Esoknya, malam kitorg bbq kat umh. Emm..to b exact, abg sham n abg ril yg bakar bbq tu. Kitorg just menambah2 last2 minit...Hikhik....
Monday, December 14, 2009
Cuti Seminggu..Apa bikin???
Esoknya, malam kitorg bbq kat umh. Emm..to b exact, abg sham n abg ril yg bakar bbq tu. Kitorg just menambah2 last2 minit...Hikhik....
Friday, December 4, 2009
Please God, let me have that courage
Wednesday, December 2, 2009
Officially engaged...
my house- 12 noon
Fara-Faiz
Officially become fiance-fiancee
*wink*
Monday, November 30, 2009
official status - someone's fiancee
Thursday, November 26, 2009
Gelagat samseng jalanraya
Wednesday, November 25, 2009
PERMISSION DENIED!!
- drg dah x nak aku baca ke?
-aku ni komen teruk sangat ke?
- drg mengata pasal aku ehhhh kat blog drg...
- aku x termasuk dalam golongan kawan2 'hot' drg
hmmmm.... aku dah mula sangsi dengan kredibiliti sendiri sebagai kawan...
xpela....sukati la...
maybe,
- ada blog stalker/ blog intruders
-ada benda yg drg rasa aku x perlu tahu untuk dikongsikan bersama aku
-drg xde email aku untuk invite
(walaupun merasakan yang jawapan-jawapan diatas adalah untuk menyedapkan hati sendiri) aku x kisah je..ikut suka korg la... Blog ini masih lagi terbuka untuk kawan-kawan baca. Blog satu lagi, pas aku kawen aku reveal la.
Hmmm...xpe la..blog korg..sukati korg..huhu...
Wednesday, November 18, 2009
Salute!! 2012
Friday, October 30, 2009
Sakit Mata, Jari dan Hati
Paper atas meja..on going..
...
Paper dlm bundle2 yang belum pun bersentuh.. huhuuu
Sunday, October 25, 2009
24 n 25 October 09
Tuesday, October 20, 2009
Bad Odour...erkkkk
Hye...
Sori la kalau entry ni agak meloyakan. hehe. Sebenarnya dah lama nk cerita, tapi x sampai hati. Tapi, kena gak cerita sbb da x tahan. yang rasa x selesa dan terasa, pleas close this window ya..
In Malay, 'bau badan'. Tapi, orang kampung aku ckp, 'body odour' or nama manjanya BO. Hehe.. kalau cakap pasal isu ni memang ramai yg x selesa. Maklum la, isu sensitif. But, hakikatnya mmg patut kita tau n jelas pasal benda ni.
For those who are working with people, they might have encountered this prob a few times at least. That includes me. Hehe
Pernah aku suruh students datang office to see me. Dtg dengan berpeluh-peluhnya, ada plak BO. Hadui...office aku dah la pakai aircond.. Bayangkan la betapa 'harum'nya bau tu. Siyes.. boleh pengsan. Nak tambah lagi, office aku shoes off. Pas drg kuar, aku siap bukak tingkap kasi bau ilang.
Nak haru lagi, drg dtg rapat2 tanya soalan. BO tu dah satu prob, tambah lagi bila bercakap. Huhu..Siyes, mau nangis aku. Ade plak bila but speaking test. Korang tak perasan ke atau korg x tahu kewujudan benda yang bernama berus gigi? Pelik tu, kawan2 boleh tahan je la?
Aku nak tegur, tapi xtahu camne caranya. Takkan la nak cakap, "Awak ada BO la.." or buat2 tanya, "eh, bau ape ni?"
Patutnya penggunaan deodorant tu dipraktikkan la. Nak best lagi, pakai perfume. X perlu la pakai Armani, Hugo.. biasa2 pun xpe. Tapi kena tahu la, brape jam baunya kekal. Jangan la ckp, "pagi tadi aku pakai dah" sedangkan time tu dah kul 12mlm.
Once, my student said, untuk yang bersaiz XX mayb boleh pakai baju 2 layers(guys la). Meaning, if u wear kemeja, pakai t-shirt nipis kat dlm. Peluh tu x ketara sgt.
Aku x la cakap aku berbau wangi sepanjang masa, tapi aku akan perasan bila aku terasa aku busuk. Try jauh sikit ngn orang or say sorry kalau keadaan terpaksa. Siyes, memang x selesa.
Ada gak kawan2 yang over concious psl BO ni..Suzai la salah sorg. Hahahaha...we keep reminding each other about this..hehe.. Berterus-terang sungguh.. but then, even truth hurts, kena la face it...nasib la beb. Hahaha
Monday, October 12, 2009
Nak percaya ke tak?
Semalam aku duduk2 smbil bace magazine. Magazine tu punyala bosan, the only section i read ialah teka personaliti. Soalan quiz tu:
"Apakah jenis jam yang anda pakai?(berdasarkan tali jam)"
Choice- tali getah, tali besi, kulit, x pakai jam.
Aku: besi
Answer: Orang yang tegas, tidak mudah mendengar pandangan orang lain..blablabla...
Huh? Lor?Itu je? Disebabkan tali jam, ko tau org ni jenisnya macam mana? Katakan lah, aku ade 10 utas jam tangan, which yang berlainan jenis setiap satunya...so, aku ni didalam semua kategori lah? Boleh plak camtu...
Mana boleh orang percaya yang quiz personaliti ni based on the beberapa choices yang ada? Banyak lgi kemungkinan yang boleh jadi. X semua orang sama...The result of that quiz is based on majoriti facts. Overgeneralization sungguh!
I had a small talk with a wise (but irritating) friend long before. This person asked me to read something on the newspaper he bought. He covered the other parts. I read it and knew that it was a horoscope.
He asked me "so, ko rasa kena x ngn ko arini?(refering to the description).
Surprisingly, yes. Kena pulak dengan aku aritu. Then, he opened the other parts, and asked,
"Yang ni and ni?" Adalah..kena jugak..satu dua description tu...here and there..
And he said, "setuju x kalau aku cakap, horoscope ni generally written for everyone. Even if u are a Scorpio, but u still can be a Gemini or Libra, because all of these descriptions. Basicly, it is useless, because it is general."
I thought, "Aah la..betul gak. That horoscope never mention exactly what and when I will get."
Aku lagi x suka dgr guys berbual pasl quiz camni. Kalau pilih isteri, pilih yang tangannya .... sebab pandai masak. Ohhh..puh lease .....yang tangan lain2 tu, x pandai masak? Korang check tangan mak korang camne dulu. Dah kalau, lahir2 tangan camtu ko nk cakap ape...pegi wat opration?
Kadang-kadang aku suka je main palm reading, personaliti test kat Facebook, baca horoskop. The thing is, don't trust it. Dusta tu..haha. Bila org main2 personaliti test tu, without knowing the reason behind it (kes jam tadi la), maka overgeneralization pun terjadi.
Hehe..saje membebel arini...Byeeee....
Thursday, October 8, 2009
BLOG INVADERS..INTRUDERS
All this while, my friends and I, we have been happily blogging. We udpdate our stories for our dearest friends, near n far. and also, blog is one of our ways to release all the things that've been clouding our head. Using blog, we released all the heavy rain inside that cloud. (wah!! hehehe).
But lately, there are people (mostly, our students) have been intruding our private space here. they read the entries, and mentioned the things that we've posted, verbally, to us. Luckily, this has not happened to me, but my other blogger friends. So far, my student readers are all well behave. (BIG CLAP! Yay!)
Ok...fine. I know that, the purpose of writing a blog is letting people know ur stories. Some might say, if u don't want people read it, write a diary( no offence, iza. i'm quoting it in a good way..haha). But...u dont have to mention la, u read our stories, right to our face. Quoting words by words. U read, enjoy (or some, not), and keep it to yourselves.
Ok la..for those who want to share stories or same experience with us (the bloggers), then, it's fine. but, I really hate it when they came to us, with the intention of mocking us. Purposely.
Sometimes, we might slip things that are quite personal. Or even mentioned things that makes us happy though sounds silly. We are happy to know u enjoy reading the blog. but then, please don't make it sound like Bloggers are stupid fools that display their life under a magnifying glass. If u do, u r the fools who wasting time reading our blog. If u dont want to b a blogger, let others be.
I am lucky this has not YET happen to me. If it does, i need to change my blog url, or even make it private. Pray hard for it not to happen.
Sigh...
Tuesday, October 6, 2009
Forget..Forgot..forgotten???..
Thursday, October 1, 2009
Talasemia's dilemma
Aku mmg aware tentang penyakit ni from tv, internet, and lebih2 lagi selepas pergi ke kursus pra perkahwinan dan juga information dari kwn2. Things yang membuatkan aku amat aware n concern with this disease ialah kita boleh detect awal whether kita adalah pembawa penyakit ni. Thus, kita boleh tahu dengan ujian samada future babies merupakan penghidap penyakit ni dengan ujian bakal pasangan.
What makes it worst is, penghidap talasemia ni hidupnya agak terseksa. Dengan blood transfusion at least once a month, jangka hayat yang agak pendek dan kos untuk merawat penyakit ni adalah agak tinggi.
Soalan ni diajukan beberapa kawan-kawan aku. Rata-ratanya tergamam sekejap masa nak beri jawapan. Kalau tanya aku, jawapan aku yang pasti, mungkin aku akan kata TAK KAHWIN kut...
Tapiiiii.....sanggup ke? Korang bercinta separuh mati, tiba-tiba nak stop? Dah bertunang, and nak call off? Family-family dah kenal...Huhuhuuuuu...x nakkkkkkk...
Tapi, sanggup jugak ke korang tengok anak2 menderita sakit, kena hantar ke hospital tiap-tiap bulan, bayar kos rawatan yang tinggi?
Aku memang sekarang ni boleh la cakap, sebab x test lagi. Kalau keputusan OK, Alhamdulillah. Yang jadi masalah, kalau keputusan positive? Huhuuuu...
Xpe la, apa-apa pun aku berdoa yang terbaik untuk kami. Kalau Qada' dan Qadar Allah dah tentukan, apa yang boleh buat. So, kawan-kawan, buat lah test. Lepastu, buatla keputusan yang terbaik. 'till then, c ya..
Tuesday, September 29, 2009
Post Raya
Aku dah kat opis. Serabut kembali ngn kertas2 exam listening, grammar, writing yang berbundle-bundle x bertanda. Meja bersepah dengan buku2 yang kena bawak ke kelas. 2 balang kuih raya almond london dan cornflakes mengusik2 perut yang kian lapar tiap kali terpandang balang tu. Cehhh.... aku pun bukak dan cuit sebiji sambil mengimbas ape aku buat mggu lepas.
Raya kali ni rumah agak senyap. Kak G balik Kedah, selepas Nisa n Kimi merobek kocek aku dengan memintak duit raya. Adui..seb baik ade 2 org je yg besar.. Adi belum lagi.. Abg Yin kali ni balik Johor. Dia mmg dah siap balik awal2 lagi berpuasa trus kat sana. Tau2 pg Isnin ni, baru nak balik sini ngn alasan xde tiket..mmg alasan sungguh... Raya dengan kawan2 pun dah kurang meriahnya. Yang dah kawen mmg x join la. Makin lama makin kurang je kwn2 kaki beraya sampai lewat malam. Cite2 kat tv langsung x best..dah xde feel langsung raya.
Family Faiz ade dtg beraya, mak aku buat nasi ayam. Kebetulan cousin dtg dr Kuantan. Raya ke5, aku plak ke Kuatan. Mlm tu au ade janji ngn kwn2 nk melepak, so aku dah warn awl2 aku nk balik cepat. Sudahnya, aku plak kena bebel ngn makcik2 sbb x spend masa lama2 umah drg..Siap suruh tido lagi.(eleh, korg tu, kalo beraya umah aku, x penah la plak dtg lama2. Aku je kena paksa2.) Dalam malu2 jemput family yg jauh2 ni dtg bulan 11 ni ke Tloh.
Aku jeling plak beg yang slalunya berisi laptop. Sedih, seb baik x menitik air mata. Laptop rosak lagi. Asalkan aku cucuk je wayar kat Dewan Kuliah (DK) nk projectkan Powerpoint, pastu sah rosak. Dua kali dah kena. Sakit ati..... Aku pas laptop kat Apit. Soh dia anta repair. Tah bila la nk siap. Kalo aku bising2 Apit merajuk lak ngn aku. Malas la...
Semalam, handphone lak rosak. Bila aku slide, trus padam. Aku balik Tloh semata-mata nk betulkan handphone n kalo boleh nk trade in trus. Siap baiki, kena plak RM100. Sangat la *&^$%$#. Aku call abg sham, ajak teman aku beli handphone. Dia janji mlm. Sudahnya, mlm dia kuar ngn kwn dia, tgl aku terkontang-kanting kat umah.
Sekarang, aku tgk jam...dah 1.45pm. Jap lagi aku nk g kelas. Mood xde langsung.
Raya kali ni cam x best pon...
Sedih..
Saturday, August 29, 2009
Lagu Raya..mana sensitiviti masyarakat Malaysia?
Hye kawan-kawan....hehehe
Pose x? Xpose, jangan raya.
Cakap psl raya, aku teringat pasal cerita housemate aku. Dia g jenjalan Jusco Seremban. Aritu baru je puasa kedua. Boleh la plak, pasaraya ni pasang lagu Raya. Siap berkumandang takbir raya.
Bagi aku, sangat x patut la pasaraya tu buat camtu. Tak hormat langsung perasaan umat Islam. xtau la, kalau ade umat Islam yang suka dengan situasi ni. Yela, baru hari puasa kedua, korg dah pikir nk raya. Sedangkan, Ramadhan hanya datang sekali setahun. Masa untuk kita beribadat dan beramal. Tapi, baru je nak mula bulan suci ni, dah sibuk nak raya.
Aku pernah jugak dengar, dalam bulan Ramadan ni, roh2 dibenarkan berada di atas bumi. Jadi, bila berakhirnya bulan Ramadan, sedih la roh2 ni kerana akan kembali ke tempa asal mereka. Bila terdengar takbir raya, n all, betapa sedihnya roh2 ni, apabila sedar yang mereka x punya masa yang lama lagi. (Ini apa orang2 beitahu aku).
Tapi, itu sekadar side story. Apa yang aku nak sampaikan, x payah la sibuk2 nak berhari raya sedangkan baru sangat Ramadan bermula. Aku x tahu apa yang manusia ni kejar. Amalan puasa ni atau nak berhari raya?
Aku sangat harap, jangan la pakai ringtone lagu raya pda awal2 puasa ni. Lagi semingu before raya nanti, ikut suka korg la. Pakai la baju raya sekalipon, org da x kisah..
Jangan la mainkan lagu raya sebelum hampir tiba Syawal. Tolong la sensitif skit. Bukan korg sorg je hidup atas muka bumi ni.
Tuesday, August 25, 2009
i just love these names..*wink*
Girl's names:
Aisya- Hidup bahagia. Nama isteri Rasulullah s.a.w. Lembut je bunyinya..hehe. Ramai dah kawan-kawan aku guna nama ni utk baby drg.
Maisara- Maksudnya, kekayaan/ kesenangan. Nama anak jiran aku dulu. Cute.
Humaira- Putih kemerah-merahan. Nickname Rasulullah s.a.w panggil Aisyah. Aku suka nama ni sbb nanti orangnya mesti lembut cam kaler putih+merah (pink?)
Qalish- Yang khusus. paling baru aku suka. Terjumpa masa aku cr2 nama anak sdra faiz. Suka dgr je. Not sure apa yang khususnya.
Boy's names:
Adam- Nama nabi. Rasa cam very manly nama ni. Mula2 suka sbb nama ni ada bunyi2 mat saleh skit, tp Melayu bleh pakai. Nama universal la katakan.
Alif- Kawan rapat. Suka sbb huruf jawi pertama. sign, nombor 1.
Luqman- bijaksana. I wish him to be one.
Imran- Budi bahasa. :) Tapi, lately ni jumpa org yg nama Imran sume hampeh..hehhe
Rifqi- Lemah lembut. Ni pun baru2 ni jumpa. Tapi, takut gak kalo besar2 kang terlebih 'lembut'.Hahahha...
.
Few names in my head for mine. Xpe la kalo org dah amik.
At first: Fariz (combination of mine n Faiz) xleh...sbb abg Yin dah amik utk anak dia.
So,
Humaira Qalish
Luqman Adam
Imran Rifqi
:D
Sunday, August 23, 2009
he's back
:D
tp masih lg kuarantin, x leh jalan malam..mak bising..
x kisah la...yg penting my baby is safe n sound..hehehe
Friday, August 21, 2009
apa yang penting...KERJASAMA..:D
Yaya, lawa tudung??hahaha...xpe..OK la tu! kak Seri, aih..Crocs serbaguna..
Ko bebel apa sambil menyapu tu Iza oihhh... hahaha
Hasil setelah berpenat lelah..banyaknyeeeee... Dah..dah..jom masak..Kak seri dah marah! Hahhaaha..
Aku yang sangat berpuas ati sbb umah dah xde lalang setinggi pinggang..
Hehe..well, somehow we gurls spent our moments cleaning our yard after the grass had been cut by En Razak. Seronok n sedikit penat but berbaloi.. aku rasa cm nk guling2 lak atas tanah yg seciput tu.. Ngehhhhh......
Apa yang penting...KERJASAMA...
Wednesday, August 19, 2009
surat cinta buat students class P
Saya amat berbesar hati dengan tingkah laku awak semua. First of all, saya ingin katakan, KEEP IT UP!. Teruskan usaha-usaha dan tingkahlaku awak semua yang amat menjengkelkan tu. Seriously! Tolong lah buat banyak2 kali lagi. Saya x sabar nak tengok korang buat lagi.
Minggu lepas, saya sangat gembira bila menerima panggilan korang yang menganggu hari cuti saya. Tolonglah call lagi. tengah malam pun xpe. Saya xkisah. Nak2 lagi kalo korg call just nk tanya 'siapa VC UiTM' atau.. 'betul ke birthday lecturer ni semlm?' sebabnya, kalo korg x call saya, sape lagi yg tau pasal benda ni? lecturer mmg tau semua. lagipon, kita ni rapat. Dah macam adik beradik. Call la selalu.. saya bosan kalau xde orang call saya.
Pagi tadi, saya suka sangat bila korg dtg lambat. Kalo korg dtg lambat, sy pun boleh start lambat. Win-win situation. Giler pandai la korg. Pandai la pikir camtu...sy pon x terpikir. Lagi satu.. sy sgt suka bila korg dah lambat tu, korg masuk kelas tanpa say sorry. Bila saya perli, korg buat x tahu macam xde pape. Xpe...saya suka sgt. Sbb sy saje je wat lawak camtu. Sy mmg gurau je..x pernah terniat pape pun. Sy gurau2 manja je.
Pastu, korg x payah beli buku. Xpe, sy x guna pun buku dlm kelas. Korg boleh kongsi2 je buku kwn korg yg bersusah payah beli tu. Xde hal la. Not a big deal pon. Sebab buku tu harga dia mahal, lagi bagus kalo kog beli topup. Ada jugak gunanya. Saya suruh amik n beli buku kat bilik saya, korg x dtg. Owhhh...lupe pulak. Korg ni sumer x boleh naik tangga, berpeluh pulak nanti. Bilik sy kan tingkat 3. Xpe la.. maafla kalau saya susahkan korg. Maaf ya?
Saya juga sgt gembira bila korg bercakap masa sy mengajar. Tolong la bercakap banyak2. Sampai suara awak kuat dr sy pon xpe. Nanti kalau awak ckp slow, kwn awak x dgr. Lagi pun, bila awak x paham, sy dengan senang hatinya leh explain kat awak. banyak kali pun xpe. Sbb tu mmg kerja sy. Selain dr explain kat awak banyak2 kali, sy xde dah kerja lain. Itu je tugas sy as a lecturer. xpe, sy paham. Awak banyakkkk sgt benda nk cerita pada kwn awak. Bukan senang nk jumpa kwn awak tu. Dlm kelas sy je awak boleh jumpe. Nanti, banyak pulak benda awak lupa nk bgtau.
Sebelum saya mengundur diri, sy nk mintak maaf sgt2 sebb sy x pandai nk ajar budak2 bodoh sebenarnya. Selalunya, students sy walaupun kurang pandai dlm BI, drg masih lagi hormat lecturer. Sy pun xkisah nk ajar drg. Tapi, kali ni sy rasa bersalah pulak. Maaf ya, sbb sy mmg x reti nk ajar students yang lembab, x sedar diri x pandai dan x hormat lecturer. Salah sy semua ni, sbb sy x pernah nk terfikir yang selain dr ajar BI, sy kena ajar pelajaran Sivik dan adab dengan guru pada korg. Maaf ya? Sy tahu, keputusan SPM awak sgt bagus, sbb tu awak beria nak amik course P kat sini. Universiti lain x sanggup nak terima students sepandai awak kat U drg. Yela, mana ada U yang nk terima students dengan SPM E8, G9. Lagipun, mak ayah awak yang guna kabel2 tu memng sengaja x nak anak drg masuk U yang bagus2. Risau nt org lain x leh compete dngan kepandaian awak.
OK la, rasanya..Penat dah sy nk beritahu betapa awak sgt bagus ehh tak..terlalu bagus untuk jadi students sy. Akhir kata, awak xperlu tukar perangai awak semua ni. Malahan, teruskan usaha korg.
Yours,
Lecturer yg gagal mendidik budak2 bodoh sombong.
ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!
Thursday, August 13, 2009
Alahai CCK...huhuuuuu
10/8/09 8.25pm
12/8/09
Jengka 16,
Kiri ade ambulans lalu dari arah bertentangan.. Slow keta..
Aie "Miss, stereng..stereng..."
Tanya Suzai, "Ko OK x?"
Ketar beb.. masa aku tanya Suzai, aku baru perasan bunyi gigi aku berlaga atas bawah,
Bumper, lampu..
pastu..pikir2..baik buat report
Friday, July 31, 2009
Start counting now..
Sorry la...ini close up yang x jadi...hahahaha
Sekeping sijil yang memaksa aku habiskan waktu rehat weekend aku...
Sekarang ni, kitorg dah decide tarikh majlis tunang. InsyaAllah, 29 November 2009. Kalau xde aral, jadilah. Aku dah hantar kain yang aku pesan pada Iza masa dia pegi Padang, Indonesia. Inilah hasilnya. Tapi, kain ni ada cacat sikit. Tukang jahit salah jahit lengan. Belahan hujung tangan tu terbalik ke atas. Xpe2, aku nk g bising esok kat kedai....hahahaha.
Hmm...aku dah tgk kalendar. So, duk pikir2..kami dapat tarikh kawin, 060610. Ok x? Tapi baru plan... Mana tahu sok2 tukar. Cuti skolah time tu, masak la aku ngn sibuk dtg kenduri org, dengan aku sibuk nk kenduri sendiri. Aku x berapa suka tarikh tu sbb cuti skolah ramai sgt org kawen. Bertembung ngn kenduri org la, mak andam demand la...mesti banyak problem...huhuhuuuu...
So, aku doa2 jangan la ada apa2 masalah nanti....Korang tolong doakan skali... Aminnn...
Tuesday, July 28, 2009
Ini macam punya orang pun ada ka?
Aku pegi kursus last Sat n Sunday. Dlm kursus tu, ada sorg mamat ni, misai melintang, rambut bentuk M dan rebonding. Aku x kisah la appeaance dia. Sukati la ko pakai ape pon, asal jangan ko x pakai pape. Tapi yang buat aku kisah ialah bila dia mula annoying.
Peserta perempuan dah sakit ati. Muka derang cam nak bangun and bagi pelempang je kat mamat sengal ni. Peserta lelaki dah perasan, dan da 2,3 org yng sound mamat ni tapi slow2 je. Hormati majlis agaknya. Last2, before penceramah tu tamatkan ceramah dia, dia sound "Kita kekadang tu, ada masa kita kena jadi hipokrit sikt. X payah la nak tunjuk kejantanan sangat. Tengok muka saudari2 kat sini dah semacam." Tapi, dia buat x paham lagi. ingat orang cakap main2 agakya.
Sesi lepas tu, dia cuba nk repair LCD projector yang padam tiba2 dlm ceramah sebelum tu. Tunjuk pandai. Tah hapa2 dia buat, langsung x jalan. Sudahnya, dia merapu kat penceramah tu. "Nak saya tolong. Elok encik minum dulu, encik...bla..bla..bla..Encik nak saya tolong?"
"Boleh! Tolong keluar!" Sahut satu suara lelaki kat belakang. Dia x paham lagi (kesian, slow plak mental). Dia bleh plak cakap, "Tak baik suruh encik ni keluar."
"Ko la keluar. Tak paham2 lagi. Buat bising je...." dan macam2 lagi disambut oleh peserta lelaki lain.. Aku n peserta perempuan ape lagi..seronok ar gelak. Amik ko! Endingnya, 10 minit pastu, slow2 dia kuar gi tandas n lepak kat luar hisap rokok.
Orang 2:
Ade sorang ni. Dia keje kat tempat keje aku. Aku x tahu nak kategorikan dia ni kat mana. Blur? Beria2? Kurang daya berfikir dengan tenang? Xpe la..korg la bgtau aku.
Dia sibuk bertanyakan tentang aktiviti student sedangkan bukak sem pun belum. Camne aku nk bg jawapan. Setiap kali jumpa aku di akan tanya, "Farah..jika ada apa2, kita bincang ya. Bila mau bincang? Bila ya mahu buat aktiviti?" SETIAP KALI JUMPA AKU! Argghhhh!!! Stress aku!
Tu OK lagi. Sepatutnya ada event mlm ni. Tapi, disebabkan cuti sem tiba2, sudah semestinya cancel. Surat jemputan untuk dia dah dikeluarkan awal, tapi aku x sedar yang dia dah terima surat tu. Surat tu dihantar awal oleh AJK. Yang peliknya, dia boleh plak datang!!! Takkan la dia x tahu yang event tu x jadi sebab students xde. OK..OK... salah aku x inform dia yang event tu tunda. Tapi..ala...xkan laaa kan... Ko boleh pikir la beb. Surat tu pon diberi pada orang lain, tapi org lain tu xde plak dtg.
Haduiiii!!! tolong la....
Seriously, aku penat. Ada jugak orang camni disekeliling aku.... huhuuuu
Friday, July 24, 2009
Cuti seminggu...hadoiiii!!
Yela...cuti mid sem yang patutnya sama ngn cuti raya nt mayb akan dipendekkan..Tp, aku x tau la kata putus, either cuti masih lagi sama, mcm dlm kalendar akademik..or.. dipendekkan..
Pape pun.. Aku redha...
p/s:mggu depan aku x cuti pon..baik duk opis wat keje..
H1N1- Cuti free??
Saturday, July 18, 2009
Lagu pecinta psycho..haha
Kini semua berlalu
Kini semua berlalu
Adeii...what if they find out..hehe
Few things about me, yang aku agak takut family Faiz find out..malu dowhhh!!
1. Takut makan ubat pil.
Tak la aku xleh makan..tapi cam susah sangat nak telan. I think I've mentioned this in my other blog before. Mak aku slalu cakap, "ko bersalin nanti kena makan ubat.Camne tu?" Huhuuu...tak nakkkkkk!!!
2. Aku suka main gitar.
Camne ek reaction mak ayah Faiz kalo tau. Macam x sesuai je. Sebab parents dia ni cam agak baik2..nak compare ngan aku..huhh... Segan la plak kalo drg tau aku minat gitar...
3. Aku x suka ikan.
Aku x suka sgt makan ikan, nak2 lagi ikan sungai. Aku lagi x suka ikan kat pasar/ fresh. Hanyir. Aku lagi la x boleh nk siang ikan. Aku akan muntah tengok isi perut dia. Even bau je pon aku xleh tahan. Kalau nak suruh aku potong ayam, udang, sotong..bagi la. Small matter... Haduiiii...semak la perut aku pikir kalo mak dia suruh aku potong ikan...MUMMMMYYYYY!!!! huhuhuuuu
5. Aku ada 5 piercing kat telinga. 2 kiri, 3 kanan. Faiz knows about this too. Tapi, dia OK. Dia just ckp, kalo da kawen..n aku nk simpan lagi piercing tu, kena sorok2 la. Kalau balik umah mak dia, hmmm...cabut la yang 3 tu. Tinggalkan sepasang je. Tapi...buatnya la aku lupa..or mak dia dtg umah aku, aku lupe nak cabut...hahaha..malu beb..mau kena perli.
Monday, July 13, 2009
Double standard
Sebenarnya dah lama nak cite pasal ini, tapi tu la..slalu terlupa. xpe la. Dah ingat ni crite la.
Kalo kekwn kenal sape aku, mesti tau aku bukan jenis yg bergaya. Setakat kuar ke KL tu, cukupla ngn jeans (cap Ayam), dan t-shirt. Masih lagi ngn tudung bawal kerana rasa selesa. Make up? Erm...x juga. Setakat compact powder (Silkygirl lak tuh). Kekadang je kalo rasa nk melawa aku akan taruk gak sket2 apa yg patut..Conclusion. aku mmg sempoi jek. Tapi xde la huduh sgt kalo nk jenjalan. Mana yang patut je. Aku lagi pentingkan selesa. Watpe aku pakai dan rasa x selesa sepanjang hari...dan aku end up rasa malas nk jenjalan. Xpun.. aku rasa nak marah sumer org sebab aku berjlan dlm keadaan rimas.
Tapi, satu benda yang aku x suka. Kalau jenjalan kat KLCC, Midvalley, masuk plak butik Guess, Bonia... dia nyer salesgirls or salesperson sangat la membencikan. Yes, membencikan! Kalau aku masuk je (ini setelah berpuluh2 pemerhatian yer, layak wat research) butik tu.. salesperson tu bleh wat muka cam aku x mampu beli. Kalau aku belek2 dan tanya harga, siap ade yang buat muka. Ada sekali tu, kat butik Guess Midvalley kut or KLCC, aku tengok collection handbag dia. Aku cam berkenan kat satu hanbag ni. I was guessing the price was around RM300++. Aku toleh untuk bertanya color beg tu ada x selain kaler yang ade. Boleh si minah ni cakap kat aku, "Kat area ni semua new arrival. Yang belah sana ade discount."
SANGAT LA CILAKAKNYER!!!!!!
Aku pandang minah tu, mencari word yang paling sesuai nk jawab...x keluar jugak pape. Aku tersentap yang amat sangat. Aku just pandang dengan pandangan yang sangat clueless. Pastu aku keluar dan terus x masuk2 dah butik tu.
Terhinanya aku. Ape dia ingat, aku x mampu ke? Padahal berapa sen sangat la gaji dia as a salesgirl kat situ. Aku nyer gaji leh je beli sebulan sebiji handbag Guess tu.(pastu merana la gak..hahahaha).. tapi main pointnyer...ko x yah la berlagak ko bagus setakat keje kat butik Guess..
Maafla kalau Guess jadi mangsa kat sini. tapi aku mmg kena kat Guess..so rasa sangat sakit ati. Sebab, aku rasa, x perlu la untuk double standard. Aku tengok orang pakai short skirt, hot pants, ok je diorg layan. Kenapa org yang bertudung, x cukup lawa, pakai sempoi..ko wat cam org tu hina sangat... Padahal, setakat hotpants yang drg pakai tu, aku jumpe..brape sen la sangat. Apsal? Ko rasa kalau x masuk butik ko pakai Jeans yang tayang jenama Levi's, handbag yang buckle G besar2 and corak G sampai x cukup ruang..x mampu la nk beli brg2 kat butik ko keje tu? Eii...tolong la sket!
Sampai sekrang ni, aku x suka shopping kat Suria KLCC, MidValley, OU etc..Aku lebih suka jenjalan kat Kuantan, pegi East Coast Mall, Megamall, Kuantan Parade. Orang kat sana cam layan aku lebih skit. Or..susah2 aku suka masuk Parkson, JJ dan elakkan dari masuk Butik2 yang terkenal dengan harganya. Kalaupun aku masuk, aku akan guna English. Sebab drg ni pandang skit kut kalau kita cakap 'bahasa' drg.
Uishhh...marah betul aku ek?? hahahaha....
Friday, July 3, 2009
Membetulkan spekulasi kes pelajar histeria UiTM Jengka
Baru-baru ni ada kekecohan melanda UiTM. Masa minggu orientasi untuk mahasiswa/i baru, yang dikenali sebagai Minggu Mesra Siswa (MMS), kami warga UiTM Jengka dikejutkan dengan berita pelajar2 baru seramai 46 orang diserang histeria. Spekulasi di akhbar2, mengatakan bermacam2 cerita. Histeria beramai2. Untuk umat2 diluar sana, tolong jangan percaya dengan spekulasi yang hebat dilakukan oleh pihak2 diluar. Mereka hanya menyampaikan apa yang hanya mereka dengar, bukan mengalami apa yang sebenarnya terjadi.
Jadi, aku selaku salah seorang staff akademik, rasa terpanggil untuk menyampaikan apa yang terjadi. Rasanya tidak patut kalau pihak kami dipersalahkan, sedangkan apa yang terjadi tidaklah sebesar yang dinyatakan.
Pagi Rabu, sewaktu staff akademik menghadiri mesyuarat Kelab Akademik, kami dimaklumkan oleh Timbalan Hal Ehwal Pelajar, semalam ada kes yang tidak menyenangkan terjadi sewaktu taklimat/ ceramah oleh pihak CITU (Centre for Islamic Thoughts and Understanding). Lebih kurang jam 6 petang (Selasa), kejadian ni berlaku. Bermula dengan seorang pelajar terhidu diesel/gas/ entah apa tah yang berpunca dari pembaikan oleh pekerja fasiliti. Oleh sebab dengan keadaan pelajar yang kepenatan dari jadual minggu orientasi yang padat, seorang pelajar muntah2.
Bermula dengan keadaan tersebut, keadaan tadi (muntah2) berjangkit kepada teman2 yang lain. Al-maklum la, dalam dewan yang ber 'aircond, bau pun tersebar dengan cepat. Dalam situasi yang mula kecoh, mula la yang lain skali panik. Bukan apa pun. So, dalam kecoh2, seorang pelajar tumbang. Agaknya panik, penat, emosi x stabil, dia mula meracau. Yang lain tu (pelajar perempuan la....) mula la..join skali. Nasib baik, penceramah dan slot ceramah petang itu dikelolakan oleh staff CITU, yakni ustaz2 dan ustazah. So, bagi drg, small matter je nih. Hehehe...
Yang muntah2 tadi tu, separuh dikejarkan ke MEDEC (pusat kesihatan UiTM Jengka) dan disebabkan MEDEC kecik, separuh lagi hantar ke Hospital Jengka. TP HEP kami bercakap dengan doktor bertugas. Jawapan doktor tersebut, hanya SEORANG SAHAJA yang disahkan sakit. Yang lain disahkan, secara psikologinya terpengaruh dengan keadaan kawan yang sorg tu.
Yang seramai 46 org tu, hanya 1 sakit, yang 45 orang tu diberi IV drip (masuk air) sebab itu procedure. Yelah, dah muka sakit sorg2, doktor tu pun bagi la air. Itu aje sebenarnya. Xde la kes histeria beramai2 tu. Merepek je. Kalo drg tu tumbang, sumer tu sebab kepenatan dan pengaruh psikologi.
Aku paham. Students baru, jauh dari mak-bapak (selama ni xpenah berenggang), penat dengan aktiviti, emosi x stabil. Tapi, aku rasa drg ni x kena pun ragging, dera yang org slalu takut2 kan. TIADA! Sekarang pihak universiti dah amik langkah tegas menghapuskan ragging dll. So, xpayah la nk membesar-besarkan cerita. Xyah la nk takut2 nk masuk U. Xyah la nak kata UiTM Jengka berhantu. Students histeria. Nampak hantu sana-sini. Tolong la. Publisiti murahan sungguh!
Aku dah lama keje sini (lebey kurang la..hehe). So far, xde la boleh nampak antu berkeliaran. Memang ada cerita hantu, tapi mana2 tempat pon ade. Aku blaja UiTm Shah Alam, ada cite antu. Dungun pun, UKM pon..UM lagi la...tapi xde la sampai ko hari2 kena kacau antu. Ishhhh....
Buat students baru, MMS tu biasa la. Mana2 org akan lalui. Mmg la penat sikit. Tapi tu seminggu je. Bukan sepanjang hayat. Xperlu la korg jadi crybabies. Merengek2 dan mengada. Selama ni senior2 korg idup je sepanjang MMS. Seminggu je. Bukan kena pikul batu pon seminggu ni. Sabar je la. Eiii... geram la aku!!
So, pepullsss... xyah percaya sgt spekulasi dalam akhbar tu ye. Drg cari makan. Xleh gak nk salahkan. Cuma, kalau setakat tulis 'seorang pelajar lelaki yang enggan dikenali', sape2 leh jadi anonymous tu... Mau laku paper je ke...tolong la beb. Beretika la sikit.
Aku dah cakap ape aku nk cakap. Korg nilai sendiri. Aku cakap lebih2 pun, kalau x nak pecaya.. xleh wat pape gak beb...Ciao!!!
Monday, June 29, 2009
First Anny...
Me n Faiz celebrated our first anniversary. Tak sangka, dalam diam2 our relationship has blooming to this extend.
27 June, we went to JJ Bukit Tinggi Klang. I have planned to buy handbag or heels that caught my eyes. There was none. Broken-heartedly, we went to Bukit Raja since I knew the area quite well. Again, we walk out from there with only a pair of VOIR heels that I fell in love with. Faiz agreed that they look nice on me. kuikuikui....
At the same time, we were searching for our "cincin risik". Xde jugak yg menarik perhatian. Yaya called and said there was a fair by Wah Chan at MidValley. Disebabkan da sedih, xdapat ape yg dimahukan, Faiz suggested that we should go to MidVall. Again, xde yg dicari dan x puas ati.
Esoknya,
28 June 09
Our first anniversary. We went to Kuantan. Kat sini, aku dah ade yg aku aim. Because, a week before dah g East Coast Mall (ECM) ngn Suzai. Aritu da berkenan kat dua handbags kat SEED. Sampai2, aku terus tarik Faiz masuk PADINI Concept Store and showed him the ones I like. As he promised me, he bought me one and the other one I paid it myself.
We walked around the mall. Searching for the most important ones. Ring. Mak Faiz da suruh cr jugak. So, by hook or by crook, we need to buy it that day. Pusing...pusing...we stumbled at one shop...Small but OK la.... So, pilih2...ade yg berkenan di hati...Hehehehe..and Faiz really satisfied with the one we chose. Mak dia dah pesan nk camni..camni... so, agak berpadanan la kut.
After that, we had our lunch at Teluk Chempedak (TC). The first time he proposed to me was at TC. So, a year after that, here we are again. Because of it was at noon. Panas, kitorg x jalan kat pantai. After lunch, we head back to our home.
Rasa cam pelik. Setahun lepas, me n Faiz baru je bercinta dengan seriusnya. Selama tu lah, Faiz tahan sabar ngan perangai aku yg agak manja mengada2, angin x tentu pasal, moody, rimas berkepit... Shiaaaannnnn dia..... xpe la... but HE REALLY LOVES ME. and ME TOO.
Xpe la...kena la layan gak kannnnnn???? hehehe...
Updates..updates...
27-28 June
Monday, June 15, 2009
Wedding pictures
Ashu's wedding
Zurie's wedding
Kenduri Shahrir..kena tggu Adib send email gambar..orait kawan..kawansss...
p/s: ini pon cilok dr facebook Lilee n Frienster Anis...maap...haha
Tuesday, June 9, 2009
Merajuk...
Monday, June 8, 2009
Misteri Sesat di Puncak Alam
Sunday, June 7, 2009
Plan..
Hari Sabtu, 6 Jun 09..mak n abah Faiz datang umah utk kenduri arwah. Saja nk kenal2 family katanya. Xde hal la...hehe.. Faiz je goyang! Dia cuak ngn mak aku..kuikuikui... Yolah, ngn abang2 aku dia dah bleh masuk. Muahahaha. Ada ke dia ckp, semua dia makan xde rasa pape.. Punya la cuak ngn mak. Mak plak kebetulan duduk dekat betul ngn dia. Bila aku ckp Faiz cuak, mak aku ketawa kuat. Entah si Faiz ni, bukan first time dtg umah...entah apa dia cuakkan. Hahhaha..
Lepas dia balik tu, dia ada gak cakap2 ngn mak dia pasal kami..Correction, mak dia yg ckp. Mak dia kata, InsyaAllah..bulan 7 boleh la dia dtg merisik. Maknanya dah bagi green lite lepas dah kenal2 ngn family. And, hari ni jugak kitorg ade ckp lagi. Kebetulan adik dia ada balik, so drg berbincang secara seriusnya.
As discussed among them, plan risik bulan 7, tunang bulan 10 (plan 25hb 10, my bday! hehe), kawen bulan 3. Hah? Bulan 3? aku dah diam da...aku plan kawen bulan 6. Cam agak tercepat je... Sempat ke? Hmmm... Tp, aku pk2 balik..mak aku x nk time dia sibuk...xtau la... Tp bila dah gtau kat mak dia x terkejut sgt. Macam dia pernah pikir je..huhuuuu... xpe la...nt boleh pk lagi..hehe
Xpe la..yg penting aku happy.. Semuanya cam dipermudahkan. Family dua2 senang kami berdua. InsyaAllah... :P
Cuti dan kenduri
abg2 sy tgh berborak ngn tetamu
Adik saya yg sibuk buat kuih kat dapur..
Ok2...itu kenduri umah saye...
Ini kenduri umah orang. Kawan2 saya ada yg melangsungkan pernikahan hari Sabtu tu. Antaranya, Elynn/ Rusmalina, kawan dr sekolah rendah dan juga Nurfaidah (kawan exSKTL dan juga exABS). Congrats!!! xde gamba, sbb penat dan x larat nk posing lawa2. Muka pon da sememeh dengan peluh. Xde rasa nk touch up.
7 Jun 09
Kawan saya, Rynn + Ridz+ Aisya, Lynn + Mirul, Lilee + Wab dtg ke Temerloh. Kitorg pergi kenduri kawen Zuriyani a.k.a Zurie. Aku la jadi penunjuk arah.. biasala.. aku kan org Temerloh. Cantik Puan Zurie ni masa kawen.. Hehe... Congrats!!
Kitorg sempat la bersepah sejam dua kat umah dia neh...hahaha. Aisya tukar pampers lg. Dah 3.30 pm baru la kitorg gerak balik. Maaf la...gamba belum dapat sbb sy x bwk camera dan agak mls nk kuarkan handphone. Kena la tggu cik Lilee send thru email. Or saya curi je dari facebook dia..muahaha.. Ataupun... korg view kat blog rynn n ridz .. here
Hari ni jugak, kawan skolah ABS, Izhan buat majlis menyambut menantu. Aku x g..faiz jer..kitorg split sbb kena la aku layan kawan2 aku yg dari jauh ni. Faiz just g sorg. Ramai tanya mana aku...soklan biasa..hahaha...
Ashu pon kawen arini. Xleh la nk g, jauh sgt la Perak tu. Kalo dekat leh gak buat gila pegi 2 tempat sehari cam aku buat masa Rynn n Irda kawen dulu. Hahahaha...Pape pon...Congrats!
Last skali...CONGRATS dan SEMOGA BAHAGIA... pesanan pihak penaja...cepat2 follow step Rynn n Ridz...jd mummy n daddy... :P
Hasil dr menghadiri kenduri kawen...ini campur family nyer dapat skali...banyakkan???