Adam

Daisypath Happy Birthday tickers

Adik

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Thursday, May 21, 2009

Pangsapuri Anggerik Indah 2002-2006 (part 1)

Buat kawan-kawan masa blaja dulu..

Masa semester ke3 kat UiTM, aku n kekwn dah kena duk luar. xde privilage dah nak duduk kat hostel memandangkan kekurangan hostel di seksyen 17. Priority hostel tu hanya untuk students INTEC. Dulu aku sangat x suka students INTEC ni sbb tau la drg pandai, tp drg ni anak org kaya. Stok bwk keta sport gi kelas. Nak dibandingkan dengan kami yang dah la kurang kepandaiannya (kalau pandai dah tentulah join budak INTEC tu), anak Melayu yang parents xde la kaya mana. So, sebaik saja kami mencecah tahun ke3 di UiTM (ni termasuk Pre ye), kami dah kena duduk luar. Time tu, rumah sewa yang available adalah di seksyen 16, Pangsapuri Anggerik Indah.

Kalau sebut nama apartment ni mmg gah. Rasa cam duduk kat area ala2 Damansara..hahaha. Tapi kalau tgk la kawasan dia, hahaha.. lebih sket je dr flat murah. Kami berjaya dapatkan sebuah rumah di Blok A, no:10. So, dengan kekwn seramai 10 org, kami pindah ke situ. Time tu housemate aku: Lynn, Lilee, Harliza (Har), Zack, Cahaya, Ainul, UG, Zurie and Salina. Giler ramai. Umah tu ada 2 toilet 3 bilik. Disebabkan ramai, kami slalu adakan confrontation . Kalo ade problem, time ni la nak setelkan masalah. Mesyuarat rumah la, lebih kurang. Hahahaha...Dalam sengsara berkongsi bilik air dan perangai, kami happy. Ada crite klaka gak time duk umah ni.



Zack ni mmg jahat giler. Dia punya sadis menyakat kitorg sampai part nk ushar kitorg dlm toilet n tarik towel. Ada skali tu, dia usik UG yang tengah berkemban dengan towel. Plannya nk sakat utk cabut towel UG. Silap org la beb! Ug pegi ke dapur dan amik sebilah pisau potong sayur. Sambil menjerit "Zack! Ko dekat aku bunuh ko!" Kitorg yang saksi kat situ gelak separuh mati.

Ada plak skali tu, aku ngn Lynn n Lilee je ade kat rumah, kalau x silap. Aku bercadang nk mop rumah. Yela, kena la rajin time weekeend. Aku pun mop la. Before tu aku dah kasitau, "jaga-jaga skit. lantai basah". Yela, aku xde sign kaler kuning yang tulis 'wet floor' tu. Lilee n Lynn ade dekat hall sambil perati aku mop. time tu jugak Lilee tgh charged hphone di plug dekat dgn meja dapur. Tetiba, handphone si Lilee ni berbunyi. Si Lilee ni dengan ayu2 berlari kedapur. Tetiba, dia tergelincir jatuh siap terhantuk kepala lagi. Aku berderau darah ngn si Lynn ni. Ape la pulak jadi kat anak org ni. Lilee dah diam sekejap. Seminit pastu, "Aduiiii...huhuhuhuuuu.... sakitnya." Aku ngn Lynn ape lagi gelak separuh mati. Nasib baik lantai tu basah, kalo tak dah lama kitorg guling-guling. Berair mata aku nangis gelakkan si Lilee. Yela, dengan cara berlari tu yang ala2 fairy floating atas angin. Punya la happy bf call, sekali gedebup! jatuh. Hahahahaha... Ampun ye Lie.

Tapi aku paling ingat, aku kena masa birthday aku yang ke 19 (kalau x silap). Mula2, si Harliza ni pun berlakon la. Sambil 2,3 org tarik aku kat betul2 bwh tingkap rumah aku tu (rumah aku tingkat 1), "Farah, kaset Mariah Carey ko kat ner?" si Har ni tanya dr tingkap rumah. "Ada." cari la kat... Sekali aku pandang atas burrrrrrrr!!! drg simbah aku ngn air dr tingkat 1. Korg tau, rasa cam duduk bwh air terjun. 2 baldi drg simbah. Wahahaha.... pastu g kat playground kat situ, drg pecahkan telur ngn campak tepung kat aku. Aku dah rasa cam ayam yang dah marinade je. Tp paling klaka si Har nk pecahkan telur tp x pecah. Disebabkan aku ni baik aku biar je dia ketuk dulu telur tu kat pokok sblm dia ketuk atas kepala aku. Muahahaha...jahat ar drg ni... but then it was the best birthday party for me.

Ok..nanti aku sambung lagi...

6 comments:

Anonymous said...

hahhahaha.....
aku x sangka aku blh jatuh weh! hahhahahhahah

Anonymous said...

hahhahahahhaha........
aku x blh lupa2!!!!!!
hahahhhahahhaha.....
adoi!
byk cite la weh.....
kalu nk syok2 cite hantu ke apa ke...duk dalam gelap dalam bilik keta reramai pastu sembang tak hingat dunia..... huhuhuhu sedih ni...... -lilie

FaraFaiz said...

aah...saje je...tetiba rindu kat kekwn TESL...huhuhuuu

ko la..buat aksi lari2 manje..sudahnya terlentang. buat panik aku je

Anonymous said...

hahhahaha bukn aksi manja la....aku lari aksi kartun la...korg je ckp aku lari manja. hahhahahah....aku nk lari cam org curi2 keluar rumah....hahhahahaha lawak betul! x blh lupa.... tp serious sakit wo kepala aku.... aku blh diam jap sbb nk pk aku sakit ke x..... adoih!

hana_lalalala said...

hahaha i pun x suka budak intec

FaraFaiz said...

hehe...bukan u slalu hang out dgn 1guy budak INTEC ke? hehehe