Kebetulan pulak pagi tu saya lupa, kena fotostat lesen sbb abang Sham da mintak. Nasib baik la saya baru refill ink printer. Printer ni kakak saya yang bagi (bagi ke??? hahaha). Brother DCP115C. Printer ni boleh copy ala2 photocopy machine. Tapi cam lembab sket la tahap kelajuan dia.
Saya pun mula nk copy lesen tu ala2 adik2 yang keje kat KOOP Pensyarah kat bawah tu. Cubaan pertama- gamba bertindih, kedua- senget, ketiga- gamba terlalu kebawah.. Arggghhhh..lepas cubaan ke 5 saya give up..tp KOOP tu kat bawah dan saya punya bilik tingkat 3. Turun ok, naik masalah. MALAS. So, nak x nak, CUBA SAMPAI JAYA, bak kata cikgu skolah rendah saya. In the end, berjaya jugak la walaupon saya berpeluh sekejap.
Ahad, 17/5
Kat Temerloh, hari ahad adalah hari org pegi ke pasar. Pasar kat Temerloh ni sangat la besarnya. Agak2 dlm 1-2 km panjangnya pasar ni. Tp orang Temerloh x panggil pasar, kitorg panggil Pekan Sehari. Tapi dek loghat Temerloh, dari Pekan Sehari dah jadi Pekan Sari (sebutan sa- ghii)..walaupun kat sini xde plak aku nampak org jual saree. Hahaha..
Ramainya umat...:P
Jumpe plak kawan aku, Khairee Saad n wife. Dia ni baru kawen ngn gadis Sabah, so x buat majlis lagi kat belah lelaki. Aku sempat la borak2 sket tp cam segan2 ayam sbb ade bini dia. Malu la saye....hehe.
Benda apa yang aku beli? Erm....stongan (hand socks) sbb jumpe plak kat sini. Yolah, abang Sham dah membebel sbb aku slalu sgt kuar umah pakai short sleeve. Dia kata, dia menyampah tgk ppuan yg pakai tudung tp tangan terbukak. "ADUSS! DUSHUM! macam kena tumbuk plak kena perli. Tapi aku ni degil. Bak kata orang Temerloh, babil (sebutan, babeii..), aku wat derk je dia membebel pon. hahaha. Ok2...selain dr stongan, aku beli food. Ada rojak, jeruk, air coconut shake, n ayam goreng. Mak Jah da cover beli kuih-muih.
Masa balik tu, aku drive keta. Saja kena buli ngn abg sham. Dia kata aku bwk keta cam org mabuk. Yolah...aku x bese lg bwk keta. Haha. Masa balik tu, abg Sham soh aku guna jalan Kg. Bangau. Saja malas nk lalu jalan besar. Byk keta. Aku bwk la style McLaren aku..haha. Jalan kampung, tau2 je la. Penuh dengan ternakan...and guess what? Aku langgar TAHI LEMBU!! Fresh lagi... Hahahaha... Balik tu...aku ngn abg sham kena basuh keta...sambil menyumpah lembu tu..Hampeh!!!.
Abg sham yang terpaksa membasuh keta..hahaha
6 comments:
wei makcik,ko lupe tulih yg ko bwk myvi di jln jengka..smpi ade pencucuk di blkg keta...hehehe
hehehe..itu malu la kak..hhahahaha..
haha kelakar lah photocopy lesen tu.. haha
Haha..serously..i x nk da buat sdri lps ni
sian taik lembu tu...baru nk tgk dunia...da kebumikan lom??
euwwwww... :P
Post a Comment