Saturday, May 30, 2009
Can't help myself..haha
My lil bro's Convocation
Mula2, check in kat Prescot Klang. Dah la sampai kol 11.30 pm..
layan je la walaupun aku yang lead the game (at first)
Monday, May 25, 2009
Buli...ngomelan org yang kena buli
As mentioned b4, department aku akan anjurkan program, which all of us(APB) know it is our boss' baby project. Nak x nak memang akan libatkan semua orang. Dan biasanya (biasalah), pencacai2 untuk project ni aku dan geng2 bujang, separa bujang (baru kawen), da kawen tp komitment tinggi, adalah org2 yang akan bekerja kuat walaupon xde ape sgt yg dapat. Setakat SKT yang naik sikit je...
Tapi aku hangin satu badan. Aku x kisah buat kerja kalau itu adalah kerja aku. Aku X KISAH. Tp aku sangat kisah, kalo org lain punya keje, xnak buat, bg alasan selori, perasan buat banyak kerja... aku YANG KENA BUAT!.. Dah la nt, yg kena incharge kat sana adalah aku dan org2 yg berdedikasi tu. Patutnya, sape yg kena pegi, sebelum pegi relax la sket. Yang x payah pergi tu, buat la keja lebih sket. Ni x...dah la xpegi..malas wat keje..hadoiiiiii...
Weii...tolong la wei... Aku pon nk gak komplen..tp xkemana pon komplen aku ni.. Bebalik org soh sabar je la... Susah jadi junior ni... walaupon da keje 2 tahun, rasa cam br je keje sem ni.
Ape la nasib kena diperkotak kasut kan.... huhuu...
Scary Moment...ngehhehehe
Kenduri tu start kul 10 pg. Disebbkan just marhaban, Faiz amik aku kul 12pm. Dia dtg amik aku ngn keta Viva Taty (cousin dia yg emak dia jaga). Aku ckp kat Faiz, aku takut...huhuuu... disebabkan dia sangat memahami kami amik jalan yang jauh sket.. Tapi, nk elak ape pon.. kitorg pg gak. Sampai2, Faiz park keta kat belakang umah. So, masuk ikut pintu belakang la. Masuk2, mak dia kat dapur. So, aku hulur le tangan...(ala2 Gadis Melayu Terakhir..auwww..x tahan). Sempat la kena usik. Drg cari Faiz ilang...rupa2nya amik aku.
Masa g ke depan, aku pun di kenalkan lg ngn makcik2 Faiz yg ala2 datin pon ade...yg rasa cam ibu2 pun ade. Aku x sangka, drg sangat welcome aku..Peramah giler sumer org. Mak Faiz jugak kenalkan aku ngn makcik2 dia. Aku diperkenalkan dengan title "kawan" Faiz. Yelah...xkan gatai no, sdgkan aku xde official relationship ngn Faiz.
Pas makan, aku cdg nk tolong kat dapur. Tp, tetiba mak dia pgl soh beborak ngn geng cikgu yg kebetulan sorg tu cikgu kat skolah menengah, tp aku x blaja ngn dia. Jd serious discussion lak. Cite pasal Math n Science in English la...pasal keje lecturer la..ape la..hahahaha.. Syok sgt beborak, langsung xde chance nk g dapur. Sudahnya Faiz dah nk anta aku balik. Sbb dia takut nt aku cam segan lak lelama kat umah dia. Memang pun...hehehehe..
Mak Faiz sempat bungkuskan aku nasi n lauk, dan jugak beg bunga telur untuk group marhaban td. Aku senyum malu2 lak dapat tu. Hhehe... Sebelumtu, aku dah passkan pada Faiz sorvenirs yg aku beli masa g KT aritu. Aku belikan kain pelikat n kain batik untuk semua. Lupe plak pada Taty. Sumpah! aku x igt langsung si Taty ni...ampun ye..hehehe...But then, baju yg Faiz dapat tu xmuat, bagi Taty la kut.Huhuhuuuu...
I'm so happy that drg suka kain2 tu. Xtau la kalo Faiz wat crite..hahaha... Tp, family Faiz mmg baik2. aku plak rasa aku x deserved drg. aku ni bukan 'menantu' type. Dah la x reti sgt buat keje2 umah ni...masak pon bujang2 je..(Kena blaja ngn Yaya ni) hehe...
Umah aku pon nk buat kenduri arwah n doa selamat 6hb Jun ni. Insyaalah, family Faiz n my family akan jumpe for the 1st time. Takotnyeeeee... Wish me luck... :)
Thursday, May 21, 2009
Pangsapuri Anggerik Indah 2002-2006 (part 1)
Masa semester ke3 kat UiTM, aku n kekwn dah kena duk luar. xde privilage dah nak duduk kat hostel memandangkan kekurangan hostel di seksyen 17. Priority hostel tu hanya untuk students INTEC. Dulu aku sangat x suka students INTEC ni sbb tau la drg pandai, tp drg ni anak org kaya. Stok bwk keta sport gi kelas. Nak dibandingkan dengan kami yang dah la kurang kepandaiannya (kalau pandai dah tentulah join budak INTEC tu), anak Melayu yang parents xde la kaya mana. So, sebaik saja kami mencecah tahun ke3 di UiTM (ni termasuk Pre ye), kami dah kena duduk luar. Time tu, rumah sewa yang available adalah di seksyen 16, Pangsapuri Anggerik Indah.
Kalau sebut nama apartment ni mmg gah. Rasa cam duduk kat area ala2 Damansara..hahaha. Tapi kalau tgk la kawasan dia, hahaha.. lebih sket je dr flat murah. Kami berjaya dapatkan sebuah rumah di Blok A, no:10. So, dengan kekwn seramai 10 org, kami pindah ke situ. Time tu housemate aku: Lynn, Lilee, Harliza (Har), Zack, Cahaya, Ainul, UG, Zurie and Salina. Giler ramai. Umah tu ada 2 toilet 3 bilik. Disebabkan ramai, kami slalu adakan confrontation . Kalo ade problem, time ni la nak setelkan masalah. Mesyuarat rumah la, lebih kurang. Hahahaha...Dalam sengsara berkongsi bilik air dan perangai, kami happy. Ada crite klaka gak time duk umah ni.
Zack ni mmg jahat giler. Dia punya sadis menyakat kitorg sampai part nk ushar kitorg dlm toilet n tarik towel. Ada skali tu, dia usik UG yang tengah berkemban dengan towel. Plannya nk sakat utk cabut towel UG. Silap org la beb! Ug pegi ke dapur dan amik sebilah pisau potong sayur. Sambil menjerit "Zack! Ko dekat aku bunuh ko!" Kitorg yang saksi kat situ gelak separuh mati.
Ada plak skali tu, aku ngn Lynn n Lilee je ade kat rumah, kalau x silap. Aku bercadang nk mop rumah. Yela, kena la rajin time weekeend. Aku pun mop la. Before tu aku dah kasitau, "jaga-jaga skit. lantai basah". Yela, aku xde sign kaler kuning yang tulis 'wet floor' tu. Lilee n Lynn ade dekat hall sambil perati aku mop. time tu jugak Lilee tgh charged hphone di plug dekat dgn meja dapur. Tetiba, handphone si Lilee ni berbunyi. Si Lilee ni dengan ayu2 berlari kedapur. Tetiba, dia tergelincir jatuh siap terhantuk kepala lagi. Aku berderau darah ngn si Lynn ni. Ape la pulak jadi kat anak org ni. Lilee dah diam sekejap. Seminit pastu, "Aduiiii...huhuhuhuuuu.... sakitnya." Aku ngn Lynn ape lagi gelak separuh mati. Nasib baik lantai tu basah, kalo tak dah lama kitorg guling-guling. Berair mata aku nangis gelakkan si Lilee. Yela, dengan cara berlari tu yang ala2 fairy floating atas angin. Punya la happy bf call, sekali gedebup! jatuh. Hahahahaha... Ampun ye Lie.
Tapi aku paling ingat, aku kena masa birthday aku yang ke 19 (kalau x silap). Mula2, si Harliza ni pun berlakon la. Sambil 2,3 org tarik aku kat betul2 bwh tingkap rumah aku tu (rumah aku tingkat 1), "Farah, kaset Mariah Carey ko kat ner?" si Har ni tanya dr tingkap rumah. "Ada." cari la kat... Sekali aku pandang atas burrrrrrrr!!! drg simbah aku ngn air dr tingkat 1. Korg tau, rasa cam duduk bwh air terjun. 2 baldi drg simbah. Wahahaha.... pastu g kat playground kat situ, drg pecahkan telur ngn campak tepung kat aku. Aku dah rasa cam ayam yang dah marinade je. Tp paling klaka si Har nk pecahkan telur tp x pecah. Disebabkan aku ni baik aku biar je dia ketuk dulu telur tu kat pokok sblm dia ketuk atas kepala aku. Muahahaha...jahat ar drg ni... but then it was the best birthday party for me.
Ok..nanti aku sambung lagi...
Monday, May 18, 2009
Aktiviti minggu lepas...
Kebetulan pulak pagi tu saya lupa, kena fotostat lesen sbb abang Sham da mintak. Nasib baik la saya baru refill ink printer. Printer ni kakak saya yang bagi (bagi ke??? hahaha). Brother DCP115C. Printer ni boleh copy ala2 photocopy machine. Tapi cam lembab sket la tahap kelajuan dia.
Saya pun mula nk copy lesen tu ala2 adik2 yang keje kat KOOP Pensyarah kat bawah tu. Cubaan pertama- gamba bertindih, kedua- senget, ketiga- gamba terlalu kebawah.. Arggghhhh..lepas cubaan ke 5 saya give up..tp KOOP tu kat bawah dan saya punya bilik tingkat 3. Turun ok, naik masalah. MALAS. So, nak x nak, CUBA SAMPAI JAYA, bak kata cikgu skolah rendah saya. In the end, berjaya jugak la walaupon saya berpeluh sekejap.
Ahad, 17/5
Kat Temerloh, hari ahad adalah hari org pegi ke pasar. Pasar kat Temerloh ni sangat la besarnya. Agak2 dlm 1-2 km panjangnya pasar ni. Tp orang Temerloh x panggil pasar, kitorg panggil Pekan Sehari. Tapi dek loghat Temerloh, dari Pekan Sehari dah jadi Pekan Sari (sebutan sa- ghii)..walaupun kat sini xde plak aku nampak org jual saree. Hahaha..
Ramainya umat...:P
Jumpe plak kawan aku, Khairee Saad n wife. Dia ni baru kawen ngn gadis Sabah, so x buat majlis lagi kat belah lelaki. Aku sempat la borak2 sket tp cam segan2 ayam sbb ade bini dia. Malu la saye....hehe.
Benda apa yang aku beli? Erm....stongan (hand socks) sbb jumpe plak kat sini. Yolah, abang Sham dah membebel sbb aku slalu sgt kuar umah pakai short sleeve. Dia kata, dia menyampah tgk ppuan yg pakai tudung tp tangan terbukak. "ADUSS! DUSHUM! macam kena tumbuk plak kena perli. Tapi aku ni degil. Bak kata orang Temerloh, babil (sebutan, babeii..), aku wat derk je dia membebel pon. hahaha. Ok2...selain dr stongan, aku beli food. Ada rojak, jeruk, air coconut shake, n ayam goreng. Mak Jah da cover beli kuih-muih.
Masa balik tu, aku drive keta. Saja kena buli ngn abg sham. Dia kata aku bwk keta cam org mabuk. Yolah...aku x bese lg bwk keta. Haha. Masa balik tu, abg Sham soh aku guna jalan Kg. Bangau. Saja malas nk lalu jalan besar. Byk keta. Aku bwk la style McLaren aku..haha. Jalan kampung, tau2 je la. Penuh dengan ternakan...and guess what? Aku langgar TAHI LEMBU!! Fresh lagi... Hahahaha... Balik tu...aku ngn abg sham kena basuh keta...sambil menyumpah lembu tu..Hampeh!!!.
Abg sham yang terpaksa membasuh keta..hahaha
Wednesday, May 13, 2009
Kisah Makaroni Part 2- Episod Balas Dendam
Kisah 1:
Makaroni kena jaga exam. Tetiba lak pagi tu Makaroni ngn housemate dia, Pasta terlambat. Xde la lambat mana 10 minit je. Kalau ikut pekeliling pun 45 minit sebelum exam bermula. Kebetulan Pasta ngn Makaroni kena jaga exam kat dewan yang sama. Dengan langkah yang ala-ala separa laju tapi ayu (yolah, dah kena pakai heels!), Makaroni n Pasta ni menuju ke Unit peperiksaan. Jeng..Jeng..jeng... Ade Si Poyo tu kat situ. Dengan menyandar kat kerusi (kalo kerusi tu leh jerit, lama dah meraung sbb berat..haha), dia pun memandang kat Makaroni ngn Pasta yang sardin je masuk.
"Ni datang kul brape ni? Kalo jaga dewan dah lewat ni....bla..bla..bla.." Mata dia sikit lagi nk terkeluar pandang 2 gadis comey ni.
Pasta jawab slow2 yang Makaroni pasti si Poyo x dengar. Makaroni dah gelak2 dah. Serius..dah xde rasa nk jawab pertanyaan si Poyo tu. Rasa kelakar plak nampak muka kembung dan hidung kembang-kempis menahan marah si Poyo tu. Pasta pun ape lagi, dah kawan duk gelak x kan la nk malu2. Selamba la terdengar "kukkik-kukkik" gadis berdua ni.
Si Poyo ni dah geram. Plan yang memula nk marah2 budak2 muda dan ayu ni terbantut. Alih2 dia plak kena gelak. Mata si Poyo memerhati dua gadis tu dengan hebatnya, tp x terkata pape sbb drg selamba ayam je blah ke dewan. Hahhahaha...
Kisah 2:
Makaroni terpaksa mengambil barang2 dirumah sewa yang bakal diduduki oleh org baru. Makaroni mengajak opismate aka partner in crime, Fettucini, pergi ke Shah Alam. Sempat lak gadis2 comey ni menghabiskan masa di SACC. Dalam duk jengah sana-sini, x beli pon sbb xde sale, ternampak si Cambest dan familynya. (Harusla kenal, jiran).
Makaroni dengan hepinya pun memanggil bini Cambest sbb bini dia ni baik ngn budak2 umah dia ni. "Kak Stylo!" Dia pun berpaling. Sambil tersenyum menandakan dia nampak si Makaroni sedang berjalan ngan Fettucini. Habis cerita disitu. Makaroni senyum membalas.
Esoknya, cik Makaroni ni kena jaga exam lagi. Kebetulan Encik Cambest ni adalah pemantau. Sedang asyik Makaroni mengisi ruang2 yg perlu diisi diatas borang2 ketua pengawas, Cambest menjenguk dan menghampiri.
Sempat pulak dia bergelak mesra, "Eh, awak yang dekat SACC semalam kan." Makaroni menganguk sambil senyum mesra. Makaroni ni x reti masam2.
"Itula, semalam saya shopping. Abis RM4000. Dari OU, pegi ke SACC, PKNS last skali Alamanda."
Makaroni senyum lagi sambil pikir, 'perlu ke sebut RM4000 tu?"
"Wa..Banyak En. Cambest shopping. Akak Stylo shopping handbag ke?"
"X..beli untuk budak2. Beli Guess Kids jeans 2 helai. Tersilap ambil, x sedar terambil yang RM 289 punya. Dah amik bayar je la. Hahaha.."
"X shopping time sale ke?" Makaroni nk berbual la skit, tgk reaction dia.
"Owh..kitorg mmg x shopping sale. Ramai orang plus penah kena tipu...bla..bla..bla....
Dia siap buat keje dia dan blah. Makaroni masih lagi cam xpercaya dengan ape dia berbual td.
'Perghhh!! anak2 pakai Guess. Aku pakai jeans cap Ayam je.' pikir si Makaroni. Takpe la...dia mampu.. Tp perlu kah sebut semua tu..Guess Kids..RM289..x beli masa sale...
OK..OK...sukati ko la kan...tp meluat betul!!! Euwwww....kenapa nk berbual sampai tahap tu sedangkan dengan aku x pernah lak dia berbual, malah senyum sekali pun...Hmm...Makaroni diam lagi...
Balik rumah..Makaroni ape lagi...kongsi ngan Rona, Roni, Pasta dan Kak S..hahhaa....sharing is caring beb..Muahahahahaha...
Abis sudah..hehe
Tuesday, May 12, 2009
rings..:)
Dah lama me n Faiz discussed about this. Her mum also agreed that he should take me to any jewellery shops, and let me choose the one i like the most. At first, me mmg agak rasa kelakar. Yolah....x penah2 minah ni pakai cincin apatah lagi barang kemas yang lain2 tetiba kena pilih. those who know me well, they shud know that i'm not 'mami jarum' type..The only ones that i have are a simple bracelet and a pair of earings that given by my mum, descended from my grandma....hahaha. i have nothing against those who in favour. Really, kalau korg suka itu hak korg...saya tumpang gembira.haha.
Rasa cam pelik..serius..
Then, masa me n housemates jenjalan kat Kuantan, di East Coast Mall, sempat gak menjenguk kat Wah Chan. I had my eyes fixed on a beautiful gold ring. Simple but then ada diamonds (which i don't like)..Harga Ok gak...within our budget. I like simple ones like this..
and also like this one..
Faiz's family plan to come to my house. Kebetulan pulak my family plan to do kenduri doa selamat plus tahlil. maybe then, they can come and discuss. That's when 'risik' kut. And InsyaAllah, October we will proceed with engagement. I'm thinking of my brithday 25 Oct. Ok what...Sunday. hehe...but, kesian la mak...Isnin dia gi kantin skolah...Tengok la nanti..hehe..
Apa-apa pun...InsyaAllah...kami hanya merancang.
Fara Faiz
Friday, May 8, 2009
I felt like I wanna shout to them
What I want to tell you is actually about a group of Chinese who don't know how to shut their *^#^ mouth. When they came in, the film had already started for 10 minutes. They came in talking about sthg in Chinese. Their seats were just behind me. Mine was in the 2nd last row, which makes theirs the last row. But these *&^%!! Chinese didn't stop just there. During the time, they kept talking in their damn language which irritates me. Not because I don't understand their language, (to hell with that), it is because THEY WERE TALKING AS THE MOVIE WAS SHOWING..... Arghhhhh....
There were 6 / 7 of them. Imagine that the whole time, I need to hold my fist, aching because of these stupid fellas. If not the ones behind me, the ones at the end of the row, or even behind my friends. We did "Shooohhh" them a few times, but stupid people are just stupid. I felt like I want to turn my head to them and shout " Wei Cina! Orang lain pon nak tgk wayang la! Jangan la buat bising!" but I don't want to miss any part of the film...and I don't want to make my own scene if it turns to be an arguments... But, it kept worsening. I turn my head, suddenly they shut their mouth....for a while..... Huhuhuhuuuu... After that, they kept doing it until the end of the film. Dowhhhhh...it felt like I was watching a Chinese film "The Sniper' instead of Star Trek....
I couldn't understand of the people who just couldn't grasp the idea of SHUT UP whenever you are watching a movie. Dude...you are sharing it with other human beings...
Monday, May 4, 2009
My own Black Book..hehe
Mesti pelik kan? Nape plak la aku isi gamba buku kaler hitam ni. Actually, buku ni aku recordkan my journey with Faiz. Ada la tiket wayang, gambar kitorg...Ala2 scrap book la. Macam cik Lilee ni kata, aku ni jiwang.(Iyolah tu..). Aku rasa cam x nk ilang je benda2 yang record pasal aku ngn Faiz. So, by using this black book, aku leh simpan macam2 yang aku nk. What makes it more interesting, kertasnya color hitam. So, aku akan tulis dengan liquid paper, pen ink silver n gold. hehehe...Rasa cam budak2 je.
Black book ni, aku akan bg pada Faiz satu hari nanti. X tau la bila, lepas kawen ke..bila ke.So far, dia x tau lagi. Benda ni aku simpan elok2...Just, x slalu update. Yela...jumpe pon ade la brape kali je sebulan. itu kalau sebulan ade jumpe. Kalo x, aku x jumpe pon dia. Tp aku xde rasa pape..sebab aku ni ati kering sket.
Kekadang tu jeles gak ngn org lain, berkepit sana-sini. Tp aku cam da xde perasaan. Rasa cam OK je kalo x keluar pon. Harap En. Faiz ni tahan la ye. hehehe..
Intro..
Wah..baiknya saya...siap bg salam lagi. Xde la..sbb ni entry pertama kan??? Actually, blog ni purposely dibuat untuk merakamkan my journey towards becoming "somebody". It is quite personal so, aku saje je private kan. Sebab, rasanya terlalu personal lak kalo orang luar nk bace. Aku mmg saje nk kongsi ngn kawan2 terdekat. And, mintak korg nyer advise gak.
Cerita ni aku mmg nk kongsi ngn kekawan je..sebabnya sangat la private...Kang orang kata aku poyo lak. Tp, benda ni sekali seumur idup. Kena la ade prove....hehehe.. K la..dah merepek bermacam-macam ni...Tunggu entry seterusnya.
:P