasa ni. Lagi semingu before raya nanti, ikut suka korg la. Pakai la baju raya sekalipon, org da x kisah..
Jangan la mainkan lagu raya sebelum hampir tiba Syawal. Tolong la sensitif skit. Bukan korg sorg je hidup atas muka bumi ni.

Tuesday, August 25, 2009

i just love these names..*wink*

Sejak sekolah menengah lagi, aku dah start suka nama-nama ni. Aku mmg cadang nk guna nama ni utk my "family members". Hehhehe... tapi x pe la..mana yg ada je la. Punya la aku suka nama2 ni, ada satu hari tu, masa aku study degree, aku suruh my closest friends guna nama2 ni utk anak drg, kalo ditakdirkan aku mati...Huhu...

Girl's names:

Aisya- Hidup bahagia. Nama isteri Rasulullah s.a.w. Lembut je bunyinya..hehe. Ramai dah kawan-kawan aku guna nama ni utk baby drg.
Maisara- Maksudnya, kekayaan/ kesenangan. Nama anak jiran aku dulu. Cute.
Humaira- Putih kemerah-merahan. Nickname Rasulullah s.a.w panggil Aisyah. Aku suka nama ni sbb nanti orangnya mesti lembut cam kaler putih+merah (pink?)
Qalish- Yang khusus. paling baru aku suka. Terjumpa masa aku cr2 nama anak sdra faiz. Suka dgr je. Not sure apa yang khususnya.

Boy's names:

Adam- Nama nabi. Rasa cam very manly nama ni. Mula2 suka sbb nama ni ada bunyi2 mat saleh skit, tp Melayu bleh pakai. Nama universal la katakan.
Alif- Kawan rapat. Suka sbb huruf jawi pertama. sign, nombor 1.
Luqman- bijaksana. I wish him to be one.
Imran- Budi bahasa. :) Tapi, lately ni jumpa org yg nama Imran sume hampeh..hehhe
Rifqi- Lemah lembut. Ni pun baru2 ni jumpa. Tapi, takut gak kalo besar2 kang terlebih 'lembut'.Hahahha...
.
Few names in my head for mine. Xpe la kalo org dah amik.

At first: Fariz (combination of mine n Faiz) xleh...sbb abg Yin dah amik utk anak dia.

So,

Humaira Qalish
Luqman Adam
Imran Rifqi

:D

Sunday, August 23, 2009

he's back

CCK is BACK...HAPPY....
:D
tp masih lg kuarantin, x leh jalan malam..mak bising..

x kisah la...yg penting my baby is safe n sound..hehehe

Friday, August 21, 2009

apa yang penting...KERJASAMA..:D

Date: 19 OGOS 2009
Time: 6.30pm
Location: Taman Universiti UiTM


Fiza dengan bulu ayam plastik..(kalo dah xde bulu ayam, kita pggl ape eh..bulu plastic?)


Yaya, lawa tudung??hahaha...xpe..OK la tu! kak Seri, aih..Crocs serbaguna..


Ko bebel apa sambil menyapu tu Iza oihhh... hahaha


Hasil setelah berpenat lelah..banyaknyeeeee... Dah..dah..jom masak..Kak seri dah marah! Hahhaaha..


Aku yang sangat berpuas ati sbb umah dah xde lalang setinggi pinggang..

Hehe..well, somehow we gurls spent our moments cleaning our yard after the grass had been cut by En Razak. Seronok n sedikit penat but berbaloi.. aku rasa cm nk guling2 lak atas tanah yg seciput tu.. Ngehhhhh......

Apa yang penting...KERJASAMA...

Wednesday, August 19, 2009

surat cinta buat students class P

Buat students kelas P,

Saya amat berbesar hati dengan tingkah laku awak semua. First of all, saya ingin katakan, KEEP IT UP!. Teruskan usaha-usaha dan tingkahlaku awak semua yang amat menjengkelkan tu. Seriously! Tolong lah buat banyak2 kali lagi. Saya x sabar nak tengok korang buat lagi.

Minggu lepas, saya sangat gembira bila menerima panggilan korang yang menganggu hari cuti saya. Tolonglah call lagi. tengah malam pun xpe. Saya xkisah. Nak2 lagi kalo korg call just nk tanya 'siapa VC UiTM' atau.. 'betul ke birthday lecturer ni semlm?' sebabnya, kalo korg x call saya, sape lagi yg tau pasal benda ni? lecturer mmg tau semua. lagipon, kita ni rapat. Dah macam adik beradik. Call la selalu.. saya bosan kalau xde orang call saya.

Pagi tadi, saya suka sangat bila korg dtg lambat. Kalo korg dtg lambat, sy pun boleh start lambat. Win-win situation. Giler pandai la korg. Pandai la pikir camtu...sy pon x terpikir. Lagi satu.. sy sgt suka bila korg dah lambat tu, korg masuk kelas tanpa say sorry. Bila saya perli, korg buat x tahu macam xde pape. Xpe...saya suka sgt. Sbb sy saje je wat lawak camtu. Sy mmg gurau je..x pernah terniat pape pun. Sy gurau2 manja je.

Pastu, korg x payah beli buku. Xpe, sy x guna pun buku dlm kelas. Korg boleh kongsi2 je buku kwn korg yg bersusah payah beli tu. Xde hal la. Not a big deal pon. Sebab buku tu harga dia mahal, lagi bagus kalo kog beli topup. Ada jugak gunanya. Saya suruh amik n beli buku kat bilik saya, korg x dtg. Owhhh...lupe pulak. Korg ni sumer x boleh naik tangga, berpeluh pulak nanti. Bilik sy kan tingkat 3. Xpe la.. maafla kalau saya susahkan korg. Maaf ya?

Saya juga sgt gembira bila korg bercakap masa sy mengajar. Tolong la bercakap banyak2. Sampai suara awak kuat dr sy pon xpe. Nanti kalau awak ckp slow, kwn awak x dgr. Lagi pun, bila awak x paham, sy dengan senang hatinya leh explain kat awak. banyak kali pun xpe. Sbb tu mmg kerja sy. Selain dr explain kat awak banyak2 kali, sy xde dah kerja lain. Itu je tugas sy as a lecturer. xpe, sy paham. Awak banyakkkk sgt benda nk cerita pada kwn awak. Bukan senang nk jumpa kwn awak tu. Dlm kelas sy je awak boleh jumpe. Nanti, banyak pulak benda awak lupa nk bgtau.

Sebelum saya mengundur diri, sy nk mintak maaf sgt2 sebb sy x pandai nk ajar budak2 bodoh sebenarnya. Selalunya, students sy walaupun kurang pandai dlm BI, drg masih lagi hormat lecturer. Sy pun xkisah nk ajar drg. Tapi, kali ni sy rasa bersalah pulak. Maaf ya, sbb sy mmg x reti nk ajar students yang lembab, x sedar diri x pandai dan x hormat lecturer. Salah sy semua ni, sbb sy x pernah nk terfikir yang selain dr ajar BI, sy kena ajar pelajaran Sivik dan adab dengan guru pada korg. Maaf ya? Sy tahu, keputusan SPM awak sgt bagus, sbb tu awak beria nak amik course P kat sini. Universiti lain x sanggup nak terima students sepandai awak kat U drg. Yela, mana ada U yang nk terima students dengan SPM E8, G9. Lagipun, mak ayah awak yang guna kabel2 tu memng sengaja x nak anak drg masuk U yang bagus2. Risau nt org lain x leh compete dngan kepandaian awak.

OK la, rasanya..Penat dah sy nk beritahu betapa awak sgt bagus ehh tak..terlalu bagus untuk jadi students sy. Akhir kata, awak xperlu tukar perangai awak semua ni. Malahan, teruskan usaha korg.

Yours,

Lecturer yg gagal mendidik budak2 bodoh sombong.


ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, August 13, 2009

Alahai CCK...huhuuuuu

Status Facebook:
10/8/09 8.25pm

"Something is bothering me..but i don't know what..ape eh??

12/8/09

Me n Suzai, together with students (Aie, Topek n Isma) went to Hospital Temerloh. Pojie was admitted, suspected H1N1. Topek pegi saringan demam. Xleh masuk n jumpa Pojie. Went to Mentakab, tempah hadiah BOTB TLC. Pegi McD, bought food. Pusing ke hospital.

Amik Isma n Topek. Gerak ke Jengka.

Topek demam. Dia tido. Aie, aku, Isma, Suzai borak2. Bese2 je. Aku bawak keta dlm 80km/j.
Jengka 16,

Kiri ade ambulans lalu dari arah bertentangan.. Slow keta..
Ambulans lalu terus ke Temerloh..

tgk keta depan.. Slow lagi....
tekan brek slow-slow..
eh!!! keta tu x gerak...keta tu berenti...
Brek emergency....
Aie "Miss, stereng..stereng..."

Aku dah x dgr..panik...

Bam!!!

Aku langgar belakang keta Iswara tu..
Bg signal, park keta kiri jalan.
Keluar keta, tgk kesan langgar....

Tanya Suzai, "Ko OK x?"

Dalam diam rupanya aku yang x berapa nak OK..
Ketar beb.. masa aku tanya Suzai, aku baru perasan bunyi gigi aku berlaga atas bawah,
xpe la.. benda kecik.


Tanya pakcik tu..OK ke x..
drg tgh "in shock" lagi..
pakcik tu panggil kawan dia
xpe la..discuss..

drg mintak RM250 untuk lampu pecah, bumper pecah sikit
keta aku?? tgk la gambar ni ha..adeiiii


Bumper, lampu..
Alhamdulillah..enjin x de prob..

Aku call abang Sham, bgtau everythg..

At first, xnak bawak balai..takut aku nyer P kena merit
pastu..pikir2..baik buat report
memandangkan keta aku teruk..

pakcik tu td dah nak tukar pikiran lak..dr RM 250, mintak RM150
dah..dah...bawak balai...malas aku dah...pikir2 pon aku yg teruk kena baiki keta

Suzai balik ngn Topek. Mere tggu skali.
Tggu kawan Aie, then gerak g Balai Polis Kg. Awah (aku x paham nape la bwk sampai situ padahal nk ke Bdr Jengka lagi dekat..drg kata ade la yg dia plan tu)
Buat report...mula2 ngn Polis..then ngan JPJ..Lama siott..Dr kol 9.30mlm sampai kol 12.00. Faiz datang... Abg Sham n Abg Yin dtg. Keta pass kat abg Sham utk settle. Mintak Faiz anta balik UiTM.
Jumpa Guard UiTM, explain 2 students yang dtg tolong td. Guard cakap OK, bleh masuk.
Gi makan ngn Aie, Mere, Isma n Faiz..
Aie wat lawak x sesuai...(X GUNA KO, AIE!!!!)
Anta drg balik umah sewa a.k.a BANGLO IMPIAN drg

Faiz anta aku balik...

2.30am
Faiz dah sampai Jerantut
Aku siap solat, etc..
Xleh tido
Call Faiz n had a longggggg talk....

5am
Tried to sleep...

7am
wake up...can't sleep anymore.
Huhuhuuuuu...

Sorry to Suzai, Aie, Isma', Topek sebab babitkan korg skali..

Sorry Topek..demam2 pon terkejut.

Thanks Suzai, sbb ade ko, aku x nangis...

Thanks Isma, sbb tolong diskas ngn orang2 tu..

Thanks Mere, sbb dtg temankan sy sampai ke balai polis
Thanks Aie...4 being there. Teman bagi statement kat polis (walaupun sy x puas ati ngn pujian polis tu..euwww)..thanks for being a very reliable person...(boleh rekemen jadi adik ipar nih..haha.. 2nd thought.. xnak la..euwww)

Thanks to kwn2 Aie yg dtg walaupon sy x kenal sumer

Thanks Lilee,Lynn, sbb korg layan je smbil dgr suara aku yang cuak time tu

Thanks housemates (Kak Seri, Yaya, Fiza, Iza)..korg susah ati sbb aku n ready to come n fetch me in case I need it

Thanks to my beloved one..dtg jugak walaupun sy x bg...(ckp je, dlm ati nak jugak dia dtg)

Thanks to everyone who concern...

Ini adalah pengalaman pertama aku langgar sesuatu/kereta. Aku x pernah langgar ape2, walaupun geser pada apa2 pun. Sangat terkejut.. dan x tau nk react camne dlm situation camni.
Papepun aku tetap rasa pakcik tu salah sebb berenti kat jalan lurus, without any signal. Memang la ade ambulan dr depan, tp perlu la nk berenti, SENGALLL...cukupla stkt ketepi.. Adeiii..Orang jengka mmg camni.... Sakit ati tul la. Tapi disebabkan aku langgar belakang keta dia, aku la salah. Redha je la.

Tapi, aku mmg dah rasa x sedap ati dr Isnin malam lagi. Rasa cam pelik je, tapi aku x pedulik sgt. Macam dah ada sense yg gtau, sthg wrong somewhere. That's y aku letak status Facebook camtu... but, I don't even bother.

Dlm keta masa nk kena blkg keta Iswara tu, aku sempat berfikir, "Alamak, nak accident ni..Alamak..alamak..nak kena ni.." Sempat juga dalam split second tu otak aku terpikir camtu. Haha..

Before ni, aku slalu fikir, Yaya pernah langgar tiang pendek, Fiza penah geser keta org..aku je blum.. Ha! Amik ko...bukan lagi geser keta org...aku siap langgar keta orang lagi. Skrg ni kalo wat chart, aku la atas skali...hahaha..

Aku penah gk terpikir, camne ek, dlm keta eksiden? Ha..sekarang terjawab la. Xde rasa pape..sumer benda terjadi dlm 2-3 second je. X sempat rasa pape...

Apa-apa pun, I'll take it as ketentuanNya. Benda dah nak jadi, x leh elak. Camne pun jadi gak. Macam Aie, Isma n Suzai cakap, "This will make you a better driver in the future." Hehe...

InsyaAllah... :D

Friday, July 31, 2009

Start counting now..

Assalamualaikum...
Hmmm....akhirnya dah sampai masa untuk aku countdown. Huhuuu...berdebarnya...
Ahad, (19 July), family Faiz datang merisik. Agak takut dan cuak la gak. But all went well. Xde gambar, tp kat jari aku dah ade sebentuk cincin belah rotan. Mula-mula aku x nak sarung cincin and all, but when his makcik and mother asked where was I hiding at that time(dapur, sambil curi2 dengar), terus drg sarung cincin. It was his mak andak yang sarungkan. Kelakar, series aku rasa hipokrit sungguh aku. berlakon ayu...Kuikuikui... Faiz ada tp dia masuk umah just 15 minit before yang lain2 berangkat balik. Kesian Faiz, nak tersedak dia makan cepat2. hehehe....

Sorry la...ini close up yang x jadi...hahahaha

Then, 25-26 July, aku n Faiz attended Kursus Pra- Perkahwinan. Yela, alang2 aku and dia pun free, kami pergilah. Lucky, Mirul (kwn Faiz) and tunangnya pun ada. x la bosan sgt. Macam-macam yang dicerita ustaz2 tu. Kelakar, serius, boring.... Lagi 'best' ada mamat mangkuk sorg tu. Korang baca la kat blog aku satu lagi..hehe. akhirnya, setelah 2 hari yang sangat penat, dapat la aku n Faiz, sekeping sijil Pra-perkahwinan. Kalo x dapat xleh kawen. Hahaha...

Sekeping sijil yang memaksa aku habiskan waktu rehat weekend aku...


Sekarang ni, kitorg dah decide tarikh majlis tunang. InsyaAllah, 29 November 2009. Kalau xde aral, jadilah. Aku dah hantar kain yang aku pesan pada Iza masa dia pegi Padang, Indonesia. Inilah hasilnya. Tapi, kain ni ada cacat sikit. Tukang jahit salah jahit lengan. Belahan hujung tangan tu terbalik ke atas. Xpe2, aku nk g bising esok kat kedai....hahahaha.


Hmm...aku dah tgk kalendar. So, duk pikir2..kami dapat tarikh kawin, 060610. Ok x? Tapi baru plan... Mana tahu sok2 tukar. Cuti skolah time tu, masak la aku ngn sibuk dtg kenduri org, dengan aku sibuk nk kenduri sendiri. Aku x berapa suka tarikh tu sbb cuti skolah ramai sgt org kawen. Bertembung ngn kenduri org la, mak andam demand la...mesti banyak problem...huhuhuuuu...

So, aku doa2 jangan la ada apa2 masalah nanti....Korang tolong doakan skali... Aminnn...

Tuesday, July 28, 2009

Ini macam punya orang pun ada ka?

Orang 1:

Aku pegi kursus last Sat n Sunday. Dlm kursus tu, ada sorg mamat ni, misai melintang, rambut bentuk M dan rebonding. Aku x kisah la appeaance dia. Sukati la ko pakai ape pon, asal jangan ko x pakai pape. Tapi yang buat aku kisah ialah bila dia mula annoying.

Pagi2 tu, masa menunggu majlis mula, mamat ni dengan berlagaknya buat call menggunakan handphone secara handsfree. HANDSFREE OK??? Dia ckp dlm bhs Kantonis, (kalo betullah!), dengan ASP tah mana2 tah. Pastu, dia buat call lagi. Dengan ASP lain plak. Euwww....aku dah pandang2 peserta lain. Ada yang gelak2, ada yang mengutuk perlahan. Peserta lelaki yang rasa sakit ati, drg check IC dia dlm list nama yang diedarkan utk ditandatangan. Bukan IC polis pun. Biasa je.
Takpe lagi. Then, ceramah mula. Setiap kali penceramah bagi ceramah, ade je yang dia mencelah. Kalo sikit2, aku leh tahan lagi. Tapi kalau dah setiap ayat, panas la hati wei. Biar aku stress kat sini. HAMPIR SETIAP AYAT, ye korg..

Peserta perempuan dah sakit ati. Muka derang cam nak bangun and bagi pelempang je kat mamat sengal ni. Peserta lelaki dah perasan, dan da 2,3 org yng sound mamat ni tapi slow2 je. Hormati majlis agaknya. Last2, before penceramah tu tamatkan ceramah dia, dia sound "Kita kekadang tu, ada masa kita kena jadi hipokrit sikt. X payah la nak tunjuk kejantanan sangat. Tengok muka saudari2 kat sini dah semacam." Tapi, dia buat x paham lagi. ingat orang cakap main2 agakya.

Sesi lepas tu, dia cuba nk repair LCD projector yang padam tiba2 dlm ceramah sebelum tu. Tunjuk pandai. Tah hapa2 dia buat, langsung x jalan. Sudahnya, dia merapu kat penceramah tu. "Nak saya tolong. Elok encik minum dulu, encik...bla..bla..bla..Encik nak saya tolong?"

"Boleh! Tolong keluar!" Sahut satu suara lelaki kat belakang. Dia x paham lagi (kesian, slow plak mental). Dia bleh plak cakap, "Tak baik suruh encik ni keluar."

"Ko la keluar. Tak paham2 lagi. Buat bising je...." dan macam2 lagi disambut oleh peserta lelaki lain.. Aku n peserta perempuan ape lagi..seronok ar gelak. Amik ko! Endingnya, 10 minit pastu, slow2 dia kuar gi tandas n lepak kat luar hisap rokok.

Orang 2:

Ade sorang ni. Dia keje kat tempat keje aku. Aku x tahu nak kategorikan dia ni kat mana. Blur? Beria2? Kurang daya berfikir dengan tenang? Xpe la..korg la bgtau aku.

Dia sibuk bertanyakan tentang aktiviti student sedangkan bukak sem pun belum. Camne aku nk bg jawapan. Setiap kali jumpa aku di akan tanya, "Farah..jika ada apa2, kita bincang ya. Bila mau bincang? Bila ya mahu buat aktiviti?" SETIAP KALI JUMPA AKU! Argghhhh!!! Stress aku!

Tu OK lagi. Sepatutnya ada event mlm ni. Tapi, disebabkan cuti sem tiba2, sudah semestinya cancel. Surat jemputan untuk dia dah dikeluarkan awal, tapi aku x sedar yang dia dah terima surat tu. Surat tu dihantar awal oleh AJK. Yang peliknya, dia boleh plak datang!!! Takkan la dia x tahu yang event tu x jadi sebab students xde. OK..OK... salah aku x inform dia yang event tu tunda. Tapi..ala...xkan laaa kan... Ko boleh pikir la beb. Surat tu pon diberi pada orang lain, tapi org lain tu xde plak dtg.

Haduiiii!!! tolong la....

Seriously, aku penat. Ada jugak orang camni disekeliling aku.... huhuuuu