Adam

Daisypath Happy Birthday tickers

Adik

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Monday, June 29, 2009

First Anny...

Assalamualaikum...

Me n Faiz celebrated our first anniversary. Tak sangka, dalam diam2 our relationship has blooming to this extend.

27 June, we went to JJ Bukit Tinggi Klang. I have planned to buy handbag or heels that caught my eyes. There was none. Broken-heartedly, we went to Bukit Raja since I knew the area quite well. Again, we walk out from there with only a pair of VOIR heels that I fell in love with. Faiz agreed that they look nice on me. kuikuikui....


At the same time, we were searching for our "cincin risik". Xde jugak yg menarik perhatian. Yaya called and said there was a fair by Wah Chan at MidValley. Disebabkan da sedih, xdapat ape yg dimahukan, Faiz suggested that we should go to MidVall. Again, xde yg dicari dan x puas ati.

Esoknya,
28 June 09

Our first anniversary. We went to Kuantan. Kat sini, aku dah ade yg aku aim. Because, a week before dah g East Coast Mall (ECM) ngn Suzai. Aritu da berkenan kat dua handbags kat SEED. Sampai2, aku terus tarik Faiz masuk PADINI Concept Store and showed him the ones I like. As he promised me, he bought me one and the other one I paid it myself.


We walked around the mall. Searching for the most important ones. Ring. Mak Faiz da suruh cr jugak. So, by hook or by crook, we need to buy it that day. Pusing...pusing...we stumbled at one shop...Small but OK la.... So, pilih2...ade yg berkenan di hati...Hehehehe..and Faiz really satisfied with the one we chose. Mak dia dah pesan nk camni..camni... so, agak berpadanan la kut.

After that, we had our lunch at Teluk Chempedak (TC). The first time he proposed to me was at TC. So, a year after that, here we are again. Because of it was at noon. Panas, kitorg x jalan kat pantai. After lunch, we head back to our home.

Rasa cam pelik. Setahun lepas, me n Faiz baru je bercinta dengan seriusnya. Selama tu lah, Faiz tahan sabar ngan perangai aku yg agak manja mengada2, angin x tentu pasal, moody, rimas berkepit... Shiaaaannnnn dia..... xpe la... but HE REALLY LOVES ME. and ME TOO.

Xpe la...kena la layan gak kannnnnn???? hehehe...

Updates..updates...

22-25 June 09


Colmar Tropicale Bukit Tinggi



Penat..tp agak OK la..nice view...bukan gi jenjalan tau. One of the secretariat yang bertugas. Malam2 da abis keje, g amik gamba..OK x? hehe.. Tp sebenarnya, tempat ni setakat cantik je la..nk holiday, nasihat sy n kwn2..xpayah la.. If datang just nk jenjalan, x spend nights..OK.. kat sini hotel dia, hygiene teruk(pinggan kotor, toilet busuk, insects masuk dlm food), layanan n room service teruk (main suka hati je marah2 perli customer)...So, xpayah la nk stay kat sini...

Tapi...sedey...the night I came back from Colmar, x sengaja terpijak seekor lebah yang x cute langsung... mayb sbb pijak dengan penuh perasaan, sengat lebah tu masuk dlm jari kaki. It even made a small hole. Ingatkan sakit sikit je..esok pagi dah bengkak. I went to a clinic and got an injection, plus 4 packets of medicine. Eughhhh.... hate that..huhuuu.. Now, I'm recovering. Tension dowh!!!!!!

27-28 June

Me + him's anny...
Klang- KL- Tloh- Kuantan
Got 2 things as a present from him... *blushing*

Monday, June 15, 2009

Wedding pictures

This is for Hana and others who couldn't make it for these ladies' weddings.

Ashu's wedding




Zurie's wedding

Kenduri Shahrir..kena tggu Adib send email gambar..orait kawan..kawansss...

p/s: ini pon cilok dr facebook Lilee n Frienster Anis...maap...haha

Tuesday, June 9, 2009

Merajuk...


BF saya ni ada satu peel.. Dia suka sms saya, bertanyakan khabar..bertanyakan soalan yang membuatkan saya rasa dia sgt interested nk berbual dengan saya. Contohnya:

Hi! Awak buat pe arini? Bz? Da dinner? Sok keje g kol brape?

Saya pun akan membalas msg itu dengan hati yg berbunga2. Tapi, selepas 10 minit..20 minit... saya tau dah...dia da tido. :(

Mmg saya tau..dia penat. Dia keje penat hari2. Tapi...jgn bg sy mengharap... Senang aje..

Msg sy, say hi and cakap la penat arini... n lepas beberapa msg..kita stop la. sy x harap dia msg sy sampai subuh..sy cuma nk tau how's his day...huhuuuu
Smlm, sy kata pada dia..kalo dia tido without saying gud nite to me....esok sy x akan layan apa2 msg n call dr dia...puasa! hehehe.... And guess what...dia buat gak lagi malam td...dia ttdo...sy kata..kalo nk tdo gtau sy dulu...tp dia trus ZZZzzzzzz..... So, arini sy x kan layan ape2 sms dia ataupon call dia..padan muka...
Pagi td dia msg..say sorry.. Eleh..Sorry..sorry..naik lori la...
Let's c how it's going to be... :P

Monday, June 8, 2009

Misteri Sesat di Puncak Alam


Semalam, teman2 aku yg balik dr Temerloh (dtg ke kdri Zurie), sampai agak lewat ke KL. Jammed dr Highway LPT lagi, kata drg. Sedang aku lepak2 di opis, si Lilee msg aku. Dia suruh YM. Hmmm...aku ni mata da lalok giler. Ngantuk... Walaupon sedikit reluctant, aku layan gak si Lilee ni. Aku tggu la dia on9.

Aku summarize je la ape dia cite eh...penat lak nak bace nt...
Citenya camni...

Lepas balik dr hantar Lilee, Wab pun memulakan journeynya balik ke Ampang. Lilee yg prihatin pun telah call BFnya. Tetiba, Wab kata dia sesat. On the way, Wab macam dah tersalah masuk simpang. Entah kemana da dia sesat...sebb dah nampak hutan je. Dlm tengah kalut2 tu ade sorg pakcik ni dtg dengan menaiki motor. Pelik! Mana tah dtg pakcik ni.

Pakcik ni nak tunjuk jalan, tp dia nak naik keta Wab. Dia nk tinggalkan moto, dan tunjukkan jalan. Uishh!!! Sampai nk tglkan motor? Katanya, dia ada kawan kat tol tu. Boleh mintak tolong dia antakan nt. Dalam masa yg sama, Lilee masih lagi on phone dengan Wab. Pelik, Lilee hanya dengar suara Wab sedangkan suara 'pakcik' tu xdengar langsung.

Lilee dah larang Wab bg pakcik tu naik. Lilee, Rynn n Ridz dah cuak dan get ready nk g amik Wab. Disebabkan derang nk g amik Wab, pakcik tu mengubah pelawaannya. "Xpe la, jom dtg umah pakcik. Makan nasi, isteri pakcik da masak." Ha???? Lilee dah jerit pada Wab jangan ikut pakcik tu. Nasib baik Wab ikut, dan pelawaan pakcik tu ditolak. Wab, at first dah hampir termakan pujukan pakcik tu. Katanya, pakcik tu baik...dia nk ikut.

Pastu, Wab teruskan memandu mengikut kata pakcik tu. Jauh juga, baru nampak tol tersebut, yang mana xde ape2 sedangkan pakcik tu kata ada kawannya kat situ. Tp xtau la pulak kalo kawannya tu keje tol. Hehe.. Masa pakcik tu bergerak ke keretanya...Wab x nampak pakcik tu park motonya kat mana....

Elok aje Wab balik, Lilee terima msg2 Wab yang pending. Bertubi2. Pelik, masa Lilee call tu dapat pulak. Kalau xde coverage mesti la Lilee x leh call. Msg2 Wab tu agak membimbangkan.
1. be lepas trafic kanan kn?
2. be bu sesat
3. be ada pakcik nk tolong bu...
4. be bu nk ikut pakcik ni....

(be: Lilee, bu: Wab)
Buatnya si Lilee ni x call...sah Wab dah balik ngn pakcik tu...

Soalannya kat sini..
Siapa pakcik tu? Manusia? Atau bukan manusia?
Kalau manusia, kenapa perlu dia beria camtu skali? Apa niat dia? Sedangkan dia boleh bg direction aje?
Kalau bukan manusia...siapakah/apakah yg Wab jumpe malam tu?

Hmmm....itu..aku biarkan korg pikir sendiri..
Pesanan aku...
Jangan Biar hidup anda diselubungi misteri...hehheeeee...

Sunday, June 7, 2009

Plan..


Assalamualaikum..

Hari Sabtu, 6 Jun 09..mak n abah Faiz datang umah utk kenduri arwah. Saja nk kenal2 family katanya. Xde hal la...hehe.. Faiz je goyang! Dia cuak ngn mak aku..kuikuikui... Yolah, ngn abang2 aku dia dah bleh masuk. Muahahaha. Ada ke dia ckp, semua dia makan xde rasa pape.. Punya la cuak ngn mak. Mak plak kebetulan duduk dekat betul ngn dia. Bila aku ckp Faiz cuak, mak aku ketawa kuat. Entah si Faiz ni, bukan first time dtg umah...entah apa dia cuakkan. Hahhaha..

Lepas dia balik tu, dia ada gak cakap2 ngn mak dia pasal kami..Correction, mak dia yg ckp. Mak dia kata, InsyaAllah..bulan 7 boleh la dia dtg merisik. Maknanya dah bagi green lite lepas dah kenal2 ngn family. And, hari ni jugak kitorg ade ckp lagi. Kebetulan adik dia ada balik, so drg berbincang secara seriusnya.

As discussed among them, plan risik bulan 7, tunang bulan 10 (plan 25hb 10, my bday! hehe), kawen bulan 3. Hah? Bulan 3? aku dah diam da...aku plan kawen bulan 6. Cam agak tercepat je... Sempat ke? Hmmm... Tp, aku pk2 balik..mak aku x nk time dia sibuk...xtau la... Tp bila dah gtau kat mak dia x terkejut sgt. Macam dia pernah pikir je..huhuuuu... xpe la...nt boleh pk lagi..hehe

Xpe la..yg penting aku happy.. Semuanya cam dipermudahkan. Family dua2 senang kami berdua. InsyaAllah... :P

Cuti dan kenduri

Macam biasa. Kalo time cuti2 skolah ni, wajibla org buat majlis kawen, kenduri dan sbgnya. Memandangkan umur saya ni mmg umur2 org berumah tangga, haruslah kawan2 anta kad jemputan kawen.

6 Jun 09

Rumah saya pun buat kenduri gak, tapi bukan kenduri kawen la. Kenduri arwah dan juga doa selamat. Dah lama sangat rasanya x buat kenduri. So, Jumaat malam, sehari sebelum kenduri, saya memulakan kerja2 preparation untuk kenduri. Siang harinya, saya menjadi supir menghantar mak membeli barang2 nk masak nanti. Menu dlm pikiran Chef a.k.a Mak Jah, soto, meehun goreng n kuih gula melaka. Sambil tu saya hulur2 kan juga untuk membantu, walaupun x seberapa.

Balik tu, kemas umah. Beberapa hari sebelum tu saya pegi amik pekerja Indon mak saya, mintak tolong kemas umah. FYI, mak saya memang jarang kemas rumah memandangkan mak mempunyai kontrak kantin. So, hari2 mak saya sangat memenatkan. Xde can la nk kemas umah beria2. Saya pun kemas apa yg patut dan angkut sofa keluar umah untuk make sure ada ruang cukup org bersila baca doa nanti. Malam tu, tido kol 1 pagi lebih. Pagi soknya, mak dah panggil kul 5 lagi. Sebab kenduri start lepas subuh. Nak bangun tu, Allah je la tau malasnya. Alhamdulillah, kenduri berjalan lancar. Jiran2 ramai datang dan juga jemputan dari jemaah subuh di masjid. Selain jiran2, mak n abah Faiz jugak dtg. Agak malu2 kucing gak saya..Muahahaha....

abg2 sy tgh berborak ngn tetamu


Adik saya yg sibuk buat kuih kat dapur..

Ok2...itu kenduri umah saye...

Ini kenduri umah orang. Kawan2 saya ada yg melangsungkan pernikahan hari Sabtu tu. Antaranya, Elynn/ Rusmalina, kawan dr sekolah rendah dan juga Nurfaidah (kawan exSKTL dan juga exABS). Congrats!!! xde gamba, sbb penat dan x larat nk posing lawa2. Muka pon da sememeh dengan peluh. Xde rasa nk touch up.

7 Jun 09

Kawan saya, Rynn + Ridz+ Aisya, Lynn + Mirul, Lilee + Wab dtg ke Temerloh. Kitorg pergi kenduri kawen Zuriyani a.k.a Zurie. Aku la jadi penunjuk arah.. biasala.. aku kan org Temerloh. Cantik Puan Zurie ni masa kawen.. Hehe... Congrats!!

Kitorg sempat la bersepah sejam dua kat umah dia neh...hahaha. Aisya tukar pampers lg. Dah 3.30 pm baru la kitorg gerak balik. Maaf la...gamba belum dapat sbb sy x bwk camera dan agak mls nk kuarkan handphone. Kena la tggu cik Lilee send thru email. Or saya curi je dari facebook dia..muahaha.. Ataupun... korg view kat blog rynn n ridz .. here

Hari ni jugak, kawan skolah ABS, Izhan buat majlis menyambut menantu. Aku x g..faiz jer..kitorg split sbb kena la aku layan kawan2 aku yg dari jauh ni. Faiz just g sorg. Ramai tanya mana aku...soklan biasa..hahaha...

Ashu pon kawen arini. Xleh la nk g, jauh sgt la Perak tu. Kalo dekat leh gak buat gila pegi 2 tempat sehari cam aku buat masa Rynn n Irda kawen dulu. Hahahaha...Pape pon...Congrats!

Last skali...CONGRATS dan SEMOGA BAHAGIA... pesanan pihak penaja...cepat2 follow step Rynn n Ridz...jd mummy n daddy... :P



Hasil dr menghadiri kenduri kawen...ini campur family nyer dapat skali...banyakkan???

Friday, June 5, 2009

Tick Tock Tick Tock...


Yohaaa!!!

my First anny is around da corner... this is first time i hv a serious kind of relationship....lain2 skandal memanjang. So, xleh kire..

28/06.. hehe

Monday, June 1, 2009

Ngeri...

Beberapa ari lepas aku merayap dlm youtube. Dlm click2 tu, ternampak clips natural birth. Tangan ni gatal sgt, click la. Ye la...curious. Sebab geng2 aku, da ramai yg dah jadi mummy. So, agak curious, aku pon tgk la clip tu. Ada few questions yang aku nk sgt tau tp x tertanya.Segan kut..haha.


1. Masa deliver tu, doctor akan tgk la v*&%$ org tu?
2. Banyak ke darah?
3. Pelik la...muat ke baby yg besar tu nk kuar?

First question aku terjawab. Aah...drg tgk!!! Malunya. So, kalo ade hubby, ade male doctor, nurse..sumer tgk! Huhuuuu...

2nd q: so far yg aku tgk xde la byk..hmm..tu xleh nk diconfirmkan..

3rd q: Kuasa Allah. Senang je nk kuar. Hmmm....

Tapi...trus trg aku ckp...aku NGERI! Adui...camne org leh relax eh... Aku mmg cam da trauma pas tgk video2 tu. Cam xnk je lalui. Kan senang kalo, pregnant then trus dapat baby..huhuuu..takotttt!!! Tapi..mana baby tu nk kuar kan? Haha...