Adam

Daisypath Happy Birthday tickers

Adik

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Pages

Friday, December 23, 2011

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus



Assalamualaikum,


Sebentar tadi terbaca status FB seorang yang dikenali ketika belajar dulu. Tak tahulah boleh dikira kawan atau sekadar kenalan, tapi kami pernah bertegur sapa dan berbalas senyuman.


Baru-baru ini dia telah bernikah dan sempat juga saya lihat gambar2 perkahwinan dia. Seronok juga melihat gambar dia. Cantik dan meriah. Alhamdulilah. 


Namun, tersentak hati saya bila membaca status FBnya hari ini. Dia terpaksa memakai tudung untuk gambar bagi kad nikahnya. Statusnya tu sendiri dah menimbulkan sangsi saya namun lagi terkejut bila saya membaca komen dibawah status tersebut. 


Ada yang mengatakan BODOH, SANGAT BODOH. Itu komen dari orang yang beragama Islam.Yang bukan Islam pula menyarankan memakai rambut palsu. Nauzubillah. Ada pula yang komen tentang memakai tudung ketika menguruskan proses kad tersebut. Astaghfirullahalazim.


Sebelum ini saya hanya dengar dari mulut orang tentang kejadian serupa ini. Belum pernah lihat secara terang-terangan. Hari ini, terbukalah mata saya. Saya faham, ada yang berkeras tidak mahu menutup aurat tersebut. Malah tidak saya katakan saya ini wanita yang bertudung litup. Namun, tidak saya tentang hukum ALLAH swt itu. Tidak saya pertikaikan hukum Allah swt itu.


Saya bukanlah sesiapa yang sangat arif tentang agama. Sekadar berkongsi sesuatu disini yang mana saya rasa sangat sedih bila saudara sesama Islam saya sanggup mempertikaikan dan mengatakan bodoh kepada hukum Allah hanya kerana terpaksa melakukannya. MasyaAllah.


Ya Allah, kau peliharakanlah hambamu ini. Peliharakanlah kaum keluargaku dan peliharakanlah saudara-saudara Islamku. Tunjukkanlah kami jalan yang benar. Amin..


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. 


Surah Al-Fatihah

Thursday, December 15, 2011

Another milestone achieved!

Assalam..


Sejak kerja kehulu-hilir ni, agak busy nak update blog kat umah. Setakat on9 dlm bilik guna handphone je. Tido punya la awal. Kul 9 mata dah mintak tutup dah. Dengan Adam skali mama ajak tido.. sian si tecit tu. haha.

Sekarang ni, Adam dah pandai wat ni ...
Tadaaaaa!!!!


gambar blur sbb guna hp je,adam lak gerak2..hehe

At 3months 2 weeks old, Adam dah buat cobaan2 nak meniarap. Tapi bila dia x lepas nak meniarap, dia jerit la kat mama, Tok and PokDe dia. Haihhh...ini budak, macam2.

Tak lama lagi, laju la dia meniarap ni. Tido malam kena beware je la, sbb takut dia meniarap sendiri and tertomoih (tertekup) ke tilam.

Adam..Adam...hahahaha...macam2.

Okie dokie.. ai nak siap2 gi kelas ni. Slalu je update blog before gi kelas kan, nak wat camne, tu je masanya.

Orait peepsss!!! Buhbye....

Wednesday, December 7, 2011

I am a strong momma!!

Assalam..

Kepenatan dari travel siang hari x ilang lagi..

Adam dah nangis nak dukung.
"Jap ye Adam. Mama mandi, tukar baju.
Adam tunggu kejap..."

Siap mandi, tunaikan permintaan Adam nak berdukung. Rindu agaknya ngan mama dia. Seharian mama gi kerja, malam baru nampak muka. Sian anak mama ni.

1/2 jam kemudian,
Ala, Adam xkan x puas lagi berkepit ni. Mama dah penat..makan pun belum lagi. Lately ni mama jarang makan kat office.
Adam still lagi merengek, mintak attention.

Adam tertido x lama pastu. Mama Adam pun join tido dalam kepenatan.

1/2jam kemudian..
Alamakkkk!!! Adam dah terjaga smula. Merengek mintak susu and manja2 kan dia. Kena dukung lagi. Mama betul2 dah x larat. Kadang2 mama terlelap, x sedar yang Adam dah merengek-rengek / meraung. Tok n PokDe yang tolong tengokkan Adam dlm terpaksa. Siang drg dah jaga Adam, malam kena lagi?? Mama Adam ni, x reti2 ke. Malam jaga la anak sendiri...

Kul 2 pagi
Adam bangun minta susu. Lepas susu, mama gantikan diapers. Adam bangun sengih2 ajak main. Haduiii dak kecik ni. Mama on tv bagi Adam tengok kartun. Sejam pas main2, Adam tido smula selepas mama tepuk2.

Kul 4.30 pg
Adam merengek, mama kasi pacifier. Pastu dia sibuk merengek, nak mama peluk, nak tau mama dia ada tido sebelah dia.

Kul 6pg
Mama bangun, siap2 nak g keje. Travel Tloh-Jengka..

Itula rutin hari bekerja saya. Waktu cuti, ada hubby balik. Leganya!! Travel tires me A LOT!!!! Bila saya akan biasakan diri? i don't know. Moga2 Allah swt bantu saya, permudahkan hidup saya dan keluarga dan dekatkan kami agar kami dapat hidup seperti keluarga sempurna yang lain. Ameeen..

Thursday, December 1, 2011

Perihal kerije, anak x sihat, jauh ngan hubby dan angan-angan...

Assalam...

Hari ni dah masuk hari ke3 sy drive Tloh-UiTM, hari2..penat tu jangan kire la dekkkk... Adeh. Sampai je rumah, terus nak peluk si kecik nonet2 tu. Tapi, kaki, tangan lutut sumernya rasa nak rhelai(tercabut). Nak lagi semalam kelas akak abis kul 6 ptg dekk,penat uihhh..sampai kat umah dah kul 7lebih. Seb baik la Adam nonet2 tu tinggal ngan super Tok Jah n Super PokDe nye. Malam-malam, pas makan malam keje akak ape lg, tido la (mana nak kurus camni..adehh *tarik rambut*) Mak ngn abg Sham jugak yang melayan Adam. Sok2, Adam lg suka tok Jah ngan PokDe dia kutt..uwaaaaa

Sekarang akak xde geng dah kat Jengka ni. Kak Seri dah selamat pindah ke K.Pilah. Adoiii.. sangat rindu sama itu ahkakkk.. Kalau x, ade gak org yang leh melepak n lunch sesama. Leh gossiping-gossiping...hehe. Penyudahnya, akak kekadang x lunch pon. *buleh kurus le giteww! pfffttt...jangan harap!* Tapi, mak ade bg bekal. Air Nescafe ngan sausages goreng. Kenyang la jugakks..

Adam lately ni selesema. Ari Isnin ritu bawak ke klinik Rajesh kat umah MIL, siap kena pakai nebulizer lg. Dia relax je, sbb dah lega kut. Tapi semalam, selesema smula. Nak salahkan sape? takde sape2. Cuma cuaca ujan n sejuk kebelakangan ni, punca la kott.. ala, bese la tu. Orang tua pon leh demam.  Tapi akak la kalut dekk, anak ni la yang pertama. Mana reti sangat dekk... Adam pon sepatutnya cucuk 3bln dah xleh cucuk, sbb dia ada selesema. ~sigh~

Sekarang ni, duk jauh pulak ngan hubby semula. Weekend je la akak jumpa encekk suami terchenta. *sob..sob..* Sangat sedih sebab masa akhir2 pregnant ritu dah duduk berkepit je dengan hubby, masa berpantang, duk jugak ngan hubby (walaupun kat umah MIL, hubby ttp ade.). Ade la seminggu dua, masa duk umah mak yang kitorg duk PJJ lagi. Lain2 tu, mmg berkepitttt je ngan hubby. Adam sangat sayangkan papa dia. Asalkan papa dia balik, sibuk nak suruh papa dia dokong. *dokong ngan mama x best sbb mama xlarat dokong lama2* Papa dia pun sama, suka je melayan si nonet2 tu. Arini bru ari Khamis, sok Jumaat, Ptg sok ade la encekk suami terchenta dirumah.. YAY!!

 Sekarang ni, Adam dah kemain nakal and manja. Dia slalu mendera Tok Jah and PokDe dia. Dokong, jalan-jalan. Malam, merengek x nak duduk ats bouncer. Nak dokongggggg jugak. Eiii..dak nonet2 ni! Mama penat drive x ilang lg, Tok Jah and PokDe dah x larat nak layan. Tapi, layannn kan jugak. Kang x layan diamuk pulak satu rumah dengan jeritan high pitch dia tu.. Adesss!


Akak ni berangan la dekk. Akak teringin nak duk skali ngan encekkk suami terchenta and budak Adam nonet2 tu. Malangnya rejeki belum ada. Terpkasa la, hadap la apa yang ada depan mata dulu. Doogaan semua tu kan?

Ha, tu satu berangan. Ni, akak berangan lak nak membeli menatang ni.


Ni namanya Little BeansSupertrio Food Processor. Regenya, RM299. Sebabnya, Adam dah nak masuk 3bln. Lagi 3 bulan dia akan start makan solid food. Tetiba rajin nak memasak laks..wow!! So, kena la kumpoi duettt...hikhik. 3bln lagi..ermm..seratus sebulan. Okeh..okeh!

Dah la ye dekk, akak ni ngarut dr tadi. Membebelll je.. akak ni sebenarnya ade kelas jap gi. Okeh la dekk.. akak mintak diri dolu.. muah muah... kelasss ko Fara!! hahaha

Wednesday, November 30, 2011

Mommy's expperience ~ finale

Hadoiii...punya la lama nak ngabiskan cite ni...xpe2..arini abis..

Aritu berenti tang masuk labor room kan..

Pas dah masuk tu, dlm 5min, hubby masuk..Fuhhh lega...rasa nak menitik air mata tgk dia masuk. I knew at that time, he's the source of my strength.

Time tu kul 9am.. sakit dah x terkata dah... tp nurse2 ni sibuk nak amik bacaan jantung baby. Bukan la x kasi amik tp, mesin tu asyik2 x dpt bacaan. Tah hapa2.. pastu sakit dah makin kerap..Baby dah mula berpusing buat contraction nk keluar. Dilation masih bru 6cm..adoiii...

Yang klakarnya, ade sorg nurse pelatih ni sibuk duk suruh saya bace ayat yg diorg tampal kat tepi dinding. MAsa tu sy x pakai spectacles. Dia sibuk la kata, baca la kak..bla..bla..bla... Last2 saya sound, dik..akak x pakai spec la dik.. HADOIIII!!!! hahahaha. Tapi, hubby baca kan..and guess what, ayat tu sy hafal pon. Thanks to Pn. Dnazz, dia sms ayat tu the night before..

Around, 12.50pm, dilation 9cm, ok..boleh start proses itu..

Sy xleh lupa, ms duk push tu..byk la nurse2 pelatih duk hadap proses tu (mentang2 la hosp kjaan, ramai jek masuk ek...).. ada sorg pelatih ni sibuk duk hulur jugak tangan nak sambut baby. Sekali dia nyer head doc yang sambut aritu tepis tangan dia. terkejut sat!! hehe...

Xlama pun, 15 minit je, and guess what..i didn't feel the pain that much since the contraction was far worst than the pushing process itselt. Maybe Adam dah nak keluar sgt kutt.. 1.05pm. Alhamdulillah, Adam selamat dilahirkan. Leganya, Allah swt je la tau (mayb mommies yg lain pon tau kot..hehe).

Siap tu, baru tahu Adam kena bawa ke NICU since they said baby mayb kena jangkitan kuman. WHATTT!!!! and that is a different horror story.. sigh...

Well...sekarang Adam dah 3 bulan.. Sangat nakal n adorable.. Nanti mayb x update dah cite bersalin..cite pasal Adam jeee...hehehe

taken: 25th Oct 2011


Till then, daaaaa

Friday, October 7, 2011

Mommy experience PT.2

Ok..sambung cite...

Saya balik umah and get ready nak berbuka puasa la kan.. yang ada kat rumah time tu cuma saya, mak, Iera and hubby. Sedang berbuka tu, saya tetiba rasa cam sthg wrong sumwhere. Gi la masuk bilik, nak check if anything weird. Hati ni dah cuak la kan..mmg dah suspect lain dah..Dah sampai ke masanya?

Ye la pun..Ada sign darah and air. Hmmm...lepas gi toilet, saya pun bagitau hubby dengan secara x seriusnya, "Kena gi hospital la ni".. Mak saya pun agak2 x percaya sbb sy cakap sambil gelak2. Muka hubby dah cuak semacam. Saya xnak la dia lagi cuak,saya siap sambung makan and pergi mandi. Saya tau, kalau dah gi hospital ni harapan la nak gi mandi or makan dengan selesanya...

Kul 8 lebih, dekat2 kul 9.. sy pun ke hospital ngan hubby. Trus ke dewan bersalin. Bukan sebab nak bersalin dah, tp sumer kes check2 bersalin kena la wat kat situ. Lepas check itu dan ini, trus sy di tag dengan tag putih, warded trus. Cesss!! Dah agak dah...

Tinggal la saya di wad Kenanga 2 katil no.16. Huuhuuu.. 12.45 malam, air ketuban keluar. Kali ni, one shot trus. Basah kain n socks saya. Bila bagitau nurse, drg check and sah la air ketuban yang keluar. Doc tu cakap, if within 24 hours saya x deliver lg, drg akan induce untuk keluarkan baby. Mula dari time tu, sakit contraction dtg lg kerap. 10minit sekali. Sakitnya...MAK AIHHH!!! xleh la lawan mana-mana sakit dlm dunia ni (rasanya la). Bermula la saat menahan rasa contraction tu. Tapi, hati ni lagi rasa menyirap tengok nurse2 ada yang tido bila duty malam.

Saya ada gak panggil nurse bila rasa x tahan sangat.Tengok2, baru 1 cm. Boleh pulak nurse tu cakap sy sakit sbb minum air selusuh. Whatt daaa??? Memang la saya ada minum, tp bukan ke air selusuh tu cuma air kosong (air minuman) yang didoakan? Bukannya ada ubat dalam tu..haihhh..xpe la..

Kul 7 pagi, doc n nurse round. Time tu saya dah x larat. Nasi goreng, telur rebus, sarapan yang dihidang pihak hospital pagi tu saya jamah 2 suap je. Nurse2 yang datang mintak sy untuk wat check. Skali da bukak 4cm daaa..OK, labor room...here I come...

Thursday, September 22, 2011

Mommy experience..Pt. 1

Assalamualaikum...

Memang dah lama x update. Mula-mula sebab xde cerita nak share. Almaklumla, saya bercuti awal sebulan. Saje menghabiskan cuti yang memang sedia banyak lagi. Kedua, saya tetiba penyakit M (malas) tu datang. So, bila dah pegang keyboard, nak menaip cerita trus xde mood. Ketiga, saya dah x larat sangat memandangkan, saya dah sarat sangat time tu. Online sumer guna henfon je. Malas giler kan??? Hahaha...xkisahlah...

Mula-mula, saya amatlah bercadang nak bersalin kat Hospital bersalin Az-Zahra a.k.a Al-Farabi, tempat yang saya memang slalu check up. Tak kisahlah bayar sikit, yang penting saya xrasa terkilan. Bukan apa, tau sangat dah condition hospital kerajaan camne. Nak-nak lagi, saya nyer due time Raya. Memang best sangat laa kan...

Asalnya, saya and Hubby nak balik cuti raya hari Sabtu,27/9 tu. Tapi, tetiba la pulak, en.hubby kena kerja di Temerloh. So, alang-alang malam Khamis tu kitorg terus la balik ke rumah mak. Jumaat tu, en.Hubby terus gi kerja. Petang tu, sementara menunggu berbuka puasa, en.hubby call. "Jom kuar pasar ramadhan." Saya pun siap2 trus ikut kuar. Time tu dah pukul 6.00ptg. Disebabkan jalan jammed, so hubby xnak kuar ke Temerloh. Instead, we went to Mentakab. Tapi, food kat sana semuanya x sedap and x variety. Pusing balik, kitorg singgah ke bazaar kat simpang perumaha kami je (kalo tau, baik la dr awal kitorg ke situ..dekat je..hehe).

Masa dalam kereta, saya tetiba terdengar bunyi "POP", macam belon pecah. Ish...biar betul. Bunyi apa tu? Tetiba teringat kat perbualan sy and akak sulung sy. Dia kata, tu bunyi air ketuban pecah. Huhuuhuuu...

Tak pe la...sambung jalan lagi...

Ala..baby dah bangun..Nanti la saya sambung..hehehe

Saturday, September 17, 2011

A long overdue good news!

Assalamualaikum..

Wah!!!! Bersawang dah blog ni! Hahaha..bukan sengaja nak biarkan bersawang tp macam2 benda lak timbul.

Mula-mula...nak  gtau GOOD NEWS!!!! Muhammad Adam Fahmi is already in the hauz!!!



Name: Muhammad Adam Fahmi bin Mohd. Faiz
D.O.B: 27 Aug 2011
Time: 1.05pm
Place: Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh

Citer pasal delivery nanti la saya hapdet ye...Adam da merengek...
daaaaaa....

Friday, August 12, 2011

37 weeks updates

Assalam and hi!!!!!

It's been a while. I know..I know..hehe

Saya dah start bercuti sebenarnya. Fortunately, k.yune dah balik dr maternity leave and take over my whole classes. Yang best lagi, cuti saya masih banyak lagi bakinya. hehe... Y not, kan?

Aktivit kat rumah, xde pape sangat. Bangun sahur ngan hubby, terlelap lepas subuh and bangun hantar hubby gi keje ke muka pintu. Terlepas sahur? Dua kali..hehe. sebab penat sangat, dua-dua ignore je bunyi alarm and tutup sambil sambung tido.

Dugaan bulan puasa? Biasa aje. Cuma saya sangat risaukan si kecik dlm perut ni. Semalam, dia x capai 10 gerakkan after 6 hours. I was worried sick. Saya terus buka puasa, and he started making slow movements. Sian sayang mama ni! Starting from yesterday, saya dah x puasa. Kawan-kawan semua nasihat the same thing. Nak lagi, berat turun 5kg in 5 days! Nurse confirm membebel nanti! Huhuhuuuu....

Braxton hicks jangan cakap la. Almost everyday saya akan rasa sakit tu. Tapi biasa la. Cuma false alarm or baby is practising his way out. Hmmm.. Bag saya and baby baby dah ready. Bila-bila pun OK.

I am just hoping that lil one kuar cepat2 sikit. Sementara Tok Jah ade bercuti kat umah ni, boleh la dia jaga kita, ye sayang?

Well, saya akan update gamba preggy sy. Tp, kena tunggu la sbb xde yang sesuai...

Tu je...till then..bubyye....

Tuesday, July 12, 2011

Everyday I love u more and more...

Hye...
Saya tau entry akan berbunyi sedikit mengada (for some, mengada banyak) dan agak personal, tp saya tetap nk buat jugak entry ni... hehe

Semalam saya follow hubby saya balik ke Kuantan semula, walaupun pagi tu dia jugak yang menghantar ke Jengka. Saya memang mengada tergedik-gedik..hahaha

Sampai-sampai je kat umah, terkujat kitorang bila basikal belasahan hubby dah dicuri orang. Pagar dikunci tp basikal dalam rumah tu kena curi dengan daya usaha gigih pencuri tu memanjat dari rumah jiran kami yang sedia maklum tak pernah kunci pagar. Tambah2 lagi, jiran ni letak sebiji meja sandar pada dinding. Seronok la si pencuri kan??? Senang je lompat2 sikit da dapat basikal sebijik!!

Ok, saya bukan nak ceritakan betapa senangnya usaha mencuri sebijik basikal, tapi tentang hubby yang sangat saya sayang ni.

Semalam saya balik dengan hubby all the way from Jengka to Kuantan. Penat? Memang la. Hubby penat dengan kerja dia, saya penat dengan kelas yang saya kena hadap. Lepas saya mandi, saya terus je baring-baring atas katil. Rambut basah pun saya dah x kisah. Biarlaa..hehe

Dalam baring-baring tu, saya teringat, "Alamak, baju x iron lagi. Pastu, td jnji nak sidai baju yang tengah basuh dalam washing machine".... Tapi, dalam teringat tu, mata terus je mengecik, lelap...

Tetiba, terbangun dalam kul 12.30mlm. Terjaga sbb hubby masuk tido. Sibuk la saya tanya itu ini. Apsal tido lambat? xngantuk ke? Hubby pun tekun je melayan pertanyaan orang mamai ni.

Tetiba tekak perit sbb sejuk kut. Hubby bangun and bawak segelas air.

Tetiba saya teringat baju yang x bergosok lagi...

"Emm...nak g gosok baju la"...
"B dah gosokkan."
"La, yeke? Xpe la, tadi janji nak sidai baju, syg bangun la, nak sidai baju"
"B dah siap sidaikan jugak."

Terdiam saya jap... kesian dia. Dia pun sama penat. Dia jugak yang drive pagi and petang tadi.

I won't ask for anything and anyone else. He is the love of my life. If people would ask me, why him. This is why... Maybe ada hubby orang lain buat lagi romantik, lagi beria2 jaga wife dia. Tapi, i wont ask for anything more.

To En. Hubby.. my love for you growing more and more everyday.

Love, Sayang and Adam

12/6/2011

Wednesday, July 6, 2011

Mari sama-sama kita menjaga

Hyeee...

Arini ade soalan untuk sumer orang...

dalam banyak-banyak benda (benda ke?)...benda apa paling susah dijaga?

Anak kucing? Aah kan...kalo dia poo poo, kena cuci tpt dia, bagi makan, anta klinik...
tapi, tettttt!!! salah!!!

Anak manusia? Aaa...tu pun macam betul gak. Kalau la tersalah beri makn, ishhh..kes ngeri. Kalau nangis kena pujuk. Kena bayar tu ni, beli ni...
Bukan jugakkk..tettttt!!!!!

Ala..malas la nak teka2. Jawapan dia.... JAGA HATI DAN PERASAAN..


Kadang-kadang tu, aku ni penat nak menjaga hati and perasaan orang. Bila orang tu tak jaga perasaan kita, xpe. No hal laa..Small matter je. Tapi, bila tang aku terbuat orang kecik ati, alahaiiii...orang boleh lak kecik ati ngn aku berbulan2. Kekadang tu bukan hal besar pun. Nak kena aku pujuk jugak ke? Alololoooooo...shian dia. meh pujuk meh...
arkkk..dushum!

Aku ni kan, punya la menjaga hati dan perasaan orang, sampaikan kalo nak makan pun pikir. "Isk, kalo makan ni, orang lain x kecik ati ke kalo aku makan sorg?" or "Kalo aku x pelawa, kang dia kecik ati"

Tapi, kalo orang la kan, dah buat pun benda tu, tetiba baru aku dpt tau...sikit pun xde mention. Aku ni terkecik ati, telan sendiri je la. Buat je benda tu macam xde pape. Kicik punya hal la..

Haihhh...mayb sebab aku slalu sangat pikir pasal ape 'orang lain nak pikir' so, bila tiba sekali aku x pikir pon ape orang lain nak pikir, terus drg kecik ati. Susah..susah..xpe la..nak wat camne.

Tapi, mungkin lebih baik kalo kita sama-sama jaga ati orang lain, xde la kita je asyik kena. Kan? Kan???
Hehe...

He's in action...

Assalam...

Actually dah lama buat scan 4d ni, tp tu la..xde masa nk upload. BTW, here is Adam in action.


Still picture..the best shot..yg lain2 dia tutup muka..hehe
  Dia sbnrnya kekenyangan, I think.. sbb Dr. Sue from KMC tu dah gerak2kan dia..tp dia booo layan jugak. Ada la satu time, dia bukak mulut...



Doc Sue ukur kaki, tangan and everything.. Susah sikit dia nak cooperate arini, slalunya dia OK je. Bila last skali doc tu usik dia, dia gerak and terus tunduk.. Tunjuk protes. Well, he's in good condition..Alhamdulillah.

My hubby said he got my features, mouth n nose...Anak mama..kuikuikuiii....

Ok la...enjoy the clip.. daaaaa

Mohon bantuan bloggers and readers

Assalam,

Baru2 ni, saya dijemput olej Kak Mar, colleague and also ex-housemate, untuk join satu group kat FB. Nama group ni adalah, Kumpulan Ibu2 Menyusukan. Disebabkan saya plan nak fully BF baby nt, saya banyak tanya itu dan ini pada kak Mar. So, kak Mar pun add saya ke group ni.

Last week, saya ada terbaca satu post dr sorg ni. Bila saya baca, tersentuh sangat2 dan rasa terpanggil untuk membuat satu entry khas buat Norma. Walaupun saya x sue berapa ramai yang sudi singgah ke blog saya ni, tp xpe la. Kepada kawan-kawan yang nak baca kisah sedih Norma dan mahu hulurkan bantuan, sila klik  link ini. atau ke sini http://ainiqmy.blogspot.com/2011/07/ya-allah-berikan-keajaiban-kepada-dia.html


Saya jadi sayu bila tengok betapa tabahnya suami Norma, sedihnya anak kecil dia dan kuatnya azam Norma tu sendiri.

Saya selalu rasa betapa besarnya dugaan saya yang hidup berjauhan dengan suami, bakal ada anak seorang dan kerja belum tetap. Saya bandingkan nasib saya dengan kawan, saya cemburu dengan mereka yang bersenang-lenang tanpa sebarang dugaan daam kehidupan berkeluarga mereka. Tapi, apalah dugaan saya jika dibandingkan dengan Norma.

Wassalam..

Thursday, June 30, 2011

Financially secured? Are you?


Assalam,

Nak membesarkan anak zaman sekarang mmg susah. Bukan mengadu yang kita menidakkan rezeki zuriat dari Allah tu, tp besarnya dugaan zaman sekarang untuk menyediakan yang terbaik buat anak.

Kira ajelah..

Masa baby baru lahir:
Keperluan asas. Baju, barang2 toileteries, tilam, bantal...
Nak jenjalan nanti xkan nak kendong je? Stroller, baby car seat.
Sekarang ni, nak yang terbaik kan? So, susu mama. ehh...kena la beli pump pulak...Satu set dekat 1k.
Aih...nak moden lagi, pakai lak Clothes Diapers...mak aih..satu RM30+..
Aiii...xkan x bawak anak tu g klinik? Duit medical lak..
Emmm...saving utk future dia? Join la insurance memana and also bukak akaun si kecik tu...

Baby lepas pantang:
Mama dah nak start keje, baby nak anta mana ya, papa?
Kita duk dekat ngan mak. Mintak tolong la mak jagakan.
Tapi, xkan la anta free kot. Bagi la kat mak duit bulan2.

Ermm.. tapi kalo mama yang x duk dekat tok n nenek baby? Anta nursery la. Uihhhh..sekarang ni kalo x RM200-300 xtau la. Kalo amik lambat baby, nursery charge pulak. RM5 sejam.

Baby masuk tadika + baby ade adik:
Aduiii... mama kena bayar duit nursery ngn tadika along nya... Baju uniform, yuran, beg kolah, kasut skolah...

Alamak...Along masuk skolah, adik masuk tadika! Hihihiii...

Haaaa...camne tu? Ade sedikit ngeri x? Saya pikir-pikir ngeri gak.. Ngan nak bayar duit keta, rumah..medical..tu x campur masa drg dah besar nanti..uihhhh...besarnya dugaan...

Tapi, itulah...memang ade orang yang siap buat financial report untuk setiap anak2 dia. Dari baby kecik sampai la bby tu masuk U and terus papanya siap sedia ngn bajet kawen(kalau anak ppuan la)

Namun, rezeki setiap anak tu ada diperuntukkan oleh Allah s.w.t. Insyaallah...

Saya berdoa agar rezeki anak tu sentisa ada buat dia...

Just my 10cent opinion..Wassalam...

Kasi la saya keje kat Kuantann...pleaseee....

Saya tengah melepek kat opis.

...

.......

..................

Sebab...ade orang nak kasi keje. tp nak saya duk KL. Ala...tu menambahkan masalah. Bukannya membantu kurangkan masalah....


Sian baby sy nanti. Papa dia jumpa seminggu sekali je...

Sian saya nanti..kena ulang-alik..Adei...Tolong la saya...saya nak keje kat Kuantan...

(T_T) huhuhuuhuuuuu

Thursday, June 16, 2011

Promote bisnes!!! Watermarks(RM5) and header design (RM10)!!! Grab it!!!


Saya memang malas nak wat watermark etc. Memandangkan adik saya, Iera buat bisnes design watermark ngn blog header.. sy soh la dia buat.. sebagai upah..saya promote blog dia..

Ni blog dia.

http://anakdenesor.blogspot.com/2011/06/open-for-business.html

Ape lagi...suruh dia design. Bukan mahal pon. Tapi, kalo rasa korg design lagi bagus, buat la sdri. Orang malas cam saya memang suka je order..hahahahaha

A year and counting. Happy Anniversary Fara Faiz!

Assalam..
Hehe...12 June baru-baru ni, me and hubby celebrated our 1st anny. Sedar x sedar dah setahun rupanya kitorg kawen. Hikhik...

It's all started when si dia n saya mula sms2 pasal job seeking. I have already found mine, though it is not permanent. Dia baru nak grad. Memandangkan kitorg je kawan yang bermastautin kat Temerloh, jadi slalu la bertukar-tukar cerita.

6 months or so, after that dia dan sy sama-sama dapat kerja permanent. Well, Alhamdulillah. Saya happy untuk dia jugak. Sengsara tol dia time tu. Keje macam-macam. Dia keje kat Jerantut. Wahh!! Dekat tu ngan office saya. Less than an hour. Bermula dari situ, kitorg rajin sms.. =)

Bila dah slalu sms, tetiba jadi cam tersuka lak kat dia ni. Entah kenapa. Hahaha..Nape eh en.hubby??Sshhhhh.. itu TST..(tau sama tau)..Hehehe. We went out a few times and 28 June 2008, we went official. It took him a while to get the courage to ask me, actually.
I like this one...

Masuk 2009..aih..dah lama dah menggatal ni. Asyik berdating je. Tua pun, mmg dah tua. Tah camne, hubby dah start plan nak kawen. Aik??? Takde roses, cincin, melutut ajak kawen ke mcm dlm movie? Hahahaha! Takde maknanya. Kita orang Melayu cik kak oiiiii... Sy pun berani-berani ayam la tanya abang n emak saya.."Mak, Faiz ni nk datang masuk merisik, boleh ke?" Ha!!! tu dia! soklan cepuemas dah keluar. Mak pun memang dah agak. Lama mana la nak berdating je kan. So, 19 Julai 2009, saya dirisik oleh family dia. xde gambaq nooo.. risik atara family je. xyah la beria!
Risik n enggagement rings

Masa risik tu, bercadang terus la nak masuk meminang. So, pada 29 November 2009, saya officially tunangan orang. Raya Haji ke 3, x silap aritu. Cadangnya nak buat kecik je. Xde la pelamin what so, what so not. Tai, hamik ko...10 buah keta datang.. tihtih.. Mak saya masak sendiri je. xpakai katerer. Mak Jah kan makcik kantin. Hehe.


Cadangnya, nak kawen bulan 3. tapi awal sangat. Kawen bulan 6 la, senang. Cuti skolah. Susah lak mak Jah sbb kantin dia sape nak handle. so, 12 June 2010, KAMI KAWEN!!! Sekejap je amsa berlalu. bertunang dlm 6 bulan je, dah kawen. Jodoh, kak..mana leh tahan-tahan..hehe. Honeymoon? Hahaha...3 ari pas kawen saya dah masuk keje. Minggu depannya tu, saya g outstation ke Bukit Tinggi. Gila ahh..ngan inai penuh lg kat jari sy dah keje. Bukat setakat inai kat kuku, inai lukis tu pun merah lagi. Tapi, xpe, honeymoon la pastu. Kitorang g Tioman je.

akad

Our leftovers..hehe


Tak sangka, saya terus preggy. Hikhik...tapi, tak lama jugak good news tu. Xde rezeki. Lama jugak untuk overcome, but alhamdulillah. Akhirnya..rezeki tu ada untuk saya juga. 4 months later, saya preggy smula. Up until now, saya dah 7 months carrying a baby boy.

Minggu lepas, saya ke Cameron Highland. Bukan plan nak celebrate pon. Tapi, saje jenjalan.. And..he bought me this...
Roses are red
So, sekarang hanya menanti cinta hati kami tengok dunia..skali lagi la kami tukar status nampaknya, dari couple, Fiance-fiancee, Husband-wife last skali..Papa and mama...Insyaallah..mahu sampai ke Grandpa and GrandMama..Weeee....Aminnnn...

Thursday, June 9, 2011

Bila lappie buat hal..haihh~~

Heyooo...

Xde mood je nak buat keje. Ni sumer gara-gara lappie kesayangan buat hal semula.

HP Compaq CQ40

Lappie ni dah berusia 2 tahun. Tapi, sejak sayabeli sampai la sekarang, rasanya dah 3 kali rosak. Mula-mula saya ingat saya la penyebab cik Lappie ni rosak. Masa tu saya sambungkan pada LCD projector kat dewan kuliah. Elok je. Xde la dia kapoosh! camtu je. OK je. Tapi bila switch on kat rumah, lampu warning pun berkelip-kelip. Satu apa pun xkuar kat monitor. Ok, hantar pada adik saya sbb dia yang tlg belikan. Hantar kat kedai, still ada warranty. Tak kisah sangat la kan. Cuma time tu terpaksa tunggu 2 minggu jugak la. Motherboard hangus, katanya. Geram la jugak kan, time tu tengah wat assignment. #^%**!!

2nd time, benda yang sama jadi. Masa tu saya tengah syok tengok cite Korea back-to-back. Alahaiiiii...jadi lagi ke? Skali lagi anta ke kilang. Pon sama problemnya.

Ha...sekarang ni, warranty dah habis. Amik ko, skali dia jadi lagi. Kali ni saya tengah syok download dua episode Glee S.2. Bila saya try bukak, kuarla sign berkelip2 tu. Rasa macam nak hempas je. Bagi pecah. Tapi, duit tu kak oiiii! Kalo boleh dapat kat pokok je xpe la. So, nak tak nak...tersadai la cik Lappie ni kat rumah Kuantan. Mahal kottt nak betulkan motherboard!

Tak tau la kalo mmg nasib saya yang malang tapi rasanya nak je beritau semua orang JANGAN BELI LAPPIE JENIS NI!!! Dulu saya pakai Acer je, skrg ni dah pass down kat adik saya pun, idup je lappie tu. Just, sound dia x la seberapa. Selama saya dah pakai Acer tu, 2 kali je rosak. Tu pun, pegi reformat ngan betulkan sikit2 je. Haihhh...susah betol!

Bila dah sakit ati ni, sy mula la jenguk2 kat gadget lain. Nak yang ni la. Hahahaha...

Samsung Galaxy Tab.

Tuesday, June 7, 2011

Bersiap sediaaaa!!! hehe

Assalam,

Uihhh..sedar x sedar, nak masuk 7bln..Berapa ari je lagi. Barang-barang baby hampir 70% dah siap di beli. Seperti dalam entry sebelum ni, saya dah start busy semula. Semester dah start. Nanti bila dah masuk 9 bln, masa tu dah bulan Ramadhan. Adakah saya rajin nak gi shopping? Jawapannya: TIDAK!!!! hahaha

Thanks to mama Dnazz, dia bagi saya advance baby gifts. A bag. Saya dah beli sebijik, so total ada dua. Minggu lepas, saya pun mengisi la barang2 emergency, sbb kwn2 and family dah warning. Mana tau...at least, dah ade satu bag dlm keta. Xde la nak tergopoh2 packing. Kang ada tertinggal itu and ini. Lagipun, 7 bulan baby dah boleh lahir, which is what we call as pre-term delivery.
Papa's bag yang dah di isi ngn brg emergency..weee!


Ok, itu part barang2. Sekarang, timbul la soalan, mau deliver kat mana? Hmmm... saya ni penakut orangnya. I do not have any experience staying a night at hospital. I know, most of people said, masa sakit-sakit tu, xde rasa nak suruh orang teman. Lagi sakit hati ada lah bila tengok si peneman tu tido dengkur siap2. Well, bagi saya, saya nak en. Faiz teman saya kat hospital. Not sharing the pain ( I know, he can't do anything bout that). Tapi, bila nak itu and ini, ade ke orang nak tolong ambilkan? Bila tido sensorang, tetiba terjaga malam-malam...alamakkk...ni yang x best ni.

So, the option is either Private Hospital or hospital Kerajaan.

Hospital Kerajaan: Pros: 1. If anything wrong happen, they will straight away handle it.
                                      2. Kos: Lebih murah memandangkan both Faiz n me are government servants.
                             Cons: Hubby xleh teman dalam wad. Hanya time deliver saja. Itupun, bila betul2 dah   sampai time tu.

Private: Pro: 1. Hubby leh stay and teman kat wad. Boleh tido kat wad skali. Boleh teman sampai la labour room.
            Cons: 1. Uihhhh...ongkosnya mahal bukkk!!!
                      2. Kalo gi kat yang Klinik kecik je, kalau ade complication, drg antar ke hospital kerajaan jugak...Haihhhhh

Saya masih lagi menimbang which one I shud go. Hmmm...

Thursday, May 26, 2011

Silent moment before the approaching storm...

Assalam,


Macam saya je..haha
Waaaa!!! Tajuk nak gempak aje. Hihik.. Saya sebenarnya tengah bercuti. Minggu depan dah start sem diploma, so..memang akan busy la kan. Ni semua sebenarnya hasutan Shila..hahaha.. Saya x plan pun nak cuti lama. Seminggu plak tu! Tapi, Jumaat lepas, sebelum saya hantar Shila balik,dia apply cuti dan telah menghasut saya buat sama. Dia kata, kalau nak dtg kerja nt,cancel la cuti. AS IF! Kalo dah apply cuti tu, jangan harap la mood keje tu nak ada. Muahahhaha...

Tapi bagus jugak sebab, MIL saya kena warded.Since I'm home, dia duduk ngan saya 3 hari kat rumah. Semalam baru daftar masuk ward.

Owh...minggu ni juga saya plan nk gi tengok Harris Rifqi (S.Alam), jumpa geng2 TESL and melepak. Plan je. Kalo jadi la. InsyaAllah. Nanti akan update kalo jadi.

Ermm..sambil tu kena beli barang-barang baby yang belum habis di beli. Bukan saya kecoh-kecoh beli awal, tp memandang kan saya akan mula busy, beli je la. Kang x sempat..naya!
Check list:

Baju - short/long sleeve, rompers,bonnet, mittens and boooties
Baby bath tub
Bedung baby (MIL dah tempah)
Tilam and bantal
Face towel & towel
Diapers- CD or DD
Travel bags
Selimut
Minyak baby, krim ruam
Baby toileteries
Berus botol
Bekas susu formula (in case)
BF pump set
Set berpantang
Stroller, car seat, crib, rocker

So far,ni la list nya. Tak sure ada yang missing or not included yet. Nanti gi KL tengok la kut2 ada yang terberkenan.. Tihtih..

Ala...minggu depan dah busy semula..Malas tol!

Till then...daaaa..

Friday, May 20, 2011

Coke McD Edition glasses

Hehehe...

Suka McD? Sukaaa!!! tapi saya lagi suka simpan gelas Coke McD edition ni. Buat ape? Hmmm...aaa...saje je..memenuhkan ruang umah. Hahaha...


Yang ni saya ada semua. Tak miss satu pun.. Aritu, adik saya teramik kaler ijau. Saya suruh dia pulang balik..Hahaha..

Sekarang ni tengah ada edition yang ni pulak..Hehehe..


Tapi saya dah termiss yang kaler charcoal tu. Lynn kata dia ade simpan. Hehehehe...maceh Lynn..Nanti saya amek! So far, ade purple, biru. Arini nak g kuar ngn adik saya, gi beli kaler PINK!!!

Tu je..hehe

Thursday, May 19, 2011

Maternity dress blues 2..huhu

Assalam,

Well, hari ni, masuk yg ni, entry kedua dlm satu hari. Bukan ape..rasa cam x tau nk cite kat sape dah. Xde pulak orang yg senasib. So, kena cite kat sini je la.

Tadi baru je sy terima pekeliling kat opis. Etika berpakaian.

Panjang la rulesnya,....yada..yada..yada...

Tapi, ada 2, 3 benda yang sy nk highlightkan.

1. Seluar atau skirt (pant suit) hendaklah dari kain dan warna yang sama.

2. Isnin dan Jumaat, berbaju kurung.

3. Pakaian hendaklah tidak mencerminkan berpesta atau bersantai.

4. Selipar atau sandal tidak dibenarkan.

5. Wanita hamil kena patuhi etika tetapi maxi atau jubah dibenarkan.


Saya agak terdiam bila baca circular tu. Masalah saya:

1. Bila saya beli seluar and skirt, mana ada kain dan warna yang sama. Yang saya ada sekarang ni, mcam ni... Xleh ke?

 and saya pakai ngn seluar camni












Huhuhuuu...xleh ke?

2. Baju kurung saya semua dah x muat...


3. Bila saya pakai baju ni and dengan inner ni, plus seluar...rasa santai sgt ke?



4. Alamak...saya mana lah boleh pakai covered shoes...Kaki dah mula bengkak and sembab. Kalau saya pakai yg covered, memang susah la. Malam-malam nt sakit.

5. Jubah? Maxi?.... Alala....saya x berkenan sangat la dengan baju-baju camtu. Lagipun, saya dah stop beli baju maternity sbb saya nak kerja 2 bulan je lagi. Membazir la. Alahaiiii...Baju2 matenity ni bukan murah.

Saya bercadang nak wat daredevil je. Saya akan cuba pakai jugak n jangan melepak kat tempat-tempat terbuka. That's it. Kalau kantoi jugak, redha je la..Sendiri cari pasal kan? Hihihiihiiii....

Daaa....

It was a surprise.... a good one

Assalam,

Lama aih x update. Hehe..Bz..

Owhh... btw, aritu cuti. Lama plak duk kat umah Kuantan. Tapi, x puas. Rasa nak cuti lagi. Biasa la. Hehe.. Saya suruh hubby amik cuti jugak ari Isnin sebab saya cuti. Selasa tu Wesak day kan, so...dapat la menempek lama sikit ngn hubby.

Aktiviti hujung minggu.. Beli barang baby...YAY! Mayb orang kata awal lg nak prepare, tp disebabkan sem dah nak start semula 2 mgu lagi, rasanya kalo beli awal pon x de masalah. Lepas-lepas ni xde cuti dah.

Barang-barang baby yg penting rsanya dah ada. Baju, kittens, booties, baby bath..shampoo.. Yang cam stroller, car seat sumer tu..nt la. Bila dah cuti nt, baru la g beli. Nanti xde benda lak nak g beli. Hehehe..

Owh...lagi satu..

BTW...aritu g scan kat KMC. Kan aritu dah cite kan...ms scan kat Jengka npk cam xde pape..so assume baby girl..

Well...ms g scan kat KMC, doc Su tu tanya, "dah tau gender dia?" Saya geleng kepala. "Nak tau ke?" Saya pandang hubby.. Hubby ckp, " Boleh jugak".... Zup.... Doc Su alihkan and nampak... ehhh!!!! it is a boy!!!

Saya kelu jap...emm...xpe la..Asalkan, dia sihat (pujuk ati sendiri)...
Memang ade sedikit...emm..bukan x suka...sukaa....tp, sedikit rasa lain..

Actually, we (mak, MIL, adik2, abang, kakak)...semua expecting a new baby girl..But, what can I say..
Heheheheeee

So, in 3 months or less I will get a baby boy..
Doakan ye.. :D

Tuesday, May 3, 2011

Adei..sibuknya saya..

Assalam,

Well...minggu exam dah start. Macam biasa la. Kalau dah start tu, xde masa nak buat segala benda. Kalau pun sempat mengadap pc ni, itupun masa key in marks dalam sistem. Haihhh...

Tapi, hari ni saya masuk keje awal sikit. Kul 8.30 pg dah sampai kat office dr umah mak. Ha..tu dia! Rajin giler saya hari ni. Hikhik... (ala..sebenarnya banyak keje x siap, pastu cuaks sendiri..hehe)

Owh..lama dah dah story mory bout si kecik kat dlm perut ni.. Hahaha... sekarang sudah mau masuk 23 minggu or kalau kira bulan almost 6 months. Cepat je kan?? Aritu, jenjalan g klinik. Cadangnya nak amik vitamin, tetiba doc tu ckp, "scan nak?" Al kebetulan jugak la, saya sorg je patient petang tu. Tah hapa nasib baik, alhamdulillah.. Saya cakap ok je la. Dr. Raha, Klinik Shaik tu pun letak la gel biru tu. Creet..crett..ok dia start scan. Lama gak dia membelek, tetiba dia cakap," Baby awak ni x nak duk diam," sambil sengih-sengih. Sorry la doc, si kecik ni memang suka excited or x suka orang kacau (sy x tau dia suka ke x). Asal g scan je, sumer doc ckp dia x mau duk diam. Hahaha... pastu, doc tu try nak peek gender baby. Emmm...so far, x nampak yg obvious. Biasanya, kalau boy definitely la npk dia nyer bebird..hehe. Tapi, doc x nak cakap lebey, satg kuar boy, padan muke...

So, pas gtau hubby, dia gelak je la. xpela, boy ke girl ke, asal sihat sempurna.  So, bermula la plan nak beli barang ape untuk preparation. Saya memang x membeli apa-apa dah sekarang untuk diri sendiri. Kalo beli pun, maternity clothes. Itupun sebab memerlukan sangat-sangat. so, duit part time yang saya ada, sy simpan.

Barang yang agak mahal, and kena simpan duit adalah:

baby stroller
and this

baby car seat/carrier


and this also...

baby crib
Ohohohoooo...benda2 alah ni mahal. After pikir2, x nak la beli yang mahal giler. Buatnya baby guna 2,3 kali pastu x mo dah..sedeyyyy..beli mahal2.. So, kalau rasa affordable, saya akan beli.. Lagipun, tengok kat online banyak je yg ok.. Y not kan??

So, sekarang ni...keje mummy..buat list la. Tapi, tu pun xtau nak listkan apa..hehe..Alhamdulillah, mak saya nak jahitkan bedung baby. Boleh la buat yang comei2...Baby, say thank you to Tok Jah. :D

Ok...dah ngarut and dah nak siap2 g meeting..

Daaa.... muah muahhh

Thursday, April 28, 2011

Giant nest..nak satu!!!

Mesti korang jeles kan kalo aku ade satu benda ni..




Nak lagi bila benda ni boleh buat camni....



Or...kalau lagi creative and berani, try la camni...


weeee...... mau satuu!!!!

Thursday, April 21, 2011

Flashback...

Hye there..
Pejam celik..pejam celik..rupanya dah dekat 5 tahun sejak meninggalkan zaman2 TESL, Shah Alam dulu. Those years were great. Teringat pada best friends...great lecturers.. stupid and silly things that we did back then..memang kelakar...

Well, i went through my external hard disk, and i found this! Hehehe... The clip is not that good, mengarut plus merepek.. and it is even done using Windows Movie Maker. Tak macam sekarang ni. Ade macam2 jenis software yang boleh buat clip gempak2. But, I still love it.



Not only that, I also love this:

TESL SQUARE, 2006


Tuesday, April 19, 2011

Pening..~sigh~

Baru masuk keje arini, tp kepala dah pening..

Student call tanya mana on going marks. suka suki je call lecturer, tanya..dah tu kalo tny elok2 xpe. x beradab betul.

Kerja RP ~ kena sms, email and tanya orang pasal bila boleh buat meeting, xpe ke keje weekend, nak ke x nak marking paper extra...

Budak-budak buat bising depan office. Haih...tau la korg nak g jumpe lecturer korang. Jangan la buat bising. Ni kannn... dah la memekak depan pintu bilik aku, korang leh ketuk2 lak pintu. Aku keluar bilik, siap pandang mcam aku ni tah sape.. Ape kesss??? Nasib korang la kena sound dengan aku eh... Amik sebijik..

Aku ada 3 minggu x balik umah hubby pasni. Starting dis week. Adeiii! Asyik kena keje weekend je. Mana la larat wei... Mggu ni invigilate, minggu depan script aku masuk. Minggu satu lagi meeting peringkat diploma. Ala....masa bilanya nak rehat???? Aduiiiiii.....

Monday, April 11, 2011

Berangan nak umah sendiri..


Assalamualaikum...

Hari ni, tah hapa angin datang kat aku, mood nak keje langsung la xde. Serius, xde langsung. Bukannya xde keje langsung. Nu haaa... 4 bundle lagi paper x abis marking. Adeiii....Thanks to Mr. Faiz sebab rajin dia tolong marking. Xde la susah, tp nak ke orang lain tolong marking? Huuuu..kim salam. Orang lain banyak jugak bundle drg nak tanda. Kira bersyukur la Kak Seri, Iza and other housemates yang dulunya tolong aku kira markah and all. Thanks mucho mucho..

Duk kat office, melangut kat depan pc.

Sms Mr. Faiz. Dia call. Pas dah letak phone sms dia smula. Dia balas la. Tapi, skali je. Tau dah. Start sibuk la tu. Xpe la.

Teringat pada sms Feaza, dia ajak g Kota SAS weekend ni. Tengok rumah sebab precint 2 dah nak start. Huihhh... terus aku google. Nak tau jugak, rumah camne and all. Yela...duk menyewa je..sampai bila? Tengok Rynn and Ridz, best giler ada rumah. Lynn pun dah beli kut umah drg. Aku? Harap keta je la ade. MyVi je pun. (tapi, aku bersyukur la. mampu gak beli keta. Hubby satu, aku satu. Orang lain tu?)

Tapi, seriously, aku memang dah nak sangat ada rumah sendiri. With the baby coming, I think the time has come. Tapi, aku x nak la membeli sebab nak ada rumah je. Aku nak la yang aku puas hati. Tak kisah la perit sikit, tp kalau beli setakat rumah kecik bayar 30 tahun..perghhhh!!! Untuk buat aset xpe la. Tapi, kalo nak duk sendiri, kena la cari yang berbaloi. Bukan ape, rumah tu bukan cam kereta. Leh angkat sana-sini. Leh lebarkan setakat mana yang mampu jelah.

Setakat ni, dalam kepala slalu pikir,kalo nak ade rumah, kena ade...:
~ at least 4 bedrooms. With one master bedroom. For mama n papa, adik, abang and kakak..berangan btol! Haha.. Nak jugak bilik untuk guest, sebab orang Melayu ni jenis bertandang. Sedara-mara datang at least boleh la nak duk dlm bilik. Kalau dah ramai tu, bentang Toto la ye..
~ dapur yang luas. At least Nak letak segala brg tu muat la. Jangan la sampai xleh duk berdua kat dapur tu. Takkan la sorg je nak memasak kut.
~ Porch yang boleh msuk 2 kereta. Biasanya, rumah sekarang ni mmg ade porch yang agak besar, tapi kena tukar la pintu pagar sbb x nak la terkial-kial parking keta senget benget.. Tak nak la yang pagar bukak muat2 satu kereta.

Yang x kisah sangat, ada space untuk tanah. So, i dont mind to have house yang di tengah kalau jenis link houses. Kang kalo ade tanah, sampai bersemak la umah tu naik dek lalang. So, xyah beria nak cari yang corner lot.

Tak kisah je semi-D or double storey, tp I would prefer a double storey. Bukan ape, semak la kalo nampak bilik time orang datang.

Simple je kan? Tapi, setakat berangan je la. Keje pun jauh dengan hubby. Rumah sewa skrg ni pun x berjaga. Hubby memang penat after balik dr office. Sian la dia nak kemas umah lagi. Shiannn dia. Semalam dia basuh toilet and kemas umah. Bukan x tolong, tp toilet licin. Satg tergolek dot, shiann kat baby. Tapi, xpe..pasni kalau saya dapat keje kat Kuantan, saya x kira la. Memang nak beli rumah. Weeeee!!!!

Thursday, April 7, 2011

Kisah Makaroni Part 3: Cik Makaroni diserang lagi!!!


Korang igt x dengan cik Makaroni? Ala...Makaroni, yang aku penah cite dulu tu.. X ingat? Hah, bace smula kat sini . x pun korang bace entry ni .

Cik Makaroni duduk dalam kejiranan Melayu. Nak lagi best, dekat area tempat keje dia. So, memang ramai la yang Makaroni ni kenal. Dalam kenal-kenal tu, kak Q tu pun duduk area tu. Memang la malang nasib Makaroni ni.

Masalah 1: Nak jadi cerita, rumah Makaroni ni, geng2 nya sumer la bwk keta. Pastu, bukan housemate Makaroni je, ada la 2,3 rumah lagi yang lebih kurang macam tu jugak. Dah satu rumah tu ada 5 kereta, imagine je la. Ade pulak tu, parking ikut suka ati dia je. Parking even depan umah si Makaroni. Dah tu, mana Makaroni nk parking? Tumpang la parking atas tanah, seberang rumah jiran dia.

Masalah 2: Lagi best, kawasan rumah cik Makaroni ni, ade haiwan2 penyelongkar yang sangat sukakan sampah. Pantang letak sampah dlm tong sampah, tergolek la jawabnya tong tu. Lagi haru, terkeluar la isi2 sampah tu diseret dek cik B dan Cik Kuc.

Masalah 3: Cik Makaroni ni ade jugak upah org potong rumput. Tapi kadang-kadang tu tak terpotong sebab  lupa nak bayar encik ni. Tapi, xde la lalang tu tinggi sangat. Cecah lutut je kadang-kadang. Hahahaha. Tapi, memang akan potong jugak pun. Cuma lambat or cepat je. Pastu, belakang rumah Makaroni tu xpernah la berusik. Macam ngeri sangat nak keluar ke belakang tu. Takde tujuan pun nak kebelakang. Ape cite belakang dapur tu, sumer xtau.

Masalah 4: Cik Makaroni and housemates memang duk jauh-jauh ngn husband masing-masing. Dah tu, weekend memang la sumer nak balk kan? Dah duk jauh. Ape ke halnya nak duduk rumah bujang kot. Ade laki. So, memang x campur la sangat aktiviti kejiranan rumah drg tu.

MASALAH TERBESAR ADALAH bilak Kak Q dah start bising. Dia kata umah drg ni kotor! Sampah merata-rata sampai jiran mengadu. Siap kata ade sanitary pad bersepah atas jalan sebab terseret dek binatang yang menyelongkar. Lalang tinggi. Belakang rumah semak ngn lalang. Rumah buruk (x berhias la kot). Marah pulak kt drg ni sebab parking merata-rata. Tak bergaul dengan orang langsung, duk je terperuk dalam rumah. Dah tu jiran marah sebab prking kereta kat atas jalan.

Tapi, cuba korang pikir. Nak kata salah drg memang la. Sampah tu x sempat la nak kutip, dah asyik kena sepah je. Tapi, macam la rumah drg je sampah kena selongkar. Dah tau binatang tu jenis menyelongkat, pergi ar buang ke, tembak ke..hehe

Nak kata salah drg parking merata, dah orang lain parking merata jugak. Terpaksalah amik inisiatif parking depan rumah lain.

Tak bergaul? Hmmm... perlu ke? Kalo kak Q tu xpe la. Laki duk sekali. Cuba dia yang duk jauh ngn laki dia.

Rumah tumbuh lalang panjang. Ala...dah memang terlambat sikit, nak buat camne. Bukannya leh paksa-paksa kut orang nak potong rumput. Nak potong sendiri pakai ape? Pisau potong bawang?

Rumah x berhias? Hmmm...nak hias camne, kalo nak menjaga pun susah. Kang tanam pokok jadi hutan lak. Lalang tinggi sikit pun dah bising. Bukannya budak-budak ni duk umah weekend. Mak bapak, laki sumer jauh.

Yang drg menaku bersalah tu jelah, tak amik tahu pasal belakang rumah. Yelah, sape nk g kemas pun. Bayar bibik la kut pasni. Yang parking keta tu guilty la jugak, tp dah nak buat camne. Bukan budak-budak umah si Makaroni je, jiran sebelah pun buat. Sama je la..nape marah drg je?

Pastu, Makaroni terpikir, umah kitorang je ke buruk camtu? Sian Makaroni.....

OWHHH!! UPDATES.....UPDATES!!!

Sebenarnya, si Makaroni n housemates dah nak mengaku salah la sebab ade sampah depan rumah, TAPI sampah yang terbuang depan rumah tu BUKAN SAMPAH MILIK MEREKA!!! Rumah drg ni dah 4 bulan xde peti ais. So, mustahil la ade benda2 sejuk kan (contohnya ais krim, yougurt) sebab nanti cair or basi. Masa kemas2 sampah sebab pakcik potong rumput tu dah buat keje, Pasta terjumpa KALSIYUM, TERUNG dan PAMPERS BABY. Aikkkkk????? Mana pernah drg masak kat umah sekarang ni. Mana pernah ada baby dlm umah ni. Nak kata ada sanitary pad jauh sekali!!!

Woooo...ini sudah lebih. Kena marah atas org lain punya pasal. Sape yang buat hal lak ni??? Apsal korg hot sangat dengan drg ni? Menyampah kat drg ke sebab vogue sangat? Comel? Jeles la tu....

Tuesday, April 5, 2011

18 weeks ++ updates

Hye...hihi

Life at 18 weeks is much more fun than I predicted. Weeks before, I had sore legs, backache and all. But now, I have adapted to the mummy to be life.

Baby has started to kick me from the inside. The kicks are too soft for anyone other than me to notice. En. Faiz is already excited to feel it too. But sorry ya papa, u need to wait 2 more months to really2 feel it. The kicks sometimes tickles me, and yes, it feels funny. Haha.. The baby is very active. Last week, i started to notice it only once in a while. Now, in a day, I can actually feel the movements early in the morning, evening and when the baby is hungry.

I also went to a makcik to urut my back since it started to aching badly, lately. After a 15 minutes treatment, I felt better. Somehow, I can finally feel free from just sitting on anything flat. When I said, I felt that the baby position is more to the left side, she said, " Hmm..nak tambah lelaki lagi la," (my bro in law's children are both boys). Meaning that, I have the possibility carrying a baby boy. Well, I'm not that picky when it comes to the baby gender. But, I am dreaming to have a baby girl since the only niece that I have is Nisa (my sister daughter) who is already 14 years old. Huhuhuuu... but if the baby is a boy, then my love is still the same. Not less not more...

Owh..I've started to wear maternity clothes to the office too. Weeeee... I don't have the guts actually. But, everyone has started nagging at me. The makcik urut, my mom, my hubby (result from the stretch marks). Thanks to my housemates, Kak Seri, Sarah and Liza. They have supported me allllll the way! Even helped me to choose and match the clothes. Thanks mucho mucho ladiessss.... I have already wore the clothes but not to the office. So today, the first time I wear it. Yay! Compliments from my colleagues.. (^^)v

I am looking forward in 2 weeks time. I will have my ultrasound by then, and whether i can take a peek of the baby gender. Till then, c yaaa!!!!

Monday, March 21, 2011

Tersilap..hehe

Pernah x korang tersalah type perkataan masa sms?

Dulu, aku slalu je salah sms orang. Contohnya: Aku nak sms si A, terhantar kat B.
Nak lagi haru, masa bercinta dulu, nak sms boyfren, dah type..syg la..muah muah la...sat g teranta kat org lain...caittt!!!! Memang haru!!! HAHAHAHA...
Lagi klaka, aku biasa gelar diri aku 'syg' pd boyfren. So, bila aku sms org lain, aku nak type 'sy' (short form of "saya"), apa lagi..aku type 'syg'...adeiii

Hari ni...aku sms mamat ni. Dia tersalah reply..

" Arini syg ade kelas......." seb baik aku faham dia nk ckp ape. Kalau x, memang aku pelik dah. Hahaha. Aku ignore je. Ala...dulu aku pon slalu camtu. Hihihiiii...

Cobaan sudah datanggg!!

Assalamualaikum...

Pregnancy for me tak mendatangkan banyak sangat masalah..pada awalnya, hehe...

Well, lucky me. Unlike some of my friends, ada yang morning sicknessnya sangat teruk, tak boleh bau few things..mine the opposite. Cuma bila naik tangga, for eg: my office is on 3rd floor. Sampai je tingkat 3, mengah n mula la nk muntah. Tp rasa je, xde la termuntah pon.

Food? Nope, i have no problem with that. Caffeine, not a problem. Sy x minum kopi, even nescafe. Kadang-kadang tu teringin baru la minum. So, bila pregnant, doktor kata jgn minum, well.. sure doc!
Food craving or mengidam? xde la sangat. Just, aritu teringin nak makan puding roti. My dearie pun tanya mak dia mana nk dapat. MIL pun pesan pada kwn dia. Pas makan 2, 3 potong..ok x mau dah! Hahahaha...
So far, saya x suka makan telur dadar or telur goreng. Kalau nasi goreng tu ada campur telur, xpe je. Tapi sy x kan order. Nasi, sehari sekali je.

Okay..the easy part, done!

Masuk bulan ke-4 ni, problem mula menyusup sikit-sikit....

Mula-mula...

Stretch mark. Alahai! Aritu npk 2 lines je. Skrg dah ada 6 or 7 or more...Haihhh! Doktor n nurse tegur masa scan aritu. Doc tu tanya lagi, "Gatal eh? Garu ke?" Mana ada!!!! Dah try pakai Palmer's lotion for stretch marks. Macam x berkesan je. Dah try cari Bio Oil..x jumpa. Takpe la..nt cr lagi..

Sembab kaki. Problem ni dah start 2 minggu lepas. Mula2 sb x minum air banyak. Sekarang ni memang sebab pregnant. So, MIL suggest bila tidur or baring2, tinggikan kaki so that pressure tu x la kat kaki all the time. Nurse pun cakap the same thing. Not only kaki yang sembab, sekarang ni, pakai jam and cincin pun dah tinggal kesan. Huhuhuu... T_T

Even sekarang ni baby's movement x dapat rasa or notice lg, ada masa perut akan jadi sangattttt keras. As if, perut tu mengembang 4 or 5 kali lagi besar. Kalau tekan2, boleh rasa keras tu kat mana. I've asked my mum. Dia cakap, biasa la. Bila time baby pusing tu mmg la rasa sikit. MIL lak cakap, perut tu x penuh lagi. Baby x la besar mana, so baby suka pusing2. Kadang2 punggung dia kat depan tu yang jadi sakit. Ok....
Tapi, semalam ..aduiii....the worst of all. Menitik jugak la air mata. X boleh nak baring terlentang. Kena mengiring. But, xde la membantu sangat pun. Nasib baik, hubby ada. He talked to the little one, "Baby, jangan pusing banyak sangat. Sian kat mama. Mama nak tido." After a while, slowly the pain decreasing...sy terlelap sendiri. Good baby!

Hehe...well, that's the update. Till then..bubye..